Sunday, March 6, 2011

White Water Rafting

Tanggal 6 Mac 2011, alhamdulillah perjalanan pergi & balik kami sekumpulan selamat. Dan aku berjaya melaksanakan lagi satu aktiviti yang memang aku kepingin dari dulu dan wajib dilakukan sepanjang hayat walaupun cuma sekali. cewahhhh sampai macam tu sekali ek. Pada mulanya aku macam taknak join. sebab macam tak berapa nak bersedia mental & fizikal kan. but, orang yang meracun tu membuatkan aku berpikir kembali dan terus bersetuju. Iyelah sementara peluang bergilek depan mata kan. grab ajelah.

Makanya, seawal jam 6.00am, kami [aku, dd, sepul & sara] dah bertolak dari ampang ke gopeng, perak. aktiviti ni, aku join Budak Smartcoach/taekwando yang Sara&sepul join. So far, aku sangat puas hati dan teruja utk mengulangi aktiviti ini pada masa akan datang.

taklimat dari instructor yang bertauliah. muka masing-masing tengah cuak ni. almaklumlah majority 1st time kan nak merasa.

lepas jek taklimat lebih kurang, aktiviti di mulakan dengan 'water confidence'. memang seriau lah kan..ha kena mengapungkan diri & mengikut arus air yg sangat deras, cehhh aku sampai tali ke-3 baru dapat capai...tapi kena ingat cakap instructor, JANGAN PANIK. enuf!

dan xlama lepas tu aktiviti berRAFTING ni pon bermula, aku seboat dengan dd, sara & sepul. beberapa arahan yang perlu dihafal ya, seperti, forward, backward, on hold, on job, boom boom, jump jump, etc. ni jek yang aku ingat kot. muahahahaha

dan layan kan gambar yang banyak ni, serius memang boleh membina keyakinan diri ok! dan hilang semua bebanan dalam kepala hotak ni.


korang semua pon patut mencuba aktiviti seperti ini. aku tengah aimed utk melakukan aktiviti menunggang ATV. owh gambar nnt lah sebab dalam phone. lupa nk transfer.
Pakej ni di ambil dari Adeline Rest House. pakej di ambil lengkap dengan makan TGH. dan lauk pauknya sedap. gambar nanti aku upload sebab yang sama, dlm phone.


semua ni gambar team aku jek..malas nk upload yg lain kan..muntah nanti..ni pon xlarat dah...

XPDC ni melalui laluan sungai sepanjang 9KM ya..macam dari Alai nk ke Bandar Melaka. ops...


Air yang tenang jangan sangka tak cuak

see....woweeeeee

gedebushhhh


peace... perasaan cuak yang cuba diselindungi.

oppsss
kami ambil pakej yang termasuk gambar, maka ada photographer di sediakan ye.

bukan takat gambar jek, video pon dia ada ambil jugak sikit2.

tersangkut lagi

owhhh nooooo....

fast forward...caiyok2 my blue team

memang banyak telan air lah..lagi2 masa water confidence & masa kena benam dlm air, menggelabah aku kan mencari permukaan ari. tah berapa litre air teh tarik + milo sejuk tu aku minum..ahaks

owh...OMG

1...2...3...ready....

vroooommmm

masa berehat seketika

dan aktiviti di mulakan kembali

sakit jugak lah *o*t*t kan asik terhentak jek



gambar team aku ni yang paling best aku rasa..hahahaaha





layan gambar jek lah..malas nk type dah, sebab merlin dah abis, masa utk tidur lah kan




ni yang semangat nak belajar berenang kan, utk mengurangkan ketakutan/kecuakan dalam diri

ni aktiviti terakhir before pulang, aku lupa nama dia, tp duk paling last sebelum instructor tu kan, memang terasa sengal bahu tangan semua.,..sbb nk tahan beban owg dr yg pertama tu kan..mak eiiii mencabar ok.
dan lepas tu di lepaskan ikut arus air..memang beberapa litre air sungai yg sodap tu berjaya di telan...


ok teka yang mana 1 aku?
hahhahaaha
Sampai rumah kol 8lbh td, dari Gopeng awal jugak, tp singgah tapau makanan la, rnr tapah lah...macam2 lah..copy gambar lah itu lah ini lah, sekarang kena tidor, esok mau kerja kan. jangan lupa akan hakikat tu. Selamat Malam semua.

