Wednesday, February 9, 2011

Manusia

Manusia ni memang pelik [termasuk diri sendiri lah kan].
Rajin tak bertempat.
Malas lagi lah tak kena tempat dan waktunya.

aku suka jek orang yang rajin kan. sebab memudahkan kerja. tapi jadi menyampah bila rajin tak bertempat. contohnya mudah jek, cawan kau baru guna dan masih nak guna tu lah yg dia angkat dan basuh. lagi satu, time modem tengah ON tu lah dia rajin nak tutup suis semua kan, pdhal dia nampak ni kau tengah surfing ni. time orang nak pergi kerja pagi tu lah kau nak basuh toilet, petang balik kerja tak boleh buat kot. time kawan ko tengah syiok tengok drama yang dari awal, tetibe kau interupt sebab nak tengok info&nak jenguk score golf tu berapa, tak apsal2 terlepas part yg wajib tgk. padahal abis drama tu pon blh cek kot. takpon cek jek online sebab notebook depan mata tgh chatting tu. baju yang lembap tu lah ko nak angkat kan. dan byk lagi.

bila malas tak bertempat ni pula memang tak masuk dek akal, bila cawan kat sinki tu dah 4hari kot xberbasuh, xdek sape pulak yang rajin nk basuhkan padahal depa lupa yg cawan tu depa yg pakai. peratikan jek perangai. time semua orang dah tidor yg terang2 tiada siapa lagi yg sedar, tak pulak dia rajin nk tutup suis semua kan. maka membazir lah letrik sampai pagi. time cuti, time malam takde pulak orang nk cuci tandas, tandas tu pon boring sebab takde orang nak masuk tym tu. time tv tu tak di ON, takde plak orang nak cek score kat info tu kan. muskil lah. baju yang dah 4hari kering panas, basah dekkena tempias hujan, takde siapa pulak yang murah hati nak tolong angkat.

lama-lama berbulu plak bijik mata aku ni melihatkan kerenah2 macam ni kan. nak tegor dah besau-besau belaka kot. tapi takpe, peratikan dan terus melihat apa lagi kepelikan yg akan berlaku..muahahahaa

memang jarang aku nak meroyan pasal ni, tapi hari ni aku bengkek....Mana remote control ASTRO ni pahh oiii.

Nota kaki: aku tengah musykil, remote control ASTRO takde ni. sape lah yg sembunyikan ni????

5 comments:

semut-terbersin said...

harap2 kejadin yg berlaku bukan lah masa aku sehausmet ngan ko dulu kan..
[sbb takut aku kah antara yg tergolong dalam 2 kes tersebut]..lupa lah!

Yun said...

hahaha dulu ok jek...

ni kejadian semasa lah....

antara nk bertahan ngan tak jek ni

Unknown said...

hmm susah2 ko cr umah lain dr terus rasa berbulu mata ko tu dear

amoi said...

begitulah adat duduk rumah sewa. aku pun mengalami masalah yg sama. tingkap dapur rajin giler cuci sampai aku ingat tingkap dah ilang la. tapi lepas jemur baju, baldi tu tak reti plak nak letak tempat asal. padahal tggu nak bukak pintu yard n letak je. tapi dia bantai letak dpn pintu yard. sakit ati tak?

Yun said...

aku paham adat menyewa ni. tapi kalau ko ddk ala2 ddk hotel, ko hengat semua benda org lain tlg buatkan ke? kalau nak..bayar lah wehhhhh aku blh jek tlg angkatkan baldi tu kan...blh jek cuci toilet...dll

aku xdpt bayangkan rumah mereka nnt bila dah hidup sndr...

Good Bye 2018

**pic from google