Sunday, February 6, 2011

Tak Ke mana

26-30 Jan 2011.

Memang tak ke mana-mana pon.oppss tapi sempat lag singgah Hj. Ismail beli cokelat 2-3 ketul utk keluarga & rakan-rakan. Selebihnya, memang berada sekitar hotel ini sahaja. Kalau boleh berlingkar dalam hotel jek takpe lah jugak kan.tapi apakan daya. itu hanya angan-angan mat jenin aku sahaja.
dan 4 hari tu memang penuh dengan aktiviti sahaja. tapi enjoy sebab banyak jugak gossip panas yang lagi sensasai dapat dikutip. giller kaki gossip rupenye aku nih ek. abaikan.bukan lah gossip apa pon. gossip pasal kerja jek daaaa...suspen jek kan..ahaks... well, program ni memang dapat merapatkan ukhwah. sekurang2nya mereka semua dah kenal siapakah YUN..huahuahuahua





Semoga apa yg di doakan oleh mereka di sana..akan di makbulkan. Amin.amin.amin ya rabbal'alamin


dan semoga dpt kembali ke tempat ini bukan untuk tujuan kerja..muahahaha impian tak nak kalahkan...ahaks...








------------------------------------------------------


aku tau ade yg menanti gambar..ha ape lagi..copy & paste lah yek...ahaks







Cemburu

Memang aku mengalami sindrom kejelesan tahap 101.11% kepada kawan-kawan aku yang bekerja & menetap di Melaka. Saya sangat jeles..sekian laporan dari balai berita Bangsar South [hehehe mati lah kena kutuk...dush..dushh] utk berita penting sebelum maghrib

Wednesday, February 2, 2011

Menyampah + Meluat

tujuan membeli/memiliki sesuatu adalah untuk dot dot dot

1) untuk kegunaan harian
2) untuk kesenangan seisi keluarga
3) untuk keselesaan semua orang seisi keluarga
4) untuk kepuasan diri
5) untuk memudahkan pekerjaan/perjalanan/dan segalanya yg terbabit

tetapi kenapa ada orang membeli/memiliki sesuatu untuk

1) disimpan/tayangan semata-mata
2) diperam sampai buruk
3) menyusahkan orang lain
4) byk lg

aku pelik, sebagai contoh cerita pertama, ko memang up-to-date ngan teknologi. setiap kali model phone baru yg canggih manggih keluar ko akan memilikinya dahulu. tapi untuk menghabiskan credit RM0.07 hingga RM 0.15 pon nak pakai dr kawan kau yang terang-terang henpon nye masih cap ayam.
dan cerita kedua pula, bila kau sanggup menghabiskan semua saving kau untuk memiliki kereta yang tak mahu kalah di abad ni, tetapi untuk kemana-mana kau menumpang kereta kawan kau, kesudahannya kereta cantik kau hanya lah tersadai di rumah berselubung ngan selimut pelestik. dan bila part kena angkut barang, kawan kau jugak dipedajal untuk jadi balaci mengangkut barang dalam keretanya. yolah kereta kawan kau memang hak cikai, boleh buat lenjan. tapi bai, minyak dah naik lg semalam kan. menumpang dah lah free, mengangkut barang pon free jugak ka? macam ni kesian pemandu lori sewa, sbb tiada pelanggan..hehehe
dan kisah ketiga pula, pergi kerja pakai baju tak nak kalah brand & harga nya kan..bergaya sakan. tapi bila nak makan tgh asik lah kawan kena bayar dulu. end up jadi macam derma jek. kau makin bergaya, kawan kau plak jadi balaci kena tanggung lagi sorang. kalau income tax blh claim xpe lah kan.
ada lagi satu kisah, untuk beli barang yg boleh menunjukkan kau bergaya mampu, tapi nk beli pensel 2B sebatang kau xmampu, apa jadahnya lah kan kau ni hidup. menyusahkan orang sokmo.

sebenarnya kisah ni takda kena mengena dengan aku sangat, tapi kena mengena ngan orang sekeliling aku. kesian jugak dengar cerita mereka yang asik kena tindas ni kan. insaf lah wahai manusia, sesungguhnya rezeki tuhan bagi tu utk diri sendiri dan keluarga, tolong lah jgn menyusahkan orang lain kalau diri sendiri tu susah dan diri sendiri tu xpernah nak tolong orang kan.