Friday, March 4, 2011

Ku pendam kan perasaan


Nampak gayanya, impian utk menjadikan dia sebahagian dari ahli keluarga terpaksa di tunda. majlis untuk meminangnya terpaksa di tunda ke suatu hari yang akan dikenalpasti selepas rundingan damai yang akan di adakan pada pertengahan bulan April nanti..sob sob sob. Poyo plak ayat ni. aku dah sengal. masalah line slow pada ketika 3.30-4.00 pm datang balik hari setelah 2hari dia bertenang. menyusahkan orang betul. kan dah kena pikir jalan penyelesaian nya lagi..adoiyai.

Ibu Naufal, sila lah sunting barangan ini dengan kadar segera, nak tunggu version baru tu lambat lg lah..silap2 ujung taun..birthday ko pon muncul balik tym tu..hehehehee baik ko tuntut hak ko ni dengan kadar segera. muahahhahaa boleh aku try test nanti...hehehehe alah aku nk try test main game Angry bird tu jek...

Monday, February 28, 2011

TANPA

nak cakap pasal,

59 hari TANPA cinta [eh ni bukan 59days daaaa ni dah masuk 2190hari dah] cafeworld & happy aquarium. sebenarnya, boleh kan...tenang sket malam2, xperlu tertekan sekiranya xboleh masuk internet..hahaahahaaa dan xdek lah tertekan di kala notebook buat perangai. dan tidak akan mengamuk kalau hujan, signal P1 nonADO..hahahahaa sekarang di temani Angry Bird, lagi lah tak heran kan..huhuhu

Campur Aduk

macam-macam berlaku beberapa minggu lepas sampai lah semalam. contohnya seperti, mengikuti kelas fotografi perkahwinan anjuran Bro Hasnuddin dari Fototeacher. dah lama nak join kursus ni, tapi jarang sekali kan.once dah kompem date, aku terus pejam mata bayar ajelah. Alhamdulillah memang banyak input. dan aku aim plak nk ke kursus seterusnya. insyallah tak lama lagi lah tu. selain kurus tu, aku pon dah reti kot guna Joomla hasil tunjuk ajar si Sara [bini si gonjes tu], seharian jugak lah berkursus dengan cik kak tu. terima kasih bebanyak ye. segala ilmu yang diperturunkan itu amat lah dihargai. sorry aku ni bukan jenis orang yang suka explore sendiri benda baru. bab basic kene belajar ngan tok guru & then baru lah reti nak explore ape yang patut. lepas tu, kisah huru hara aku yang tak cukup tidur, homework tak siap, jalan jem 2 hari berturut-turut iaitu khamis & jumaat lepas. menunggu album customer yang tak siap-siap dari tokey kedai. dan alhamdulillah siap juga akhirnya. lepas tu belajar cara nak buat red velvet cake. mmg akan jadi lah cake tu bulan depan...ehh ehh kejap lagi dah masuk bulan baru..xlah...dalam bulan april sbb nak buat birthday party mak aku...ek eleh..padahal nk celebrate anak beranak jek pon, tu pon nak kecoh..huhuhuhu dan lepas tu pg belajar cara nak manage duit secara effective..hayooooo..saya memang kena ikut kelas tu sebab wajib utk diri sendiri..huk huk huk...lepas tu sakan main game ayam yun marah Angry Bird kat notebook almaklumlah, henpon xcanggih macam IPAD tu...dan kejadian tragis, bila tengah syiok surfing, notebook aku diserang spyware, hampeh tol lah butikpueri.com ni kan. dan terpaksa hantar bengkel utk beberapa hari, yolah nk tgu budak tech tu ada masa nk layan notebook aku tu kan.lepas tu dengan kejadian minyak keta dd abis...hahahaa bawak botol ke stesen minyak di tengah2 ibu kota ni dengan menaiki teksi, sila marah pada kesesakan lalulintas di KL ni ye. sebenarnya, boleh jek sampai stesen minyak tu, cuma kitaorg xsure stesen minyak tu dekat ke jauh,maka baek parking sesiap, pg carik minyak backup..hahhahahaa dan lepas tu kaki kelenguhan sebab seharian berjalan-jalan di PKNS & warta , Bangi dan kendian sambung ronda-ronda kira batu di Jalan TAR. memang meletihkan tapi sangat berbaloi..sebab dapat cuci mata & dpt beli buah2an. macam lah kat pasar malam bawah rumah takdek ek..kekekeke lepas tu pegi cuci muka dengan Ima dekat melaram beauty house. dan makan2 sempena birthday si Shaqi, adik si sara, dan balik rumah kemas rumah...hohoho kemas macam nak pindah jek rupanya...tapi finally, barang2 guwe dah tersusun cantek..setelah berbulan2 huru hara dek kerana tuan nya yang hilang arah & puncatersangat lah busy dengan urusan duniawi. oh Tuhan, semoga hambaMU ini kembali memngimbangi urusan duniai & akhirat.

