Friday, August 29, 2008

Ramadhan datang lagi

Bulan Ramadhan akan menjelma lagi, diharap umur kita akan dipanjangkan lagi utk merasai nikmat bulan ramadhan utk tahun ini.



Sekejap je masa berlalu, kemanisan bulan ramadhan taun lepas maseh lagi terasa, tapi ramadhan kali ini terus menjelma lagi..alhamdulillah sebab maseh dipanjangkan usia utk terus merasai nikmat ramadhan sekali lagi...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri aku + semua kaum muslimin & muslimat....

Sempena bulan mulia + penuh barakah ni..aku nk mintak maaf pada semua yg mengenali @ xmengenali aku, lebih2 lagi pada yg mengenali aku, yolah mane lah tau aku kan jenis selamber land..xpenah pikir sgt nyer org..selalu lah wat org sakit ati kan..so, di kesempatan ni, aku nak mintak maaf di atas segala keterlanjuran perbuatan + percakapan aku pada kamu semua..pada yg xmengenali lak,,..maybe ape yg tercoret kat sini telah menyentuh sensitiviti individu laen..aku mmg xberniat pon..sbb segala2 nya adalah ikut suke ati aku + ikut ape yg ade dlm otak aku jek...sorri lah yek...[even da way aku mintak maaf ni nmpk mcm xikhlas..sbb dr segi bahasa + gaya aku mengarang ni agak kasar or x brape nk proper kn..tp aku sesungguhnya mmg ikhlas utk meminta maaf]

oleh kerana, orang di sebelah kanan 2 bakal bercuti selama sebulan..ayoh lah kite terus maju ke hadapan semoga bile dia kembali bekerja..kite lebih tegar utk menentang godaan nya..hehehe ha jgn lupe ya kawan2..terawikh....rebut lah sebanyak mane yg mungkin. hope ibadah aku pon jadik makin baek...ha sape2 nak berbuka puasa bersama..ayok..buat lah appointment seawal mungkin..nnt jadik mcm last year..hehehe

Actually, aku tgh mencarik maklumat pasal puasa ni....terjumpa lah serba sedikit [even ramai dah tahu, but aku nk perbetulkan pemahaman aku, hope dpt lah share dengan semua org kn]

erti puasa : - Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah. [aku dpt dr forward email si yam]

Dalil utk Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183: yang membawa maksud "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Pantang-larang puasa [ni yang patut diperhatikan & utk dihindarkan ketika bulan puasa + bulan seterusnya]:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong. [berdiam lebih baek]
2) Mengumpat, mengata orang. [so, no more email2 berantai..gossip harian pon xleh k!]
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya". [so, jom bangun sahur...akan ade lah n3 utk sahur di mana?]
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’. [jgn jadikkan alasan]
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

pastu jgn lupekan semayang terawikh..sbb kite jumpe sekali jek setaun..

ni aku ade dpt sekala pasal "Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim" utk di share kan ngan kengkawan


[1] Kelebihan Ramadhan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

[2] Kelebihan Berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

[3] Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)

[4] Kelebihan Bersahur

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

[5] Kelebihan Menyegerakan Berbuka

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

[6] Kelebihan Semayang Terawikh

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

[7] LailatuQadar

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

[8] Makan & minum ketika bulan ramadhan kerana terlupa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah

[9] Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Ok ini saja utk setakat ini. Renung-renung kan & selamat beramal.

Good Bye 2018

**pic from google