Thursday, January 8, 2009

Tiada Motif...

Malas nak citer panjang-panjang..tengok gamba ni sendiri & lu pikir lah sendirik yeaaa...tata

Wednesday, January 7, 2009

Soalan?

Ade lah seorang kawan aku nih..tetibe tanya soalan tah ape-ape kan...opsss lupe lak..soalan dia yg tah pape-pape tu tp aku tak bgtau ape kah soalan nyer lagi ek..kekeke..oklah soalannyer simple jek..berbunyik begini "Weh, kat kampung ko ape yang best ek?"..simple kan..tp tanya dalam SMS dah...aku hanya mampoo jawab



kawan aku: Weh, kat kampung ko ape yang best ek?

Aku: Macam-macam ada yg best..:P

kawan aku: wak lu, aku tny betul-betul ni...

Aku: makan-ade ikan bakar, accomodation-ade homestay&kak long chalet, view-ade laut, tp xdelah cun bebenor cam pantai puteri kan, transportation-bas melambak, & nak ke town macam banda hilir ke, melaka sentral ka..mmg sangat dekat jek...+ yg lagi best sbb adenyer aku sebagai warga kampung tu :P

kawan aku: -tiada response-



ngok ngek jek kan..bukan nk reply kate betul ke idak ape yg aku jawab ni..ape dahhh..ke bengang ngan jawapan aku yg last tu? hehehe..**tp SMS dia aku jadik kan modal utk aku update entry blogs aku arini..ngeh33



---------------------------------------------

meh aku list down kan ape yang best pasal kampung aku:-



#mule-mule best sebab name dia ALAI..hehehe giller xglemer kn tp aku ttp rase best ngan name tu

#sebab aku ade as warga kampung tu kan [jgn nak muntah darah lak..2 kampung aku..aku libatkan kampung korang pong ok!]

#kampung dekat jek ngan town..even xdelah sebelah town kn..nek kete 10-15min jek

#kat kampung aku ade ikan bakar..xyah nk jalan jauh2..jln kaki pon blh smpai ok [tp kalo jln kaki..tym sekolah aku sanggup lah..skrg tidak lagi ok! sbb penat aku kumpul lemak..xkn nak bazir kot]

#kat kampung aku dah ade homestay...tp aku xpenah lah nk cube ke ape kn.d.ah umah aku kat situ..pehtu kengkawan aku kompem aku angkut masuk umah aku jek

#ade jugak lah chalet tok penginapan

#kedai makan pon melambak..nk thai style, kampung style

#kampung aku ni besar lah jugak [tp xdpt title bandar baru lg..cam telok mas..sbb lom maju lagi] sebab leh dibahagikan kepada Alai darat, alai baruh, alai tengah, alai jauh [ade ke?]

#nak membangun lah kn..sbb macam2 jenis kedai dah ade..kedai juai kete pon ade ok..heheh pehtu kedai runcit 24hours style ala2 7eleven pon ade...

#dekat jek ngan pantai [even xdelah cantek leh jadik tpt mandi manda ke..sbb tu pantai berlumpur]..pantai ni sesuwai tok memancing [ckp pasal mancing ni..ayah aku still hutang aku dr dulu bab ni..tah bile tah dia nk lunaskan janji nak bawak aku g memancing]

#pehtu ade sungai [even sg. dia baser jek..dulu tym kanak-kanak ribena nyer zaman..sungai ni jadik pujaan..tpt aku merendam kn diri]

#ade sawah..even xde org tanam padi lagi..tp aku jek experiance menyibok kat sawah mase zaman ade org tnm padi lagi kn..ni zaman kanak-kanak ribena aku lah kn..tp sawah masih ade..cume org tanam bende lain jek..iaitu lalang..ngeh33

#ada jln yg sgt sempit..hehehee tp kalo kampung aku 2 wat one-way pon aku setuju...[xdek kene mengena ok!]

