Thursday, April 29, 2010

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tetapi nyata sangkaan si Jan meleset. Lalu, dia pon melangkah lesu ke Balai Polis utk membuat aduan [di mana ini suatu tindakan bijak]. Ok tamat cerita pabila laporan kecurian dimiliki...hehehe balik umah..jalani kehidupan mcm biasa.

setelah beberapa hari kejadian, tiba-tiba beberapa org polis telah menyerbu..owh lebih afdal kita gunakan anggota2 polis telah datang ke rumah ibubapa si Jan utk menyoal siasat&menangkap bapanya kerana di syaki kereta miliknya terlibat dalam kes samun. Owh sungguh terkejut orang tua itu, mereka mengingatkan apalah perkara buruk yg ingin disampaikan oleh anggota polis tersebut pd malam2 begitu. Kebetulan si Jan berada di kampung bersama ibu bapanya.Lalu beliau telah menerangkan akan kisah kecurian no plat keretanya [yolah kereta tu atas nama ayah dia tapi dia yang pakai kan]. & menunjukan bukti laporan itu pd anggota polis tersebut. Terdiam polis tersebut, lalu mereka pon pulang ke balai tanpa sebarang penangkapan..sbb SALAH ORANG DAAAAAAAAAAAAAAAAA.

Nota kaki: Sila lah berhati2......jgn lupe utk buat report dengan kadar segera kalo perkara sebegini terjadi ok!

3 comments:

Unknown said...

woah aku mmg obses kepada nama2 ada Jan ni..sape kah nama penuh Jan ni?? :P

Anonymous said...

apakah Jan singkatan jantan atau Janda?

>_________*

amoi said...

oh baru tau...bagus info ni...tq

Good Bye 2018

**pic from google