Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Berjalan dan makan adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan

Sekiranya dipisahkan..maka pincanglah aktiviti tersebut. Benda yang utama apabila berjalan adalah mencari port makan yang TERBAIK dan terkenal kat kawasan tu kan.

well aku pon terjebak dengan aktiviti macam ni sejak dulu kala lagi..takyah nak kata aku ni bukan jenis pemakan ke apa ke..Nampak nau temberang, tengok berat badan cukuplah..lebih-lebih lagi aku bukan jenis fussy bab makanan ni..aku bedal je..tak kena dengan tekak..maka sikit lah aku makan..kalau ngam ngan tekak..maka macam banyak je aku telan nanti..uhuhuhu

Ke penang ni tahun lepas cuti sekolah tengah tahun. aku join budak caldina konvoi..even aku xpakai caldina...aku bijak sikit, sebab muka tembok sikit dan kaki jalan sikit..maka dapat lah join derang ni..ahahahahaa... Lyza kan join club caldina...kah kah kah...aku tumpang dua kaki je dalam kete dia...tukang layan sembang dan tukang menceceh..mudah je tugas aku..

dan utk trip ni aku Berjaya lah naik parasailing ni..perghhh terbaik lah wok...impian since 2011 tu..hehehe and byk jugak aktiviti sengal aku masa 2013. Aku naik benda alah ni ber2 dengan Lyza, maka RM150 je..bahagi jelah 2, dapatlah harga sorang...mula-mula memang cuak..last2 dah ada kat atas...syiok plak..teringat masa 1st time naik flight...giller kecut perut dengan bunyik enjin kuatkan..last2 skrg...dah lali and belum pon kapalterbang berlepas...aku dah boleh krohh krohh...ahaahaha giller buruk perangai. dah macam perangai aku masa naik bas dulu

thanx to lyza sebab rajin ajak iols. dah sampai penang tu..wajib lah pekena pasemboq dan nasi kandaq kan...
dekat padang kota lama kot...macam dalam frame gambar je kalo orang-orang ni semua takde kan...

pasemboq ni...pecah rekod one of geng konvoi ni beli...sepinggan besar..harga RM110..mak eiihhh terus jadi bahan....mmg sampai next trip lah jawabnya..lepas tu paksa plak kami tukang perabis..hahahaha
yang ini tak sampai RM15 punya harga..yang mahal tak boleh amik gambau, nanti tuan empunya kuar api kat mulot dia..wakakakaka
mee goring sotong..as usual...
sotong bakar....
sotong kangkung..owh kangkung dah murah sekarang ni kan...
kerang bakar...wajib makan tak kira kat negeri mana pon kita pergi..hehehehe teringat kerang bakar dan kuew teaw kerang kat vista angkasa
dan ni sesi ronda-ronda aku dengan lyza, gara2 nak juga bergambar dekat mural-mural yang ada di sekitar penang ni..walhal kat Melaka pon ada...
tingkap lama yang aku rasa patut dikekalkan...
semua lorong kami masuk supaya tak tertinggal mural-mural yang ada...lenguh jugak..sebab park kat depan..jalan kaki masuk sana sini patah balik...lah..aduhai..pemalas betu...
gambar memang super banyak..tapi aku super malas nak pilih nak tengok mana yang ok ke ko ke.mana yang aku klik..ni jelah.


 
 
dan inilah yang kitaorang gigih pegi jugak melantak even dah tengah malam...sebab katanya, wajib pekena bila dah sampai penang kan..kah kah kah kah
meleleh ayaq liuq naaa

Monday, January 20, 2014

ATV

Aktiviti ni dah lama...June tahun lepas rasanya, tapi biasalah tahun lepas sindrom malas nk update belog, makanya harini baru terasa gatai nak update coz nak delete gambar..wakakaka
 
\
 ok, aku ke sana dengan lyza, berdua je. senang, ikut kepala 2org je...nak tunggu pon,..aku tunggu dia..dia tunggu aku..sekarang aku dah rindu dekat lyza, sebab dia nekad pindah Sabah and bila apply terus dapat plak tu..sob sob..hilang geng bujang aku yg suka meronggeng rokiah....xpe..nantu Sabah jadi tempat lepak aku plak kan..
semoga lyza baik-baik aja di Sabah. dan semoga murid2 di Sabah success sebab adanya teacher lyza.

