Tahniah kepada pengantin. cerita pasal pengantin kemudian ya.
ni kisah kami mencari sotong celop tepung pok nong. serius korang yang ke sana, wajib lah singgah di sini dan makan time sotong masih panas & baru keluar dari kuali ye)
tipsnya mudah, sila sampai ke lokasi pada pukul 3pm, kerana kedai ini akan mula operasi pada 3.30pm, datang awal, boleh beratur awal, pok nong jenis yang goreng terus hidang untuk direbut, sekali goreng adalah dalam 10ekor sotong..hah semoga tabah menunggu kerana yang merebut sah-sah lah nak amik 4-5 ekor,, bayangkan satu kuali menggoreng je yang ada, lepas tu nak gilir-gilir goreng ikan dan udang..bayangkan lah berapa lamau mau siap daaa...hehehe semoga tabah...
ya masa ni kami sampai pukul 3.15pm, dah ada dalam 6 keluarga yang menunggu,..bayangkan ya..baru 6 keluarga..belum lagi yang mengelat taknak beratur kan..main kasar kan..tapi orang lain semua sabar,, takpe paling koman pon dia tercekik sotong je..hehehehe
nilah sotong yang kena potong sendiri...
puas hati dapat kerjakan sendiri sotong-sotong tersebut...
dan muka gembira boleh mula makan setelah beratur dengan sabar..huhuhu
untuk cari kedai ni, banner dia belakang kedai..tp dari simpang selepas masjid & dalam xsampai 50meter....kedainya tepi jalan sahaja... selamat mencuba ya kengkawan