Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

TANPA

nak cakap pasal,
59 hari TANPA cinta [eh ni bukan 59days daaaa ni dah masuk 2190hari dah] cafeworld & happy aquarium. sebenarnya, boleh kan...tenang sket malam2, xperlu tertekan sekiranya xboleh masuk internet..hahaahahaaa dan xdek lah tertekan di kala notebook buat perangai. dan tidak akan mengamuk kalau hujan, signal P1 nonADO..hahahahaa sekarang di temani Angry Bird, lagi lah tak heran kan..huhuhu

Campur Aduk

macam-macam berlaku beberapa minggu lepas sampai lah semalam. contohnya seperti, mengikuti kelas fotografi perkahwinan anjuran Bro Hasnuddin dari Fototeacher. dah lama nak join kursus ni, tapi jarang sekali kan.once dah kompem date, aku terus pejam mata bayar ajelah. Alhamdulillah memang banyak input. dan aku aim plak nk ke kursus seterusnya. insyallah tak lama lagi lah tu. selain kurus tu, aku pon dah reti kot guna Joomla hasil tunjuk ajar si Sara [bini si gonjes tu], seharian jugak lah berkursus dengan cik kak tu. terima kasih bebanyak ye. segala ilmu yang diperturunkan itu amat lah dihargai. sorry aku ni bukan jenis orang yang suka explore sendiri benda baru. bab basic kene belajar ngan tok guru & then baru lah reti nak explore ape yang patut. lepas tu, kisah huru hara aku yang tak cukup tidur, homework tak siap, jalan jem 2 hari berturut-turut iaitu khamis & jumaat lepas. menunggu album customer yang tak siap-siap dari tokey kedai. dan alhamdulillah siap juga akhirnya. lep…

Taman Negara

Aku tengah carik orang yg nak join trip ke Taman Negara pada 29 April - 1 mei 2011 30 April - 2 mei 2011 [sabtu sampai Isnin, maaf lah aku mamun, tgk calendar asik salah jek]. If siapa2 berminat, sila lah roger. kalau ramai trip ni ON lah. Kalau sambutan suam-suam kuku jek, memang xmenjadi lah jawabnya.

Twin

Geng UiTM dungun, serius lah kagum sekejap kan...dpt twin. aku tau dia pregnant, tp xtau bila due, tup tup kata dah registered nama twin dia...sepasang pulak tu..ish ish..Tahniah Melati.

ATAT @ Hatyai = HaTTaT 2011

Bersiap sedia untuk merasa lenguh biji mata [ada ke?], lenguh pinggang, lenguh tengkuk kerana ini adalah entry paling panjang yang pernah aku karang, biasanya aku asingkan ikut episod yang aku rasa sesuai tapi kali ini berlainan sekala, di mana ak cuba untuk menceceh sekali rap jek. tak perlu ada istilah hutang di kendian hari. Percutian ni dirancang masa akhor tahun lepas, macam dah lama jek ek, walhal baru 40 hari berlalu kot.

Ok seperti yang aku dah bagitau kat entry sebelum ni, trip kali ni seramai 27orang dewasa dan 2 org kanak2 terlibat dalam XPDC bajet kali ini.

Bertolak dari KL Sentral dengan menaiki keretapi [aku lupa nama nya apa, tp KTM punya lah kan..kalau dabong aku tau lah WAU express kan] jam 9pm. Kali ini selesa sikit dengan memilih katil. Sebelum tidur hendaklah pekena game seround dua sebelom mata layu.

Kali ini mereka pekena Catan. aku baru lah reti main sbb aku baru tengok betul2 corak permainan nya. selama ni aku tengok kejap2 jek. port terbaik adalah depan katil ak…

ATAT @ Hatyai = HaTTat

Ok lah, gambar aku lom siap pilih. maka entry untuk Hatyai lambat lagi kot..ahaks...Video ni hasil dari si Zaff [Atatian] yg rajin. even simple, tapi bermakna utk trip HaTTaT ni. untuk kenangan anak cucu & cicit. Even Pergi Hatyai jek..cuma the best thing we make it in a big group [27adults & 1tod & 1baby] Sejarah kan bg Atat after 3years xdek even besau mcm ni. hope next time, akan ramai yang dah beranak pinak join. Xperlu risau kot, ramai tukang jaga time ibu2 bapak2 nak meronggen.. huahuahau cuma time melalak..pandai2 lah handle yek.ahaks

