Sunday, January 9, 2011

Cerita macam-macam

Semalam dapat call, mengatakan makcik aku terseliuh lalu tulang buku lali dia retak. dan kena simen lah kakinya semalam. dan rentetan kisah itu, makanya, makcik aku sekeluarga tak jadi pulang ke kampung melaka sempena meraikan sepupu [anak buah makcik aku ler] kahwin pada hari ahadnya. cerita ini menjadi kena mengena pada aku secara langsung apabila ia melibatkan mak sedara aku dan menjadi lebih kacau sebab plan asal, aku akan balik melaka mengikut ayah aku yang datang ke shah alam pada siang tadi, bermaksud hari sabtulah kan kerana adanya kenduri kahwin sedara mara di shah alam. Aku malas jek nak pergi ke majlis di shah alam pada asalnya. dan berbalik pada cerita aku akan ikut ayah aku pulang ke melaka bermaksud aku tidak akan memandu laling aku pulanglah kan? dan aku akan balik semula ke KL dengan menumpang makcik aku. dek kerana cerita makcik aku di simen dan dia tak dapat pulang ke kampung, makanya, aku terpaksalah ubah kepada plan B di mana balik dengan kerta ajela kan. Dan pabila aku bersiap2 utk pulang ke melaka dan sebelum itu nak singgah ke Bantar Tasik Selatan utk memulangkan Speedlite si Akram [suami Murni] setelah merasa serba salah kerana seperti aku sengaja membuat pekasam jek speedlite di dalam beg camera tu kan. hehehee tengah bersiap ayah aku call mengatakan aku kena ikut dia balik jugak. dan dia dah nak sampai KL...padahal masa tu baru sampai seremban. tak pasal-pasal aku kena tukar baju yg lebih sesuai utk ke kenduri kahwin kan. dan tak pasal-pasal kenalah tayang muka kat kenduri kahwin tu..sigh* makanya aku kenalah ikut plan C, iaitu ikut ayah aku balik & balik ke KL menumpang mak/pak sedara aku yang lain. bila aku sampai rumah murni ayah aku kata dia dah sampai serdang, kelam kalibut aku nak patah balik ke rumah kan. orang tua bukanya boleh tunggu lame sikit. ngeh22.

dan lepas kenduri kahwin singgah lah ke rumah makcik, di situ dia ceritalah pasal kejadian & cerita pasal mak/pak sedara yang lain ramai yg xdapat balik jugak sebab masing2 adahal lain. huwaaaaaaaaaaaaaa sebab terpaksalah guna Plan D pula, iaitu balik KL naik bas. dah lama sangat tak naik bas ni...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi. takpelah, naik bas pon naik bas lah yek.

No comments:

Good Bye 2018

**pic from google