Tuesday, May 19, 2009

AF7 Finale

Aku TAK PEGI dinner Alumni MSU [kak sharna nye ex-Uni kan]....di sebabkan Final AF7 ni lah..hik22

lantakkan lah nak kate ape kan...janji aku rase best sbb dapat mengutuk peserta2 malam tu dr aku dok melangut terpinga2 kat Dinner tu xkenal sesape kan..huhuhu..

Bengang-Akim

Best plak bile dengar balik...i think diz song better than toksik [hik22]

Bencinta-Akim

For diz song..Akim dah macam FAizal tahir Jr. lah plak..hehehe tp pape pon..bab pengahayatan mmg dah ade....tp seyes unexpected dia akan wat performance style mcm Faizal tahir...yg ala2 simple but bermakne...

Actually suppose dia leh jadik JUARA or maybe paling koman 2nd Place lah kan..but name pon program realiti...sbb nye nak carik org yg peminat SUKE..maybe peminat lom bangun dr MIMPI kot..huhuhu :P

xpe salah aku lah tu..kedekut nak SMS kan [uikss xdek makne nak abis kan kredit aku kat tah pape nimssss] tp TGK dia dr 1st week dlm AF7 tu...mmg dia improve so much lah kan...pape pon even ko dpt 3rd place jek..but ko dah menang dalam ati peminat on dat nite...ape yg penting

Akim boleh naik stage & bg speech sedemikian "SAYA MENANG MOTOR" hehehehe :P

opssss meh layan AKIM kat audition OIAM3


dan ini skali


sangat lah nak jadik Artis dia ni kan..but now..congratez lah..dah selamat pon jadik Artis dengan penuh gaya!

yang paling aku suke

Yang ni


dan yang ni



Nota kaki: Seyes best..dpt accord oooooooooooo si hafez tu..pape ponhafez...congratez sbb jadik JUARA...suara ko mmg terbaek dr mule!

ape yg aku xpuas ati..kesian lah kat ISMA sbb menang trofi jek..ape lah..penaja...koman2 bagi lah camera ke...xpon tiket percutian yg bernilai RM2k jek ke...kan..ape2 pon...depa yg tentukan..aku hanya mampoooo membebel...merapu..:)

Monday, May 18, 2009

Thanx To Salini

Finally, penantian ku dah berakhir

ahaks!


Thanx to Kak Ida jugak...sebabnye tolong ngambil barang tu dr Admin...


hehehe ape yg diorder telah selamat sampai...

ape yang kembung-kembung telah dikempiskan....

& ape yg pasti...aku leh sumbat lagi byk..utk jadik lagi kembung :P

Nota kaki: Macam katak kembung daaaaaa

ABC Sek 2, Shah Alam

Slurppp..
Slurrp..
Slurp!

Meh tengok gamba nims...


Meleleh....




Gile TAK GIle... 2kali aku balun ABC nih dalam mase satu hari... al-kisah nye, sabtu TGH yg lepas..aku g jumpe Junior sekolah aku...saje jek..dah lame xjumpe plus nak TGK keadaan dia ok ke idak lepas balik dr umrah sum more ngan dia yg TGh serabut ngan Thesis tok MAster dia... dia dah weng..tu yg aku gigihkan jua nk menjenguk + bwk dia gossip2 sket kasik otak dia xmakin serabut...ingat kan nak makan kat area umah dia jek kat sek.24 tu jek...tp dia lak wat plan ke sek.2, layan kan aje..leh layan ABC cokelat kan..hehehe dah bertaun xmakan weih!!! walau pon ABC cokelat xsehebat Mc Flurry or eskrem cornetto or baskin robin..tapi dia sgt spesel ok!

maka ke sek.2 lah TGH aritu... makan nasik ngan lauk wajib sek.2 iatu ikan keli bakar + air asam + kentang goreng + ulam-ulaman..layannn jek bari RM4.50..kagum aku sebentar! Pehtu xdilupakan ABC secawan [seperti rajah kat atas..aku xbawak camera lagi! damn!]

