Monday, January 3, 2011

Kenduri Kahwin Sedara-Mara

Kalau kazen aku ni jadi pengapit adik aku dulu. Sekarang turn adik aku plak jadi pengapit dia. Intro tah apa-apa ja.

well, tuan rumah tengah menunggu tetamu mai makan nasi minya...jemput jemput...
Pakngah & Makngah I, menerima lagi seorang menantu. di mana, anak nya yang bongsu, sebaya ngan adik aku merangkap bestfreind adik jugak lah kan. namapon tinggal sebelah menyebelah dari dulu hingga kini..hehehehe
Tahniah pada makngan & pakngah.
Dan tahniah pada Sharul & Isteri.
slim ye isteri ko kan...
Suka hati kau jek ek, jadi pengapit belasah pakai t-shirt...
ada pun gambar kenangan korang berdua.
itu adik aku, bukan abang aku ya. dia xnak keluar dulu sebelum aku, what to do kan.
makanya, aku hanya lah kakak atas surat beranak.
tapi hakikatnya, dia nampak tua kan?
muahahahahaa
pengantin with adik-beradik & ipar duai...
Makpak si Syahmi balik penang, atok nya tenat
& pokde nye tah mane lesap, xlarat aku nak gi carik, asal nak amik gambar semua nak sembunyi..
ayiooo
bukan nak buli suh basuh periuk kan..
suh berdiri cam tiang letrik & senyum sket..
1..2..3..cheese
dah setel
with sedara mara yang jah di negara seberang..jauh ke?
ni lah pengantin perempuan tu malu2 plak..kan dah terpejam..


ok lah..aku malas nk edit gambar sbb kat PC ni xdek ape kecualiMicrosof viewer jek.

Semoga berbahagia selamanya

gambar pengantin perempuan yang pemalu...oppsss
kan aku dah snap separuh..hahaahhaa



ok lah harini, I cuti sebab hantar anak daftar masuk sekolah. voleh? :P

Saturday, January 1, 2011

Semoga Rohnya dicucuri rahmat

Aku dan Nik panggil dia Ayam. xpastilah kenapa kan...hahha sbb ade satu drama tu, dia mcm ayam kot..ngeh33...


terkejut aku bace berita kat mstar kejap td ni..haih. baru tadi masa kat kenduri kak zue @ laman budaya, shah alam, ade sorang mamat ni sekali pandang mcm dia...tenung lame sket..dah xsame...tp ade iras lah kan...betul kan mira? rupa-rupanya dia dah xdek dah tym tu...

nak kate minat tu xdeklah sangat cuma suka tengok dia berlakon, lagi2 dalam adamaya, even menyampah..tp oklah...kan..hehehehe\

semopga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Selamat Datang 2011

Dan senarai-senarai baru pun di nilai dari sekarang. Sejak awal disember tahun lepah..cehhhh padahal 31 hari yang lepas jek, aku dah start merangka azam aku untuk 2011...ehh silap, masa awal muharram haritu, aku dah mula list down apa yang patut aku capai tahun 1432H&2011M ni.

Bunga api, dah bersepah kat udara tu...amik gambar plak, pakai HP jek..hampeh lah kan...bateri kamera aku tgh charge, td lupe...

Dan kali ini, senarai paling atas adalah untuk menamatkan status bujang aku ni. serius lah, kali ini tak boleh nak main-main dah. sebabnya nanti tak tercapai impian aku yang aku dah tanam sejak aku form 4 untuk aku capai sebelum 30tahun. owh ni tak boleh publish ya. hik hik...tak percaya dah aku, nak melangkah ke angka terakhir sebelum bertukar ke 30-an. Aku bajet, aku masih muda gitew.. well, janji muda di hatikan. Ni kompem ada yang sok sek pasal gossip hangat ni. Alah aku ngaku, memang takde calon lagi, tapi takpa, ade 365hari utk aku dapatkan calonnya kan?apa yang harapkan adalah doa kalian, wahai teman-temanku. ahaks. semoga Impian aku yang satu ni tercapai.

dan impian-impian lain tu biasa aja, xperlulah nak publish kan.

