Friday, December 9, 2011

I’m sorry, I can’t be perfect

ya aww..awww tajuk mungkin memuskilkan para pembaca..ahahha (ayat ni lagi poyo.) kompem korang kompius. just nak bgtau, dulu aku giller benau dengan lagu ni. dan tertahu (ter tu yang tak tahan) yang kumpulan yang nyanyi lagu ni..sape lagi kalau bukan Simple Plan ni, akan mengadakan konsert di KL. KL uols, kompem lah i tak kan pergi kan..hehheee jangan di tanya kenapa, i kan tak suka tempat yg bingit-bingit ni. hehehehe

oklah kalau nak tau lebih lanjut konsert tu akan berlangsung pada 14 Januari 2012, 8:30 malam bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpurharga tiket ada RM98 paling murah, dan kalau nk selesa belilah yang RM188, takpun duit banyak sangat boleh rembat tiket berharga RM258.

but i'm sorry, i can't be perfect. to those nak yang perfect, sini memang tiada...seperti tiada dlm perkhidmatan. or silalah ke kaunter lain. harap maklum.terima kasih kerana berurusan dengan kami. cewahhhh.. (siapa makan eskrim vanila takkan terasa lah cokelat di tekak dia)

Jom Beli

Stok tudung baru telah di update di http://thebajukurungonline.blogspot.com/. Rajin-rajin lah menjengah sambil order apa yang patut. Semua tudung dari material Cotton Lycra. kain cotton lycra sgt lembut dan selesa ketika di pakai. Dan corak-corak seperti ini, memang susah nak di dapati di pasaran luar.

Macam biasa, ada versi SYRIA (hanya RM29 sehelai untuk Outer sahaja dan RM8 sehelai untuk inner sahaja)





Selain SYRIA, tudung awning dari fabrik & design sama pon ada. so, sesiapa yang xminat untuk memakai tudung syria, boleh lah order yang awning dan sebaliknya juga.




Oklah, jangan lupa jengah ke http://thebajukurungonline.blogspot.com/ untuk melihat stok baru dan stok yang masih available.






Tuesday, December 6, 2011

Palpitation

Since pagi semalam, heartbeat aku ni tunggang langgang, kejap normal kejap laju. cehhh ingatkan sebab kopi ais yang minum kat Roti Boy Ahad malam tu, tapi takkan lah sampai harini, Selasa pon tak ok lagi kan. dan mulalah aku pikir, ubat apelah aku tertelan, tapi pelik, aku telan madu jek pon tetiap hari. aiyoooooo pening, ni dha penyakit lain plak.

Ingatkan rasa nak DEMAM, tapi tak jugak. suhu badan maintain OK jek.. ish ish...cek mata...mcm biasa, asik merah jek kalo dalam tempat sejuk. hahahhaaa

last2 dapat jugak jawapan, dan dan dah tak rasa berdebar-debar dah...mean back to normal lah kan.hehehe maka berbuka malam ni nak makan apa ek? Lagi tah apa-apa.

Saturday, December 3, 2011

Dah tengok KENALAH review kan

1) Jalan cerita of coz lah kureng sket dari Novel kan. tapi takpe, mane nak tepek semua slot dalam masa 2jam kan. hik. TAPI bila part yg penting tertinggal, mesti lah rasa SPOIL kan?

2) Apsal semua orang boleh nangis tengok, aku sobok dok gelak jek dalam wayang tu. hehehe MASALAH mental kah aku? Banyak part yg menggeletek paru-paru ok. Tak Caya korang tengoklah. hahahaha

3) Masalah bajet ke apa Movie OMBAK RINDU ni? aiyooooo tempat dah cantik, tapi rasa kekurangan ok, rasanya kalo dijadikan drama lagi menarik. Takde lah nak ungkit part kekurangan tu kan.

4) Kalo gantikan Lisa dengan Fazura, aku rasa better kot. Lisa tak sesuai lah nk jadi gadis yang emo-emo ni kan. dan Datuk Sofiah tu aku rase kena tukar dengan OGy Ahmad Daud. Aku plak verangan nak jadi pengarah & penerbit.huwawawa marah lah Azizah Mahzan ngan Lisa. Derang berlakon OK cuma watak tak sesuai aku rasa utk mereka. Maka jadi lah watak Datuk Sofiah yg sepatutnya Tegas & orang kaya tapi jadi macam Datuk yang emosi + menggedik sket. yang Lisa plak, asal marah jek hidung kembang kempis..aiyooooo cameraman, tu part yg korang fokuskanplak.

