Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Bulan Zulhijjah

Apa yang diperoleh dalam kelas sabtu lepas dan ada kawan yang baik hati dah siap taip and post kat FB maka kita copy & paste aje...

untuk dikongsikan bersama.
------------------------------------------------

Amalan di bulan Zulhijjah dr 1-9
✏kelebihan bulan Zulhijjah Allah sebut dlm surah Al fajr ayat 2..
✅Allah Ta'ala berfirman:
“Demi fajar; dan(demi) malam yang sepuluh; dan(demi) yang genap dan yang ganjil”(Al-Fajr:1-2)
📌Majoriti Al-Mufassirin termasuk Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya.
📌 Begitu juga 'yang genap dan yang ganjil' ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan selainnya sebagai 10 awal Zulhijjah yang mengandungi hari ganjil dan hari genap.
✅Dan cukuplah dengan ayat ini untuk menunjukkan betapa besar dan agungnya kelebihan hari-hari ini kerana Allah sendiri bersumpah dengannya..
✏Allah mencintai pd10 awal bulan Zulhijjah..ibadah yg boleh di lakukan adalah :
📍amalan puasa1-9 @
📍puasa selang sehari @
📍puasa hari Arafah 9 Zulhijjah.
Dihapuskan dosa selama 2 thn, tahun ini dn tahun depan ..dosa besar kena bertaubat..
✏Di samping zikir pagi dan petang .perbanyakkan
📌Tahlil
📌Tahmid
📌Takbir
✏Bersedekah
✏Banyakkan membaca al-Quran dan beserta tadabbur
📌Al Quran itu peringatan. ...kalau tk rasa apa apa atau perasaan ketika kita membaca. .itu tanda kita tak rasa kebesaran Allah
📌Keyakinan pada Allah tidak kuat. ..
📌sesiapa yg bersih hatinya,jauh dari syirik, jauh dr mazmumah, dia akn dapat hidayah ini..
✏pertingkatkan amal ibadah siang dn malam demi utk mendekatkan diri pada Allah.
✏kelebihan malam terletak pd lailatul qadar
✏kelebihan siang terletak pada 10 hari bulan Zulhijjah
✏maghrib hari isnin sepatutnya 1 Zulhijjah. ..
✏Jika tk mampu buat semua ...jangan tinggalkan semua yer.
Jom kita beramal
Wallahua'lam 🌸 
Tmn Hillview
12/9/2015

Monday, September 7, 2015

KELUARGA BAHAGIA

Tajuk tak menahan...

tapi inilah tajuk tazkirah oleh Ustazah Dato' Siti Nior Bahya dan suaminya Ustaz Wan Akashah pagi tadi, baru haritu aku tepek semanis kurma dalam blog ni, tup-tup rezeki harini dia mai opis bagi takzirah sikit. alhamdulillah masih ada rezeki untuk berada dalam majlis ilmu.

apa yang nak di kongsikan ini adalah tujuan untuk aku membuat rujukan pada masa akan datang (dan siapa yang sudi baca, dipersilakan), sebab ikut kategori aku belum pon masuk dalam ketegori berkeluarga, i is masih di bawah tanggungjawab ibubapa (bajet muda sangatlah kan) uwekk...

Sudah,,,,back to the topic, yang dikongsikan bersama adalah 7 TIPS ASAS KELUARGA BAHAGIA mengikut konsep Rasulullah S.A.W:

1)  IMAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH
- sebab tu panduan untuk memilih pasangan kepada yang beragama, memang di suruh juga part keturunan, paras rupa tapi kena berbalik kepada konsep asas, maka yang asas tu patut letaknya paling atas.

perlu di ingat, bila ada IMAN maka akan ada SABAR. dan bila ada IMAN akan ada KETAQWAAN.

sentiasa tanamkan pesanan ini di dalam hati: DUNIA ADALAH TEMPAT UJIAN.

untuk jaga IMAN dan TAQWA hendaklah JAGA SOLAT, JAGALAH AL-QURAN (dengan membacanya) dan HAYATI TAFSIRNYA.

2) MAWADDAH DAN AR-RAHMAH
- konsep perkahwinan yang sebenar adalah untuk TENANG dan BERKASIH SAYANG.
- kalau ada cinta dalam hati maka akan wujudnya SETIA
- pandai untuk mencurahkan kasih sayang

3) PERGAULAN YANG BAIK
- amalan 5S: Salam (memberi salam), Salam (bersalam bila berjumpa & berpisah),Senyum (sentiasa mulakan dengan senyuman), Sapaan (bertegur sapa), Sopan (percakapan dan tulisan)

4) AMANAH DALAM TANGGUNGJAWAB
- Asas: Nafkah keluarga pada suami (utk perkara asas), isteri hanya untuk membantu perkara sampingan yang lain, isteri lebih mendidik anak-anak dan menjaga rumahtangga, suami fokus pada untuk mencari rezeki untuk keluarga (perlu bekerja keras untuk ke arah itu kerana perlu sedia tempat tinggal yang selesa dan sesuai, makanan harian dan pendidikan keluarga).

5) REZEKI YANG HALAL
- pastikan yang dibawa pulang ke rumah dari sumber yang HALAL  kerana dari situ bermula pembentukan hati pada insan-insan di rumah,
- jangan lupa bersedekah walau sedikit
- jangan lupa ibubapa
- jangan lupa zakat

**7 Perkara yang boleh menghilangkan rezeki:

  1. pergaduhan di antara suami siteri
  2. merungut & merasa beban pada anak2
  3. mengeluh
  4. terlalu berkira dalam memberi
  5. cara intonasi percakapan yang tidak sopan
  6. tidak sabar dalam menangani masalah kerenah isteri dan anak-anak
  7. tidak berdoa

**yang patut dilakukan adalah yang sebaliknya untuk memudahkan rezeki dijemput masuk ke dalam rumah

6) BANYAK BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T
- doa untuk semua aspek dan sentiasa berdoa
- doa dikabulkan dalam 3 bentuk:

  1. Allah beri apa yang kita inginkan
  2. Allah jauhkan kita dari musibah
  3. Allah makbulkan bukan di dunia.
7) BERBUAT BAIK PADA IBUBAPA
- jangan terlampau fokus pada keluarga sendiri sehingga mengabaikan ibubapa. keutamaan perlu pada ibubapa dengan memastikan:
  • ibubapa kita tiada hutang
  • untuk haji kan mereka
  • untuk selesaikan hutang2 mereka (harta mahupun puasa) 
**peringatan: HUTANG, HAJI dan PUASA,

sentiasa ingat ini: keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, begitu sebaliknya.


