Sunday, April 17, 2011

17 April

Sekejap jek dah nak ke penghujung April. Dan dari hari ni,lagi 4 bulan jek aku nak genap 29tahun. Seriuslah, kalau orang tanya, aku sedar ke tak dengan umur tu? memang jawapannya TIDAK. aku perasan yang aku dah 29 thn iaitu tahun terakhir sebelum memegang angka 3 di hadapan bila orang lain bercerita tentang umur. Kalay boleh aku malas nak memikirkan dan lagi malas nak ingat. ahaks. Oklah tadi entry ni tergendala sebab nak ke rumah yam utk tukar P1 aku dengan broadband dia. yolah esok nak ke Kedah kan. takut plak kalo P1 tu xde coverage kat tempat aku menginap. makanya better cari penyelesaian yang selamat. Dan esok, insyallah akan bermula lah perjalanan ke Utara bersama laling sahaja. opssss bukan 1st time ke Kedah kan tapi 1st time drive sorang2. hehehee semoga selamat pergi dan kembali. dan pada diri aku selamat bertapa di sana selama hampir 2minggu.. owh kerinduan lah aku dengan geng2 gossip. dan lega. balik dari rumah yam tadi, sampai rumah dah kol 9pm, dan hanya mengambil masa tak sampai sejam jek beg semua dah siap packing..fouuhh lega. dan sekarang dah test broadband & boleh lah membuta. ahaks.

Mencabar

Well, itulah perkataan paling sesuai. Memang photographer boleh gantung camera macam ni, kalau semua kids macam si Adam ni. Begitulah Adam, memang tak boleh nak di kontrol, lebih-lebih lagi kalau tempat yang lapang dan luas untuk dia menguji skill kelajuan dia.ahaks. Tapi takpe, adalah jugak kerjasama dia yang berjaya. muahahahaaa Dari Adam kecik, sampai dah kelauar adik dia kan, barulah berjaya melunaskan apa yang dijanji. ngeh33. Kira oklah, dari cancel teruskan. dan semalam petang aku & family Murni ke putrajaya. kitaorang lepak kat area menara roket tu. dan inilah hasil dari kepayahan itu.

Adam Rifqie


dan adiknya


Afif Zikrie a.k.a Akram Jr.

Nasib baik adik ni masih belom reti nak berlari.

Good Bye 2018

**pic from google