Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Kisah Raya Ke-4

seminggu sebelom raya kot dok plan nk kumpulkan semua geng-geng time sekolah Sharodz dulu. alah tak ramai mana geng aku pon. cuma 7orang jek. as usual..ahlinya aku, lyza, khatul, ethong, izu, yam & ajar. dan yam yg cadangkan buat kat umah aku. aku pon ok jek. tak kisah pon.janji dapat kumpul reramai kan. mula-mula peneng lah jugak apalah aku nk hidangkan kan. dah lah aku ni mood malas + mood raya non ado kan. last-last peneng pikir..buatlah ketupat + rendang & order satay ajelah sebelah umah jek. hehehhe sonang kan. dan aku tambah le sikit kek & etc


makanya, inilah hasilnya....



caramel choc + red velvet



satay

ketupat & rendang & sambal tumis


tapi yg hadir cuma



izu sekeluarga



ni izu & anak dia Qayyum


asik nak tidor jek..


siang-siang mane leh tidor kan...kene ikut ibu jln raya kutip duit raya..hehehe




dan pasangan sehati berdansa yang xpernah miss mana2 event. muahahaha


laki dia rajin melayan & sporting..iya kan tok batin?


jgn lupa duit raya utk aku..penat puji ni...oppss raya ada 4hari lg kan


izu sekeluarga



dan pasangan suami isteri yg sengal lagi serasi.


seb baek laki ok ethong...


tp cewahhh bergaya ngan honda yek taun ni..


jeles i ok!


oppss lupa nk cerita ithong makan paling byk..alasan makan utk 2org...


poyo..memang biasa pon ko lah yg makan paling byk pon..lagi xmo mengaku kan



dan semua yg hadir..


lyza lom sampai ketika ni sbb dia ingatkan xjadi..


tym posing ni dia otw





dan potrait raya kami utk tahun ni.


tahun depan nk buat kat rumah aku lagi..


aku ON jek..tarak hal..


sbb senang aku xyah nk bergerak..huahuahua


dan lagi satu.




Yam dan ajar..sila jeles...kami ada gambar raya bersama..huahuahuahua


saje kasik bakar lebih..






Dan aku nak tambah cerita hal perihal dulu kala...di mana operasi Jom beraya ni start masa 1997 (form 3) masa ni geng kitaorg baru ada 5org. (aku, ethong, lyza, ajar & khatul jek) lagi 2 org join masa form 4. gigih ok tym tu..beraya naik bas...bayang kan nk ke Merlimau - Alai - Masjid tanah & jasin...kira ronda 1 melaka..dalam masa 1 hari..sempat jek kan...tp sometime kami gunakan perkhidmatan transportation pak Jansar & pak aman..hehehe dan bila form 4, ada beberapa org dah ada lesen motor..maka, aku pn jadilah pembonceng motor berkhemah kan...sbb aku mane ada amik lesen motor..sampai lah kitaorg masuk Universiti...naik motor...xlama pastu..lyza & khatul dah ada kete...maka depa lah jadi drebar..aktiviti Jom beraya ni sampailah ke taun 2004. dan ada jugak kisah terpaksa beraya di balai polis..sbb kete lyza kene langgar motor...hehehe lame giller nk steelkan hal buat report..tensi jek tym tu kan. start 2005 masing-masing dah bersepah2 maka dah takdek aktiviti Jom Beraya ni. sangat rindukan zaman-zaman tu kan..yolah...kepala xsemak...dan yg pelik..dalam sehari..boleh jejak semua rumah..skrg ni...ada transport sndr pon..payah nk jejak ke sebuah rumah..bukan xnak..tp masing-masing dah ada keluarga sndr & dah ada hal sndr kan hehehhee tapi apa-apa pon..doa aku..semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila.



Nota kaki: Kalau bila-bila nk buat gath lagi..aku ON jek..ngeh33

Monday, September 19, 2011

Makin pandai bergaya

aku said...1..2..3


dia plak wat aksi "Bihah tahu" ala2 si memei dalam upin & ipin


takyah ko suruh nk buat gaya apa, dia pandai nk bergaya sndr


bergambar pon xmo yg skema...




ko tgk ni....aku suh berdiri...ko tgk gaya si cik kak ni.


gaya dah boleh menang anugerah, tapi apsal nampak brutal cam aku jek..


muahahhaa



abang naufal pon dah pandai posing





see, tok sah nak di katakan itu ini...

ni mmg gaya dia yg tersendiri.






dan iklan baby johnson.


ahaks...


ni posing sementara menunggu ibu pakai tudung. hehehe







Friday, January 21, 2011

Jerawat

3 ketul untuk bulan ni. SYABAS!

mungkin sebab meraikan tahun baru, banyak sangat ke azam aku tanam tahun ni, sampai stress minda+hormon aku kan.

tak boleh belah ok, sebab 2 ketul kat hidung, dah macam badut yang natural beauty gitew, xperlu bersusah payah nak warnakan hidung ngan kaler merah. dan....

seketul di atas bibir mulut. lagi tak boleh belah, xpenah jerawat hinggap kat situ. yolah ikut pengalaman aku yang memang berjerawat teruk suatu ketika dahulu dan dah lama pula tiada masalah jerawat tiba-tiba awal tahun 2011 ni di mulakan dengan jerawat bersepah-sepah...syabas even dia tumbuh berpusat di sesuatu tempat jek [pandai ek dia pilih lokasi yang strategi lagi menyakit hati bila tengok cermin terus nampak...] perghh memang tokleh nak kaber ngan tudung ke ape dah....

kalau bulan depan teruk macam ni jugak memang lah kena pegi wat facial. Ada kena mengena tak? aku rasa hormon aku stress tu ngan azam aku yang satu tu...muahahahahahhaaa

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

ya..beberapa saat lagi, bunga api akan bersepah di ruang angkasa. Macam biasa, aku tengok dari rumah ajelah, melalui TV & tingkap..hehehe

2010, meninggalkan banyak kenangan. Antara tahun yang tidak akan aku lupakan., kerana bermacam-macam dugaan berlaku pada tahun ini. Walaupun sedemikian, aku berterima kasih pada 2010 juga, kerana merwarna-warnikan kehidupan ku sepanjang tahun ini.

mengimbau kembali,

6 bulan pertama adalah bulan-bulan yang amat perit utk dilalui & ada juga yang manis utk dikenangi. Yang pahit di jadikan sandaran. yang manis tu aku kenang sampai bila-bila.

dan 6 bulan yang terakhir ni adalah bulan yang sangat mencabar kerana aku cuba untuk melakukan perubahan pada diri sendiri, lauaran dan dalaman. alhamdulillah adalah sikit perubahan. Bukan perubahan apapun, cuma aku berusaha untuk melakukan kembali perkara-perkara yang biasa aku lakukan ketika sekolah dahulu..dan usaha untuk memperkukuhkan kewangan seisi keluarga..hehehee

dan satu kebanggaan, bila 10 senarai yg patut aku genggam capai utk 2010, aku berjaya laksanakan 8 daripad nya...cehhh kalo kat sekolah dah dapat 80% kan...terus score 'A'. oklah yang lagi dua tu terpaksa lah di bawa ke tahun 2011.

dan semoga tahun depan....ehhh dah masuk lah kot...apa yang aku impikan akan tercapai.

Selamat tinggal 2010...selamat tinggal kenangan.

Good Bye 2018

**pic from google