#yang pasti kat kampung aku..ade bilik aku..ahhahaahaa [dlm umah aku lah kn] heavennye..jgn suh aku dtg keje weekend ni udah..tiket blk kg aku dah beli ok!]



ok lah..mmg byk yg best punyer kalo bab pasal kampung..kampung korang pon best..tp aku ade kampung yg lagi best..iaitu kampung kerinchi..sbb dah ade old town white coffee & secret recipies..hehehe depan umah aku jek...

Hari Asyura

Dpt email forward..pehtu byk plak pasal bende ni..kire artikel yg same kn...



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )




1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'

Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca

'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa

Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Nota Kaki: jangan tny hadith ke ape pasal bende betul ke idak [bg fadhilat setiap perkara yg dilakukan seprti di atas]..aku rase mmg xdek sbb aku yg cetek ilmu ni xjumpe lagi :) [if kawan-kawan ade ilmu tu tolong lah share kat sini ok..xbaek kedekut ilmu tau] & bende ni leh jadik kan panduan as pendorong nak berbuat baek [di sini, jgn lah pertikaikan keikhlasan org tu buat disebabkan ganjaran ke ape..sbb tu urusan dia ngan tuhan kan..& kite selalu jugak kate.."kalo buat sbb nk dpt kn hikmah dan fadhilat yg tertera tu baek xpayah buat..sbb xikhlas"..tp pd aku...sekurang2 nya dia cube buat kan even niat dia nk dpt kn ganjaran [ganjaran ni dijadikan sebagai pendorong] tu..tp kalo dia bersungguh buat..mane tau ape yg dia lakukan tu diberkati kan..dr kite yg mengata org ni lak..xpenah nk cube buat..ha lagi rugikan kan..kan..kan..kite xdapat pape-pape..yg dpt hanya Dosa PHD

----------------------------------------------------*

Pastu aku try lak carik yg laen..jumpe artikel yang ini...try carik hadith yg berkenaan..xjumpe lagi lak...cume hadith mengatakan puasa sunat 10 muharram tu ade lah..so, bace artikel ni sampai abis..kompem jumpe nnt..:)

Bubur Asyura juadah sinonim bulan Muharam

MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, tidak salah dan tidak ada apa-apa dosa untuk menyediakan bubur Asyura.

Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.

Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.

“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura.

Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad

Nidzam.

Namun katanya lagi, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:

Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.

“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.

Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

“Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura,” kata Mohammad Nidzam mengakhiri perbualan.

APA KATA MEREKA

Mohd. Izwan Md. Yusof, 26, (Kakitangan awam)

“Apa yang saya fahami penyediaan bubur Asyura ialah satu kebiasaan dan menjadi ikutan umat Islam di negara kita ini. Saya tidak pernah merasa ia sesuatu yang bersalahan di dalam Islam kerana apa yang dilakukan adalah baik.

“Hakikatnya, kita perlu melihatnya dari sudut positif kerana menerusi amalan kebiasaan ini terjalinnya gotong-royong dan mengukuhkan semangat kejiranan sesebuah tempat itu. Malah amalan sebegini pastinya tidak bertentangan dengan syarak.

“Pun begitu, dalam kita menyambut tahun baru dalam kalendar Islam, apa yang perlu difokuskan ialah bagaimana kita sebagai seorang Muslim menghayati roh atau semangat tahun baru dengan lebih betul dan baik.

Noyah Ahmad, 53, (Pembantu Perawatan Kesihatan)

“Bubur Asyura menjadi tradisi acap kali kita menyambut 10 Muharam dan sebut tentang cara penyediaannya, apa yang saya ketahui, setiap negeri mempunyai kaedah dan cita rasa tersendiri.

“Malah ada juga segelintir tempat, menyediakan bubur Asyura sepanjang bulan Muharam. Namun saya lebih suka sekiranya ia disertai dengan ibadat puasa sunat 9, 10 dan 11 Muharam kerana diketahui fadilat yang diperoleh kepada orang yang berpuasa pada bulan Muharam.

“Sungguhpun, ia satu bentuk adat namun tidak salah sekiranya ia dilakukan kerana ia sebagai satu bentuk bersedekah terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan.”

