Sunday, April 10, 2011

Random

Owh laling ku dah berkilat. hasil kerja tangan aku. well, semalam sabtu dan aku di kampung halaman tercinta, dan apa yang di plan xjadi. makanya, semalam aktiviti hanya melepak si rumah. di kala nak keluar minum petang bersama ayahanda & bonda tercinta, busu aku datang rumah hantar anak2 dia utk kitaorg tengok2an, terus tak jadi keluar. yolah xsanggup kot nak bawak anak2 dia tu keluar. 3org yek. kang aku lah yg dapat sawan olahraga. nak berlari sana sini kejar mereka. tak sanggup ya. ahaks. makanya. lepak rumah lagi. tengah2 lepak minum petang sambil makan goreng pisang, teringat nak basuh kereta. dah bersiap2 nk hantar kereta ke car wash, tetibe terlintas idea bernas untuk basuh sndr jek kan. koman2 keluar lah peluh2 jantan kan. hehehe dan lama rasanya xbasuh laling ni menggunakan keringat sendiri.ahaks. dan mula lah operasi membasuh, sampai ayah aku tegur, tp bila dia dengar alasan aku, blh plak dia suh basuh kereta dia sekali..owhh pelisssss lah..xsanggup ok. dulu aku rajin lah basuh sndr sbb BAJET yek...aku kan kedekut, skrg ni bukan sebab duit dah terlebih, tapi sbb mmg jarang giller basuh..miahahahahaa, well KL asik hujan jek kan. ok lah, semoga laling bersinar2 utk 3minggu lagi.ahaks. ok dan pagi tadi sesudah subuh terpaksa bergegas balik KL. alah kol 6.40am jugak aku gerak dr rumah kan. hehehe sbb nya kol 9am aku ada workshop kat PJ. kejam kan buat workshop hari ahad. dan selamat sampai kol 8am kat kg.kerinchi. so far workshop tu ok lah, makanan disediakan, xdeklah nak rasa sawan kan.. dan setelah sekian lama, aku dengar kembali pasal BRS, FRS dan SRS..hahaha serius, ni lah trauma aku selama setaun setengah masa buat degree dulu. owh maksudnya, aku akan kembali trauma dengan dokumen2 ni sbb kampeni aku dah mula nak implement process ni dan aku rasa ni utk membuatkan aku trauma kembali nnt. byk ok. tapi ok lah kot, dr system koboi skrg ni. but certain part memang kotaorg dah gune pakai masa project di bernas lg kan. xdek lah terkejut sgt kan. hope dapat lah capai status cmmi tu nnt. rindu plak pd lecturer aku pUan amalina, dialah yg suka sebut pasal cmmi ni kan. dan lepas workshop tu, aku melepak dengan teman bujang aku. hehehehe this time ke Empire sbb xpenah lepak situ, walhal dah byk kali plan, tapi asik xmenjadi. dan kita org lepas kedai apetah...lepak minum teh...amik set "Hi tea for 2" dengan harga hanya rm18.80 sahaja. ni lah dia set nya. teh ni, unlimited refill. oklah kan utk org yg nak lepak berjam2 lamanya. tapi xdek lah lama mana, sbb teman bujang aku nk bawak adik dia gunting rambut.
dan set ni dipilih, gara-gara ada menda alah ni. ni lah yg nak di cuba, setelah di cuba, kompem kalo mengandung, aku takkan mengidam makanan ni..hahahaa kompiden jek kan. well mmg sangat kompiden, sbb rasanya biasa, ater dibuat pakai putih telur & gula jek kan. takdelah se special sampai nk termimpi2kan. tapi kalo yg paling atas tu...belah kanan yg kaler coklat. kek coklat tu memang sedap dowh. itu mungkin menjadi salah satu idaman..muahahahahaa lagi satu strawberi celup coklat pon ada. dah rasa tengah berdating plak..muahhahaaa


dan tetibe ketika ini, teman bujang aku buzz kat gtalk mengatakan muka dia naik bijik2. kompem lah sandwich kat bawah2 tu ada kandungan daging. hehehehee


oklah, nk tgk si Aiman, adik2 kegilaan kak jijah.

Monday, April 4, 2011

Selamat Sampai ke Pangkuan bantal busuk

Alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar. Even ada berita yang kurang enak pada mulanya berkenaan cuaca di sana. dan alhamdulillah ramalan cuaca kali ini benar belaka. selama 4 hari 3 malam di sana [1-4 April 2011], memang cuaca elok sahaja. walaupon selatan thailand masih di landa banjir. dari atas flight memang nampaklah keadaan banjir di sana.