aktiviti kitaorg gamble je..xde booking2..sbb ber2 je..mudah..and lucky sbb kitaorg awal 15min before segerombolan budak2 yang nak beraktiviti ni..maka kami dah jalan dulu..kalo tak, kenalah join group derang...

sebelum ni, aku join ngan budak ATAT kat sedim, tapi aku xdrive...sbb xcukup ATV...this time dapat handle sendiri..takdelah susah nau pon..kacang je...hahahaha

Friday, September 30, 2011

Aktiviti

Sign off from Office
Sign In to Plus
Check Out from KL
Check In @ Alai
Login to Tahajjud Cinta
Click at KBS World
Register at Melaka Wonderland
Like Swimming Pool
Join Sweet Dream Fan Club

Nota Kaki: Kena carik geng bujang baru *tsk *tsk T_T

Thursday, July 14, 2011

Sarawak 2011

Trip kali ni, jauh sket perjalanannya, dan aku yang sememangnya xcukup rehat, memang rasa letih je lah sepanjang percutian kalini kan. tapi cukup seronok lah..sebab kalini pegi dengan geng photographer jek kan. semua orang sibuk amik gambar aku plak makin malas nk menembak. menikmati keindahan alam jek udahlah. simpan dalam memori kekal abadikan.huhuhu so cerita penuh menyusul kemudian yek

Thursday, March 31, 2011

Sticky Mode :: ‘Moh Kita ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang’ Tahun 2011

Aktiviti yang aku teringin sejak 2007, insyallah kali ini akan di laksanakan. pd sesiapa yg berminat, sila lh roger saya di blur.4.2nd@gmail.com
----------------------------------------------------------------
Tarikh : 30 April, 1 Mei dan 2 Mei 2011
Hari : Sabtu, Ahad dan Isnin

The package cover: Food, accommodation (hostel with fan), tour guide activity, boat service, entry permit, and activities.

Activities : night walk, junggle trekking to Bukit Teresek and canopy walkway, rapids shooting, orang Asli Village (subject to availability cause there are nomadic tribe)

Tentatif Program
Hari Sabtu ( 30 April 2011 )
8.00 am – Berkumpul di Petronas (yang ada Burger King) sebelum Tol Gombak.
9.00 am – Bertolak ke Bandar Jerantut
12.00 pm – Tiba di bandar Jerantut. Makan tengahari di restoran/warung.
1.10 pm – Solat Zuhur + Asar ( Jamak Taqdim ) di Masjid Baru Jerantut.
2.00 pm – Bertolak dari Bandar Jerantut ke Taman Negara, Kuala Tahan.
5.00 pm - Check in at Mat Leon Village
7.30 pm – Makan Malam (termasuk pakej)
8.30 pm - Night Walk (bring touch light)

Hari Ahad ( 1 Mei 2011 )
7.30 am – Sarapan Pagi (termasuk pakej)
9.00 am - Jungle trekking to Teresek Hill and Canopy Walk.
1.00 pm – Makan Tengahari (termasuk pakej)
2.30 pm - Rapid shooting (get wet) orang Asli Village
(subject to availability cause there are nomadic tribe)
7.30 pm – Makan Malam (termasuk pakej)
9.00 pm - Free & Easy

Hari Isnin ( 2 Mei 2011 )
7.00 am – Sarapan pagi
9.00 am - Check out ( boleh beli souvenier di kedai rakit terapung ) ( Sesi bergambar ATATians )
12.00 pm – Tiba di Bandar Jerantut. Makan tengahari dan solat Jamak Taqdim (Zuhur dan Asar)
2.00 pm – Bertolak pulang ke KL. Jangka tiba pada jam 5 petang. Pulang ke rumah masing-masing.

Oleh itu, bajet keseluruhan ialah RM 240 seorang (accomodation, transport & termasuk bahan-bahan lain yang diperlukan). RM 240 ini bajet utk penginapan Hostel. Bagi yang ingin chalet, kena tambah RM 30 seorang daripada RM 240 iaitu untuk 2 malam.

Kepada sesiapa berminat, sila beri Nama Penuh dan No.IC (utk pendaftaran masuk tmn negara) serta wang pendahuluan sebanyak RM 170 seorang untuk booking/tempahan sebelum 15 April 2011( Jumaat ) untuk pengurusan disana (tempahan guide, perahu panjang, penyediaan beli bahan2 makanan dan minuman dan lain-lain keperluan oleh pihak pengurusan).

