Wednesday, May 11, 2011

Dulu

Hari-hari telinga aku jadi pekak dengan lagu " Awan Nano" tak paham aku apa maksud lagu ni kan. memang lah boleh layan lagu ni dengan memandang awan kepul-kepul mengelilingi KLCC tu kan

tapi sejak semalam, telinga aku dah jadi pekak badak, kesian badak, tak pasal-pasal terbatuk-batuk dia sebab aku asik sebut nama dia jek kan. ehh... dan kini pon telinga dah naik kebas sebab asik-asik kena tadah "Gadis bertudung merah" . aku tak paham betul orang ni, bukak lagu kuat-kuat, pahtu ulang lagu yang sama jek..huwaaaaaaaaaaaa

esok, tulat, minggu depan, aku masih belum dapat menentukan nasib telinga aku. adakah akan sebu atau pedih macam pedih ulu hati tu..:P

memang aku tak kesah layan lagu apa, tapi telinga aku pon boleh tumbuh bulu, kalau asik lagu yang sama jek kan.. macam hari-hari kena maki ngan boss orang dengan ayat yang sama

Nota kaki: LEBIH BAIK DUDUK TEPI PANTAI DENGAR BUNYI OMBAK OR LEPAK TEPI SUNGAI DENGAR DERUAN AIR. kompem telinga aku kembali sihat!

Friday, May 6, 2011

Ingin kembali

itu lah ayat berlegar-legar dalam kepala ni, nak kembali ke penang, meneruskan sesi jelajah yang tergendala dek kerana penutupan sementara bukit bendera. dan kebetulan aku dah tau jalan nak makan sup & roti kat area stadium a.k.a jalan keramat kalau tak silap aku. betul tak Akak Cyana kita?

dan aritu, sampai pagi terus lepak kat ferengghi, layan lah orang main payung terjun tu. teringin tapi pitih dok mengizinkan .. maka cuci mata jek lah tgk mat saleh & pak arab wat aksi terbang di udara....

dan lepas tu singgah ke bukit bendera lalu frust dan terus ke queensbay utk lunch & terus rondaan ke Jln Gurney utk pekena pasembor & ronda2 shopping. owh silap, kitaorang singgah ke Komtar dulu..heheheee lame sangat dah rasanya xjejak kaki kat Komtar ni.rasanya last taun 2006.


dan wajib lah makan pasemboq kat padang kota tu kan....dah kenyang ngan pasemboq baru lah boleh balik dengan tenang. sebenarnya aku ke penang memang takde sebab, cuma nak jalan-jalan. kat kedah cam boring sket..hehehe alasan kan T_T.


oklah tu aja, tunggu sampai episode seterusnya, kalau aku kembali ke sana. lagi tak best ke Penang..sbb Cyana tak balik weekend tu gara-gara nak membaling bola pada pin..upset tau





Seafood..seafood..seafood

mula-mula kena tayang air,


barulah ceria sket T_T
Tukang belanja malam tu.


cucube teka..air ape ni?



minum laici kang pon stress..


mau tak stress..manis gillak


kan tiqa kan...(@@)




ok, ni cicah utk kerang rebus


dan sebelum lupa, kitaorang gi makan kat Kuala Perlis. time ni ahad malam isnin kot.


gigihkan. even esoknya keje...tp kuala perlis cume 45min jek. mcm kat KL dari kerinchi nak makan kat SK jek kan.hehehee



ni kailan ikan masn. ke belacan..tp melekat lah rasa dia.



sambal belacan


wajib ada
melayu sejati katakan



ikan kerapu steam.


tak tahan bekas pon kena ikut bentuk ikan..heheh




mmg malam tu berlumba2 lah buang angin kan..


sebab..perati betul2...memang halia bersepah..aku suke jek makan halia kan.



kerang rebus...


tetibe teringat plan nk makan seafood kat jeram..


xsabar..xsabar





ulam-ulam sket...sebagai penyeri



sotong goreng tepung


kalau korang rasa menu yang sama jek..lebih kurang kan


semuanya bersebab,


kerana terpaksa ikut tekak orang yg ada elergi kan..


