Wednesday, October 1, 2014

Terengganu - Kelantan - Aku datang!

Kisah cuti Hari Malaysia, aku dan geng opis ke Terengganu dan Kelantan. Tujuan Utama is kenduri kahwin. Tujuan lain-lain adalah
membuat semak di kawasan-kawasan berkenaan. eh tujuan nak jalan-jalan sambil meronda melawat kawan-kawan.
 
 Bertolak pukul 9 lebih malam dari pejabat kami. konvoi ni 2buah kereta sahaja melibatkan ahli seramai 6orang sahaja. memang selesa...3 orang sekereta...
 
sampai dungun dalam 3am, disebabkan beberapa perhentian dek kerana orang mabuk bau kereta baru..wakakaka..macam-macam
 
dekat dungun kami stay rumah PC dungun. hehehe tuan rumah takde, tapi kami selamba aja menumpang...tq so much PC.
eh muka aku macam terkejut lah pulak..
 
ok yang ini baru ok, ini kat rumah PC dungun, well untung opis yang ada branch bersepah-sepah ni, ke mana-mana pon dok menumpang rumah kakitangan sahaja. dan masa menumpang rumah PC dungun ni, PC ni bukan ada pon, dia pulang ke kampong, makanya kami dah macam penyamun mencari kunci dicelah,celah tiang...wakakaka dan dengan selambanya membuat rumah ini seperti kami yang punya.
 
Tujuan yang sebenar adalah untuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin kawan baik kami di opis iaitu puan suziani, tahniah, kahwin dengan jejaka pujaan jugak akhirnya. 
muka gembira tak boleh blah sebab dah jadi isteri orang, ni kira orang yang pecah telur utk geng bujang kat opis aku..wakakakaa siapa next tu wallahualam.
 
majlis dekat paka, maka kena patah balik ke paka dari dungun. sampai je terus snap-snap gambar sebab takut tak sempat kalau majlis dah makin meriah nanti. 
 
well, ketibaan ahli Kelantan yang macam jauh sangat.
 
dan inilah pengantin 2 sejoli. kesian, kena PJJ jauh tu KL-Sarawak, korang mampu? kesian kesian kesian. bertabahlah paun sue ya..hari2 kena sakat dengan kitaorang dan hari2 kitaorang jugak lah yang menemankan awak. 
half dari opismate yang hadir..ehh silap, 1/3 je kot...yang lain2 next batch bergambar...xmuat frame dah ni.. 
 
selepas dari kenduri kahwin, kami meneruskan perjalanan ke kuala Terengganu, tapi singgah sebentar kat marang rumah aisyah. masa nak raya aisyah kena transfer ke wilayah Terengganu, kelik kampong deme...seronok lah kan...
dan ini wefie masa kat rumah aisyah..asyik aku je tukang pegang monopod tu..tak aci sungguh!
 
dan sambungan selepas ini 

Thursday, September 4, 2014

Random

view dari riyyaz kuala Terengganu. rindu nak lepak sini dengan lubna..insyallah lagi 2weeks ke sana lagi...haruslah singgah kalau ada kesempatan.

inilah makanan santai lepak sambil tengok kapal-kapal dekat pulau duyung

rindu kat kuih akok nih..sigh....nak yg garing2 pahit2 kat bahagian bawah dia ye...

ni masa ke kuantan melawat opismate yang masih koma hingga kini..
semoga cepat sembuh fatin najihah,.

ni sampingan sebab melawat kawasan orang..
tanjung lumpur dalam kenangan

ketam telur masin...perghhhhhhh
sehingga kini masih terasa kesedapannya..
ok kena muhasabah..nak diet...
kamon kak nisa.. ketam je pong!

kalau ketam boleh pejam..
sotong lagilah...babai

yang ini..mak aihhhhh
ok ok..makan sikit-sikit takpe...
kena makan jugakkan

ok boipren baru saya..mungkin dah berusia 38hari..caiyok mummy mirae, lagi 6hari je nak merdeka..
inilah Luqman, boipren saya sekarang.

ini pulak, naily anak di emy..
yeah emy, sampai sekarang aku tak boleh nak proses storan-storan dalam memori aku ni, yang engkau dah ada anak dara..
entah mungkin dah terbiasa membayangkan keselambaan ko yang macam budak tadika kini menjadi emak orang..
ishh memang tak bolehpikir even 200kali.

view dari tempat parking kereta...
subhanallah

dah kata terlajak laris..tak sedap, memang kena kutuk

ok pizza tersedap dalam dunia kata Danish anak mona..
cehh pandai bodek auntie kan Danish..next time auntie buat lasagne pulak keh..

yang ini kudapan tunjuk-tunjuk saja.

eh nak ajak ayong merempit ke?
kamon....ayong tak naik motor hokeh:P

food taster ayong

simple je..apa ko masak, ko bagi je budak masham ni makan. if dia suka..maka memamg sedap sambil dia akan puji melangit...

sedapnya nenek acak... huhuhi pelat yang entah sampai bila nak berakhir...tapi xpe..stay pelat je..nampak comel je aku rasa..ada bahan nak gelak kan.hik hil hik

dan cheesekut ke cream puff ke popia goreng ke...churros cicah salted caramel ke...semua dah jadi favourite dia..siapa lagi kalau bukan ayong dia yang rajin nak buatkan.so sekarang jadi rajin sebab dia suka nak makan. ok bai..rasa nak lenyek2 je budak masam ni.