dok berconceng sejam 2 kat sek.2, kami pon chow..aku pon balik lah ke kerinchi sbb nye PTg tu aku dah janji ngan miera nak teman dia g nganto kad kat membe dia....tp aku smpai kerinchi dah kui 3pm..heheh ujan lobat dah..federal jem lah kn!

sampai umah..citer sket kat miera pasal ABC yg mengeliurkan..hahahahaa dia pon jadik teringin [aku kate..aku xdehal utk makan ABC lagi sekali]...maka, dia pon ctc membe yg dia nk jumpe tu tok ke shah alam.... hahahaa maka, itulah al-kisahnya 2kali aku bedal ABC dlm mase beberapa jam....

nilah penangan sebab mcm dah 3-4 taun xmakan ABC nims....sekali bedal amik ko...2 mangkuk sehari.... tp effect dia mlm smlm baru dpt..aku xleh TIDO [tp cam xlogik kan...sbb dah 2hari..heehe pdhal aku xleh TIDO sbb anak aku yg 13 tu wat hal malam2 bute...]

ntah bile lah lagi akan berkesempatan makan ABC kat Sek 2 tu lagi.... tapi satu bende yg aku kagum ngan sek.2 tu...semua kedai dok nek kan rege dulu kan..tp dia maintain lah harga RM2.50 semangkuk tu...giller kan..ngan eskrem..cokelat....ade anggur + laici lagik ngan beskut gulung cokelat [apetah name beskut nih tah!]..so, kalo kowang ke shah alam...jgn lupe lah singgah kat kedai berwajah baru di sek. 2 [lame gille baru siap kan]....

Saturday, May 16, 2009

Must remember

"Action may not always bring happiness ... but there is no happiness without action."
------------------------------------------------------by Benjamin Disraeli:



Friday, May 15, 2009

Cikgu Oh Cikgu

Isu ni mmg dah lame aku rase... tapi setiap kali kuar kat forum2... yg cikgu2 kompem sokong lah..& yg xbekerja sbg cikgu akan bg komen macam2 lah.. nih sekali lagi ade org bangkitkan..aku copy dr Blalang grup...:) [hope xkena saman lah kan ngan moderator dia]

Meh bace dulu citer nims...kang blur2 plak kowang bace ape omelan aku kan....
---------------------------------------------------------------
GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.
Dilulus terbit pada Wed May 06, 2009 8:00 am oleh To**atin
Bahan Umum Oleh u***penipun

" Isu pendidikan yang melibatkan guru sekolah tidak pernah selesai. Masalah guru memang kerapkali diluahkan dalam akhbar dan di dalam internet. Tetapi pihak atasan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan msalah guru malah mengambil tindakan yang lebih mengusutkan lagi keadaan. Walaupun Kerajaan atau Kementerian ialah majikan guru yang sebenar, guru biasanya menerima arahan yang tidak wajar dari Pengetua.

Arahan tidak bertulis ini sering bersifat kontroversi dan ’disputable’. Dalam banyak keadaan, arahan Pengetua tidak diketahui oleh pihak atasan. Pengetua pula memang selesa dan gemar ’memaksa guru melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika, moral dan Perintah Am. Tetapi oleh kerana kuasa memberi markah prestasi ada pada Pengetua, dan sifat ramai guru yang bersikap ’yes man’ maka amat sukar untuk guru menolak atau mengingkari arahan mereka.

