Friday, June 10, 2016

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja...nikmat berada dirumah memang ahkaklorat sangat2 hargai kerana dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja berada di dalam kawasan dan hanya beberapa jam sahaja berada di rumah. dan semoga selepas ini kuranglah masa berada diluar kawasan..sesungguhnya ianya sangat meletihkan. tetapi pengalaman ini tidak akan dapat kalau kita tak merasai sendiri.

dah....kena ingat..terawikh jangan diabaikan..kejarlah utk melaksanakannya kerana entahkan jumpa atau tidak ramadhan akan datang. ini utk peringatan diri sendiri. dan berazam utk khatam pada bulan ramadhan, semoga saya mampu memupuk azam utk berjaya dilaksanakan.

Friday, March 4, 2016

Mac 2016

Sekelipan dah bulan 3, berkurun jugak aku tak update apa-apa kan, Azam aku bulan ni, nak balik kerja on time. tak kira. dan nak setelkan cuti ganti. eh list to do bertimbun, ada hati nak cuti nak balik on time, tak siap, malas pikir dah, i is penat. so tengah pikir, apa nak buat masa cuti..keh keh keh

ya, memang takde mood nak update apa-apa disebabkan aku dok bertapa kat rumah pon berapa hari je sebulan. so memang mood kelaut paling dalam, rasa bila duduk kat rumah, nak tido je, even tido tu perkara yang tak bagus, tapi nak jugak cover balik tidur2 yang dah terlepas tu.

nak tengok berjaya ke tak azam aku bulan ni. CAIYOK!

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...