Thursday, March 31, 2011

Lama Rasanya

dah lama rasanya, tak merapu meraban kat belog, even ada lah jugak update entry nya kan. citer bandung yg dah kepam tu pon xsiap2 dikarang, lepas tu macam2 masalah melanda, well hidup ni kan xlari dari masalah. lagi plak, ditambah plak dilema baru. ish ish..kesian betul lah asik lah dilema melanda. baru aritu hip hip horay, sekali tadi dapat berita kene masuk projek. lagi xbest bila mengenangkan lokasi projek tu. sob sob...semoga boss bisa membuat keputusan seperti yg aku inginkan. dan dan tengah syiok update belog.datang plak orang mengaco nk tanya pasal update issues. perghhh 6.40pm kot skrg ni...tym aku nk leisure2 di opis....plesssss, aku nk kurangkan semak di otak ni, boleh tak? dah lah esok meeting non-stop. yg last start 4.30pm, ntah kol berapa lah abiskan kan. masak masak...terus xleh nk sambung update belog, sbb abis jek diskus ngan mamat tu dah kol 7pm. ye ni waktu biasa jek skrg ni aku kuar dr opis. pekerja yg dedikasikan? hehehe skrg kat umah sepul, boleh sambung menceceh balik. aku plak tengah mengkaji pasal investment. adalah beberapa produk investment yg aku tgh kaji, kaji punya kaji, memang tak mampu lah nak tambah investment kan. makanya, gaji skrg ni memang ckp2 makan, try lah jgk kurangkan sana sini, memang xleh lah. mau lagi 15hari nk gaji, aku dah sawan menggulupur sbb poket dah kering kontang. Cukuplah apa yang ada skrg ni kot. cuma mintak2 aku xkuarkan saving aku even terdesak, sebabnya, kalo kuarkan maksudnya rumah hak milik sndr, memang lambat lagilah nak berada dlm genggaman. huahuahua dan ahad lepas, lepak dengan Yam & anak-anaknya. Naufal dah reti berjalan. tahniah Naufal, caiyok2, kasik lari cepat, xsabar nak kejar dia lari..amik kau...nnt komplen lembik di buli naufalkan. yang comel nya bila bihah dok sebelah aku tym aku drive, dia nyanyi lagu "Are you Sleeping" nak perli aku xbukak radio lah kot..hahhaha pape pon sangat comel. tapi jadi xcomel bila pegi taman tak nak bali, pahtu tunjuk protes. tapi jadi comel bila dia kata, "Tak nak kawan Ibu" muahahahhaaa eh eh..mama yun lupe besdae present tok naufal lah....xpe tgu balik dr krabi lah yek. dan tadi plak hotFM AM krew punya topik "Lagu masa sekolah" serius lah, lagu sawah padi lah, papa ku pulang dari kota, anak itik lah, anak ayam lah, etc. serius apa yg depa dok menceceh macam betul, salah satunya, cikgu muzik kat sekolah rendah dulu kompem comel & seksi...betul..even aku sekolah kat ceruk kampung pon, cikgu muzik agak daring..yolah pakai skirt pendek jek kan..heheheheh tym topik ni aku teringat kat bihah, sebab banyak lagu tu dia dah reti nyanyikan. cuma aku lom berkesempatan nk rekod, sbb kalo dia perasan kompem dia xnak nyanyi dah.... Nota kaki: mood melayan lagu "out of reach" . lepas kira, berapa banyak perkataan DAN yang aku guna. tah apa lah best sangat ngan perkataan DAN tu.