Dalam usaha untuk mencipta nama, mendapat kepujian dan mengekalkan reputasi sekolah, Guru Besar tanpa ragu-ragu memaksa guru melakukan kerja yang tidak wajar, tidak kena pada tempat dan masanya. Mengadakan kelas tambahan tiga atau empat kali setiap minggu adalah perkara biasa. Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berakhir pada jam 2.40pm, sekolah ’memaksa’ guru untuk mengadakan kelas tambahan terutama untuk kelas-kelas PMR dan SPM selama 1 hingga 2 jam. Pada musim cuti sekolah, hampir semua guru terlibat dalam mengendalikan kelas tambahan. Terdapat sekolah yang mengadakan kelas tambahan untuk semua tingkatan tidak kira kelas SPM atau PMR agar semua guru terlibat (bukan sebahagian guru sahaja) supaya tidak timbul isu ’tidak adil’.

Selain masa selepas P&P dan musim cuti sekolah, terdapat sekolah yang mengadakan aktiviti semasa cuti umum seperti pada Hari Wesak, Hari Maulidur Rasul, Hari Cuti Umum bagi Negeri-negeri, Hari Nuzul Quran dan sebagainya. Pengetua/Guru Besar ini tidak menghormati cuti umum ini dalam keghairahan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya menaikkan nama mereka dalam senarai Guru Besar cemerlang. Yang menjadi mangsanya ialah guru-guru. Mereka telah dinafikan cuti umum yang boleh digunakan untuk bersama keluarga. Pernah satu kali itu, sekolah di Pekan Pahang tanpa segan silu mengadakan Hari Sukan sekolah pada hari cuti Maulidur Rasul.

Di sini kami ingin ’mencelikkan semula’ pihak yang berkenaan bahawa masing-masing pada 7 dan 9hb Mei adalah hari Hol (bagi Negeri Pahang) dan Hari Wesak. Malangnya pada kedua-dua hari tersebut terdapat sekolah-sekolah di Kuantan (dan mungkin di lain-lain negeri juga) mengadakan aktiviti rasmi. Kami mendapat maklumat ada sekolah mengadakan mesyuarat guru panitia, mesyaurat MUET, kursus-kursus untuk pelajar atau guru, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.

Kami yakin pihak PPD dan Jabatan Pelajaran Pahang maklum tentang perkara ini atau mereka sengaja mendiamkan diri. Kita tidak pasti adakah pihak Kementerian merestui kerja-kerja ’tidak wajar’ pemimpin sekolah yang mereka lantik ini. Barangkali ini adalah antara ciri-ciri tersirat perlantikan Guru Besar/Pengetua oleh Kementerian iaitu mereka mesti sanggup buat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang mereka sendiri buat. Amalan memaksa guru bekerja lebih masa dan semasa cuti umum adalah perkara biasa sejak dahulu lagi. Isu ini sudah beberapa kali diketengahkan oleh guru-guru yang prihatin tetapi sehingga hari ini, pihak majikan tidak pernah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini.. Mungkin jika kita meminta pihak parti pembangkang mengutarakan isu ini, pihak pemerintah akan terus menuduh isu ini cuba dipolitikkan. Tetapi biarlah ia dipolitikkan asalkan luahan guru-guru yang sentiasa diketepikan oleh ’majikan’ mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini diberi pembelaan oleh pihak pembangkang yang mungkin lebih prihatin dari mereka. "

----------------------------------------------------------------------
pada aku lah... istilah Cuti Umum ni bukan cikgu jek mengalami masalah.. pada cikgu2 mereka mmg nampak mereka ni yang TERDERA dek keadaan kan.... tapi hakikatnya..cube lah renung kan masalah yg dihadapi seorang dokter, polis, bomba, Pak guard & Mak Guard, Cleaner, Programmer cabuk cam aku nims, CSR? penah ke?