Baki lagi akan dikutip sebanyak RM 70 (bagi peserta mengambil hostel) dan RM 100 (bagi peserta mengambil chalet) pada 28 April 2011 ( Khamis ) iaitu sehari sebelum bertolak untuk pengiraan kos minyak kereta+maintance kete dan tol serta nak tahu berapa jumlah kereta diperlukan bagi ke Taman Negara ini.

Nota kaki: New post, sila scroll ke bawah ye.

Wednesday, March 23, 2011

12 Mac 2011

Dapat SMS masa aku nk terbang ke Bandung, xsempat nk reply apakan, sebab dah nak naik flight. tp aku tau aku blh join small gath ni.

kebetulan cuti sekolah baru bermula & jue balik ke malaysia, makanya wajib lah adakan perjumpaan kecil2an kan. makanya, dek kerana masing2 ada anak yg uncontrollable, makanya memang tak sesuai nak jumpa dekat luar kan.kompem tak tenteram nanti. makanya, umah baru ila menjadi pilihan. memang cantik rumah ila, lagi cantik sebab rumah sendiri. jeles ok orang dah ada rumah sendiri. takpe bersabar ye dan kena berjimat cermat sket lah kan.hahahahaa

dan perjumpaan sabtu malam ahad tu, yang hadir hanya Nik, Jue, Zam , Aku dan ejot..oppss tuan rumah Ila sekali lah kan. hehehee... dah lama sangat tak jumpa ejot, makanya dia dah kembali bekerja di semenanjung, baik amik kesempatan berjumpa-jumpaan kan.

semua orang jeles sbb aku ada gear utk umpan bebudak tu kan..hahaha semua dok dia bila aku nak amik gambar, terus lupa permainan lari sana sini mereka kan.

jue, ejot, zam & nik
zara makin kurus dahhh


tapi lagi kelakar bila aariz bercommunicate ngan zara & muiz...
terang2 kita xpaham bahasa mereka, tapi sangat sweet bila mereka paham bahasa yg digunakan. sangat comel.

dan yg xdpt join seperti zehan [kena balik kg, ada hal penting], ida [dalam pantang], cik reen [ teman suami outstation], kecik [tak dpt status], dan yang lain..siapa lagi ek..lupa sudah...
semoga jumpa lagi nanti.

Nota kaki: siapa sangka, dulu kami tak kenal pon antara satu sama lain, tapi kerana 10L lah merapatkan ukhwah antara kami semua. banyak kenangan kt 10L tu kan? hehehe


Wednesday, March 16, 2011

I'm a rafter

Tak tahan, ada sijil OK. hehehe well, bukti dah berjaya laksanakan aktiviti/cabaran dengan selamat & jayanya. so, to others yang nak mencuba, if i can do it, that's mean uols also can do it. Just pikirkan Malaysia Boleh! so, try it before late. insyallah pengalaman ni antara pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pada orang yang memang rafter tegar, toksah lah kondem kitaorg yang baru nak mencuba, bagilah semangat or tunjuk ajar ya.
makanan yang di sediakan Adeline VIlla, so delicious.. nom..nom..nom... selera kampung uols. makan memang tak pandang kiri kananlah.


the view, insyallah nak datang lagi ke situ utk lepak2 sahaja. tempat yang sangat tenang dan cantik.


selain makanan berat, pisang goreng madu & ABC pon ada. ape lagi...nom nom nom nom nom nom tanpa henti. dan balik rumah timbang naik 2kg. how?
selain itu, dekat sini pon ada sediakan aktiviti ATV. nak tahu apa ATV, sila lah google malas lah nk terang kan panjang lebar, sebab aku baru jek plan nak manage aktiviti ni.


amacam, ada gaya x? so, agak2 berapa lah harga seketul sebuah ATV ni. Kalau lah aku mampu, aku nak jek memiliki sebuah kenderaan ni sebab nampak macam terlebih gaya kalau memilikinya. Ok lah, citer ni tamat di sini.
Nota kaki: selagi termampu, buatlah apa yang anda rasa ingin lakukan. itulah terapi paling mujarab untuk Jiwa. :P jangan terpikir nak bunuh orang sudah lahnak bakar rumah jiran plak ye.

