Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Cantek plak tarikh harini kan. Dan macam biasa stok tudung baru dari Chentaqaseh telah berada di pasaran. cewahhhhh. ayat xmenahan. sesiapa berminat boleh lah order dari aku jek. sebab aku kan agen ChentaQaseh. heheheee. Stok kalini semuanya dari material Cotton Lycra. Macam biasa...


ada syiria

dan
ada jugak yang jenis Awning.

Semuanya Size M. Aku letak 2 jenis & 2 clor contoh jek. nak tau detail stok mana yang masih available. Sila cek dekat thebajukurungonline lah yek. Siapa cepat dia dapat. dah malas nk layan reserved ni, sebab kebanyakkan bila nak mintak bayaran, senyap jek. so, terpaksa tukar konsep, siapa bayar dulu, dia yang dapat. dan selepas bayaran penuh diterima, barang akan terus di pos.

ok jangan lupa jengah ke thebajukurungonline blog ya.

Friday, November 18, 2011

Rasa%Lama

Malam tadi tidur tapi tak nyenyak. Penangan Kopi kat Ikea tu aku rasa. Tapi aku suka...Sedappp kan kan kan.

dan otak berligat-ligat pikir macam-macam.

dan pagi ni, bila sampai opis, menatap email-email kesayangan hamba yang masuk berduyun-duyun terus muncul perasaan. Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tak bercuti ek? ehh cuti tu biasa, cuti weekend. ni bercuti untuk menikmati ketenangan makna cuti dalam erti kata senang paham, bercuti dengan menghabiskan duit dan tidak berada di kawasan rumah or sekitarnya. bunyi seperti ting ting ting nilai wang anda telak berkepuk-kepuk dalam bank. sila abiskan. ok sekian.

tetibe muncul perasaaan rindunya nak pergi bercuti sambil berjalan-jalan yang bukan tanpa arah tujuan. hahahahaa bengong lah bila kepala weng sebab sakit tekak + selesema. ok aku dah tau kenapa aku tak boleh tidur dengan nyenyak malam tadi. bukan sebab kopi, tapi sebab hidung tersumbat. sekian lagi!

Thursday, November 17, 2011

Yang kecil dibesar-besarkan.

Tajuk ni tiada kena-mengena dengan berat yg dulu angkanya kecil tapi kini dibesarkan oleh digit penimbang yang menipu tu..hehehe dan tiada jugak kena mengena size baju yang kecil hendak di besarkan. tapi topik kali ini lebih kepada sikap manusia yang suka sangat nak memperbesarkan perihal yang sangan kecil seperti kuman.

skop aku tak mau terlalu general dan tak mau terlalu meluas. aku cuma nk berceloteh kisah customer yang suka nak membesar-besarkan hal yang kecil. Ok, aku admitlah

tapi adalah hadnya kan? aku nak kecikkan lagi scope nya.. kepada pelanggan & pelayan kedai makan. tak kira lah ko makan kat hotel ke? mamak ke? restoran exclusive ke? warung tepi jalan ke? dari penjaja tepi kaki lima ke? mana-mana lah kan. dan tak perlulah mengira berapa jumlah wang yg perlu kau keluarkan. banyak ke sikit ke terlampau banyak ke. tapi konsepnya, kita ni sama-sama manusia. kalau setakat ko mintak cawan extra tapi pelayan tu tak hantar-hantar, tak perlulah nak jerit-jerit dan membebel-bebel kan. dah dalam set yg kau order tu tulis satu gelas air air, kalau nk share tu....ko sedut separuh, kawan ko sedut separuh jek. tak pun nak mudah, ko order jek 2 gelas air. senang problem. ni jerit-jerit nak marah sbb cawan extra yg diminta tu xsampai-sampai. hello, ko paham tak ko mintak tolong dia amikkan lagi satu gelas kan? dan dia sendiri ada byk kerja lain..iaitu, byk lagi meja lain yg dia nk kena serve & nak kena lap.lain kali dah tau nk share, bawalah cawan extra dari rumah. dan lagi satu perkara yg sangat pelik, kalau nk minta tolong pelayan tu hantarkan sos, walhal botol sos tu ada jek kat meja sebelah yang dah takde orang. apa salah amik sendiri kan. tak pun pegi jek kat kaunter tanya. maybe lah pelayan tu terlupa..yolah ko suruh dia bawakkan sos, tapi manager dia suh hantar makanan kepada pelanggan. ko rasa-rasa mana lagi penting? sedangkan dalam menu kau pilih tu, takde plak dia tulis perlu makan dengan sos. sos ni tambahan jek. dan utk orang malaysia..aku arif semua benda yg dia nak telah dia nk letak/telan dengan sos. aku tau lah korang akan cakap, korang bayar duit service kan. tapi sebagai manusia, korang patut ada perasaan perikemanusiaan kan. ko dah tengok kedai tu tgh ramai orang, ngan staff dia kejap kehulu kehilir dok serve pelanggan, naka layan kerenah ko lagi. ni nak tambah isu hangat plak dengan mengamuk tak tentu hala dalam kedai tu semata-mata satu gelas kosong or sebotol sos. aiyoooooooo. ko bayangkan lah kat opis, keje ko taip surat tapi tibe-tibe bos ko suruh ko keluar hantar surat dalam erti senang paham, dia nak ko jadi dispatch haritu. ko nak maki tak boss ko?apsal ko tak tengking jek boss ko tu? even mamak tu tersalah hantar order pon, tak perlulah ko nak tinggikan suara kan. kalau ko tak boleh terima, ko panggil jek perlahan-lahan nk terangkan. mamak tu pon dengan gembira akan tukarkan menu ko tu kan. ni ko jerit-jerit maki hamun disebabkan hal demikian yang hanya utk barang berharga rm4 sepinggan. mamak tu bengang..dia pon ludah dalam makanan ko.. ko mau ke? tak salah kan bersikap cool seketika. tak salah nak marah. tapi tak perlulah nak maki hamun sampaikan kedai sebelah pon boleh dengarkan. aku memang meluat lah kalau situasi ni berlaku ketika aku berada di tempat kejadian.