Thursday, August 28, 2014

Raya @ Office

no booth kami tahun ni.
takde rezeki nak menang apa2 hadiah..
tapi laksa dan meehon sup terlajak laris seperti biasa. kol 2.30pm dah licin.
walaupun booth mengadap matahari.kami tetap maintain comel & cun

ni pura-pura aje lebih.,.. buklan tolong ceduk kuah pon

wanita2 control cunsss hehehee

bajet comel sangat lah tu kan

ok orang semua akan tertipu yang kak ton lah masak semuanya. kan kak ton kan..

macam dah kenapa aku Nampak kecik sangat kat hujung tu?
muskil sekali lagi

wahh rajin nya./. rajin membungkus kuah yang masih berbaki..tapi laksa dah xdek..huhuhu

and model wajib utk booth setiap tahun..

geng dungun beraya

tahun ni tetiap weekend aku beraya dengan geng dungun. well nurul kursus kat bangi..maka agak lengkaplah even tanpa lubna..well seperti biasa anggap je dia wujud sekali..hehhhe


Caption terbaik: "perubahan size selari dengan perubahan usia"
 
muka yang dah 3kali solat ( dari zohor hingga ke maghrib) hehehee
lama kan bertapa kat rumah farah ni...berbaloi sebab jauh...di pajam..
mmg wajib lepak lama dan makan berkali-kali.
 
dan abis semua kisah zaman tok kadok semua dikorek dan diungkit..muahahahaaha
 
ok ni rumah orang kaya-kaya...
gila cantik tempat melepak kat atas bumbung building parking...
aku suka bunga kat belakang (tetibe...)
ok mona, nanti aku dengan nurul nak datang melepak sebab nak swimming kat private pool ya,.hahahaha dan nak melepak dekat gym..kata nak kurus kekdahnya
 
and thanx kepada korang yang sampai juga dirumah saya..terharu

32 tahun

grrrr banyak nya angka tu kan..well it's just a number.
last week pegi umah makcik aku..adik pakcik aku ada sekali.boleh pulak dia tanya aku dah abis belajar? erk muka aku ni muka ulat buku ke? walhal nak sedekad aku abis study kan..layan kan...
birthday tahun ni hari ahad..so jimat cuti aku sehari tahun ni.
and thanx to khatul for the best pizza. even anaknya demam panas..dia tetap gigih buat pizza utk aku.
me and budak demam panas. 

Friday, August 15, 2014

Meriahnya Raya 2014

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
 
walaupun harini dah masuk raya yang ke-19, baru ada kesempatan membelek gambar dan blog. raya macam biasa je, petang raya kompem tersadai membuta sebab kepenatan even raya pertama memang aku tak kemana-mana pon siangnya sebab menunggu trip-trip yang tak putus-putus "assalamualaikum" well, apak den anak sulung dan rumah den rumah kampong pusaka..maka mmg loaksi yang startegik diserang pada raya pertama..ehh...
 

raya tahun ni, gambar tak lengkap sebab alang yap takde, apajadah tak keje dia, raya pertama kene keje...bulan puasa baik ko terbongkang tidur je kan.. dan tahun turn budak masam raya di Alai, so meriah lah sket, melayan kerena budak masam, yang asiklah bosan katanya..banyaklah ko punya bosan. kecik-kecik dah pandai nak rasa bosan..lempang sedas kang..baru tau!

dan inilah trip pertama, adik-adik ayah aku. kepada busu dan maklang aku, semoga tabah dengan dugaan masing-masing kerana masing-masing beraya tanpa pasangan. busu aku kira 1st time kena handle 4orang anak sendiri.

dan lain-lain ofkos lah tak sempat snap sebab ahkak kan kene pegang ais, minyak-minyak kat dapur...jangan harap lah nak relax2 pegang camera...rentikanlah mimpi di siang hari. ok semoga umur kita panjang, bertemu lagi di ramadhan akan datang.

and membe kamceng. busu marzuki dan danial
ingat ye danial..ni apak sedara bukan kawan sepak terajang.

and last but not least...
tadaaaa " nenel & ayong"
sedap-sedap maklong.. budak pelat ni sebut ayong...
ayong pon ayong lah..janji rock :D

Good Bye 2018

**pic from google