Tuesday, January 31, 2012

Last day

esok adalah last day untuk saya berfoya-foya. Cehhh statement. macam dah jadi kasanova plak..ehhh silap eh,

abaikan

byk benda lagi yg aku tak sempat setelkan. heheh sekian.

ok, setelah 21 nak masuk hari ke-22 saya tidak bekerja. perghhh rasa seperti orang yang dah cukup kaya dan cukup ilmu di dada. walhal rasa macam lagi teruk coz. paper pon aku malas nk baca. huk huk,,,,dan time tak keje ni ingatkan boleh berjmat cermat tapi pengaliran keluar lebih luar biasa dari kebiasaan.

apa ek aku buat? macam-macam kot. dan best ulang alik Kl-Mlk pd hari bekerja adalah perkara paling jarang2 dapat berlaku..hehehe xperlu nak tempuh kesesakan lalulintas ni kan. tapi bila semalam pg ke opis baru amik kad parking, terus rasa nak down mood tu blk sbb aku kena bertafakur lah atas jalan dikala jem..hehehee well tu kan perkara biasa.

dan weekend lepas berjimba ngan budak ATAT di Cameron highland adalah moment yg sgt awesome. thanks to ATATians.

dan semalam kembali ke melaka dan hari ni, aktiviti sgt penuh. pagi ke klinik teman mak checkup. lame nye lah menunggu turn dokter pakar tu nak mai kan. tau balik tidur dulu. then tgh sampai le ke nak maghrib, bertapa kat pusat service eon, mcm2 kena tukar coz dah 80k km kan. dan lg best suppose timing belt tukar time 60k km. tapi ntah aku lepas pandang kot..huahuahua maka hari ni declare poket aku kopak. mahal seyyyy timing belt savvy. mulalah aku rase nak pakai peaugot 308 turbo neo jek kan. dan byk lg..semua jenis oil lah kena tkr. huh. dah abaikan.

dan harini jugak, aku dan keluarga mula menanam pokok durian di tepi jln..muahahahahaa ini kerana...pokok-pokok derian di kebun dah kena tebang..huahuahuahua demi mengelakkan musibah laen yg melanda di kediaman sekitar kebun tu...ahaks....xpe kita tanam benih len kan...nnt 5-6taun dpt le hasil..sementara tu..cer makan durian tunjuk kan,,huhuhu

dan malam ni saya kelaparan. kedai yg buat delivery tu mungkin tgh sibuk...pak aman ni xsampai2 lagi utk sebungkus meehoon sup...aiyak lapar deyyyy

aku tgh pikir nk tune waktu tidur sbb kat kg ni aku membute lambat coz mlm2 buta layan korea kat mane2 website yg bg tgk secare free...hehehee

oklah ade yg tny, apsal aku nekad nk tukar keje. yg utamanya, dah rezeki pastu nak kan angin perubahan which mane tau akan merubah segala2nya utk kehidupan aku kan... mane tau jadi lebih fokus pd kerja. lebih bertanggungjawab. lebih ramai kawan. kawan skrg kan dah ramai yg dah berumahtangga dan tak lain tak bukan nak luaskan jajahan calon-calon. perghhh kemboja mesti cari button like. aku tau. tu lah sebab musabab kena ubah angin sbb aku dah ddk kat angin yg same setaun setengah tiada apa2 progress....rutin aku masih sama start from 6am until the next 6am. same jek..hope lepas ni berubah sket. tolong doa kan ye. dah 30-an kan tahun ni. umor paling hot bak kate kemboja. ehhh mane button like...aku nk tekan. uhuk.

masa mula-mula ayah aku tau aku nak tukar keje pon, dia geleng kepala, asik le tukar keje jek keje ko,,hehhehe takpe ayah...tolong doakan yang terbaek, if anak ayah ni murah rezeki, sape jugak yang UNTUNG kan? pakman dan keluarganya jugak kan.

dan sebelum tu sempatlah berjumpaan dengan geng 10L, dan berita paling memberi kezutan pd aku yg telah membuatkan bontot aku ni panas jek,xleh nk ddk relax2 dah ni..bila mane teacher 10L dah bertemu jodoh dan akan melangsungkan hari yg dinantikan pd mei akan dtg....congratez teacher..jodoh ko sampai dulu kan. aku doakan semuanya berjalan lancar dan insyallah itulah kebahagiaan hakiki yang di cari selama ini.

ingat senang ke aku nk cerita hal hati kat sini..muahahaha,...mlm ni aku dah weng sket. maybe sbb bertapa 4jam lebih tgu kereta laling xsiap2...dan korang jgn sangka ketenangan di luaran ni tiada kocakan. kah kah kah..ok lah..before aku merapu lagi,...kang kantoi tah ape2 plak kan.... better aku wish SWEET DREAM to all... nite...awalnya tidur malam ni...huhuhu

Nota kaki: aku gelabah bila semua orang tengah SMS on CINTA skrg...huahuahua baru aku tau ape erti gelabah