Seperti biasa, aku di temani oleh Deuter 32L aku. erm tanpa sedar dah tujuh tahun usianya,. srrylah tuan kamu ni terlupa nk daftarkan sekolah kamu awal tahun haritu.ahaks. kepada Mem Besar [dipersetujui oleh suaminya], walaupon barang lama, tak pelru ditukar ganti sekiranya masih elok.
yeah, percutian ini memang di rancang since July 2010. lama kan beli tiket tu.hahahaha beli tiket 6org tapi yg terbang pada hari kejadia cuma 4org. makayah aku dah di ingatkan berkali2 tapi asik lupa jek nama lokasi. maybe makayah aku tak tahu nama tempat ni. hehehee tapi seperti biasa tiada bantahan dari mereka. pergilah ke mana pon, janji pandai jaga diri. thanks to them yg sgt paham & supportive. eleh cube aku asik mintak duit..kompem dia tak kan benarkan kan kan kan kan.
Me-Joe-Nik-Pop

berempat dan thanks to Poprina sebab byk membantu dlm masalah komunikasi. owh..Poprina ni boleh bertutur bahasa siam. makanya, senang lah kan bab urusan di sana. kurang lah ayam & itik bercakap..ahahahahahaa

Oklah percutian dah tamat, entry penuh kena simpan dalam Buku 555 dulu lah yek.

Apa yang aku boleh katakan. aku suka sangat Phi Phi Island. rasanya, sepatutnya bercuti ke sana jek.

dan esok kena masuk opis, kol 8.15pm tadi dah dpt SMS mengatakan esok ada consultant baru nk jumpa..muahahahaha BORING kan. SMS jek lah esok pagi kan.

Thursday, March 31, 2011

Pujuk Hati

Rentetan kisah "Menangis Teresak-esAK" aku jalan-jalan kat KLCC, alah kedai kasut kan melambak, tapi tetap nk masuk Parkson kan, dan terjumpalah dengan kasut-kasut ni....

Harga pon boleh tahan, memang tidur berendam ayaq mata ajelah. tsk tsk tsk, tisu please :P



dah lah nak tidur. malas nak layan aktiviti cuci mata ni. sebab tak dapat cuci jiwa kan.

Terbang lagi


Cerita bandung pon masih dalam buku 555 kan. esok dah nak terbang kembali. semoga perjalanan ini selamat pergi & balik. risau lah jugak sebab berita mengatakan banjir kat Krabi, tp aku dah cek forum & tripadvisor, insyallah semuanya ok. doakan cuaca akan cerah seperti harini. Even bz arini, memang aku sempatkan jugak diri skodeng kat page cuaca ya. itulah salah satu tips kalo nak travel.ahaks. Jumpa Isnin nanti ya.


aku tengah amik mood nak sumbat barang2 dalam Deuter kesayangan yg dah berusia 7tahun, ish, dah sekolah rupanya Deuter aku tu ek.ahaks.

Dah kata

Aku baru abis meeting dan ada a few email yg menanti utk di reply, dah lah kalo reply "Noted" or "Ok" jek takpelah jugak kan. ni kena jawab soalan macam nak amik SPM balik. kompem tak tenteram nak cuti esok ni. sigh* sekarang dah kol 5.52pm ye. sedih kan. dan lantak lah kan. aku dah masuk mood peneng dah ni. nak nanges jek rasa nk jawab email2 yg berderet2 plak ni. Log issue tym mcm ni lah nk masuk. org kedah/kelantan, dah tau nk cuti esok, simpan lah case tu sampai ahad kan. kalo aku call opis tu ada orang angkat takpelah jugak kan. SLA...owh SLA ku. Nota kaki: Aku peneng...lalalalaa dan esok nak cuti..yeay# [sambil lompat bintang utk tujuan exercise]

Sticky Mode :: ‘Moh Kita ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang’ Tahun 2011

Aktiviti yang aku teringin sejak 2007, insyallah kali ini akan di laksanakan. pd sesiapa yg berminat, sila lh roger saya di blur.4.2nd@gmail.com
----------------------------------------------------------------
Tarikh : 30 April, 1 Mei dan 2 Mei 2011
Hari : Sabtu, Ahad dan Isnin

The package cover: Food, accommodation (hostel with fan), tour guide activity, boat service, entry permit, and activities.

Activities : night walk, junggle trekking to Bukit Teresek and canopy walkway, rapids shooting, orang Asli Village (subject to availability cause there are nomadic tribe)

Tentatif Program
Hari Sabtu ( 30 April 2011 )
8.00 am – Berkumpul di Petronas (yang ada Burger King) sebelum Tol Gombak.
9.00 am – Bertolak ke Bandar Jerantut
12.00 pm – Tiba di bandar Jerantut. Makan tengahari di restoran/warung.
1.10 pm – Solat Zuhur + Asar ( Jamak Taqdim ) di Masjid Baru Jerantut.
2.00 pm – Bertolak dari Bandar Jerantut ke Taman Negara, Kuala Tahan.
5.00 pm - Check in at Mat Leon Village
7.30 pm – Makan Malam (termasuk pakej)
8.30 pm - Night Walk (bring touch light)

Hari Ahad ( 1 Mei 2011 )
7.30 am – Sarapan Pagi (termasuk pakej)
9.00 am - Jungle trekking to Teresek Hill and Canopy Walk.
1.00 pm – Makan Tengahari (termasuk pakej)
2.30 pm - Rapid shooting (get wet) orang Asli Village
(subject to availability cause there are nomadic tribe)
7.30 pm – Makan Malam (termasuk pakej)
9.00 pm - Free & Easy

Hari Isnin ( 2 Mei 2011 )
7.00 am – Sarapan pagi
9.00 am - Check out ( boleh beli souvenier di kedai rakit terapung ) ( Sesi bergambar ATATians )
12.00 pm – Tiba di Bandar Jerantut. Makan tengahari dan solat Jamak Taqdim (Zuhur dan Asar)
2.00 pm – Bertolak pulang ke KL. Jangka tiba pada jam 5 petang. Pulang ke rumah masing-masing.