Selamat Tahun Baru

semoga semua nya serba baru..

hati pon mau baru juga ya~~~~

dan mulakan 2011 dengan lagu ni



enjoy

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

ya..beberapa saat lagi, bunga api akan bersepah di ruang angkasa. Macam biasa, aku tengok dari rumah ajelah, melalui TV & tingkap..hehehe

2010, meninggalkan banyak kenangan. Antara tahun yang tidak akan aku lupakan., kerana bermacam-macam dugaan berlaku pada tahun ini. Walaupun sedemikian, aku berterima kasih pada 2010 juga, kerana merwarna-warnikan kehidupan ku sepanjang tahun ini.

mengimbau kembali,

6 bulan pertama adalah bulan-bulan yang amat perit utk dilalui & ada juga yang manis utk dikenangi. Yang pahit di jadikan sandaran. yang manis tu aku kenang sampai bila-bila.

dan 6 bulan yang terakhir ni adalah bulan yang sangat mencabar kerana aku cuba untuk melakukan perubahan pada diri sendiri, lauaran dan dalaman. alhamdulillah adalah sikit perubahan. Bukan perubahan apapun, cuma aku berusaha untuk melakukan kembali perkara-perkara yang biasa aku lakukan ketika sekolah dahulu..dan usaha untuk memperkukuhkan kewangan seisi keluarga..hehehee

dan satu kebanggaan, bila 10 senarai yg patut aku genggam capai utk 2010, aku berjaya laksanakan 8 daripad nya...cehhh kalo kat sekolah dah dapat 80% kan...terus score 'A'. oklah yang lagi dua tu terpaksa lah di bawa ke tahun 2011.

dan semoga tahun depan....ehhh dah masuk lah kot...apa yang aku impikan akan tercapai.

Selamat tinggal 2010...selamat tinggal kenangan.

Thursday, December 30, 2010

4minit

lagi dah nak masuk hari terakhir utk 2010.

sebelum say bye bye pada 2010, marilah kita nikmati hari cuti terakhir yang diberikan sempena Malaysia Juara Piala AFF. Thanks alot pada pemain yg berjaya kerana telah memberikan 1hari cuti penuh sejarah. hehehe yolah, kalau tak kena pulun lah kan kat opis, tapi dek kerana cuti dah diberi, mari lah kita ramai-ramai menyesakkan tempat yang patutnya lengang. owh yang lelaki jangan lupa solat jumaat kan..hehehee

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Milik kita.....Caya lah Pasukan Harimau Malaya....

Malaysia boleh..
Tahniah Malaysia

Si Baju Purple

(Pic from google,.,as usual lah kan)


Terus dia lah HERO malaya malam ni kan... dan dan nampak hensem setelah menyelamatkan tendangan penalty...fouhhhh..aku pon over berdebar vagai kan...dah lame xlayan bola...sejak tengok yg lawan kat bukit jalil sabtu lepas...setiap gol, dapat tgk jelas...makanya, malam ni wajib tengok lah kan...sungguh lah mencabar, arini banyak keje kat opis...terasa lah pekerja dedikasi kan...sampai nk balik pon ade keje..adoiyai.....kuar lambat makanya..hadap lah 20km/j kan..hehehe end up kol 7pm jugak sampai rumah kan...nasib baik masih sempat utk siaran jam 8pm..kalo tak....tak pasal kumpul dosa maki semua jalan kat KL ni....

oleh sebab dalam gambar ni, dia pakai baju kaler purple, terus lah dia nye tahap kehenseman bertambah 55%, dia selamat kan bola tadi sebanyak beberapa kali aku tambah 45%...makanya..dia lah pebret aku malam ni...

eh bola tu pon ade kaler purple... muahahahahaaaa

Semoga Malaysia menang lah malam....& terus menjulang piala AFF...doa kami rakyat utk pemain2 negara..caiyok! malaysia boleh~

Good Bye 2018

**pic from google