Nota kaki: pengalaman minyak kereta abis ni, syiok jugak tapi kena tengah panas terik..masak ranum lah kedua-dua wanita yg anggun jelita...huk huk

Taman Negara

Aku tengah carik orang yg nak join trip ke Taman Negara pada 29 April - 1 mei 2011 30 April - 2 mei 2011 [sabtu sampai Isnin, maaf lah aku mamun, tgk calendar asik salah jek]. If siapa2 berminat, sila lah roger. kalau ramai trip ni ON lah. Kalau sambutan suam-suam kuku jek, memang xmenjadi lah jawabnya.

Friday, February 18, 2011

Twin


Geng UiTM dungun, serius lah kagum sekejap kan...dpt twin. aku tau dia pregnant, tp xtau bila due, tup tup kata dah registered nama twin dia...sepasang pulak tu..ish ish..Tahniah Melati.

Monday, February 14, 2011

ATAT @ Hatyai = HaTTaT 2011

Bersiap sedia untuk merasa lenguh biji mata [ada ke?], lenguh pinggang, lenguh tengkuk kerana ini adalah entry paling panjang yang pernah aku karang, biasanya aku asingkan ikut episod yang aku rasa sesuai tapi kali ini berlainan sekala, di mana ak cuba untuk menceceh sekali rap jek. tak perlu ada istilah hutang di kendian hari. Percutian ni dirancang masa akhor tahun lepas, macam dah lama jek ek, walhal baru 40 hari berlalu kot.

Ok seperti yang aku dah bagitau kat entry sebelum ni, trip kali ni seramai 27orang dewasa dan 2 org kanak2 terlibat dalam XPDC bajet kali ini.

Bertolak dari KL Sentral dengan menaiki keretapi [aku lupa nama nya apa, tp KTM punya lah kan..kalau dabong aku tau lah WAU express kan] jam 9pm. Kali ini selesa sikit dengan memilih katil. Sebelum tidur hendaklah pekena game seround dua sebelom mata layu.

Kali ini mereka pekena Catan. aku baru lah reti main sbb aku baru tengok betul2 corak permainan nya. selama ni aku tengok kejap2 jek. port terbaik adalah depan katil aku. bagus lah tu, terang2 aku kena tengok & kena tahan mata. hahahahaa
Selain catan, aku teringat kat game risk, tapi amir dah xmau bawak game risk sbb berisiko tinggi tak boleh tidor langsung..hahaha dan seala jenis mak nenek permainan yg boleh di mainkan dengan menggunakan daun terup ni. ni game murah namanya..huahuahua

Alhamdulillah selamat sampai ke padang besar dalam kol 8am. kaunter tak banyak buka, maka makan masa di sini. tapi enjoy sebab beramai-ramai kan.


aktiviti di dalam tren dan di padang besar. yang mengira duit lah. cek bajet lah, tukar duit dari money changer bergerak. sakat menyakat lah, biasa lah tu. yang pasti perut aku lapar pah time ni.