Thursday, December 22, 2011

HURU HARA

Since semalam, aku berada dalam situasi kelam kalibut + huru hara + serabut + mencungap + macam-macam lagi. ok di mulakan dengan kejadian bateri phone ku MAMPOS di kala pagi hari rabu. dan cari charger utk di pinjam, mg kebetulan takde plak orang yg bawak ke opis.. huwaaaa nasib baik ada Mr. Moto membantu..hehehe terpaksa tukar simcard kan....pakai lah phone moto tu. legaaaaaaaa dahlah aku hangin, charger phone nokia aku tah mane lesap kat rumah sewa tu kan....ish ish..dan petang tu aku terpaksa lari ke suatu tempat setelkan urusan barang aku dengan kawan aku. huh...bayangkan lepas opis hour....jalan kat KL ni mana ada yg clear kan..hehehe setel semua dah kol 7lbh.. yolah dari sri petaling ke jln kebun ok! dan dr jln kebun tu drive plak ke cyber utk misi makan kambing di saba'. huh..letih makcik drive melibihi 150km dalam KL sahaja utk 1 hari. mcm boleh kampung jek tu... lg best, phone moto aku tu memang xdek no geng2 ATAT aku tu dan no DD boleh plak save separuh jek..pdn lah aku call semendang xdpt dr ptg tu..ishhhh serabut sungguh aku. nasib baik aku hafal no si Mira..kalau tak wassalamunlahjawabnya. uhuk. dan aku sampai derang nk order pon..then aku pon order...ok Mandhi lamb...slurrrrpppppp tapi aku sangat pelik orang lain dah makan dan yg datang lambat pon dah dpt order..aku masih xdapat2 lagi..rileks jeklah kan...walhal dalam hati dah membara sebab lunch aku xsempat makan. jangan di tanya sebab musababnya kan. dan sampai lah aku dah tanya 5kali kat pekerja dia mane order aku kan..last2 dia kata dah habis...memang aku rasa malas dah nk makan kannnnnnnnnn...terus tukar order amik kebab..sob sob...selamat jalan kambing...tp nasib baik....sebab ada lagi stok mandhi lamb..dptlah aku makan..org lain dah sibuk nyanyi2 hepi besdae vagai..aku baru nk telan nasik..kembung dah perut aku minum air teh arab tu kan. dah jumpe geng2 kompem lah blk lambat kan...dan sampai rumah kemas sane sini...kol 1am jugak lah dpt lelap. huh esoknya....dalam kelam kalibut pergi kerja xperasan henpon moto aku tertinggal..memang biasa pon tertinggal tapi kan aku dah tukar sim card..huwaaaaaa sekali lagi...no utk opis tu kot...hukhuk..xpe koman2 aku akan tenang lah haritu kan..sbb tiada call..hehehe tp hati xtenang jugak sbb user rajin call aku direct kan...jangan ade yg mengkomplen udahle....ok aku kelam kalibut pagi2 tu sbb dah terlambat nk singgah pej pos dulu..nk amik barang and nk pos barang kan....sampai opis....aku kena conferance call plak sambil berNetMeeting..serius xsuke pegang phone lelame...ni sampai lebih 2jam setengah ok..sampai rasa nk muntah hijau..ahahaha over ok...tp masalah tetap xdapat diselesaikan lg..huh...

dan aku mula serabut xtau mana 1 yg nk disetelkan dulu coz ada lebih kurang xsampai 15hari untuk aku setelkan semuanya...rasa nak turun lepak kat surau jek..sbb mmg serabut ok!

dah itu jek kisah serabut dan harini..jumaat..masalah bateri kong terjadi lagi. dan aku pon terus bengang lagi sebab ketiadaan charger.. siapa kata orang tak boleh hidup dengan phone sahaja. ketiadaan charger pon membuatkan orang sasau..yolah kalo ada phone tapi tak boleh berfungsi pon tiada gunya jugak kan.

adios.

Tuesday, December 20, 2011

Pilih Kasih

Alangkan mak yang mengandung dan melahirkan anak pon tak dapat nak berlaku adil dalam pembahagian kasih sayang pada anak-anak yang berderetkan...inikan pula nak bahagikan kasih pada kawan-kawan terchenta.





Sebabnya....





kehidupan yang normal, manusia takkan memiliki seorang sahaja kawan/sahabat dalam 1 masa. dan sekiranya, ko hanya memiliki seorang sahaja kawan/sahabat. serius, ko adalah dalam golongan kurang normal. huhuhuhu dan persoalan aku : Tak muak ke? huk huk..eh silap...xjemu ke?





bagi aku,





untuk tidak rasa bosan dalam kehidupan, yolah bosan tu wajib, kalau tak lagi tak normal, sebab kategori takde perasaan kan...kan ..kan? tapi kita boleh mengurangkan rasa bosan tu dengan adanya kawan yang ramai. contoh kalau ko ada sorang kawan, tapi kawan kau tu kuar dating ngan balak dia. maka ko pon jadilah tiang seri terpisat-pisat kat rumah or jadi ranting-ranting yang termangu-mangu kat tpt public sorang2. huh, even aku ni ni jenis tak kesah utk kuar meronggeng sensorang, but takde kawan nk bersembang dalam sehari..at least kena ada chatting/sms pd seseorang sehari...kalau tak sawan weh..... bayangkan kawan ko tu lah sorang jek..dia lah sebelah ko kat opis, dialah geng makan ko dan dialah geng meronggeng ko di kala weekend dan dialah geng balik kg, bayangkan tetibe sumthing happen and dia terpaksa adahal utk waktu yang xperlu lah lama, cuma 5hari, tanpa connection to dunia tanpa sepadan. then, apa akan jadi pada kau yang memang kera sumbang utk bergaul dengan orang lain. then what happen if dia kawen, and laki dia jenis xsuke bini dia kuar berkawan..hak hak...even orang dah kawen pon perlukan kawan yang ramai. sebab takleh nk lambakkan semua cerita pada seorang.





macam aku,





kawan kena ramai ehh silap, kena banyak jenis...ehhhh lebih tepat kena ramai dan kena pelbagai. pelbagai ni general, sebab ko erang-terang ada byk minat dan cabangnya. sebab sorang kawan xboleh nk merangkumi semua aspek..giller boring..citer pasal sukan dengan dia..citer pasal balak taste dengan dia..citer pasal masakan dengan dia...cehhhhh aku pon muntah sebab...seolah-olah..citer masakan ke sukan ke hobi ke..same jek rentaknya...hahhaa takde kepelbagaian.





