Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Penamaan

Aku baru jek buat sesuatu yang wajib. Tak lain tak bukan, yang wajib pada diri sendiri, tidak pada orang lain. heheheheee

Isnin minggu lepas, aku singgah ke KWSP untuk mengisi borang "Permohonan Penamaan". Yolah kita tak tahu apa yang telah di takdirkan untuk hayat kita kan. makanya, baik buat sekarang sebelum terlambat.

Alah, korang terlambat lah....lambat bagitau nak dapat share sket..hehehe aku dah submit siap-siap pon. dan aku bukan lah nak cerita sangat pasal borang ni,


aku cuma nak cerita pasal servis dari pihak KWSP di mana aku leh bagi 9.5/10. Ini di sebabkan aku hanya mengambil masa tak sampai 30minit utk urusan ni. mula2 ke kaunter pertanyaan untuk ambil borang. kemudian pekerja dia akan bagitau kena pakai pen hitam & isi borang dahulu, kemudian kena photostat IC kat kedai photostat di dalam kafeteria lepas dah lengkap smeua baru ambil angka giliran. mudah kan. duduk seminit dua jek kat kat kerusi, terus no. giliran dah sampai, kemudian ke kaunter dan urusan cop jari kanan & kiri & setel. tunggu lah surat dalam 2minggu. sekejapkan. sebab sayang nak bayar parking xcukup sejam, maka aku pon melantak lah untuk lunch kat situ jek..hehehehe


so, pada sesiapa yang tak berbuat lagi hal penamaan ni, baik lah buat segera. takde lah masalah di kemudian hari nanti.


dan kenapa aku cerita,

sebab tiada cerita apa yang menarik, cuma nak menaip jek, nak bergossip, takde orang online pon kan. nak siapkan kerja, tunggu esok ajelah. line terlampau slow nak bukak sistem ni. malas dah jadi nya.

ha tu mouse baru..hahaha xdeklah baru, terpaksa beli sebab yang merah lama tu dah kena penyakit nyanyuk. kejap ok kejap tak ok. wassalam kan aje kan. hope yang ini tahan lama sket.


ok uols, Asmara dah start.

Saturday, April 23, 2011

Bank Rakyat Bank Pilihan Anda ehh Semua






Akhirnya, Isnin lepas sebelum berengkat ke Jitra aku sempat lah terjah ke Bank Rakyat untuk membuka akaun dan seterusnya membeli saham bank rakyat sebanyak RM500, dah ni lah amount yang ditetapkan. mungkin nak adil pada semua orang untuk memiliki saham bank rakyat yg memang antara yang tertop kan. yolah kalo dividen dia leh dpt 15% per year kan. dan aku sempat jugak isi borang tambahan, pada sesiapa yang belom berkesempatan, sila lah terjah mana-mana bank rakyat terdekat ye. peluang bukan selalu datang.


Nota tambahan: Siapakah orang tu wahai Cik CK? kejam betul lah orang itu kan sebab bagi info yang salah. Saham ni terbuka pada semua, siapa dah ada ke tak pernah ada ke, semua boleh. bagi yang dah ada boleh tambah max RM500 jek. bagi yang belum ada tapi dah ada acc bank rakyat, boleh lah beli saham ni dengan harga max RM500. bagi yang belum ada acc dengan bank rakyat, kenalah bukak acc, bukak acc di charge RM15 jek. lepas tu boleh beli saham max RM500 juga. dan bagi yang baru beli dan dah lama beli, nak tambah lebih dari RM500 makanya, kena isi borang apply untuk tambahan, ini kira nasib, kalau saham masih ada dan anda bertuah, maka pihak bank akan call anda & anda dpt lah tambah lagi seperti yang anda request tu. sekiranya pihak bank xcall, maknanya tak bertuah lah kan. keputusan untuk tambahan tu bermula Mei 2011 ni. untuk setakat ni pihak bank limitkan RM500 untuk sorang kerana nak adil supaya semua orang boleh merasai saham bank rakyat ni. cepat CK serang bank rakyat sebelom terlambat.

Friday, March 18, 2011

Sharing is caring

Dah lama nak share. harini aku ulang baca dan terpanggil nak kongsi kat sini.

bacalah artikel dari keretamayat ni, sempoi tapi berisi, mudah di fahami.

Nak berniaga tu tak susah kalau kita tahu apa yang patut dibuat & paham konsep asasnya. Dan jangan mudah putus asa. sentiasa pegang "Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya"

Thursday, April 29, 2010

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tetapi nyata sangkaan si Jan meleset. Lalu, dia pon melangkah lesu ke Balai Polis utk membuat aduan [di mana ini suatu tindakan bijak]. Ok tamat cerita pabila laporan kecurian dimiliki...hehehe balik umah..jalani kehidupan mcm biasa.

setelah beberapa hari kejadian, tiba-tiba beberapa org polis telah menyerbu..owh lebih afdal kita gunakan anggota2 polis telah datang ke rumah ibubapa si Jan utk menyoal siasat&menangkap bapanya kerana di syaki kereta miliknya terlibat dalam kes samun. Owh sungguh terkejut orang tua itu, mereka mengingatkan apalah perkara buruk yg ingin disampaikan oleh anggota polis tersebut pd malam2 begitu. Kebetulan si Jan berada di kampung bersama ibu bapanya.Lalu beliau telah menerangkan akan kisah kecurian no plat keretanya [yolah kereta tu atas nama ayah dia tapi dia yang pakai kan]. & menunjukan bukti laporan itu pd anggota polis tersebut. Terdiam polis tersebut, lalu mereka pon pulang ke balai tanpa sebarang penangkapan..sbb SALAH ORANG DAAAAAAAAAAAAAAAAA.

Nota kaki: Sila lah berhati2......jgn lupe utk buat report dengan kadar segera kalo perkara sebegini terjadi ok!

Friday, January 29, 2010

Berapa nilai Belog Anda

Berbelog hopping td.....terjumpe kat belog mane tah..dah lupe..carik balik dah xjumpe....

ha..pasal...berapa nilai blog anda...fouhh...kalo desperado xdek ongkos nk beli lolipop..leh lah juai kat eBay belog ni..huk33


murah je uols....kalo nak cube jugak

***

Jom klik Sini

Friday, January 22, 2010

Air

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

P/S: Sumber info dari Sini

Good Bye 2018

**pic from google