dan akhirnya kumpulan kami selamat sampai di stesen Hatyai pada jam 10am waktu malaysia, kalau waktu Thailand dia lewat sejam.




dan dari Stesen Hatyai, kami menaiki Tuk Tuk [pengangkutan rasmi di sana] untuk ke hotel. owh bayaran utk Tuk Tuk ni hanya 20bath sekali naik lah. dalam 2hengget sahaja.




dan sampai lah kami ke Hotel yang telah di booked oleh organizer. Hatyai Palace hotel oklah. not bad sbb ada aircond..muahahhaa

masuk bilik masing2. owh aku sebilik dengan alina & black syaza. kaki sembang semua...seb baik kan. dan setelah merehatkan diri selama 1/2 jam, semua kena berkumpul dilobi untuk aktiviti yang pertama iaitu ke air terjun. Nama Air Terjun tu Tone Nga Chang. yelah kot. salah eja mintak le mahap yek. air terjun ni memang best. sebelom mandi, kami di sediakan makan tengahari iaitu nasik ayam madu. sedap uols, kat Hatyai ni sebenarnya tak lah susah nak cari makanan halal.


dan memang aku suka sangat air terjun ni. tapi tempat best mesti sekejap jek kan. boleh lah dari tak merasa langsung. owh kat sini, nak masuk ke waterfall kena bayar 200bath sekepala. bapak lah mahal, kalau malaysia dah kategori pergi masuk ke mana2 taman tema air kot. hahaahaa
walaupon negara thai ni macam tu, tapi aku kagum jugak, tong sampah susah nak jumpa, tapi bayangan sampah merata-rata memang payah jugak nak jumpa, kira bersih lah tapi tak dek lah macam singapore kan.

lupa pula, perjalanan dari hotel ke air terjun dalam sejam lah juga. kami sewa van sebanyak 2 buah. muat2 jek 27orang tu. ahaks
owh iklan sebentar dengan gambar Siti Salsabila. balik dari air terjun, terus balik ke hotel untuk bersiap2 utk shopping di market di bandar. kat hatyai ni, makin malam, makin happening...almaklumlah kompeks pink pon mulalah pasang lampu kaler pink kan..muahahaha
tang ni aku rasa orang lelaki lebih teruja kot.


macam-macam ada, market ni ala2 kat petaling street jek. or jonker walk kan. dapat lah aku rembat sehelai t-shirt & fridge magnet. sbb memang aku dah berniat takmau shopping benda lain kan. tapi end up aku terbli jugak beg/raga utk mak aku.


kat sini aku lebih teruja nak cuba makanan dia..sebab ada pulut pelam uols...i kan fan pada pulut pelam ni..terliur plak

somtam pon ada. air kelapa tak ketinggalan., nasib lah kat umah kampung memang melambak air kelapa. maka aku tak heran.



tak lupa jugak aku terpaksa beli selipar seploh hengget gara2 croc aku putus kat waterfall sbb terselit kat batu..hahahahaa tak pasal2 dapat selipar baru kaler merah. kat sini, ada yang reti cakap malay, dan ramai yang xreti cakap malay dan hanya tahu count jek dalam english....even payah tapi peniaga sangat baik hati utk memahami apa yang kami inginkan.


dan malam itu, kami makan besar di restoran hamid. see, tahniah pada AJK makanan, sebab makanan mencukupi [memanglah cukup, aku bijak duduk dalam golongan wanita kan] sapa yang duduk bahagian budak lelaki jek tu, nasiblah tengok kerakusan bebudak tu makan kan.

dan malam keesokannya pon aku, alina & miji sekeluarga makan kat hamid ni jugak sebab lauk pauk dia sedap mengikut tekak rakyat malaysia. menu kat sini majority di tulis dalam 3 bahasa, iaitu malay, english & thai. maka jgn tersalah pilih plak kan.