kawan aku kena ramai,





sebab bila sorang xavailable, aku ada yang lain yg kompem akan available.. impossible semua orang akan bz pd waktu yg sama, kecuali time raya pertama..sebab tentu-tentu lah fokus kat femili..ehh femili pon dikategori kawan tau..ngan mak aku pon aku kawan okeh..geng sembang aku..if aku lameeeeeeeeeeeeeeeee tak balik kompem mak aku sasau sebab takde geng sembang...hikhik.... dan mak-mak sedare aku pon kawan aku....best plak bila dah di alam dewasa ni sebab kita boleh bersembang dengan mereka tanpa sempadan..har har..which is, mak aku takkan kuarkan ayat "jangan nak menyampuk orang tua cakap" or takde lah lagi kena sepit ketam berbisa kan..hak hak hak..... those yang kata dia ada sorang jek kawan/sahabat...dia adalah penipu..lagi penipu if dia dah kawen...sebab laki dia tu pon kawan..dan if dah anak..anak tu pon kawan....hehehehe bagi suami tu kena multipurpose, same mcm fungsi seorang isteri kan. mane boleh jadi isteri jek 24/7 pd suami kan...kenalah jadi kawan, membe, abang, adik, kakak, pakcik, makcik, kekasih, kesayangan dan segalanyalah. barulah senang berkomunikasi. tapi kenalah pandai sesuaikan situasi..jgn all the time ko nk anggap laki ko kawan..mau laki ko tu rasa dia bukan ketua keluarga dah kan dan terang-terang dia rasa dah tak disayangi..hehehehehe





ehhhh apa sebab aku melalut ek? bukan ke topik pilih kasih. yehaaaaa





sebabnya, ada sorang tu kata dia ada sorang jek kawan yang mana sahlah bukan aku kan..walhal dia dah kawen dan dia dah ade anak nak masuk 2 orang.muskil aku.... xpenah ke dia bersembang ngan anak dia mcm sembang dengan kawan? ish ish.... kesian laki dia sbb dia anggap sebagai suami jek..muahahahahahaa aku cume nak persoalkan..antara anak & suami pon korang tak akan adil 100% kan dalam pembahagian kasih ni. betul tak. dah jgn layan kan aku merepek yang dah jauh menyimpang dari tajuk. lain nk coretkan. lain plak yg aku curah.com kan di sini. hampesss








oklah..dah malas nak type sebab dah waktu keje balikkan. hahahahahaha

Monday, July 18, 2011

Selamat Kembali

yeah, bersiaran kembali dari pekan Jitra. uhuk. selamat sampai kol 12.03am ahahahaa dan malam ni tdo lena( tapi mata xleh lelap lagi nih.) kat hotel ni. uhuhuhu serius letih tahap gaban, tapi xleh lelap. ni gara2 aktiviti yg meletihkan since jumaat. dari cyber ke shah alam & balik melaka lepas tu sabtu ke segamat, balik dari segamat singgah melepak di muar dan tgh tadi gerak balik ke KL, transit sekejap kat KL sampai tertidur 2jam. hehehe end up.kol 7lbh baru gerak balik kedah. huwaaaaaa aku malas + lemau dah nak balik kedah ni, tapi apakan daya, dah xleh excuse minggu ni. muahaha sebelum balik cek jugak email, mane lah tau ada email yg boleh buat aku mengelat kan. ngeh33.

apa2 pon, dah selamat sampai dan esok kerja. tu lagi xsyiok apsal lah cuti sekejap jek kan. dalam tak nak mai kedah ni, aku rindu jugak nak makan cjar kuew teaw ghanni tu kan. hehehehe. dan lagi best sampai hotel dah mandi manda, boleh plak berus Gigi non ado dlm beg, lupe plak aku gune utk trip sarwak aritu, lupe nk kuarkan dari poket deuter aku tu. huwaaaaa terpaksa lah kuar kejap di kala pagi2 ni kan. seb baek kedai kat depan sana bukak sampai kol 1am. opps aku sampai ngam2 budak tu nk ttp tapi dia kesian sbb aku ckp nk beli berus gigi..hhehehe mau esok pg keje mulut kepam kan. seb baek budak tu baik hati maka selamat lah mulut aku dr kepam.

dah lame xmerepek dalam belog sendiri kan. dan aku masih ada masalah nk komen kat belog marini. haih*

Rabu lepas, hahah tetibe nak cerita apa jadi rabu lepas. hehehe belasah lah. skodeng tiket wayang online, konon nk booked kat melaka kan hari sabtu nya show. sekali cerita yg aku nk tgk tu last day hari rabu..huhuhu terus lah wat keje gile pg jek mid valley lepas keje. seb baek sempat masuk show kol 6.35pm. alah citer melayu kompem kejap jek kan kan.kol 8pm dah kuar dah, dan aku bijak aku beli tic utk 2 show ok. Sekali lagi & transformer. transformer aku amik show kol 8.45pm. muvi harry kena simpan dulu, tgk awal2 xdek feel..muahahahaaa alasan jek tu. dan as usual aku layan muvi sorang2. nk emo lebih pon tarak hal. sbb kompem tak kena perlekehkan kalo ternangis. muahahahahaa

sekali lagi tu aku nk tgk sbb si mia tu jek.muahahaha dan well, citer dia sempoi jek mcm muvi malay yg lain, tapi yg pelik nya kali ni, aku boleh plak meleleh. tah apa2 jek bila pikir balik. tapi bila masuk tgk transformer yg tembak sana sini tu pon aku boleh meleleh. terus kena pikir apa masalah aku ni kan. sampai skrg xterungkai. tp yg pasti, jiwa wa kaco ni... kaco kaco....sbb dah xkental mcm dulu. aku rasa gonjes kompem gumbira sbb ada geng. dan kalo layan hindustan kali ni. aku berani bet lah, aku kompem meleleh punya & kalo tgk show ngan gonjes mau berebut tisu kot. adakah ini di sebabkan faktor usia? atau ketidak stabilan hormon atau kedua2nya skali atau aku ni memang ada masalah ni.

dah lah. dah kol 1.30am. wajib tidor sebelum esok aku xberupaya nk menanam semangat ke opis. gut nite uols. esok senin yek

Thursday, June 9, 2011

Macam Sekolah Lagi

Bila semua benda/aktiviti berstatus "Compulsary" or else kena jumpa pihak berwajib & tunjuk sebab/bukti/etc.

buhsan kan, bila kebebasan disekat. owh....sungguhlah macam kat asrama lagi. nak balik kampung bukan tym nya pon kena merayu. sekolah takpe lagi. ni bila dah dewasa & di alam pekerjaan pon masih sedemikian. rasa menyampah+meluat mula lah nak menularkan dalam urat saraf aku ni kan.