Norazilawati Muhammad, 40, (Usahawan)

“Apa yang paling ketara apabila kita melihat dalam amalan Asyura ialah silaturahim yang terjalin antara umat Islam. Ia merupakan sesuatu yang baik sungguhpun amalan ini sekadar satu adat kebiasaan khasnya kepada umat Islam di benua sebelah sini.

“Namun janganlah sesuatu yang sekadar kebiasaan bertukar menjadi kemestian kerana dibimbangi ia mendatangkan kesusahan terutamanya kepada mereka yang tidak berkemampuan.”

Mohd. Hafiz Habil, 23, (Peguam syarie)

“Bubur Asyura ialah tentang bahtera nabi Nuh yang terselamat daripada banjir besar, di mana mereka menyediakan sejenis juadah yang terdiri daripada pelbagai bijirin sehingga menghasilkan sejenis bubur yang enak.

“Selain kita sibuk dengan menyediakan juadah bubur Asyura, satu ibadat yang jangan kita terlepas pandang ialah puasa sunat Muharam.

“Saya suka lebih melihat amalan penyediaan bubur ini dari sudut yang positif. Ini kerana pemuafakatan yang terhasil daripadanya adalah bertepatan dengan anjuran Islam iaitu saling bantu membantu dalam kebaikan.”

Rafidah Sulaiman, 26, (Pendidik)

“Amalan menyediakan bubur Asyura kebiasaannya dilakukan secara gotong-royong sama ada di kawasan perumahan, pejabat mahupun masjid atau surau. Ia amat sinonim dengan bulan Muharam kerana ia berkaitan dengan kisah yang berlaku pada zaman Nabi Nuh.

“Sungguhpun begitu, saya lihat sekarang bubur Asyura bukan sahaja menjadi menu wajib pada bulan Muharam tetapi kebelakangan ini bulan Ramadan juga terdapat juadah sebegini cuma ia lebih dikenali dengan nama bubur lambuk.

“Saya bersetuju sekiranya amalan penyediaan bubur Asyura diteruskan kerana semangat gotong-royong daripadanya. Selain itu, juadah ini digemari majoriti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.”



Artikel Dr Arkib Utusan

Kisah Penang Di serang

Kisah ni telah aku ceritakan dlm FP Aku seperti biasalah kan...aku kan malas nk update bende yg same kat tpt berlainan..kalo aku rajin & mood baek jek..aku akan lakukan..tp bende ni mmg jarang sekali berlaku..but kali ni aku ala2 rajin sikit jek...sbb aku mo buat rumusan jek dr penjelajahan seketika aku ke Penang.
ni dia, Roti & sup ayam..layan ok! so, next tym aku ke Penang..mmg aku makan mende alah ni jek..pehtu order cendol satu...huhuhu mmg sodap...
ha, aku sempat jugak singgah tpt menyeramkan ni..hehehe singgah bace serapah kat kubur Francis Light sempena Xmas [xdek makne kn]..aku pg sini actually nk try shoot jek dlm suasana suram kn...
ha tpt wajib lah kot singgah..iaitu Padang kota..aku ingat dulu mase aku mai..aku makan Sotong Kangkung ngan kerang bakar...huhuhu :P tp kali ni..aku dtg cume seketika utk menembak sedas-2dAS tembakan aje
Tujuan utama ke Penang itu adalah, hehehe ape lagi..makan nasik minyak lah kn..serang kenduri kawen kat kompleks tabung aji..yg kawen pd aritu si haiza&irfan which is mira nyer ex-opismate..so, ramai lah budak modular yg aku jumpe..cume si idan xjoin sbb idan sibok ke cameron..huhuhu
dan macam baser...aku pegi ngan Mira lah kn..huhuhu tapi tolong lah..aku sendirik xsanggup nak tgk gamba aku yg gemoks ni! fouhhh~~