ikut aku...semua aku nak..ahaks



kedai terbabit





selamat masuk perut, semua senyap sebab kekenyangan


dan kerang rebus tak abis...terpaksa lah di tapau




sekian aktiviti makan-makan minggu terakhir sebelum budak2 rumah tu semua outstation..aku datang rumah mereka..mereka pon outstation jugak..last2 dah jadi mcm rumah sndr..hehehe




ape-ape pon..memang syiok dok ngan depa..ada jek plan nak makan sane sini..




i like 100X (*_*)v

Thursday, May 5, 2011

Rezeki Anak

terbace nota ringkas kat belog kereta mayat, terus meresap dalam Jiwa. bila direnung-renungkan & dipikir-pikirkan, memang begitulah kan. dan terus terlintas satu ayat "Kita tidak akan di uji sekiranya kita tak mampu". dan ayat mudah paham, kita di uji kerana Tuhan tu adil & maha mengetahui. dia tahu kita mampu. mampu dari segi mental, fizikal & kewangan.



Tapi apa kena-mengena tajuk ngan cerita...hahaaha belasah ajelah...

Di sebabkan itu, aku ni jenis/bangsa yang tak suka bertanya akan hal bersifat peribadi lagi membabitkan emosi. contohnya :- Kau planning ke untuk dapatkan anak? bila kau nak kahwin ni? takkan ko nak berumahtangga dengan kerjaya kau kot? dan lain2. sebab setau aku memang 2 benda yang amat terkesan kat jiwa & mental manusia iaitu, jodoh & anak. serius lah.





tapi, takdelah aku xamik tau langsung hal kawan2.cuma aku bukan jenis membangkitkan isu, cuma kalau terbaca sesuatu fakta yg boleh diguna pakai aku akan share.tak lebih dari itu. dan aku ni pon jenis tak suka bertanya sebab aku menggunakan pendekatan, kalau orang tu rasa selesa nak share, dia akan share tak perlukan paksaan dengan soalan2 sakarstik tu kan. dan lagi satu, aku bukan jenis bercerita pasal hal aku, kalau benda alah tu tak pasti lagi. korang cungkil lah macam mana pon, jangan harap lah dapatkan. sebab aku memang tak suka pada benda yang tak pasti. if dah pasti, toksah korang tanya, aku dengan rela hati akan berkongsikan.





Itu dia, arini aku paham akan konsep rezeki yang diberi adalah untuk diguna pakai ke arah ikhtiar & usaha untuk sesuatu yang lain. renung-renungkan...dan sharing is caring

Wednesday, May 4, 2011

Kepuasan

Hanya itu yang mampu di perkatakan. Bayangkan dari 2007, lebih specific cuti Hari Buruh juga, bebudak ATAT merancang ke Taman Negara, tapi apakan daya aku baru bekerja di B*rna* xsampai sebulan, makanya tak boleh amik cuti..sob sob..frust tu memang frust lah kan sebab trip pertama derang masa 2005 pon aku xdapat join sebab semua lelaki. dan selepas tu, Syah [organizer] telah di campakkan ke Sarawak nu, takde lah orang nak uruskan kan..makanya tahun ni dia kembali bekerja di Semenanjung, tu yang aku paksa di jadikan jugak aktiviti ni kan. Dan tarikh 30 April - 2 Mei 2011 adalah pilihan yang sipi-sipi tepatnya. miahahhaa T_T

Lagi paling menyayatkan hati, aku hampir2 tak dapat nak join..tapi akal bijak & usaha gigih aku, akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari udara tenang Kedah dan sekaligus berjaya ke taman negara. fouuhhhh..tiada lagi igauan ngeri...ehehheee ehhh mungkin igauan akan kembali minggu hadapan or minggu lagi satu.



Even percutian pendek, dan aktiviti pon takdelah banyak mana, tapi memang puas hati sebab dapat dengar deruan air sungai. serius...best dowh....bunyik air terjun ka, ombak laut ka....deruan air sungai ka...serius mendamaikan. terus hilang penat tungkus lumus 2minggu kat Kedah tu kan. dan alhamdulillah perjalanan pergi & balik berjalan lancar, even terpaksa menghadap suasana Jem di Karak masa balik.


oklah detail cerita ni. dan gambar lain2 akan menyusul kemudian ya.