Saturday, April 23, 2011

Hujung Minggu Di Utara

Semua orang tanya apa aktiviti aku kat utara sebab aku tak balik KL time weekend kan. malas aku nak balik kan, dah kate bujang, balik KL bukannya ada apa pon, makpak kat kg pon xkesah. dan lagi kalo balik & kena balik sini balik. session utk workshop tu tak abis lagi kan. terang lagi bersuluh aku ni pemalas nak drive. huhuhu

makanya, lepak jek lah Jitra ni. tapi cek takdelah lepak sesaje jek kan. Jumaat, mean semalam, seawal pagi aku ngan housemate baru aku iaitu si Tiqa & si Sarah ke Penang. saje jek jalan2 carik pasal.







sampai ke malam jugak lah kitaorg kat penang. sambil pekena pasembur kat padang kota tu kan. dan 3 shopping complex di tawaf, dan lagi singgah di pantai ferengghi & pantai miami gitew. layan deruan ombak..tenang sekejapkan sambil menggelapkan kulit. pergi ke bukit bendera, masih under construction. sebenarnya dah siap cuma derang start beroperasi 25 April ni. beberapa hari jek lagi. takpe next time ajelah.



sampai rumah dah kol 10lbh malam. apa lg kan tido lah kan..



dan harini pula, hari makan lauk kenduri jek. tengah hari ke Alor Setar, makan lauk kenduri kawen, staff Bernas kahwinkan anak. alhamdulillah. biasalah, aku ikut si Tiqa & kak Mas, lame xjumpe kak mas kan. pahtu balik rumah solat zohor, lepas asar baru gerak ke Kangar, perlis plak, makan kenduri akikah plak. ni pon staff bernas jugak Pakcik Shuib KBB mana lupa dah. tapi anak dia si Amy ni aku kenal sbb PA encik apa aku lupe..hahahahahaa balik dr kenduri singgah umah makcik si Tiqa kat area situ jugak utk solat maghrib. dan lepas tu baru balik rumah...fouuhhh penuhkan aktiviti kat sini.sape kata aku akan kebuhsanan? hehehehee



dan jutaan terima kasih pada staff bernas yang melayan baik ketika aku di sini, takdelah rasa macam kebingungngan kan kan....

Sunday, April 17, 2011

17 April

Sekejap jek dah nak ke penghujung April. Dan dari hari ni,lagi 4 bulan jek aku nak genap 29tahun. Seriuslah, kalau orang tanya, aku sedar ke tak dengan umur tu? memang jawapannya TIDAK. aku perasan yang aku dah 29 thn iaitu tahun terakhir sebelum memegang angka 3 di hadapan bila orang lain bercerita tentang umur. Kalay boleh aku malas nak memikirkan dan lagi malas nak ingat. ahaks. Oklah tadi entry ni tergendala sebab nak ke rumah yam utk tukar P1 aku dengan broadband dia. yolah esok nak ke Kedah kan. takut plak kalo P1 tu xde coverage kat tempat aku menginap. makanya better cari penyelesaian yang selamat. Dan esok, insyallah akan bermula lah perjalanan ke Utara bersama laling sahaja. opssss bukan 1st time ke Kedah kan tapi 1st time drive sorang2. hehehee semoga selamat pergi dan kembali. dan pada diri aku selamat bertapa di sana selama hampir 2minggu.. owh kerinduan lah aku dengan geng2 gossip. dan lega. balik dari rumah yam tadi, sampai rumah dah kol 9pm, dan hanya mengambil masa tak sampai sejam jek beg semua dah siap packing..fouuhh lega. dan sekarang dah test broadband & boleh lah membuta. ahaks.

Tuesday, April 12, 2011

Kacau Bilau

Ye mood aku memang kacau bilau beberapa harini. tak tahu kenapa & mengapa & di mana & siapa & apakah. rentetan ni, ke kreatifan aku nak menyelesaikan masalah kerja menjadi sedikit slow. menatap screen notebook 2jam pon xdapat nk setel. malam ni pon aku cube, tapi xmampu nak selesaikan juga. buntu dah aku nk setelkan case new group tu..hope adalah idea esok. owh esok lagi macam2 nak kene pikir. huwaaaaaaaaa dek kerana jiwa kacau, aku berjaya siapakan entry bandung tapi entry krabi tetibe hilang idea dah. tsk tsk (*,)v tetibe otak kiri aku terpikir jiwa kacau ni disebabkan dah lama xlayan jiwang kat wayang. tapi otak kanan aku pulak mengingatkan aku utk membaca al-quran. terus insap kejap! kejap jek. oppss.,, mungkin lah kot kena mengaji lah..asik pikir nk tgk wayang jek.....dush dush....T__* (lebam sebelah bijik mata) dah boleh tidur, esok kan meeting..kalo meeting tu pepaham lah...get ready utk tadah telinge..ahaks. Gut Nite uols. Nota kaki: HTC baru dah keluar. kena cantas abg long dengan kadar segara. kasik dia sentap mcm yg dewi buat. huhuhu:P sebenarnya nak tulis pasal ni..tp mengarut jek lebih