Nota kaki: lambat plak rancangan Merlin malam ni

Me & Ziyad...auuuwww

Jumpa Si ziyad masa kenduri Helmi ngan Erda ahad lepas. yawwwnnnn...geram aku, rasa nak gigit-gigit jek, nasib baik anak orang. Mula-mula aku perasan mak dia si shidah, opss shidah, kompem harunarif ada ni, dan mesti anak depa ada kan. macam2 rintangan nak jumpa si ziyad ni, dari wife si arif tu bersalin kat hospital serdang sampai anak dia dah 6bulan ni, adik lah plan di tangguhkan. takpe janji dah jumpa kan. nnt suh Abah si ziyad sediakan makanan yg best sebelum Auntie mai rumah ziyad yek.
bersilat jugak bapak si Ziyad ni nak snap, sbb Ziyad terlebih eksited Jumpe Auntie dia cun ni. sila muntah di toilet, jgn muntah bersepah yek.
Dan muka si Ziyad ni, sebijik muka mak dia, kulit pon ikut mak, cuma manis tu ikut bapak dia sikit2 jek..sipi-sipi jek orang kampung aku kate. dah jangan nk kecik ati bapaknya si Ziyad, adalah sipi-sipi kan.; muahahahaha
till we meet again ya ziyad...xsempat snap ngan kamera aku..ni guna BB bapak si ziyad.

Single Daddy In Love

Cuba untuk KHATAM kan drama korea ni malam ni...oppps dah nak subuh kot. tapi lg 20min jek nak abis. makin nak abis ni makin menyedihkan..hampeh...
Enjoy...dah lama xstay up disebabkan movie marathon..oppss drama marathon lah..apsal lah semua cerita korea ni banyak bebanau episodnya.

Audit

first time nak menghadapi sendiri. belum lagi kena menghadap aku dah rasa terpaksa menanamkan perasaan tak suka kepada semua auditor..muahahaahaha list yang dia mintak ni betul2 menguji kesabaran aku.

aku bagi view system tu ko cek jek lah ape ko nak kan.

Manusia

Manusia ni memang pelik [termasuk diri sendiri lah kan]. Rajin tak bertempat. Malas lagi lah tak kena tempat dan waktunya.
aku suka jek orang yang rajin kan. sebab memudahkan kerja. tapi jadi menyampah bila rajin tak bertempat. contohnya mudah jek, cawan kau baru guna dan masih nak guna tu lah yg dia angkat dan basuh. lagi satu, time modem tengah ON tu lah dia rajin nak tutup suis semua kan, pdhal dia nampak ni kau tengah surfing ni. time orang nak pergi kerja pagi tu lah kau nak basuh toilet, petang balik kerja tak boleh buat kot. time kawan ko tengah syiok tengok drama yang dari awal, tetibe kau interupt sebab nak tengok info&nak jenguk score golf tu berapa, tak apsal2 terlepas part yg wajib tgk. padahal abis drama tu pon blh cek kot. takpon cek jek online sebab notebook depan mata tgh chatting tu. baju yang lembap tu lah ko nak angkat kan. dan byk lagi.

bila malas tak bertempat ni pula memang tak masuk dek akal, bila cawan kat sinki tu dah 4hari kot xberbasuh, xdek sape pulak yang …

Makan Nasi Minyak

Setelah berangin kan satu badan ngan pulut mangga yg sedap di Hatyai. Makanya, kembali ke malaysia kita pekena nasi minyak bersama ayam masak sambal, rendang daging, kuah dalca, papadom, air sirap & buah oren.

Kompem ramai tertanya, kenapa balik hari sabtu kan, salah satu sebab utama adalah kerana sepasang couple dr golongan atatians akan menamatkan zaman bujang mereka. memang jodoh mereka ni kuat. bercinta pon 7-8 tahun xsilap aku kan. akhirnya kata sepakat utk hidup bersama telah dipersetujui. Dan di sebabkan itu, beras berguni, ratusan ekor ayam serta beberapa ekor lembu terpaksa ditumbangkan utk menjamu para tetamu. tema pahlawan melayu adalah sesuatu yg sangat luar biasa. dengan itu,
Selamat Pengantin Baru Helmi & ERda

Semoga berkekalan selamanya. dan di dalam gambar ni xsemua atatians ada, sbb ramai yg dah pulang awal, yg tgl ni majority yg pantang nmpk lensa camera..,muahahaha pdhal most of them keletihan baru balik dr trip hatyai mlm sebelom nya kan..semangat persahabatan…

Membuat pilihan

Pesanan penaja buletin Bangsar South:Jangan membuat pilihan pada tempat yang dah tak boleh dibuat pilihan.