5) Part paling best, sbb abg Aaron ada dan Maya nya lakonan pon OK.

6) Editing dia pon macam kurang, sbb apa yg patut di crop still ada dalam tayangan. mcm tah apa2 jadinya. aiyoooo....part kat pantai tu apsal ade sorang mamat tersesat...dan mcm asal boleh jek..and masa nk ending, time Izzah ngan Mila dok kat sawah tu, apsal lah nampak ape ke benda alah yg digunakan mcm mcm mic kecik tu dia pakai kat pinggang belakang..hahaha kantoi....

7) dah letih lah....aku bg 3/5 dapat 3 bintang sbb abg Aaron..huwahuwahwauhuwa

Ombak RIndu



Berjaya jugak aku beli online tiket ni. hampir-hampir berputus asa lah jugak kan. But, orang yang sabar pasti berjaya. cewahhhhh... maka, esok dating ngan Dewi. Aku siap baca balik novel ni last weekend utk amik mood nak tgk wayang. takut terlupa cerita, maka xdapat lah nk compare between movie & novel. Gigih kan aku? Biasalah, pakar pengkritik drama serahkan pada aku..hahaha terlebih doss tengok drama melayu lah kan...

tapi berbaloi lah juga, sambil cuba sampai jaya dapatkan tiket, 2trip baju aku selamat di basuh. hehehe apsal lah masalah aku ngan baju-baju ni tiada kesudahan? huh~

Ada orang review kata best kan. So, baik pergi tengok sendiri & rasakan sendiri. Dewi dah pesan bawak tisu..har har har har har har

Nota Kaki: sebenarnya, aku tak sabar nk tengok abg tuff a.k.a Aaron Aziz tu. dek kerana tentang Dhia sampai Khamis jek. tak dapat tgk abg Adi Putra, dpt tgk Abg Aaron pon jadilah. uweekkk

Wednesday, November 30, 2011

Kapal Selam dah Selamat Mendarat.

Di angkut menggunakan lori 480 tayar. Ni ayah aku cerita, kalau ayah aku temberang, maka temberang lah aku di sini. hehhehee actually, ayah beria ajak aku pegi tgk kapal selam ni kan yang tak lama lagi jai muzium. dan dengar citer kos utk membawa naik kapal selam ni makan 12 juta. wallahualam lah kan.





kapal selam ni dah terdampar kat pantai klebang. sape-sape teringin nak pegi tgk, sila lah sebab sementara FREE lagi. tahun depan dah kena charge. tapi jalan nk masuk dia..hazabulghunnah lah kan....almaklumlah belum kena charge.





kesian kat laling aku. well, apak aku tu if aku balik kg, fav dia mmg lenjan kete aku jek kan kejenya. dia kata senang sbb kecik. takpelah nanti aku tukau kete besau, nak tgk apa alasan dia plak..hahhahaa....oppss tp xsebesau kapal selam ni lah kan.





oklah, jgn lupa masukkan dalam agenda melawat kapal selam yg berharga berjuta-juta ria ni.

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah

Dah boleh cek buku 5 yang tulis note azam tahun lepas. apa yang berjaya apa yang perlu dibaiki dan apa yang perlu ditambah tolak darab bahagi. :)

ok, sempena azam baru, maka aku pon buatlah something untuk dijadikan sesi warm up tahun 1433H ni. maka terhasilah Kek Tiramisu di bawah..





oklah, bukan nak puji, tapi memang jadi. senang rupanya kan. antara kek orang malas tapi mahal! di sebabkan ni percubaan pertama, maka rupanya agak sememeh sikit, almaklumlah nak cepat.

apa aku buat kat kampung ek sepanjang cuti 3 harini. ahad pagi ke sagil, bawak makcik & busu aku dengan askar-askar mereka berendam sampai mengigil. then, petangnya ikut ayah aku tgk kapal selam. owh ni aku citer entry lain. hehehe dan selebihnya lepak kat rumah aja. eh lupa frust tengok bola hari tu. tapi takpelah, takde rezeki nak menang. apa nak di kata. cayalah Nazmi. hehehe dan terlupa plak ..ehh lupa dah nak citer ape...nanti ingat baru boleh cerita k~

Good Bye 2018

**pic from google