Saturday, April 23, 2011

Hujung Minggu Di Utara

Semua orang tanya apa aktiviti aku kat utara sebab aku tak balik KL time weekend kan. malas aku nak balik kan, dah kate bujang, balik KL bukannya ada apa pon, makpak kat kg pon xkesah. dan lagi kalo balik & kena balik sini balik. session utk workshop tu tak abis lagi kan. terang lagi bersuluh aku ni pemalas nak drive. huhuhu

makanya, lepak jek lah Jitra ni. tapi cek takdelah lepak sesaje jek kan. Jumaat, mean semalam, seawal pagi aku ngan housemate baru aku iaitu si Tiqa & si Sarah ke Penang. saje jek jalan2 carik pasal.







sampai ke malam jugak lah kitaorg kat penang. sambil pekena pasembur kat padang kota tu kan. dan 3 shopping complex di tawaf, dan lagi singgah di pantai ferengghi & pantai miami gitew. layan deruan ombak..tenang sekejapkan sambil menggelapkan kulit. pergi ke bukit bendera, masih under construction. sebenarnya dah siap cuma derang start beroperasi 25 April ni. beberapa hari jek lagi. takpe next time ajelah.



sampai rumah dah kol 10lbh malam. apa lg kan tido lah kan..



dan harini pula, hari makan lauk kenduri jek. tengah hari ke Alor Setar, makan lauk kenduri kawen, staff Bernas kahwinkan anak. alhamdulillah. biasalah, aku ikut si Tiqa & kak Mas, lame xjumpe kak mas kan. pahtu balik rumah solat zohor, lepas asar baru gerak ke Kangar, perlis plak, makan kenduri akikah plak. ni pon staff bernas jugak Pakcik Shuib KBB mana lupa dah. tapi anak dia si Amy ni aku kenal sbb PA encik apa aku lupe..hahahahahaa balik dr kenduri singgah umah makcik si Tiqa kat area situ jugak utk solat maghrib. dan lepas tu baru balik rumah...fouuhhh penuhkan aktiviti kat sini.sape kata aku akan kebuhsanan? hehehehee



dan jutaan terima kasih pada staff bernas yang melayan baik ketika aku di sini, takdelah rasa macam kebingungngan kan kan....

Bank Rakyat Bank Pilihan Anda ehh Semua






Akhirnya, Isnin lepas sebelum berengkat ke Jitra aku sempat lah terjah ke Bank Rakyat untuk membuka akaun dan seterusnya membeli saham bank rakyat sebanyak RM500, dah ni lah amount yang ditetapkan. mungkin nak adil pada semua orang untuk memiliki saham bank rakyat yg memang antara yang tertop kan. yolah kalo dividen dia leh dpt 15% per year kan. dan aku sempat jugak isi borang tambahan, pada sesiapa yang belom berkesempatan, sila lah terjah mana-mana bank rakyat terdekat ye. peluang bukan selalu datang.


Nota tambahan: Siapakah orang tu wahai Cik CK? kejam betul lah orang itu kan sebab bagi info yang salah. Saham ni terbuka pada semua, siapa dah ada ke tak pernah ada ke, semua boleh. bagi yang dah ada boleh tambah max RM500 jek. bagi yang belum ada tapi dah ada acc bank rakyat, boleh lah beli saham ni dengan harga max RM500. bagi yang belum ada acc dengan bank rakyat, kenalah bukak acc, bukak acc di charge RM15 jek. lepas tu boleh beli saham max RM500 juga. dan bagi yang baru beli dan dah lama beli, nak tambah lebih dari RM500 makanya, kena isi borang apply untuk tambahan, ini kira nasib, kalau saham masih ada dan anda bertuah, maka pihak bank akan call anda & anda dpt lah tambah lagi seperti yang anda request tu. sekiranya pihak bank xcall, maknanya tak bertuah lah kan. keputusan untuk tambahan tu bermula Mei 2011 ni. untuk setakat ni pihak bank limitkan RM500 untuk sorang kerana nak adil supaya semua orang boleh merasai saham bank rakyat ni. cepat CK serang bank rakyat sebelom terlambat.

Good Bye 2018

**pic from google