kalau sendiri nak berjimat tu xsalah, tapi tolong jangan babitkan orang lain boleh tak. contohnya, ko tengah jimat, tolong jgn paksa kawan ko belanja boleh tak. kau jek nak jimat, kawan ko tu toksah berjimat ke? dan kau nak berjimat kos, kau naik kereta kecil bawak kaum keluarga, nak sumbat barang dah xmuat, boleh tak jgn babitkan orang lain utk jadi balaci menyesakkan kereta dia ngan barang2 kau tu. dan kalau kau sendiri takde credit nak call out or SMS, dok dendiam sudah. kalau korang jenis pemurah kompem kawan-kawan korang takkan berkira kan. dan kalau kau sayang sangat kat kenderaan kau tu, dok rumah jek xperlu lah ke mana2 utk bersosial kan.

aku yang dengar cerita ni berasap jek dan perasaan meluat tu meluap2 dah ni. aku pon jenis xsuka nak berkira, sbb kalau aku mmg tgh xsesak, takat nk belanja kawan2 jalan2 or minum2 mmg xdek hal, tapi bila kena ngan orang berkira ni, aku bagi depan-depan jek..xkuasek nak selindung2 perasaan menyampah tu kan..hehehehe dan xkuasek jugak aku nak melayan. meluat jadi nya.

dan pesanan aku, nak jimat pon berpada-pada lah, kang rezeki sempit baru padan muka. dan kalau nak buat sesuatu tu tolong jangan kasik efek sangat kat orang keliling yang lain boleh?

Nota kaki: ye aku tau, aku pon selalu jugak mnyusahkan orang.,.aku sedar tang tu

Sunday, January 30, 2011

Kayak-ing

well dah lama kot xmain kayak ni, xsangka berpeluang masa kat langkawi aritu....ni pon sbb aktiviti kumpulan, iaitu explorace, salah satu task kena berkayak utk ambil bendera...seb baik kena berpasangan ngan si Rashdan tu....xdeklah insiden terbalik ke apa kan..hahahaa well....memang best...tibe2 dok pikir bila lah nk reti berenang ni....rugi ooo sbb swimming pool dia best...

Hujan

selama 4hari 3 malam di langkawi, aku di tadahkan dengan terik matahari sehinggakan aku dah lama tidak mengalami sakit kepala, jumaat petang kepala seperti meminta utk di gelekkan ngan steamroll

[gambar dari google image]
tetapi hari pertama di KL...
sampai jek di LCCT, hujan pon turun

dan hari ni hujan sepanjang hari

Subuh hujan

awal pagi...Hujan...

menjelang minum pagi...hujan...

tengahari...masih hujan

petang..hujan

dan kini...hujan masih tidak lelah untuk menunjukkan diri.

dan tiada penanda ianya akan berhenti

**macam ni, bila baju aku nak kering pah? nak kena packing balik ni pah oiiii....

rasa sedikit huru-hara kehidupan...hahaha macam dah xreti nak uruskan kehidupan....bilik dah macam tongkang pecah tu....hujan-hujan ni mood & ilham nak mengemas telah di selubungi oleh perasaan yang di tunjangi oleh napsu...napsu utk berbungkus di atas katil..heaven....berbungkus sambil online..hahahahaaaa dah lama xmerasai hari minggu sebegini...wallawehhhh layannnnnnn

Wednesday, January 26, 2011

The Danna, Langkawi

Alhamdulillah dah selamat sampai di Pulau yang indah lagi cantek untuk Honeymoon urusan kerja. Sangat grand plak hotel yang disediakan. alhamdulillah, dapat lah merasakan. harap pergi sendiri, kompem kene kecek yam pergi skali supaya dpt tidor di hotel bank negara yang best lagi tak terkata tu dengan harga yg berbaloi2 kan.

Lena lah tidur 3 malam ni yek...ahaks....utk pesanan barang aku xpasti akan berkesempatan ke tak nak menyoppingkan diri di sini, sebab datang atas sebab kerja kan....

dan thanx to didi sebab menumpang kan i bermalam di rumah semalam & menghantar i ke LCCT. orang xdek teman hidup beginilah kan..menumpang kasih teman permainan ajelah...nak naik teksi seram plak kan, ..pagi2 buta sorang2 kan, nak drive & parking kat situ utk 4hari lg menyeramkan ..

tiket flight kol 7.30am, awalkan, kalau pg bercuti bersama rakan2 sepermainan takpe & dan ade jugak sorang yg tertinggal flight..hehehhee nasib ada flight kol 10am plak kan....

Good Bye 2018

**pic from google