Saturday, May 28, 2011

Sesungguhnya saya kelaparan

entah ape pasal, tgh tadi aku xleh nak sumbat makanan, perut xselesa. ni mesti gara2 mocha ais kat starbucks ni. aku dah kata, pagi2 aku tokleh telan air kopi2 ni. perut aku ni sengal sikit, kan dah effect sampai la ni kan. bukan snegal ape, cuma perut orang melayu yang dari kampung tokleh nak masuk benda2 mahal pagi-pagi ni.

nk makan, aku tak tau apa yang selera kan. hishh masalah. dah lah kat rumah ni ada air jek nak di minum. makanan jangan harap. tak pe malam ni nak meronggeng lagi ngan budak ATAT. hehehe amik kau..mau esok aku kelemauan nak drive..rasakan lah esok nak balik kedah balik. seb baik ATAT ada aktiviti malam ni. kalo tak sangap jugak aku nak lepak rumah sorang2. dah lah aku sambung lagi mendobi baju. gara2 malas nk hantar dobi. kang hantar mane sempat nk amik esokkan. maka pulun basuh. lepas ni kena bertapa lama sket kat kedah nu. kesian bantal & tilam i tu...kompem kesepian malam2..miahahhaa

hari rabu yang lepas punya cerita







Thursday, May 19, 2011

Terlepas

Baru aku perasan, book fair dah lepas [owh melepas nk beli buku murah & berbaloi & byk]
Baru aku tersedar, PC fair bulan lepas ek? [ada benda ke aku nak cari?]
Baru aku teringat, property expo dah berlalu ek?..ish ish [melepassssssss]
Baru aku sedar, aku dah nak 29

beberapa jam yang lepas.......
Kawan baru: Alah kau muda lagi, takpe, xmacam aku dah nak 30.
Aku: Aku muda?
Kawan baru: yelah, ko kan baru 25
Aku: Aku 25? ok lah malam ni jugak aku nak buat sujud syukur.
Kawan baru: apsal lak?
Aku: yolah, selama ni aku tak tau aku ni muda lagi?
Kawan baru: erk!!!!
Aku: Weh aku 29 lah, lagi tua ok dari kau. hehehee
Kawan baru: ????? [muka blurr xleh blah]

yeah, aku bukan lah muda pd usia, maybe perangai jek nampak muda & xmatang. esok aku terus nak jadi matured lah. apa lah yg nmpk muda?.. aku rasa kegemokan aku jek dah terserlah utk faktor penuaan kan. terus malam ni tidur dengan senyuman. sebab orang kata aku muda. :P (@@) :P

Tuesday, May 17, 2011

Penamaan

Aku baru jek buat sesuatu yang wajib. Tak lain tak bukan, yang wajib pada diri sendiri, tidak pada orang lain. heheheheee

Isnin minggu lepas, aku singgah ke KWSP untuk mengisi borang "Permohonan Penamaan". Yolah kita tak tahu apa yang telah di takdirkan untuk hayat kita kan. makanya, baik buat sekarang sebelum terlambat.

Alah, korang terlambat lah....lambat bagitau nak dapat share sket..hehehe aku dah submit siap-siap pon. dan aku bukan lah nak cerita sangat pasal borang ni,


aku cuma nak cerita pasal servis dari pihak KWSP di mana aku leh bagi 9.5/10. Ini di sebabkan aku hanya mengambil masa tak sampai 30minit utk urusan ni. mula2 ke kaunter pertanyaan untuk ambil borang. kemudian pekerja dia akan bagitau kena pakai pen hitam & isi borang dahulu, kemudian kena photostat IC kat kedai photostat di dalam kafeteria lepas dah lengkap smeua baru ambil angka giliran. mudah kan. duduk seminit dua jek kat kat kerusi, terus no. giliran dah sampai, kemudian ke kaunter dan urusan cop jari kanan & kiri & setel. tunggu lah surat dalam 2minggu. sekejapkan. sebab sayang nak bayar parking xcukup sejam, maka aku pon melantak lah untuk lunch kat situ jek..hehehehe


so, pada sesiapa yang tak berbuat lagi hal penamaan ni, baik lah buat segera. takde lah masalah di kemudian hari nanti.


dan kenapa aku cerita,

sebab tiada cerita apa yang menarik, cuma nak menaip jek, nak bergossip, takde orang online pon kan. nak siapkan kerja, tunggu esok ajelah. line terlampau slow nak bukak sistem ni. malas dah jadi nya.

ha tu mouse baru..hahaha xdeklah baru, terpaksa beli sebab yang merah lama tu dah kena penyakit nyanyuk. kejap ok kejap tak ok. wassalam kan aje kan. hope yang ini tahan lama sket.


ok uols, Asmara dah start.

Hari Wesak

Bercuti di kala hari bekerja ..oppps jatuh pada Selasa kan. adalah sangat seperti *&^%&^% tak tau lah nak describe kan. Di sebabkan tiada plan aktiviti lain. makanya, aku dan geng sawan aku telah bersetuju untuk makan-makan sambil menghabiskan balance-balance duit sementara nak tunggu gaji hujung bulan aja kan. sepatutnya, aktiviti makan-makan ni adalah malam semalam, sejurus selepas kerja, tapi apakan daya, kerja makan gaji, Didi kena stay back. huh...xsempat lah kan...

makanya, jadilah plan makan tengahari. dan lagi best, ada juga orang nak join aktiviti kitaorang.


the pasta



the ribs & 1/2 chicken


the ribs...owhh murni..sila jeles :P


didiER


doraER

dora the explorer...

ehhh silap

emaER

masihsi Cik PotPet
serius giller tym kenyit mata
tapi comel.
huhuhu



playing games with mommy







see anak beranak ni

serasi




notty jek memek muka dia



dah lama xjumpa si Ema ni,
maka dah lama lah xsnap gambar dia kan
mujur memang camera ada jek dalam bag.


layan jek lah


puas hati kenyang. sib baik tak tamak haloba amik dessert, kalau tak memang tak mampu nak sumbat lah jawabnya.


dan kesudahannya,

marilah kita berwasatiah minggu ni dan minggu hadapan.

tapi, rasa nak ribs tu lagi lah..


nyum nyum nyum

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

To all my friends yang berstatus CIKGU

"Selamat Hari Guru"


dan kepada bekas guru saya di sekolah kebangsaan alai, mahupun di S.M.K.A. Sharifah Rodziah

dan tidak lupa jugak lecturer-lecturer saya di Matriks Londang, UiTM Dungun & Shah Alam

"Selamat Hari Guru"

**Mereka kategori guru juga kan**


Dengan Ucapan:

Terima kasih di atas segala Ilmu yang telah dicurahkan.

Tanpa anda siapalah saya...cewahhhhh

Nota kaki: Gambar aku amik dr google, lupe nak amik link dia tadi.

Sunday, May 15, 2011

Tercicir

Terlupa plak nk upload gambar ni dalam cerita Taman Negara tu. tapi xperlu caption apa-apa kot sebab korang pon paham apa yang gambar ni cuba ceritakan.

tengs dek nor & cameranya.

Good Bye 2018

**pic from google