Sunday, April 10, 2011

Random

Owh laling ku dah berkilat. hasil kerja tangan aku. well, semalam sabtu dan aku di kampung halaman tercinta, dan apa yang di plan xjadi. makanya, semalam aktiviti hanya melepak si rumah. di kala nak keluar minum petang bersama ayahanda & bonda tercinta, busu aku datang rumah hantar anak2 dia utk kitaorg tengok2an, terus tak jadi keluar. yolah xsanggup kot nak bawak anak2 dia tu keluar. 3org yek. kang aku lah yg dapat sawan olahraga. nak berlari sana sini kejar mereka. tak sanggup ya. ahaks. makanya. lepak rumah lagi. tengah2 lepak minum petang sambil makan goreng pisang, teringat nak basuh kereta. dah bersiap2 nk hantar kereta ke car wash, tetibe terlintas idea bernas untuk basuh sndr jek kan. koman2 keluar lah peluh2 jantan kan. hehehe dan lama rasanya xbasuh laling ni menggunakan keringat sendiri.ahaks. dan mula lah operasi membasuh, sampai ayah aku tegur, tp bila dia dengar alasan aku, blh plak dia suh basuh kereta dia sekali..owhh pelisssss lah..xsanggup ok. dulu aku rajin lah basuh sndr sbb BAJET yek...aku kan kedekut, skrg ni bukan sebab duit dah terlebih, tapi sbb mmg jarang giller basuh..miahahahahaa, well KL asik hujan jek kan. ok lah, semoga laling bersinar2 utk 3minggu lagi.ahaks. ok dan pagi tadi sesudah subuh terpaksa bergegas balik KL. alah kol 6.40am jugak aku gerak dr rumah kan. hehehe sbb nya kol 9am aku ada workshop kat PJ. kejam kan buat workshop hari ahad. dan selamat sampai kol 8am kat kg.kerinchi. so far workshop tu ok lah, makanan disediakan, xdeklah nak rasa sawan kan.. dan setelah sekian lama, aku dengar kembali pasal BRS, FRS dan SRS..hahaha serius, ni lah trauma aku selama setaun setengah masa buat degree dulu. owh maksudnya, aku akan kembali trauma dengan dokumen2 ni sbb kampeni aku dah mula nak implement process ni dan aku rasa ni utk membuatkan aku trauma kembali nnt. byk ok. tapi ok lah kot, dr system koboi skrg ni. but certain part memang kotaorg dah gune pakai masa project di bernas lg kan. xdek lah terkejut sgt kan. hope dapat lah capai status cmmi tu nnt. rindu plak pd lecturer aku pUan amalina, dialah yg suka sebut pasal cmmi ni kan. dan lepas workshop tu, aku melepak dengan teman bujang aku. hehehehe this time ke Empire sbb xpenah lepak situ, walhal dah byk kali plan, tapi asik xmenjadi. dan kita org lepas kedai apetah...lepak minum teh...amik set "Hi tea for 2" dengan harga hanya rm18.80 sahaja. ni lah dia set nya. teh ni, unlimited refill. oklah kan utk org yg nak lepak berjam2 lamanya. tapi xdek lah lama mana, sbb teman bujang aku nk bawak adik dia gunting rambut.
dan set ni dipilih, gara-gara ada menda alah ni. ni lah yg nak di cuba, setelah di cuba, kompem kalo mengandung, aku takkan mengidam makanan ni..hahahaa kompiden jek kan. well mmg sangat kompiden, sbb rasanya biasa, ater dibuat pakai putih telur & gula jek kan. takdelah se special sampai nk termimpi2kan. tapi kalo yg paling atas tu...belah kanan yg kaler coklat. kek coklat tu memang sedap dowh. itu mungkin menjadi salah satu idaman..muahahahahaa lagi satu strawberi celup coklat pon ada. dah rasa tengah berdating plak..muahhahaaa


dan tetibe ketika ini, teman bujang aku buzz kat gtalk mengatakan muka dia naik bijik2. kompem lah sandwich kat bawah2 tu ada kandungan daging. hehehehee


oklah, nk tgk si Aiman, adik2 kegilaan kak jijah.

Thursday, March 31, 2011

Terbang lagi


Cerita bandung pon masih dalam buku 555 kan. esok dah nak terbang kembali. semoga perjalanan ini selamat pergi & balik. risau lah jugak sebab berita mengatakan banjir kat Krabi, tp aku dah cek forum & tripadvisor, insyallah semuanya ok. doakan cuaca akan cerah seperti harini. Even bz arini, memang aku sempatkan jugak diri skodeng kat page cuaca ya. itulah salah satu tips kalo nak travel.ahaks. Jumpa Isnin nanti ya.


aku tengah amik mood nak sumbat barang2 dalam Deuter kesayangan yg dah berusia 7tahun, ish, dah sekolah rupanya Deuter aku tu ek.ahaks.

Dah kata

Aku baru abis meeting dan ada a few email yg menanti utk di reply, dah lah kalo reply "Noted" or "Ok" jek takpelah jugak kan. ni kena jawab soalan macam nak amik SPM balik. kompem tak tenteram nak cuti esok ni. sigh* sekarang dah kol 5.52pm ye. sedih kan. dan lantak lah kan. aku dah masuk mood peneng dah ni. nak nanges jek rasa nk jawab email2 yg berderet2 plak ni. Log issue tym mcm ni lah nk masuk. org kedah/kelantan, dah tau nk cuti esok, simpan lah case tu sampai ahad kan. kalo aku call opis tu ada orang angkat takpelah jugak kan. SLA...owh SLA ku. Nota kaki: Aku peneng...lalalalaa dan esok nak cuti..yeay# [sambil lompat bintang utk tujuan exercise]

Lama Rasanya

dah lama rasanya, tak merapu meraban kat belog, even ada lah jugak update entry nya kan. citer bandung yg dah kepam tu pon xsiap2 dikarang, lepas tu macam2 masalah melanda, well hidup ni kan xlari dari masalah. lagi plak, ditambah plak dilema baru. ish ish..kesian betul lah asik lah dilema melanda. baru aritu hip hip horay, sekali tadi dapat berita kene masuk projek. lagi xbest bila mengenangkan lokasi projek tu. sob sob...semoga boss bisa membuat keputusan seperti yg aku inginkan. dan dan tengah syiok update belog.datang plak orang mengaco nk tanya pasal update issues. perghhh 6.40pm kot skrg ni...tym aku nk leisure2 di opis....plesssss, aku nk kurangkan semak di otak ni, boleh tak? dah lah esok meeting non-stop. yg last start 4.30pm, ntah kol berapa lah abiskan kan. masak masak...terus xleh nk sambung update belog, sbb abis jek diskus ngan mamat tu dah kol 7pm. ye ni waktu biasa jek skrg ni aku kuar dr opis. pekerja yg dedikasikan? hehehe skrg kat umah sepul, boleh sambung menceceh balik. aku plak tengah mengkaji pasal investment. adalah beberapa produk investment yg aku tgh kaji, kaji punya kaji, memang tak mampu lah nak tambah investment kan. makanya, gaji skrg ni memang ckp2 makan, try lah jgk kurangkan sana sini, memang xleh lah. mau lagi 15hari nk gaji, aku dah sawan menggulupur sbb poket dah kering kontang. Cukuplah apa yang ada skrg ni kot. cuma mintak2 aku xkuarkan saving aku even terdesak, sebabnya, kalo kuarkan maksudnya rumah hak milik sndr, memang lambat lagilah nak berada dlm genggaman. huahuahua dan ahad lepas, lepak dengan Yam & anak-anaknya. Naufal dah reti berjalan. tahniah Naufal, caiyok2, kasik lari cepat, xsabar nak kejar dia lari..amik kau...nnt komplen lembik di buli naufalkan. yang comel nya bila bihah dok sebelah aku tym aku drive, dia nyanyi lagu "Are you Sleeping" nak perli aku xbukak radio lah kot..hahhaha pape pon sangat comel. tapi jadi xcomel bila pegi taman tak nak bali, pahtu tunjuk protes. tapi jadi comel bila dia kata, "Tak nak kawan Ibu" muahahahhaaa eh eh..mama yun lupe besdae present tok naufal lah....xpe tgu balik dr krabi lah yek. dan tadi plak hotFM AM krew punya topik "Lagu masa sekolah" serius lah, lagu sawah padi lah, papa ku pulang dari kota, anak itik lah, anak ayam lah, etc. serius apa yg depa dok menceceh macam betul, salah satunya, cikgu muzik kat sekolah rendah dulu kompem comel & seksi...betul..even aku sekolah kat ceruk kampung pon, cikgu muzik agak daring..yolah pakai skirt pendek jek kan..heheheheh tym topik ni aku teringat kat bihah, sebab banyak lagu tu dia dah reti nyanyikan. cuma aku lom berkesempatan nk rekod, sbb kalo dia perasan kompem dia xnak nyanyi dah.... Nota kaki: mood melayan lagu "out of reach" . lepas kira, berapa banyak perkataan DAN yang aku guna. tah apa lah best sangat ngan perkataan DAN tu.

