Saturday, January 15, 2011

Semenjak Dua menjak



Asik lah terdengar lagu ni kat Hot FM, yupp semenjak dua menjak ni si syafwan sebelah aku tu dok bukak hot FM 8-5pm ye....tu yg aku leh kaji berapa kali sehari lagu ni keluarkan. aku jadi ingat lagu ni sebab masa berkaraoke bulan lepas aku dok belasah menjerit lagu ni....hehehhee tp well, jgn kutuk ya sebab aku sedar diri sebab memang sumbang bunyinya..tone bersepah, nafas mencungap, intonasi mendatar dan segalanya lah yang cacat, tapi best bila nyanyi lagu yg kena jerit ni..hehehehee

tapi layan...sambil melayan mata utk ditutup sementara menanti esok siang..

Sahabat

Hidup ini tak akan indah
Jika tak ada tangis dan tawa
Semua harus berjalan dengan lapang dada
Mungkin tak selalu bersama
Dalam suka ataupun derita
Jika satu bersedih semua pun bersedih

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Tuhan jangan pisahkan kita
Tak terbayang ku tanpa mereka
Entah pada siapa hati bercerita

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan
Ku punya kalian, menemaniku

lagu dari Mahkota band

Selamat malam semua

Thursday, January 13, 2011

Payah

Fouuhhh lega.Rasa dah berair-air mata aku ni nak menyiapkan kerja-kerja menyusun ikut department/unit semua kakitangan Kampeni B****s seluruh malaysia. Dahlah masalah, nama dalam sistem HR lain, dalam Sistem Ax lain plak. tak pasak-pasal kena cek by user id dalam domain plak. tak ke kerja yg remeh. nak susun ikut department & sort by name&group lagi plak tu, lenguh dah jari-jari aku nak menaip, menekan CTRL C, CTRL V segala. bukan sorang dua ye staff nya. hampir 2000 dan campur anak syarikat lagi..lebih lah plak 2000 kan..hehehehee

dan sorang staff pula average mempunya 10group access. perghhh tak ke jibul mate I melihat & menyusun nya kembali. sungguhlah, dah lama kan tak buat kerja-kerja begini. memang meletihkan. ingatkan melihat data-data dari claim yang bermasalah dari mac-mei 2010 adalah yang terakhir..rupa-rupanya, ada lagi...dan akan ada lagi. bayangkan 3tahun punya system pernah buat kemaskini data user. bayangkan lah dalam 3tahun belih tu berapa oranglah yang dah pencen, berenti, MIA dan sebagainya.. bayangkan lah.... dan bayangkan lagi bilamana seorang ALI BIN SAMAD boleh mewakili 3orang..sebabnya nama mereka sama, tak ke payah nak kena cek login id mereka apa pula kan..bukan ramai ya yang nama, ejaan, dan bin & binti yang sama...huh..rasa2 macam mana lah kalau kerja kat bank, jabatan pendaftaran ke...memang lah akan ada kesilapan kan...

dan tetiba teringat kisah cek & dimasukkan pd account yang salah tapi nama yang sama..hehehe

hope tiada kesilapan lah, aku dah nak submit to HOD yang kenaan utk mereka pula yang kompem current job staffnya.

Nak balik, sambung esok aja...

Nota kaki: tetibe rasa kerja buat programming pon tak selenguh ni kot. :P

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Esok adalah hari Isnin. dan esok adalah hari bekerja...

Sebenarnya,

Tahniah Anarafali.

dan mari kita nyanyi sama-sama..
**************************v****
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Nota kaki: Ya, tolong ingatkan aku, esok kerja...kerja..kerja!

Sunday, January 9, 2011

Turn dia pulak

Merah ade "Ong" katanya. tapi memang ramai wat tema merah kebelakangan ni kan? Tidak ketinggalan sepupu aku ni. walaupun dia muda dua tahun dari aku. tapi jodoh dia dah sampai. kalau si shahrul tu sepupu sebelah mak aku, ni sebelah bapak aku pula. berpusu-pusu plak kazen-kazen aku ni nak menamatkan zaman bujang.
Satu keluarga yang merahnya makngah..ahaks...tapi dalam family aku, bapak dia jatuh anak ke-3, maka aku gelarkan dia Pokde. muahahahaa dan dia anak yg sulung dalam adik beradik..kira pembuka majlis lah ni. tak lama lagi adik dia duduk paling kiri pula punya turn sebabnya, dia dah pun bertunang masa lepas majlis nikah abg dia jumaat lepas. tak lame lagi lah tu gamaknya.