Tuesday, January 6, 2009

T.I.D.A.K-T.A.H.U

really T.I.D.A.K-T.A.H.U wat to prum prang arini...actually ni penangan semalam nyer mood..di mana datang keje..tp xleh wat keje...ape pasal aku berkata sedemikian..sebabnyer electricity kat department aku xleh berfungsi..so, semua PC xleh di on kan..dr pagi sampai lah ke waktu balik..kenapa ianya terjadi..aku hny mampu berkata T.I.D.A.K-T.A.H.U aje..tapi mmg itulah yg dinantikan oleh org yang berstatus pekerja..tetapi aku sangap + boring xleh nk watpe..smpai kn pegi bank pon,,sume off-line[xde kene mengena ngan electricity office aku k!]..kesudahan nya kami telah mengonline kn wang kami di Munawwarah ok! kopak aku semalam gara-gara munawwarah...setelah setaun lebey xshopping munawwarah..hamek ko...dr nk berjimat terus kayap jadik nyer..ape kn daya napsu napsi tok shopping ni xdapat aku kawal lagi..sebab terkilan xdpt shopping tok kali keberepa megasale..sbb non ado budget..wawawa sedih kan...xpe janji tudung udah dapat..lepas ni pening pasal battery grip ka...or 50mm 2.8f nyer lens ka...T.I.D.A.K-T.A.H.U mane satu pilihan aku nnt..tapi ape yg AKU TAHU...ongkos ku bakal melayang lagi lah dr simpanan aku itu..



-----------------------------------------------------------------

so, arini..teman sharna g service kete..aku xpenah service sendiri ok! kompem aku anto blk kampung suh ayanda ku yg setelkan..giller xmacho aku bab ni..tp skrg aku dah tau nak wat sndr aku rase...ni sume ayah aku lah...dia suh anto blk if dia rase kete aku nyer milladge tu ptt diservice dah..kesudahannya aku T.I.D.A.K-T.A.H.U ok! asik lah bergantung harap kat ayah..hahhhaa macam budak sekolah jek rupenyer..



aku pon xtau nak merapu ape lg..sebab aku ade banyak keje tetibe..tp aku T.I.D.A.K-T.A.H.U nak mule kan yg mane 1 dulu...warghhhhh



-----------------------------------------------------------------

Aku T.I.D.A.K-T.A.H.U mau menceceh pasai pa lagi kn..yang aku tau..arini aku kene tumpang murni balik sbb mo pg beli tiket pulang ke melaka jumaat ni sebelom aku di bebelkan lagi dek mak aku..huhuahauhua

Friday, January 2, 2009

New year Di Mana?

06 Jan 2009

Entry tertangguh..aku malas nk siapkan..sebab nyer..ade byk keje..hahaha keje editing aku xsiap lg..dah lah kene pinjam notebook Yam..hahaha thanx a lot mak yam..jase mu dikenang...& terbalas tau...



New year aku xdelah celeb kat mane-mane kn..xdelah party marty ni..sbb aku xsuke tpt yg sesak nih.kang aku yg sesak napas lak..hehehe so mlm menjelang new year 2..aku ade kat umah jek..smbil layan TV sajok..citer ape..aku dah lupe lak..owhh lupe lak drama..semua jenis drama dlm tv tu aku layan jek..aku budget cam 2008 lah kn..xde bunge api utk tatapan kn..so, nk dekat kui 12am..aku nyer mate dah layu jek...plan nk tido sekali aku dengar jeritan..1..2..3..4..5.. bla*bla*bla* dr budak bawah [alah budak sekolah yg menyewa yg dok tackle jiran sblh aku mase bulan pose tu - aku assume jek bdk sekolah sbb selalu memekaka cam budak sekolah jek] sekali dush..dushh..bunyi tembakan bunge api..lahhh ade rupernyer tp sayup2 jek..sbb jauh.kire byk jugak lah dpt tgk..dr 9-10 lokasi jugak lah..even genting nyer lampu neon pon leh nmpk..kire mlm 2 berkat lah kot..cuaca tenang & clear jek..so, layan bunge api dr corridor umah aku..hehehe & osmate baru aku si ayu tu..dok rekod ngan camera dia..hehhe aku mmg blurr xteringat nk nk snap ke ape..yg pasti aku dah cam kanak-kanak rebena syiok tgk bunge api..huhu
aku gagahkn diri tok tido sbb esok nyer aku dah plan nk teman kak nor [opismate aku] utk bawak anak-anak dia jalan-jalan kat Bukit Tinggi..aku pon teruja sbb aku xpenah smpai situ lah kn..hak33 [nmpk sgt aku ni tah pape..tpt ni pon xpenah pegi lagi..] xpe sekurang2 nye bile dah 26 taun idup..aku berjaya jugak jejak kn kaki kat sini..



