Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha

Berkorban apa saja. harta atau pun nyawa...ceeewaaahhh....

rasanya belum terlewat lagi kan. sebab harini kita masih boleh bertakbir lagi.

oklah, kepada kengkawan Sharodz yang masih mengenali Seniey atau nama sebenar dia Hasni Linda Senin, di maklumkan kawan kita itu sedang menghidap penyakit buah pinggang yang boleh dikategorikan kronik. Diharap kita dapat mendoakan beliau kembali pulih dan sihat seperti sediakala. sekiranya ada sesiap yang ingin datang melawah boleh lah ke hospital besar melaka wad AG, katil no.2. sama-sama lah kita doakan kesihatan kawan kita ini kembali pulih seperti sediakala.

Aku, Lia dan fitri ada melawat Seniey sabtu lepas, memang sedih tengok kawan sendiri terlantar kan. tapi, menurut emak dia, alhamdulillah dia makin pulih, cuma masih belum boleh berjalan. yang terharu, even tekak dia masih sakit & suara dia yg serak-serak macam nak keluar tak keluar, dia tetap senyum dan tetap nak bercerita dengan kitaorang. Sedih weh....siapa-siapa ada kelapangan boleh lah melawat beliau untuk memberi semangat.

Thursday, November 3, 2011

New Stock

Salam,

Stok tudung syiria & instant awning versi dual tone color dah sampai, silalah jengah ke belog thebajukurungonline untuk cek warna yang available.

Ok, selamat bershopping. Untuk Order dari kami, jangan lupa Isi details di "Order Form".

Tuesday, November 1, 2011

Premium Beautiful

01.11.2011

ok, harini aku nak iklankan, sesiapa berminat nak dapatkan korset PB ni dengan harga CASH = RM1500 sahaja untuk SATU SET





Owh, aku bukanlah agent PB ni yek. kawan aku nak cari buyer utk barang2 dia, maka aku tolonglah publish kan di belog aku yg tak seberapa ni. Siapa cepat dia dapat. contact aku pon boleh kat blur.4.2nd@gmail.com, nanti aku passkan lah kepada owner. Siapa berminat, jangan lambat-lambat (amacam ada rupa jadi promoter tak?...dah lama tak keje jadi promoter)



Nota kaki: sambil-sambil tu jangan lupa order tudung dari aku ye. jengah kat http://thebajukurungonline.blogspot.com/

Saturday, October 29, 2011

Happy Birthday Dak Lia





Semalam Birthday Cik Kak ni. Sekarang ni, dia partner tidor aku. hehehe terpaksalah dia hadap muka aku time sebelum tutup mata & tym dia celik mata.Happy Birthday babe. dan paling tak sangka, dia ada plak simpan gambau sengal ni. korang rasa nigambar masa bile? cehhhh Form One ok! 1995, meaning 16 tahun yg lepas...uhuk.....lamakan. aku pon takde gambar ni. camne tah dia boleh ada..muahahahahaa yg penting muka skema, bulat jek..ngeh33..dan tak tahan name tag kaler oren..muahahhaa...giller tak santek kan. nak buat camno....pengawas buku..terpaksa lah pakai.

oklah....bajet nk tapau makanan ni tapi kepala aku weng plak. al-maklumlah aku terlelap depan TV ptg td. padahnya berdengung lah kepala ni. maka, dia order delivery jek....yang mana yg sedap..ngeh33

Thursday, October 27, 2011

Sambil-sambil siapkan kerja harini, yang hanya tuhan sahaja yang tahu melambaknya. dengan sakit leher yang tak baik-baik..dugaan. takpe penghpus dosa-dosa kecilkan. dan sanga-sangat stress aku rasa ni, hazab weh nak tunggu gaji bulan ni..huwaaaaa maka terhasillah ikan kecil lagi comel dalam masa less than 7minutes..ngeh33 terus tersenyum kan...

lukis ikan lagi bagus dari note kat bawah....


sebab memang..aku kalo menyanyi...nauzubillah lah..kompem ada yang menanag telinge...muahahaha..oklah, semalam dah sakan bercuti kan. aku biasalah ada jek aktiviti. lagi-lagi si dak lia dok dengan aku skrg ni. adalah aku geng nak meronggeng kan..hehehehe




oklah, leher aku ni tak baik-baik ni. krim dokter bagi pon tak jalan. solonpas apatah lagi..esok nak lukis la-yon (lion). ni sebutan si naufal. comel jek bunyik nya. hehehehe rindu plak kat budak 2org, even smlm dah jumpa kejap kan. sebab kejap sangat kot jumpa...hehehehee




Nota kaki: ada tips tak nk hilangkan sakit leher ni...dah lah nak MC tak boleh ni....tak tertanggung dah keje melambak ni. Kerja baru satu plezzzzzz!

Stok Tudung Baru

Salam,

Sila jengah ke http://thebajukurungonline.blogspot.com/ untuk melihat stok tudung terbaru.


Sekian, Terima Kasih

Sunday, October 23, 2011

Jom Renang



Tak mudah rupanya nak berenang ni kan. Owh, sekarang aku ke kelas renang, dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajarkan. takpe, kena ikut pepatah, biar lambat asal selamat. hehehehe dan lebih baik lambat dari tak reti langsungkan. huhuhu :P


ok, apa yang boleh diperkatakan. susah nya lah nk berenang nak bernapas..huwaaaa semputlah kelas harini. dahlah telinga aku dah pekak harini gara-gara asik lah masuk air.


kalau nak join kelas renang boleh ke website ni JOM RENANG. coach dia si ben tu ok, ajar bersungguh-sungguh jugaklah. tapi nasib badan dia dapat student yg dah kertu mcm aku. keras ok...hope aku akan reti berenang, tak terer takpe, janji reti, koman-koman confident dalam air tu dah ada. fooouuhhhhhhh oklah, tak mudah rupanya berenang ni kan.

Good Bye 2018

**pic from google