Wednesday, March 23, 2011

Sabun & Pelembut Pakaian

Siapa berminat untuk mencuba Sabun & pelembut pakaian berasaskan tumbuh-tumbuhan yang di kenali sebagai Sabun & pelembut pakaian BIO, sila lah klik di sini ya.

12 Mac 2011

Dapat SMS masa aku nk terbang ke Bandung, xsempat nk reply apakan, sebab dah nak naik flight. tp aku tau aku blh join small gath ni.

kebetulan cuti sekolah baru bermula & jue balik ke malaysia, makanya wajib lah adakan perjumpaan kecil2an kan. makanya, dek kerana masing2 ada anak yg uncontrollable, makanya memang tak sesuai nak jumpa dekat luar kan.kompem tak tenteram nanti. makanya, umah baru ila menjadi pilihan. memang cantik rumah ila, lagi cantik sebab rumah sendiri. jeles ok orang dah ada rumah sendiri. takpe bersabar ye dan kena berjimat cermat sket lah kan.hahahahaa

dan perjumpaan sabtu malam ahad tu, yang hadir hanya Nik, Jue, Zam , Aku dan ejot..oppss tuan rumah Ila sekali lah kan. hehehee... dah lama sangat tak jumpa ejot, makanya dia dah kembali bekerja di semenanjung, baik amik kesempatan berjumpa-jumpaan kan.

semua orang jeles sbb aku ada gear utk umpan bebudak tu kan..hahaha semua dok dia bila aku nak amik gambar, terus lupa permainan lari sana sini mereka kan.

jue, ejot, zam & nik
zara makin kurus dahhh


tapi lagi kelakar bila aariz bercommunicate ngan zara & muiz...
terang2 kita xpaham bahasa mereka, tapi sangat sweet bila mereka paham bahasa yg digunakan. sangat comel.

dan yg xdpt join seperti zehan [kena balik kg, ada hal penting], ida [dalam pantang], cik reen [ teman suami outstation], kecik [tak dpt status], dan yang lain..siapa lagi ek..lupa sudah...
semoga jumpa lagi nanti.

Nota kaki: siapa sangka, dulu kami tak kenal pon antara satu sama lain, tapi kerana 10L lah merapatkan ukhwah antara kami semua. banyak kenangan kt 10L tu kan? hehehe


Rasa nak menangis

bila mengetahui heels pujaan aku tu ada kat butik LV. memang wajib menangis lah kan, sebab tak mampu kan. damn you, kenapa lah ko ni brand LV kan. kenapalah kau dilahirkan dalam keluarga LV kan...


kenapa?
kenapa?
dan kenapa?

padan lah aku mencari tak jumpa2 kan. yolah aku takat masuk butik nine west, elle, carlorino, aldo,..etc...non ado jumpe kan. tapi tak tergamak nak masuk ke LV kan, sebab aku sedar diri, mana layak kan. masuk couch nak skodeng aritu pon segan2.

first tym tgk kasut ni kat Jusco mid valley, tapi aku tgk kat kaki org lah..ade sorang cik kak depan aku masa nk bayar kat cashier, dia pakai kasut ni lah..kaler ni lah. nak tanya segan, nak snap gambar lg segan, maka snap masuk dlm otak jek lah....

semalam ronda2 klcc ngan sharna, konon2 nya nak carik butik elle, berpusing lah carik kan..nak turun escalator, terpandang butik LV, jengah kat cermin luar lah kan, display heels ni...meraung aku tgk...heels ni dalam keluarga LV ruper2nye...sedih dik non..sedih amat.....bila mengenangkan brand nya. toksah lah membayangkan harganya ya. memang dapat memiliki dalam mimpi aja. takpelah bulan depan kita pegi butik clarks jeklah...buat pengubat duka.:P

ni lah rupanya pujaan hati aku.



dah, jangan masuk dalam mimpi, kecuali ada orang nak present sepasang. kompem tido malam pon aku peluk.......peluk kasut lah kan...dan lupa terus kat bantal busuk nanti :P hehehe

Nota kaki: terus feeling layan lagu Cinta dua darjat & takdir penentu segala....hehehe

Good Bye 2018

**pic from google