Sekurang2 nya, pd aku lah kan..Cuti sekolah..if ade seminggu.,.dalam 4-5hari dr total 9hari..Cikgu-cikgu blh relax2 bersama keluarga.... kalo pekerja len..dah lah bekerja setiap hari kecuali sabtu-ahad+cuti UMUM jek kan..tp still kene panggil utk keje pd hari2 cuti disebabkan utk memantapkan service company ataupon menjaga keamanan bangsa & negara.

oleh kah seorang POLIS kate "malas nak layan lah" sekiranya dipanggil utk operasi menangkap pesalah yg merbahaya? disebabkan hari tersebut adalah Hari raya. sekurang2 nya cikgu kene bersyukur kerana TIDAk akan sekali2 disuruh bekerja pada HARI RAYA...hehehe aku lak lelebih kan...Kalo dokter plak... kalo cikgu sakit pd hari pekerja [cuti kan?] tp p hospital dokter xdek..sbb nye kan hari pekerja..dokter pon pekerja..CIKGU sakit ati TAK kalo dokter xdek? kalo pd hari raya ..kete cikgu kene langgar nak wat report kat BALAI polis... dia tulis "BALAI POLIS TUTUP kerna CUTI RAYA selama 7hari". ape perasaan cikgu. & Mase hari raya cikgu nak beli barang kat pasaraya..tp pasaraya tutup sepanjang hari raya selama 5hari.. cikgu xyah lah makan tym raya tu BOLEH ke?..pasaraya tetap bukak kan? ade jek org yg kerja kan? balai polis tetap terima orang ramai utk aduan....hospital sentiasa menanti kedatangan para pesakit..dokter sentiasa STAND by kan?

owh mungkin isu elaun tiada sekiranya mereka bekerja lebih masa.... aik sebelom jadik cikgu..paham ke idak konsep pengajar ni ape? kan perkerjaan as pengajar ni keje yg mulia sbb nye memberi ILMU tanpa rase terbeban..dapat pahal byk oooo...untung nnt kat akhirat.. kalo nak berkira jugak..bek keje as accountant...byk TGK duit ...leh claim byk pehtu silap2 anak2 pon xmesra sbb bapak+ibu byk abiskan mase kire duit jek..hehehheee

TAK cukup ke gaji CIkGU nims? ntah le...aku xpasti bout tu..yg aku tau..manusia sentiasa xpuas ati dengan ape yg dimiliki & sering menunding jari pada org len..org tu cam best..org tu senang jek [MACAM AKU LAH Nih! hehehe] tp tu mmg sikap manusia kan...

tapi cikgu xsedar....pon same jek kami nih,..keje lebih mase pon bkn dpt claim ape2 pon..tp atas dasar sikap keje kene disiapkan pada masa yg ditentukan..maka kami kene keje lebih masa tanpa bayaran... kami nak mengeluh pd sape? pada company? dah mmg law company camtu..kan sape suh terima keje kat sini kan.. dah diterangkan law keje sini camne... maka mase terima utk jadik cikgu tu xtau ke kene keje pd waktu lain? xpenah tau ek? KESIAn...len kali kaji dulu....

xpe sekurang2 nye cuti akhir taun cikgu ni panjang kan...:P [GAJI JALAN jugak kan?] gune kan lah tym tu sepuas2 nya...dr kami yg keje kat pejabat yg setaun hny boleh cuti 8-15hari...sajek! kalo rase xikhlas tu xyah lah jadik CIKGU kan :P

bukan salah GURU besar or pengetua utk dpt kan name ke ape...tp utk kepentingan sekolah & anak didik jugak... kalo sekolah tu dpt yg terbaek... nnt org tny..sekolah mane? ha sekolah you kan..xke cikgu akan kembang sbb anak didik cikgu yg bijaksana menjadik bualan org? sekolah pon jadik glemer

semua kene ikot arus perubahan lah...dunia skrg mane nk same dgn dulu kan... semua budak makin cerdik nak dijadikan lagi bijaksana..maka cikgu kene usaha lebih lah... maka profession CIKGU pon jadik makin mencabar....kalo ibu bapa sanggup korban kan cuti mereka semata2 nak nganto anak ke sekolah TYM cuti umum..xkan cikgu xleh nak DTG mengajo lak kot...

kalo cikgu xmo jadik cikgu lagi..meh lah tukar profession ngan kami yg keje pejabat ni...TGK mane lagi best k!