Monday, March 28, 2011

Anggerik pilihanku

Ada orang asik tanya, berapa helai koleksi Tudung Anggerik ni ada dalam koleksi aku. ish ayat sedikit berpintal. hahhahaa Owh well, tudung ni menjadi pilihan orang macam aku sebab mudah dan tahan lasak. Mudah sebab, xperlu di gosok. aku dan iron memang lah tak selari. ahaks. tahan lasak pula sebab aku ni selalu ke sana ke mari. eh silap, aku ni jenis xberapa rajin nak melipat baju. owh....pengakuan ikhlas, bayangkan kalo nk kene sumbat dalam bakul utk beberapa minggu, rasa-rasanya, tudung yg ada awning tu kompem kemek kan? kalau tudung bawal tu kompem komot berjuta kan. tudung ni telah memudahkan aktiviti harian aku sebanyak 88%. di mana jimat lah 10minit utk aku iron tudung. dan jimat masa aku nk tunggu tudung yg aku nak pakai kering. hahahaha senang ye uols, angin kat kipas jek..kejap jek dah kering. yang ada dalam drawer comel aku, maknanya yang aku dah beli lah kan. ahaks. cucube bilang, ada berapa. dan adalah 2lai lagi kot kat ampaian tym aku snap gambar ni. hehehhee yang awning tu aku suka, tapi masalah nak menjaga awning tu dari tidak tercacat dek terkepit or terkemek adalah sangat payah kan. dan lagi satu, tudung anggerik ni sangat senang di bawa ketika ketika bercuti, xkan mengalami masalah tudung komot jek...kan...hehehehehe

Wednesday, March 23, 2011

Sabun & Pelembut Pakaian

Siapa berminat untuk mencuba Sabun & pelembut pakaian berasaskan tumbuh-tumbuhan yang di kenali sebagai Sabun & pelembut pakaian BIO, sila lah klik di sini ya.

12 Mac 2011

Dapat SMS masa aku nk terbang ke Bandung, xsempat nk reply apakan, sebab dah nak naik flight. tp aku tau aku blh join small gath ni.

kebetulan cuti sekolah baru bermula & jue balik ke malaysia, makanya wajib lah adakan perjumpaan kecil2an kan. makanya, dek kerana masing2 ada anak yg uncontrollable, makanya memang tak sesuai nak jumpa dekat luar kan.kompem tak tenteram nanti. makanya, umah baru ila menjadi pilihan. memang cantik rumah ila, lagi cantik sebab rumah sendiri. jeles ok orang dah ada rumah sendiri. takpe bersabar ye dan kena berjimat cermat sket lah kan.hahahahaa

dan perjumpaan sabtu malam ahad tu, yang hadir hanya Nik, Jue, Zam , Aku dan ejot..oppss tuan rumah Ila sekali lah kan. hehehee... dah lama sangat tak jumpa ejot, makanya dia dah kembali bekerja di semenanjung, baik amik kesempatan berjumpa-jumpaan kan.

semua orang jeles sbb aku ada gear utk umpan bebudak tu kan..hahaha semua dok dia bila aku nak amik gambar, terus lupa permainan lari sana sini mereka kan.

jue, ejot, zam & nik
zara makin kurus dahhh


tapi lagi kelakar bila aariz bercommunicate ngan zara & muiz...
terang2 kita xpaham bahasa mereka, tapi sangat sweet bila mereka paham bahasa yg digunakan. sangat comel.

dan yg xdpt join seperti zehan [kena balik kg, ada hal penting], ida [dalam pantang], cik reen [ teman suami outstation], kecik [tak dpt status], dan yang lain..siapa lagi ek..lupa sudah...
semoga jumpa lagi nanti.

Nota kaki: siapa sangka, dulu kami tak kenal pon antara satu sama lain, tapi kerana 10L lah merapatkan ukhwah antara kami semua. banyak kenangan kt 10L tu kan? hehehe


Rasa nak menangis

bila mengetahui heels pujaan aku tu ada kat butik LV. memang wajib menangis lah kan, sebab tak mampu kan. damn you, kenapa lah ko ni brand LV kan. kenapalah kau dilahirkan dalam keluarga LV kan...


kenapa?
kenapa?
dan kenapa?

padan lah aku mencari tak jumpa2 kan. yolah aku takat masuk butik nine west, elle, carlorino, aldo,..etc...non ado jumpe kan. tapi tak tergamak nak masuk ke LV kan, sebab aku sedar diri, mana layak kan. masuk couch nak skodeng aritu pon segan2.

first tym tgk kasut ni kat Jusco mid valley, tapi aku tgk kat kaki org lah..ade sorang cik kak depan aku masa nk bayar kat cashier, dia pakai kasut ni lah..kaler ni lah. nak tanya segan, nak snap gambar lg segan, maka snap masuk dlm otak jek lah....