Wednesday, March 23, 2011

Rasa nak menangis

bila mengetahui heels pujaan aku tu ada kat butik LV. memang wajib menangis lah kan, sebab tak mampu kan. damn you, kenapa lah ko ni brand LV kan. kenapalah kau dilahirkan dalam keluarga LV kan...


kenapa?
kenapa?
dan kenapa?

padan lah aku mencari tak jumpa2 kan. yolah aku takat masuk butik nine west, elle, carlorino, aldo,..etc...non ado jumpe kan. tapi tak tergamak nak masuk ke LV kan, sebab aku sedar diri, mana layak kan. masuk couch nak skodeng aritu pon segan2.

first tym tgk kasut ni kat Jusco mid valley, tapi aku tgk kat kaki org lah..ade sorang cik kak depan aku masa nk bayar kat cashier, dia pakai kasut ni lah..kaler ni lah. nak tanya segan, nak snap gambar lg segan, maka snap masuk dlm otak jek lah....

semalam ronda2 klcc ngan sharna, konon2 nya nak carik butik elle, berpusing lah carik kan..nak turun escalator, terpandang butik LV, jengah kat cermin luar lah kan, display heels ni...meraung aku tgk...heels ni dalam keluarga LV ruper2nye...sedih dik non..sedih amat.....bila mengenangkan brand nya. toksah lah membayangkan harganya ya. memang dapat memiliki dalam mimpi aja. takpelah bulan depan kita pegi butik clarks jeklah...buat pengubat duka.:P

ni lah rupanya pujaan hati aku.



dah, jangan masuk dalam mimpi, kecuali ada orang nak present sepasang. kompem tido malam pon aku peluk.......peluk kasut lah kan...dan lupa terus kat bantal busuk nanti :P hehehe

Nota kaki: terus feeling layan lagu Cinta dua darjat & takdir penentu segala....hehehe

Tuesday, March 22, 2011

Pertama kalinya

Aku tak dapat join aktiviti meronggeng GGO ahd yang lepas dan keciwa sbb tak dpt jalan2 kat sunway pyramid sambil cuci mata. dan lagi keciwa sbb HSM yg belanja aritu..hahahaa xdpt merasa bonus HSM kan. xpe. non ado rezeki.

aku terpaksa menjadi escort girl petunjuk jalan tanpa gaji kepada makayah aku. ekceli makayah aku datang ke KL since sabtu petang sebab makcik aku kat klang buat kenduri sikit. dan terang2 semua orang ada hal kat alai & kampung masing & rumah masing2 maka aku yg masih single ni lah yg di utuskan utk membantu makcik aku apa yg ptt since pakcik aku dah tak boleh amik cuti kerana cuti dah di abiskan masa teman makcik masa kaki makcik aku patah awal tahun hari tu. romantik kan..even dah berusia...sangat lah kagum dengan mereka ni. dan kebetulan ada sedara mara yg kawen di alai, makayah aku sampai lambat lah kan. dan seterusnya, ayah aku kata nak ke low yatt, well ayah aku memang suka ke sana. kali ini tak lain tak bukan utk membeli 2 buah notebook utk adik2 aku...dan rabak lah jugak poket aku kan. 2buah ye...sob sob...macam mana lah kalau nak menanggung anak nak belajar nanti ek...sob sob...kenapalh ayah aku dah pencen kan? hahahaha boleh tak buat soalan ni..keji plak akukan.

HP menjadi pilihan kerana harga yg lebih murah.muahahaha xpelah korang nak belajar jek kan. dan nilah dia 2 ketul yang diperkatakan. ikutkan hati nak jek aku tukarkan dengan notebook aku yg dah berusia tu kan.tp kesian, nnt kata tak adil, semua yang belajar dapat yang baru kan. owh lupa, ni bukan utk dik yap ye..dia dah dpt, tp dia tu buat merabihkan beras jek. belajar sekerat jalan, entah sapelah yg dia ikut tah. menaikkan darah orang jek tau. oppss tetaibe teremo..abaikan.

dan kepada adik2 ku yang berdua tu, result korang menurun or aku rasa tak best..memang aku tarik balik lah nikmat ni nnt.

dan nak buat decision beli notebook ni lg payah sbb nk banding spec & harga. yg sorang tu tak kesah lah kan..belasah jek, yg lg sorang tu..aku yg peneng dok pikir, kang xleh install lah apa lah program diakan..sebab PC lama aku kat rumah tu tak boleh ye nk install menatang nenek moyang dia tu..len kali belajar jadi cikgu je sudah. dan dan terpikir. nak aje aku suruh depa ni apply PTPTN..grrrrrrrr [amacam keji tak akak mcm ni?]

Nota kaki: aku belajar pakai PTPTN tau.adik2 relax jek...kan...tulah rasa nak berdoa jadi adik lah mcm ni.