Kak nor yg tegar lah yg drive aku dok sblh layan blues jek..anak dia layan mimpi indah kat seat belakang...anak Kak nor ade 3..[along, angah & adik] hahahaha seawal 8am kami dah gerak dr kerinchi..sbb kak nor mai amik aku kn..huhuhu
dalam kui 9.15am kami dah smpai kat Botanical garden..alah if korang nk pegi bkt tinggi ni sgt senang ok..kuar exit tol gombak tu...straight jek..dlm 28km..smpai lah exit 805 - bukit tinggi & mendaki lah bukit tu ngan kete...& smpai lah ke kaunter masuk..RM10 jek skrg ni utk org dewasa & rm8 utk kanak-kanak 4taun ke atas ok...so, aritu kitaorg 3 dewasa, 1 kanak-kanak & satu lg baby xmasuk list kene bayor..huhuhu

sejuk nyer.*** kate dedek..ni tym kat botanical garden..mmg cuaca sejuk bangat pg tu...tp xdelah smpai kene pakai sweater bagai kn..tp giller cool pg pagi tu..sbb org xramai lagi...kat Bukit Tinggi bukan byk tpt pon nk dilawati..kire nk wat lawatan harian tu blh lah kn...hehehe kalo nk stay ke..kene sediakan ongkos yg byk sbb semua aprtment ka bilik ape2 ka..semua mahai2 ok!
ok ni dia Kak Nor & Family..hehehee ade jugak..even along 2 malas nk bergambar...fouhhh nak amik gamba adik beradik pon xmau..2la remaja..segan kunun..poyo jek..xpe layan kn..name pon remaja kn..
ini jek org-orang yg maintain posing xhengat...bile aku nk suh MAMA dia posing sorang sbb nk kasik gamba kat BF..kompem dedek nk menyolah & kak ngah pon same..takut bebenau mama dia ade BF..hahahaa
ni dia aksi si dedek..sekali aku belek balik rupe dedek ni..ade rupe si black a.k.a razali anak buah en.omar [aku xdek lak gamba si black ni] tp ni kire si black versi kecik or junior black..hehehehe



kui 1.15pm..kami dah gerak pulang ke KL..sungguh pendek trip kali ni..& xmeletihkan pon..tp aku ngantok tahap babas tym nk balik 2..mmg xleh nk tolong drive lah kn..ala-ala pagi tu aku amik dadah jek rupernyer....teruk tol sindrom meroyan tido aku ni!



yg best nyer smpai KL..kak Nor ajak makan di Mahbub, Bangsar..layan beriani ngan ayam madu..layan...pehtu aku minom teh ais..lg layan..dah mcm kak sharna jek perangai..huhuhu:P

---------------------------------------

Bout da trip



Kos: murah jek sbb Yuran RM10 jek tok dewasa & RM8 tok kanak-kanak riang..kanak-kanak xriang aku xsure lak.

Kenderaan: kete sendiri..nak nek moto pon layan..xpon leh jugak pg ngan agensi..kene bayor rm1++ lah sbb depa amik kat sumwhere kat KL lah kn...

Makanan: sila bawak sndr sbb makanan kat atas tu sangat mahal..