Sekian berita terkini 5 saat dari Bangsar South.

Nota kaki: Semua situasi melibatkan pilihan. jangan tersasar dari landasan udah lah yek

CNY @ Hatyai

Percutian pendek [3-5 Feb 2011] tapi berbaloi walaupon letih travel dengan keretapi ni. tp pengalaman yang sangat marbeles. Abaikan dagu aku yang berlapis tu [dan td bon kate aku dah berisi...sob sob...kena diet kot], cuma nak tunjuk bukti dah sampai..hahaha muke sememeh xmandi lagi. selama ni naik keretapi ke Dabong jek kan. dan kali ni best sbb amik katil terus...memang nyenyak aku tidur..sedar sedar..suara mengalunkan perkataan.."Subuh..Subuh..Subuh" trip yang sempoi anjuran Atat. kali ni alhamdulillah ramai jugak yang join.dalam 27org & 2 org kanak-kanak..ehh kategori baby lagi ni..

yang best adalah air terjun & floating market & pulut mangga & air ovaltine kat 7E. tempat best mesti sekejap jek singgah kan..hope nnt boleh ke sana lagi.. overall bajet hanya RM350 sahaja termasuk tiket keretapi, hotel, makan, shopping sikit2.

Tak Ke mana

26-30 Jan 2011.

Memang tak ke mana-mana pon.oppss tapi sempat lag singgah Hj. Ismail beli cokelat 2-3 ketul utk keluarga & rakan-rakan. Selebihnya, memang berada sekitar hotel ini sahaja. Kalau boleh berlingkar dalam hotel jek takpe lah jugak kan.tapi apakan daya. itu hanya angan-angan mat jenin aku sahaja.
dan 4 hari tu memang penuh dengan aktiviti sahaja. tapi enjoy sebab banyak jugak gossip panas yang lagi sensasai dapat dikutip. giller kaki gossip rupenye aku nih ek. abaikan.bukan lah gossip apa pon. gossip pasal kerja jek daaaa...suspen jek kan..ahaks... well, program ni memang dapat merapatkan ukhwah. sekurang2nya mereka semua dah kenal siapakah YUN..huahuahuahua





Semoga apa yg di doakan oleh mereka di sana..akan di makbulkan. Amin.amin.amin ya rabbal'alamin


dan semoga dpt kembali ke tempat ini bukan untuk tujuan kerja..muahahaha impian tak nak kalahkan...ahaks...







------------------------------------------------------
aku tau ade yg menanti gambar..ha ape lagi..copy & pas…

Cemburu

Memang aku mengalami sindrom kejelesan tahap 101.11% kepada kawan-kawan aku yang bekerja & menetap di Melaka. Saya sangat jeles..sekian laporan dari balai berita Bangsar South [hehehe mati lah kena kutuk...dush..dushh] utk berita penting sebelum maghrib

Menyampah + Meluat

tujuan membeli/memiliki sesuatu adalah untuk dot dot dot

1) untuk kegunaan harian
2) untuk kesenangan seisi keluarga
3) untuk keselesaan semua orang seisi keluarga
4) untuk kepuasan diri
5) untuk memudahkan pekerjaan/perjalanan/dan segalanya yg terbabit

tetapi kenapa ada orang membeli/memiliki sesuatu untuk

1) disimpan/tayangan semata-mata
2) diperam sampai buruk
3) menyusahkan orang lain
4) byk lg

aku pelik, sebagai contoh cerita pertama, ko memang up-to-date ngan teknologi. setiap kali model phone baru yg canggih manggih keluar ko akan memilikinya dahulu. tapi untuk menghabiskan credit RM0.07 hingga RM 0.15 pon nak pakai dr kawan kau yang terang-terang henpon nye masih cap ayam.
dan cerita kedua pula, bila kau sanggup menghabiskan semua saving kau untuk memiliki kereta yang tak mahu kalah di abad ni, tetapi untuk kemana-mana kau menumpang kereta kawan kau, kesudahannya kereta cantik kau hanya lah tersadai di rumah berselubung ngan selimut pelestik. dan bila part kena angkut barang, kawan kau ju…