Monday, February 28, 2011

Campur Aduk

macam-macam berlaku beberapa minggu lepas sampai lah semalam. contohnya seperti, mengikuti kelas fotografi perkahwinan anjuran Bro Hasnuddin dari Fototeacher. dah lama nak join kursus ni, tapi jarang sekali kan.once dah kompem date, aku terus pejam mata bayar ajelah. Alhamdulillah memang banyak input. dan aku aim plak nk ke kursus seterusnya. insyallah tak lama lagi lah tu. selain kurus tu, aku pon dah reti kot guna Joomla hasil tunjuk ajar si Sara [bini si gonjes tu], seharian jugak lah berkursus dengan cik kak tu. terima kasih bebanyak ye. segala ilmu yang diperturunkan itu amat lah dihargai. sorry aku ni bukan jenis orang yang suka explore sendiri benda baru. bab basic kene belajar ngan tok guru & then baru lah reti nak explore ape yang patut. lepas tu, kisah huru hara aku yang tak cukup tidur, homework tak siap, jalan jem 2 hari berturut-turut iaitu khamis & jumaat lepas. menunggu album customer yang tak siap-siap dari tokey kedai. dan alhamdulillah siap juga akhirnya. lepas tu belajar cara nak buat red velvet cake. mmg akan jadi lah cake tu bulan depan...ehh ehh kejap lagi dah masuk bulan baru..xlah...dalam bulan april sbb nak buat birthday party mak aku...ek eleh..padahal nk celebrate anak beranak jek pon, tu pon nak kecoh..huhuhuhu dan lepas tu pg belajar cara nak manage duit secara effective..hayooooo..saya memang kena ikut kelas tu sebab wajib utk diri sendiri..huk huk huk...lepas tu sakan main game ayam yun marah Angry Bird kat notebook almaklumlah, henpon xcanggih macam IPAD tu...dan kejadian tragis, bila tengah syiok surfing, notebook aku diserang spyware, hampeh tol lah butikpueri.com ni kan. dan terpaksa hantar bengkel utk beberapa hari, yolah nk tgu budak tech tu ada masa nk layan notebook aku tu kan.lepas tu dengan kejadian minyak keta dd abis...hahahaa bawak botol ke stesen minyak di tengah2 ibu kota ni dengan menaiki teksi, sila marah pada kesesakan lalulintas di KL ni ye. sebenarnya, boleh jek sampai stesen minyak tu, cuma kitaorg xsure stesen minyak tu dekat ke jauh,maka baek parking sesiap, pg carik minyak backup..hahhahahaa dan lepas tu kaki kelenguhan sebab seharian berjalan-jalan di PKNS & warta , Bangi dan kendian sambung ronda-ronda kira batu di Jalan TAR. memang meletihkan tapi sangat berbaloi..sebab dapat cuci mata & dpt beli buah2an. macam lah kat pasar malam bawah rumah takdek ek..kekekeke lepas tu pegi cuci muka dengan Ima dekat melaram beauty house. dan makan2 sempena birthday si Shaqi, adik si sara, dan balik rumah kemas rumah...hohoho kemas macam nak pindah jek rupanya...tapi finally, barang2 guwe dah tersusun cantek..setelah berbulan2 huru hara dek kerana tuan nya yang hilang arah & puncatersangat lah busy dengan urusan duniawi. oh Tuhan, semoga hambaMU ini kembali memngimbangi urusan duniai & akhirat.

Nota kaki: pengalaman minyak kereta abis ni, syiok jugak tapi kena tengah panas terik..masak ranum lah kedua-dua wanita yg anggun jelita...huk huk

Wednesday, February 9, 2011

Manusia

Manusia ni memang pelik [termasuk diri sendiri lah kan].
Rajin tak bertempat.
Malas lagi lah tak kena tempat dan waktunya.

aku suka jek orang yang rajin kan. sebab memudahkan kerja. tapi jadi menyampah bila rajin tak bertempat. contohnya mudah jek, cawan kau baru guna dan masih nak guna tu lah yg dia angkat dan basuh. lagi satu, time modem tengah ON tu lah dia rajin nak tutup suis semua kan, pdhal dia nampak ni kau tengah surfing ni. time orang nak pergi kerja pagi tu lah kau nak basuh toilet, petang balik kerja tak boleh buat kot. time kawan ko tengah syiok tengok drama yang dari awal, tetibe kau interupt sebab nak tengok info&nak jenguk score golf tu berapa, tak apsal2 terlepas part yg wajib tgk. padahal abis drama tu pon blh cek kot. takpon cek jek online sebab notebook depan mata tgh chatting tu. baju yang lembap tu lah ko nak angkat kan. dan byk lagi.

bila malas tak bertempat ni pula memang tak masuk dek akal, bila cawan kat sinki tu dah 4hari kot xberbasuh, xdek sape pulak yang rajin nk basuhkan padahal depa lupa yg cawan tu depa yg pakai. peratikan jek perangai. time semua orang dah tidor yg terang2 tiada siapa lagi yg sedar, tak pulak dia rajin nk tutup suis semua kan. maka membazir lah letrik sampai pagi. time cuti, time malam takde pulak orang nk cuci tandas, tandas tu pon boring sebab takde orang nak masuk tym tu. time tv tu tak di ON, takde plak orang nak cek score kat info tu kan. muskil lah. baju yang dah 4hari kering panas, basah dekkena tempias hujan, takde siapa pulak yang murah hati nak tolong angkat.

lama-lama berbulu plak bijik mata aku ni melihatkan kerenah2 macam ni kan. nak tegor dah besau-besau belaka kot. tapi takpe, peratikan dan terus melihat apa lagi kepelikan yg akan berlaku..muahahahaa

memang jarang aku nak meroyan pasal ni, tapi hari ni aku bengkek....Mana remote control ASTRO ni pahh oiii.

Nota kaki: aku tengah musykil, remote control ASTRO takde ni. sape lah yg sembunyikan ni????

Monday, February 7, 2011

Membuat pilihan

Pesanan penaja buletin Bangsar South: Jangan membuat pilihan pada tempat yang dah tak boleh dibuat pilihan.

Sekian berita terkini 5 saat dari Bangsar South.

Nota kaki: Semua situasi melibatkan pilihan. jangan tersasar dari landasan udah lah yek

Sunday, February 6, 2011

Cemburu

Memang aku mengalami sindrom kejelesan tahap 101.11% kepada kawan-kawan aku yang bekerja & menetap di Melaka. Saya sangat jeles..sekian laporan dari balai berita Bangsar South [hehehe mati lah kena kutuk...dush..dushh] utk berita penting sebelum maghrib

Good Bye 2018

**pic from google