Thursday, May 5, 2011
Rezeki Anak
Tapi apa kena-mengena tajuk ngan cerita...hahaaha belasah ajelah...
Di sebabkan itu, aku ni jenis/bangsa yang tak suka bertanya akan hal bersifat peribadi lagi membabitkan emosi. contohnya :- Kau planning ke untuk dapatkan anak? bila kau nak kahwin ni? takkan ko nak berumahtangga dengan kerjaya kau kot? dan lain2. sebab setau aku memang 2 benda yang amat terkesan kat jiwa & mental manusia iaitu, jodoh & anak. serius lah.
tapi, takdelah aku xamik tau langsung hal kawan2.cuma aku bukan jenis membangkitkan isu, cuma kalau terbaca sesuatu fakta yg boleh diguna pakai aku akan share.tak lebih dari itu. dan aku ni pon jenis tak suka bertanya sebab aku menggunakan pendekatan, kalau orang tu rasa selesa nak share, dia akan share tak perlukan paksaan dengan soalan2 sakarstik tu kan. dan lagi satu, aku bukan jenis bercerita pasal hal aku, kalau benda alah tu tak pasti lagi. korang cungkil lah macam mana pon, jangan harap lah dapatkan. sebab aku memang tak suka pada benda yang tak pasti. if dah pasti, toksah korang tanya, aku dengan rela hati akan berkongsikan.
Itu dia, arini aku paham akan konsep rezeki yang diberi adalah untuk diguna pakai ke arah ikhtiar & usaha untuk sesuatu yang lain. renung-renungkan...dan sharing is caring
Friday, March 18, 2011
Sharing is caring
bacalah artikel dari keretamayat ni, sempoi tapi berisi, mudah di fahami.
Nak berniaga tu tak susah kalau kita tahu apa yang patut dibuat & paham konsep asasnya. Dan jangan mudah putus asa. sentiasa pegang "Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya"
Friday, November 26, 2010
Friday, September 3, 2010
Musafir
Petikan ni aku copy & paste dari sini
---------------------------------------------------------------------------
Musafir merujuk kepada orang yang dalam perjalanan.
Musafir menurut Syafie
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu), maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira melebihi dari 60 batu.
Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.
Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.
Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.
Kemudahan solat Jamak (Jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak lalu tidak kemampuan untuk datang berjemaah, dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat, di antara kedua solat, dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.
Monday, August 2, 2010
Terbace status Fathiah kat fesbuk. Terdiam seketika...semoga aku terus mendapat keberkatan hidup dari-Nya.
Tuesday, July 27, 2010
MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Tuesday, November 17, 2009
Sedar atau TIDAK
skrg prefer Mee Goreng
Dulu hari2 telan susu
skrg bek minom kopi
Dulu kala nak makan donut jek
skrg rase apam tu best plak
Dulu xreti makan daging kambeng
skrg kambeng tu sungguh menyelerakan
Dulu xlayan lah drama melayu
skrg..pantang ade drama baru..kompem masuk schedule
Dulu xmakan acar buah [ye ke name dia..betul lah kot..selalu ade tym kenduri kawen tu]
skrg..kalo xdpt..kompem meleleh ayaq liuq kalo teringat
Dulu....kuih tradisional...xdipandang
skrg...jengah tpt penjaja..carik kuih tradisional jek..hehehe
Dulu....[ape lagi ek?]
Skrg..[nnt lah pikir kan..xpon tambah sndr lah ek]
dulu.....kite muda lagi...
skrg...makin berusia...makin ikot selera org berusia lah...opppss silap..makin matang lah!
Friday, July 17, 2009
Semut vs Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya ba hawa rezeki di tangan Tuhan".
Sunday, May 24, 2009
Baca lah!
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.
Wednesday, May 20, 2009
Kunci Kemurahan Rezeki
even artikel ni simple jek...sbb tajuk pon baser jek... semua org tahu [sambil nyanyi lagu Semua Orang Tahu - REM]
layan jek lah citer nih..even dah tahu..tapi dpt lah mengingatkan kembali kepada aku yg dah terlupe atau sengaja melupakan akan hakikat nih kan...
-----------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran yang kita dapat ambil daripada hadis ini ialah Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya “Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)
Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini. Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.
Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.