Nota kaki: Teringat kat GURU BESAR Sekolah rendah aku dulu..cikgu xmo ngajor kelas tambahan...dia yg volunteer ngajo... cuti umum dia dtg. cuti sekolah dia dtg..malam2 pon dia wat kelas kat balairaya..aku mmg sangat suke lah cikgu cam tu kan..mungkin cikgu2 pikir pengetua/Guru besar tu xdek keje kot....tym cuti bukan ke depa selalu kene meeting sane sini?

owh lupe...esok 16 Mei 2009 - Selamat Hari Guru kepada semua yg bergelar Guru@pendidik!

Kerja Tertangguh

Aku xtau nak masukkan semua ni under ape?

ape yang sure...aku ade byk keje + byk mende nak kene pikir yang aku xsiapkan lagi & aku xsempat nak pikirkan lagi...mostly bukan kerja pejabat lah kan...saje jek nak tambah keje sndr... sebab nye...aku XDE idea nak jawab mcm mane...sbb nye..aku pon xtau ape sebab sebenarnye...aku cume ikot jek..FLOW kehidupan ni kan...tp xde lah keje sgt...[kalo kene pikir tu kire keje lah jugak kan...keje berpikir!]

antara keje yang masih tertangguh:-

1) Album khatul - aku TAK amik-amik lagi.... [hope khatul & imran xkesah akan kelambatan ni..bkn sengaja...tp cam xberbaloi jek nk g amik seketul..so suh org tu simpan kan dulu yea...]

2) design album adam+dedek - xsiap lagi...rabu malam aritu baru terhegeh2 nak buat...tp cam blank... aku wat jek ape termampo...tp kene rejek..hehehehe pdn muke..xpe kene buat blk nnt!

3) keje berkaitan Alumni - aku xcall kak shawana [ye ke name dia camni..taram jek lah..lebih kurang jek sebut kan], pehtu aku xbetol kan lagi form registration tu & dah xbetol lagi..maka, aku xsebarkan lagi...hahaahha ape2 je lah labu! AKU xdek mood lagi nims

4) hadiah kawen si semua yg nak kawen dlm mase terdekat nih - aku xbeli lagi...jgn cakap xbeli..kire budget pon blom...bayang ape barang nak beli pon aku TAK terbayang kan lagi....

5) Anak ida - xpegi2 lagi melawat..dah nak masuk 3bulan dah budak aisya tu...erm xpe..hope AHAD ni nye plan menjadik hendaknye k!

6) HP baru? warghh aku dalam dilemma nims.... xpe TIDO jek..lupe kan teros..pasal nih!

7) pikirkan CPU baru ke...notebook jek...wawawa xdek budget..so, MALAS nak pikir kan...Duit..duit di mana ko duit? baek aku g TGK wayang jek!

8) QaDA' tidor - yeaaaa ni yg PATUT langsai kan ngan kadar segera...sebabnye..OTAK aku dah nak weng nims.... [mcm lah aku ni ade mslh anak 13org ek? semendang xcukop tido!..tp seyes..mmg xcukop...rase xnak bgn pagi jek..xnak g keje sbb mengantok!] betol kate org kate...bile byk pikir...kualiti TIDO tu akan berkurangan...tp xleh..aku TETAP kene pikir even tgh tido!

9) ade lagi..tapi dah malas nak menaip.... 2 semua keje aku carik penyakit jek...xdek keje nak carik keje..dah ade keje..MALAS nak buat!

Super Duper STRESS

Aku stress!!!!!

"Ape yang I boleh cakap..YUN TAK KAN DAPAT!"

walau ape pon yg terjadi esok, lusa, akan datang.... yang pasti skrg....Super Duper STRESS

Nota Kaki: patutkah aku g jumpe kaunselor ke?

Dalam hati: Aku xmo keje...tp nak tido! boleh?

Good Bye 2018

**pic from google