Cenderahati:toksah beli kat atas tu...sbb mahal & sume nye ade kat CM, KL tu..hehehe

Tempat menarik tok dilawati : Botanical garden, japanese tea house, Colmar Tropicale, French Theme Village, & Rabbit park [sini kene bayar another RM3 lak..sbb sini leh bg makan arnab..tp kene beli lah makanan dia kn..pehtu ade donkey & deer jugak - utk kanak-kanak sesuwai lah tpt ni kn..hehehe kalo utk aku..boring jek..sbb terlalu kecil tpt dia...sekali pandang dah nmpk sume..xadventure tok diterokai..hehehe]
Overall trip: aku bg 4.5/5 bintang..sbb sekurang2 nyer new year aku..xdelah melangut kat umah..



nota pemikiran aku: aku nk repeat lah trip ni..sape nk join aku g bukit tinggi..jom..jom..aku nak g & nak pakai kimono kat japanese tea house pehtu smbil pose ayu minum tea..hehehehe sape mo join jom..ari2 aku xsempat sbb duit aku tinggal dlm kete..hampessss gas opss nk pakai kimono tu dia charge another rm20 lak lah kn..tp cool lah lepak dlm japanese tea house tu..



and tp tpt ni sesuwai utk bawak mak ayah..kire depa leh rehat2 kan badan + otak depa + org nk honeymoon pon sesuwai sebab agak sejuk dikala pagi & malam..tengahari panas ok!

Owh...ni kah permulaan nya?

Terpakse mulekan ari pertama keje di taun baru ni ngan menjawab Tag nih..huh mmg hampesss lah kn..seb baek simple..kalo x...mmg haram jadah lah aku xjawab nyer..ngeh33


-------------------------------------------------

Tag: Rules and Regulations :




1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.



2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.



3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal



4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.



--------------------------------------------------------

Jawapan 1: Aku jawab begini ok~~~



1- Semua org panggil aku Yun..aku pon xtau nape depa xgune name Dlm IC aku iaitu "Khairunnisa"

2- Tapi mak aku Panggil aku Khairun [nmpk baek sket]..hehehe

3- Aku ni berasal dr Kg. Alai [aku nk tulis jugak..even ramai yg xtau..Alai ni kat mane..hehehe]

4- Dah 3 taun aku dok kat Flat Kg. kerinchi tu...hehehe

5- Aku masih samar-samar memikirkan ape aku nak buat taun ni..huhuuhu :P [xdek kene mengena langsung]

6- Aku seorang yg senang nak tido..sebenarnya nak kate..aku ni kalo tidor..mmg tido mampos..ala-ala xsedor diri gitew

7- Semalam kene marah ngan Mak..pasal lupe diri tang Bab Balik Kg..hehehe [aku mls nak blk sebenornye..kene marah pon..aku tadah telinge ajelah]

8- owh lupe...arini aku start masuk kui 8am-5pm...yeaaaa balik awal arini..hehehe

9- Aku rase aku kene beli jam baru..tapi aku masih xbeli lagi [sbb nyer xdek budget lagi..hahaha]

10- tepon tangan aku dah wat perangai yg thp perangai tah pape jek..mengalahkan mat rempit jek lagaknyer...tensen aku..tp aku masih SETIA..xnak menggantikan nye lg..[pdhal aku xdek budget ok!]

11- Skrg aku ngah dok kat kusi depan PC aku sambil menaip jawapan mengarut aku pasal tag ni..dlm kubikal kejong aku ha..

12- Aku tgh serabut otak sbb pikir nak balik ke x weekend ni...tp kalo blk pon..sabtu ptg lah baru leh berangkat ke Melaka

13- Kalo aku xnak wat keje arini blh x? Halal ke gaji aku arini? hehehe

14- Aku paling bengang bile org tny name sebenar aku..pehtu bile aku dah bgtau..tp depa gelakkan...mmg lepas ni ade kes mcm ni..aku nk penyekeh jek org tu..

15- Uiks letey aku jwb soalan ni..tp TAK abis-abis lagi...Aku letey ok!

16- abis pon ha...aku nk say "Terimaaaa lah kAsiihhh" bebanyak kat org yg menTag aku ni kan..adios

-------------------------------------------------------


Jawapan 2: erm malas nk pikir lah...sape nk jawab..sila lah...


-------------------------------------------------------


Jawapan 3: budak yg MenTag aku ini ialah
"Sarah"

Good Bye 2018

**pic from google