oklah, zawawi & isteri, selamat menepuh alam rumahtangga dan semoga berkekalan di dunia & akhirat ikatan kalian.. all the best..& jangan lupa mai umah paklong & maklong bawak ahli keluarga baru tu.. kasik kenal2 sikit ngan orang kampung alai yek.

makcik ni paksa...segan-segan pengantin dibuatnya.tapi mak sedara punya pasal, layan kan jek.

Dan sepanjang majlis aku terpaksa jadi seorang yang cool untuk menepis soalan-soalan yang rasa bukan cepumas dah. tapi lebih kepada tak heran dah..ahahahaaha sana kata ni dapat anak lah itu lah ini lah..well, i tak kesah sangat kot, desperate sangat nanti, i duduk lah bertapa seminggu dua kat KL sentral, untung nasib ade orang tinggalkan anak dia kat I kan.. ahaks...pusat anak yatim pun melambak kot sekarang ni. tapi apa-apa pun..doa sedara mara lah diperlukan, bukan asik nak mengkondem aku ja kan....semangat tu bagilah sikit!

Nota kaki: kepada kazen aku Ita, aku rasa kita kena pergi mandi bunga kot..muahahahahaa

Pesanan..

[Aku baru jek snap kotak kasut tu..muahahaa]
takde kerja lah ka, sambil layan AJL yg dah separuh jalan.

Cerita macam-macam

Semalam dapat call, mengatakan makcik aku terseliuh lalu tulang buku lali dia retak. dan kena simen lah kakinya semalam. dan rentetan kisah itu, makanya, makcik aku sekeluarga tak jadi pulang ke kampung melaka sempena meraikan sepupu [anak buah makcik aku ler] kahwin pada hari ahadnya. cerita ini menjadi kena mengena pada aku secara langsung apabila ia melibatkan mak sedara aku dan menjadi lebih kacau sebab plan asal, aku akan balik melaka mengikut ayah aku yang datang ke shah alam pada siang tadi, bermaksud hari sabtulah kan kerana adanya kenduri kahwin sedara mara di shah alam. Aku malas jek nak pergi ke majlis di shah alam pada asalnya. dan berbalik pada cerita aku akan ikut ayah aku pulang ke melaka bermaksud aku tidak akan memandu laling aku pulanglah kan? dan aku akan balik semula ke KL dengan menumpang makcik aku. dek kerana cerita makcik aku di simen dan dia tak dapat pulang ke kampung, makanya, aku terpaksalah ubah kepada plan B di mana balik dengan kerta ajela kan. Dan pabila aku bersiap2 utk pulang ke melaka dan sebelum itu nak singgah ke Bantar Tasik Selatan utk memulangkan Speedlite si Akram [suami Murni] setelah merasa serba salah kerana seperti aku sengaja membuat pekasam jek speedlite di dalam beg camera tu kan. hehehee tengah bersiap ayah aku call mengatakan aku kena ikut dia balik jugak. dan dia dah nak sampai KL...padahal masa tu baru sampai seremban. tak pasal-pasal aku kena tukar baju yg lebih sesuai utk ke kenduri kahwin kan. dan tak pasal-pasal kenalah tayang muka kat kenduri kahwin tu..sigh* makanya aku kenalah ikut plan C, iaitu ikut ayah aku balik & balik ke KL menumpang mak/pak sedara aku yang lain. bila aku sampai rumah murni ayah aku kata dia dah sampai serdang, kelam kalibut aku nak patah balik ke rumah kan. orang tua bukanya boleh tunggu lame sikit. ngeh22.

dan lepas kenduri kahwin singgah lah ke rumah makcik, di situ dia ceritalah pasal kejadian & cerita pasal mak/pak sedara yang lain ramai yg xdapat balik jugak sebab masing2 adahal lain. huwaaaaaaaaaaaaaa sebab terpaksalah guna Plan D pula, iaitu balik KL naik bas. dah lama sangat tak naik bas ni...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi. takpelah, naik bas pon naik bas lah yek.

Good Bye 2018

**pic from google