Sunday, March 6, 2011

White Water Rafting

Tanggal 6 Mac 2011, alhamdulillah perjalanan pergi & balik kami sekumpulan selamat. Dan aku berjaya melaksanakan lagi satu aktiviti yang memang aku kepingin dari dulu dan wajib dilakukan sepanjang hayat walaupun cuma sekali. cewahhhh sampai macam tu sekali ek. Pada mulanya aku macam taknak join. sebab macam tak berapa nak bersedia mental & fizikal kan. but, orang yang meracun tu membuatkan aku berpikir kembali dan terus bersetuju. Iyelah sementara peluang bergilek depan mata kan. grab ajelah.

Makanya, seawal jam 6.00am, kami [aku, dd, sepul & sara] dah bertolak dari ampang ke gopeng, perak. aktiviti ni, aku join Budak Smartcoach/taekwando yang Sara&sepul join. So far, aku sangat puas hati dan teruja utk mengulangi aktiviti ini pada masa akan datang.

taklimat dari instructor yang bertauliah. muka masing-masing tengah cuak ni. almaklumlah majority 1st time kan nak merasa.

lepas jek taklimat lebih kurang, aktiviti di mulakan dengan 'water confidence'. memang seriau lah kan..ha kena mengapungkan diri & mengikut arus air yg sangat deras, cehhh aku sampai tali ke-3 baru dapat capai...tapi kena ingat cakap instructor, JANGAN PANIK. enuf!

dan xlama lepas tu aktiviti berRAFTING ni pon bermula, aku seboat dengan dd, sara & sepul. beberapa arahan yang perlu dihafal ya, seperti, forward, backward, on hold, on job, boom boom, jump jump, etc. ni jek yang aku ingat kot. muahahahaha

dan layan kan gambar yang banyak ni, serius memang boleh membina keyakinan diri ok! dan hilang semua bebanan dalam kepala hotak ni.


korang semua pon patut mencuba aktiviti seperti ini. aku tengah aimed utk melakukan aktiviti menunggang ATV. owh gambar nnt lah sebab dalam phone. lupa nk transfer.
Pakej ni di ambil dari Adeline Rest House. pakej di ambil lengkap dengan makan TGH. dan lauk pauknya sedap. gambar nanti aku upload sebab yang sama, dlm phone.


semua ni gambar team aku jek..malas nk upload yg lain kan..muntah nanti..ni pon xlarat dah...

XPDC ni melalui laluan sungai sepanjang 9KM ya..macam dari Alai nk ke Bandar Melaka. ops...


Air yang tenang jangan sangka tak cuak

see....woweeeeee

gedebushhhh


peace... perasaan cuak yang cuba diselindungi.

oppsss
kami ambil pakej yang termasuk gambar, maka ada photographer di sediakan ye.

bukan takat gambar jek, video pon dia ada ambil jugak sikit2.

tersangkut lagi

owhhh nooooo....

fast forward...caiyok2 my blue team

memang banyak telan air lah..lagi2 masa water confidence & masa kena benam dlm air, menggelabah aku kan mencari permukaan ari. tah berapa litre air teh tarik + milo sejuk tu aku minum..ahaks

owh...OMG

1...2...3...ready....

vroooommmm

masa berehat seketika

dan aktiviti di mulakan kembali

sakit jugak lah *o*t*t kan asik terhentak jek



gambar team aku ni yang paling best aku rasa..hahahaaha





layan gambar jek lah..malas nk type dah, sebab merlin dah abis, masa utk tidur lah kan




ni yang semangat nak belajar berenang kan, utk mengurangkan ketakutan/kecuakan dalam diri

ni aktiviti terakhir before pulang, aku lupa nama dia, tp duk paling last sebelum instructor tu kan, memang terasa sengal bahu tangan semua.,..sbb nk tahan beban owg dr yg pertama tu kan..mak eiiii mencabar ok.
dan lepas tu di lepaskan ikut arus air..memang beberapa litre air sungai yg sodap tu berjaya di telan...


ok teka yang mana 1 aku?
hahhahaaha
Sampai rumah kol 8lbh td, dari Gopeng awal jugak, tp singgah tapau makanan la, rnr tapah lah...macam2 lah..copy gambar lah itu lah ini lah, sekarang kena tidor, esok mau kerja kan. jangan lupa akan hakikat tu. Selamat Malam semua.

Good Bye 2018

**pic from google