dah abis makan, sambung ronda, sakan bebudak ni shopping t-shirt. tapi serius memang menarik t-shirt kat sini..well ater thailand syurga baju murah2 kan. setel semua, majority balik jalan kaki ke hotel, tapi aku & the gang naik Tuk Tuk, kesian kat baby salsabila kan.
keesokanya, perjalan di teruskan. singgah makan pagi kat kedai yang mahal. roti canai yg cenonet tu sehengget 5 kupang tau. marah I. owh sini famous otak2 goreng dan otak2 kukus. tapi otak2 kukus tu dah macam sata jek rasa dia.
perjalanan di teruskan ke Songkla. tempat ni aku xtau nama dia ape. tapi patung ni tidur jek keje dia.muahahahaa panas terik time ni

sebenarnya, kami ke pantai dahulu baru lah melawat patung tu kan. tapi malas aku nk tukar gambar ni turun naik kan. pantai yang di serang adalah, pantai Samila, dapat lah bergambar ngan ikan duyung emas..auwwmmmmm kat sini ombak jahat sebab tiba2 jek dia membasahkan seluar aku....ombak dekat sini kuat.


dan bergambar ajelah kerjanyakan. nak mandi tak sesuai kan. maka main2 pasir ajelah..muahahahahahaaaahahaahahahahah
dan masih bergambar,,, dekat kucing, dekat kapal kapten jack pon jadi sasaran prop utk sesi photography. camera toksah cakap lah memang banyak.

dan balik dari pantai singgah ke masjid dan kemudian singgah ke kedai jual makanan. well, aku berjaya tak beli apa2 pon memadangkan semua makanan tu boleh di dapati di melaka dengan mudah.. muahahahahaha
tamat jek sesi membeli belah di kedai kacang2 ni, maka perut masing2 tak boleh nak merentakkan lagu sudah.. bateri abis di pertengahan jalan dek kerana jauh jugak perjalanan haritu kan. dari lagu rock, slow rock, keroncong dan akhirnya bateri habois barulah sampai ke kedai makan.
balun jek lah. air mineral dlm botol kaca tu. disebabkan kena bayar sebotol sehengget maka, aku bawka balik botol tu ke malaysia sebagai kenangan. miahhahaahah

dan sebelum balik ke hotel, kami singgah ke Floating Market. walaupon tak sehebat di Bangkok ke mana tah, tapi aku kagum lah jugak sebab makanan nya xmahal dan senang nak cari makanan HALAL, cuma pork ball hanya 5kupang..seyes bersepah..pahtu murah. fish ball mahal ok! kembang tekak bila baca Pork ball. ngeh222

sebenarnya gambar terlampau byk dan aku takda masa nak memilih, makanya, asal boleh janji ada utk jln cerita ye dak?
orang sangat lah ramai. well tempat aku suka memang sekejap jek. siaplah kena announce ye suh berkumpul segera...ada aku kesah....still lenggang kangkung..aku tunggu pagi tu sejam kot kat lobby kan..rasakan tgu kitaorg pulak macam mana...hahaha macam bunyik balas dendam pula yek..ngeh22 skrg kn bayar cash namanya.
dan tamat lah sesi utk hari itu. balik hotel bersiap2 lepak ke central utk carik makanan. last2 ke restoran hamid lagi [td dah ckp kat atas tu kan]
dan esok nya, seawal pagi dah berkumpul utk gerak balik ke penang naik van. dari penang baru naik keretapi dr butterworth.

dan kat sempadan masa nk cop passport sempat lah tapau makanan utk kunyAh2 dalam van...yolah org van tu xmo berenti brekpes kan. dahlambat katernye..sbb ada yg nk naik bas ke cameron kol 2.30pm dan ada yg kejar flight ke sarawak kan. budak2 ATAT kan dah bersepah2 skrg ni.




dan kami selamat sampai di KL sentral jam 10.10pm, sambung lepak di Ali Care menara TM sampai lah kol 1.30am. sampai rumah aku terus sadaqallah utk mlm tu..serius letih ok naik keretapi siang ni.


aktiviti dalam keretapi semasa pulang, emak bagi makan mangga...muahahah amik ko fozah, jadi emak terus ko kan.
Nota kaki: until next trip...Tata


Good Bye 2018

**pic from google