eh..apsal aku emo ek? hehehe ni mesti aku lapar ni....arini malas nk lunch...mlm kang jek lah dinner. tu yang aku meroyan sket ni...

Monday, November 14, 2011

Alasan

i dont need reason


i dont want to know


and do i care?

sometime, reason ni menyemakkan + menyesakkan + memusykilkan + meragukan + mengkantoikan + dan segala yang sewaktu dengannya. dan better TAK TAHU dari tahu lepas tu sakit hati. :P. ok, aku sedikit emosi, owh silap, terlebih emosi sebenarnya harini. dan selama ni, aku kesah ke akan perihal kau, eh korang kan? aku seriusly tak kesah apa nak jadi kat kamu, eh korang. silap lagi . dan aku bukan amik pedulik, tapi bila korang beria nak explain macam2, macam lah aku kesah sangat kan, aku jadi menyampah!



SERIUS aku tengah memendam rasa MENYAMPAH.



dah, lebih baik aku balik, kang hadap jem tah pape jek kat bawah ni ha.



Nota kaki: Menyampah yang memang meeeee-nyammmm-pahhhhhhh

Kerugian

Sebab malam semalam ikut Yam ke Annual Dinner Kampeni dia tapi.... kita sambung tapi kejap lagi. Makanan sedapppppp sebab Yam pilih table utk menu "Chinese Food". Memang makan tak hengat. Thanks alot Yam. Nanti kalo ada dinner lagi..ajaklah I kan. ahaks.. I sukaaaaa part Mentekedarah ni kan.

ok sambungan tapi......Aku rasa kerugian sebab, aku tak teringat nak bawak Mr.Nik aku..huwaaaaaa rugi sebab tak dapatlah nak bergambar dengan Boboi & Superman Malaysia...tapi performance si Superman tu memang mantoppp...i sentap, sebab dia tak datang pon kat table kitaorg. tak adil tau!

oklah, itu sahaja. boleh pergi lunch dah ke nyiok? lame nau nyiok dating ngan boss dia.

Friday, November 11, 2011

Beratur Panjang

Orang tengah bersesak-sesak sejak pagi tadi kat Pavillion tu ha...Pasal apa? tak lain tak bukan, pasal si Note ni lah kan. mak eihh,,,, kompem lah masalah macam S2 akan muncul..tak cukup stock..hehehe kena Q lah kan nk dpt kan phone ni.xpe next month kompem dah reda sket..boleh lah kita curi seketul dari kedai kan. :)

Besar sket dr S2, dan besar yg amat dr iphone..huhuhu tapi konsep 2 in 1 lah...phone + tab.

Thursday, November 10, 2011

Mengiurkan

Kenapa lah ko kelihatan LAZATNYAuntukdikunyah-kunyahdandigigit-gigit? KENAPA.. KENAPA.. KENAPA?

Good Bye 2018

**pic from google