semalam ronda2 klcc ngan sharna, konon2 nya nak carik butik elle, berpusing lah carik kan..nak turun escalator, terpandang butik LV, jengah kat cermin luar lah kan, display heels ni...meraung aku tgk...heels ni dalam keluarga LV ruper2nye...sedih dik non..sedih amat.....bila mengenangkan brand nya. toksah lah membayangkan harganya ya. memang dapat memiliki dalam mimpi aja. takpelah bulan depan kita pegi butik clarks jeklah...buat pengubat duka.:P

ni lah rupanya pujaan hati aku.



dah, jangan masuk dalam mimpi, kecuali ada orang nak present sepasang. kompem tido malam pon aku peluk.......peluk kasut lah kan...dan lupa terus kat bantal busuk nanti :P hehehe

Nota kaki: terus feeling layan lagu Cinta dua darjat & takdir penentu segala....hehehe

Tuesday, March 22, 2011

Pertama kalinya

Aku tak dapat join aktiviti meronggeng GGO ahd yang lepas dan keciwa sbb tak dpt jalan2 kat sunway pyramid sambil cuci mata. dan lagi keciwa sbb HSM yg belanja aritu..hahahaa xdpt merasa bonus HSM kan. xpe. non ado rezeki.

aku terpaksa menjadi escort girl petunjuk jalan tanpa gaji kepada makayah aku. ekceli makayah aku datang ke KL since sabtu petang sebab makcik aku kat klang buat kenduri sikit. dan terang2 semua orang ada hal kat alai & kampung masing & rumah masing2 maka aku yg masih single ni lah yg di utuskan utk membantu makcik aku apa yg ptt since pakcik aku dah tak boleh amik cuti kerana cuti dah di abiskan masa teman makcik masa kaki makcik aku patah awal tahun hari tu. romantik kan..even dah berusia...sangat lah kagum dengan mereka ni. dan kebetulan ada sedara mara yg kawen di alai, makayah aku sampai lambat lah kan. dan seterusnya, ayah aku kata nak ke low yatt, well ayah aku memang suka ke sana. kali ini tak lain tak bukan utk membeli 2 buah notebook utk adik2 aku...dan rabak lah jugak poket aku kan. 2buah ye...sob sob...macam mana lah kalau nak menanggung anak nak belajar nanti ek...sob sob...kenapalh ayah aku dah pencen kan? hahahaha boleh tak buat soalan ni..keji plak akukan.

HP menjadi pilihan kerana harga yg lebih murah.muahahaha xpelah korang nak belajar jek kan. dan nilah dia 2 ketul yang diperkatakan. ikutkan hati nak jek aku tukarkan dengan notebook aku yg dah berusia tu kan.tp kesian, nnt kata tak adil, semua yang belajar dapat yang baru kan. owh lupa, ni bukan utk dik yap ye..dia dah dpt, tp dia tu buat merabihkan beras jek. belajar sekerat jalan, entah sapelah yg dia ikut tah. menaikkan darah orang jek tau. oppss tetaibe teremo..abaikan.

dan kepada adik2 ku yang berdua tu, result korang menurun or aku rasa tak best..memang aku tarik balik lah nikmat ni nnt.

dan nak buat decision beli notebook ni lg payah sbb nk banding spec & harga. yg sorang tu tak kesah lah kan..belasah jek, yg lg sorang tu..aku yg peneng dok pikir, kang xleh install lah apa lah program diakan..sebab PC lama aku kat rumah tu tak boleh ye nk install menatang nenek moyang dia tu..len kali belajar jadi cikgu je sudah. dan dan terpikir. nak aje aku suruh depa ni apply PTPTN..grrrrrrrr [amacam keji tak akak mcm ni?]

Nota kaki: aku belajar pakai PTPTN tau.adik2 relax jek...kan...tulah rasa nak berdoa jadi adik lah mcm ni.

Cinderella Man

Mata aku dah jadi cik lebam di sebabkan drama korea ni. bapak la payah nk abiskan 16 episode ni. selagi tak abis..asik lah terkenang2 kan.

kepada peminat korea, sila lah layan cerita ni ya...hehehhe

Good Bye 2018

**pic from google