Oleh itu, bajet keseluruhan ialah RM 240 seorang (accomodation, transport & termasuk bahan-bahan lain yang diperlukan). RM 240 ini bajet utk penginapan Hostel. Bagi yang ingin chalet, kena tambah RM 30 seorang daripada RM 240 iaitu untuk 2 malam.

Kepada sesiapa berminat, sila beri Nama Penuh dan No.IC (utk pendaftaran masuk tmn negara) serta wang pendahuluan sebanyak RM 170 seorang untuk booking/tempahan sebelum 15 April 2011( Jumaat ) untuk pengurusan disana (tempahan guide, perahu panjang, penyediaan beli bahan2 makanan dan minuman dan lain-lain keperluan oleh pihak pengurusan).

Baki lagi akan dikutip sebanyak RM 70 (bagi peserta mengambil hostel) dan RM 100 (bagi peserta mengambil chalet) pada 28 April 2011 ( Khamis ) iaitu sehari sebelum bertolak untuk pengiraan kos minyak kereta+maintance kete dan tol serta nak tahu berapa jumlah kereta diperlukan bagi ke Taman Negara ini.

Nota kaki: New post, sila scroll ke bawah ye.

Lama Rasanya

dah lama rasanya, tak merapu meraban kat belog, even ada lah jugak update entry nya kan. citer bandung yg dah kepam tu pon xsiap2 dikarang, lepas tu macam2 masalah melanda, well hidup ni kan xlari dari masalah. lagi plak, ditambah plak dilema baru. ish ish..kesian betul lah asik lah dilema melanda. baru aritu hip hip horay, sekali tadi dapat berita kene masuk projek. lagi xbest bila mengenangkan lokasi projek tu. sob sob...semoga boss bisa membuat keputusan seperti yg aku inginkan. dan dan tengah syiok update belog.datang plak orang mengaco nk tanya pasal update issues. perghhh 6.40pm kot skrg ni...tym aku nk leisure2 di opis....plesssss, aku nk kurangkan semak di otak ni, boleh tak? dah lah esok meeting non-stop. yg last start 4.30pm, ntah kol berapa lah abiskan kan. masak masak...terus xleh nk sambung update belog, sbb abis jek diskus ngan mamat tu dah kol 7pm. ye ni waktu biasa jek skrg ni aku kuar dr opis. pekerja yg dedikasikan? hehehe skrg kat umah sepul, boleh sambung menceceh balik. aku plak tengah mengkaji pasal investment. adalah beberapa produk investment yg aku tgh kaji, kaji punya kaji, memang tak mampu lah nak tambah investment kan. makanya, gaji skrg ni memang ckp2 makan, try lah jgk kurangkan sana sini, memang xleh lah. mau lagi 15hari nk gaji, aku dah sawan menggulupur sbb poket dah kering kontang. Cukuplah apa yang ada skrg ni kot. cuma mintak2 aku xkuarkan saving aku even terdesak, sebabnya, kalo kuarkan maksudnya rumah hak milik sndr, memang lambat lagilah nak berada dlm genggaman. huahuahua dan ahad lepas, lepak dengan Yam & anak-anaknya. Naufal dah reti berjalan. tahniah Naufal, caiyok2, kasik lari cepat, xsabar nak kejar dia lari..amik kau...nnt komplen lembik di buli naufalkan. yang comel nya bila bihah dok sebelah aku tym aku drive, dia nyanyi lagu "Are you Sleeping" nak perli aku xbukak radio lah kot..hahhaha pape pon sangat comel. tapi jadi xcomel bila pegi taman tak nak bali, pahtu tunjuk protes. tapi jadi comel bila dia kata, "Tak nak kawan Ibu" muahahahhaaa eh eh..mama yun lupe besdae present tok naufal lah....xpe tgu balik dr krabi lah yek. dan tadi plak hotFM AM krew punya topik "Lagu masa sekolah" serius lah, lagu sawah padi lah, papa ku pulang dari kota, anak itik lah, anak ayam lah, etc. serius apa yg depa dok menceceh macam betul, salah satunya, cikgu muzik kat sekolah rendah dulu kompem comel & seksi...betul..even aku sekolah kat ceruk kampung pon, cikgu muzik agak daring..yolah pakai skirt pendek jek kan..heheheheh tym topik ni aku teringat kat bihah, sebab banyak lagu tu dia dah reti nyanyikan. cuma aku lom berkesempatan nk rekod, sbb kalo dia perasan kompem dia xnak nyanyi dah.... Nota kaki: mood melayan lagu "out of reach" . lepas kira, berapa banyak perkataan DAN yang aku guna. tah apa lah best sangat ngan perkataan DAN tu.

Good Bye 2018

**pic from google