---------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya.Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Nota kaki: Renung-renungkan dan Selamat Beramal,
Monday, April 20, 2009
SLE - Systemic lupus erythematosus
Thanx to mak dia yg sanggup berkongsi masalah tu ngan aku...now i know why ... why... & why..pape pon aku hny mampo berdoa dia di panjang kan usia & hidopnya dirahmati..amin
betollah " Hidup ini tak seperti yang dijangkakan " & "kita hanya mampoo merangcang, Tuhan yang menentukan segalanya"
--------------------------------------------------------------------
**sesi memahami maksud SLE**
Lupus eritematosus sistemik (SLE/LUPUS) adalah radang teruk (keradangan kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. [Sumber dari Wikipedia ]
Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus [but my pren ni, doc dah sahkan yg - sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit,jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf] . Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) [ha, yang ni lah....ya Allah! panjangkan lah usia dia, supaya dia dpt meneruskan khidmatnya pda keluarganya]
Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita [yupp, dia seorang wanita]. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian. [mmg lom ade ubat lg..kalo kanser kite leh wat kimo kan..but yg ni..juz bergantung pd ubat ape tah..aku lupe & kene konsisten wat check up]
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan [mak dia ade mention yg ni...sbb memule mak dia ingat kan sbb keturunan..mak ayah dia cube cek..tp xdek..family dia yg len pon xdek]. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).[owh maybe lah ni kot..aku pon xsure....kemungkinan lah...ade kah cek darah before kawen leh mengatasi masalah ni?]
Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.
Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.
Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
- Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
- Ulser di dalam mulut
- Keguguran rambut
- Demam berpanjangan.
- Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
- Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
- Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.
Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan. [yeahh...mmg idop bergantung ngan ubat ajo]
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita [ini yg penting]
Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-
1. Risiko keguguran kandungan.
- Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
2. Komplikasi lain semasa mengandung.
- Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.
- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung [sedih kan, kalo doc kate xleh..wawawa]. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital. [tp alhamdulillah..penyakit ni xdelah masok dlm kategori kronik + mengerikan ke]
Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
- Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.
- Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.
- Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.
[hope, kawan aku tu...ikot lah peraturan yg dah doc aturkan tu...sbb aku tau dia tu mmg keras kepala ok!, degil lak tu...ikot suke dia jek..hope diz tym dia mmg jadik org yg mendengar kate plak]
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain [lega rase nye bile aku bace yg ni]. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Rujukan"Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.
**[ petikan ini aku amik dari sini ]**
------------------------------------------------------------------
Mak dia pon suh aku cek Website Persatuan SLE Malaysia, utk tgk aktiviti org-org yg menghidap SLE ni. aku sangat bersyukur sebab setakat ni, Tuhan memberi aku kesihatan tubuh badan yg baik...semoga kesihatan yg baik + umor yg panjang utk menikmati keindahan hidop di dunia teros menjadik milik ku...amin....
Nota kaki: Kite xdpt nk elak Qada' & Qadar dr yg Esa... kite hny mampo berusaha yg terbaek utk diri sndr...
Thursday, March 19, 2009
WUDUK
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Ttitian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Wednesday, March 18, 2009
Nur...
CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a..w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." "
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.
Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Tuesday, March 3, 2009
SEBUTIR NASI MENANGIS
Petani-petani di negara Thailand misalnya telah menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi ciptaan Tuhan yang sudahpun wujud ribuan tahun tanpa pernah mengalami kepupusan [extinction].Setiap hari mereka menyirami dan membajanya. Malaikat-malaikat di bawah perintah Allah menjaga tanaman padi itu, walau hakikatnya tanaman itu tumbuh membesar di atas kekuasaan Allah Yang Maha Menjadikan. Akar-akar padi menjalar memecah ketulan halus bumi mencari zat mineral yang terbaik,si air tetap setia berkhidmat mengairi tanaman kurniaan Tuhan untuk manusia, matahari tetap setia memancarkan cahaya yang diperlukan untuk proses tumbesaran si tumbuhan hijau, molekul-molekul udara tidak pernah luput kewujudannya walaupun ianya seakan ghaib di sekeliling kita, digunakan oleh tanaman untuk bernafas. Akhirnya setelah cukup tempoh, sampailah masanya pokok-pokok padi itu untuk dituai hasilnya.
Pekerja yang mengendalikan mesin [machine] tuai pun datang, lalu padi dikumpul dibawa ke kilang [factory]. Disana pekerja-pekerja dengan bantuan mesin, memproses padi tersebut dari bersekam hingga ia bersih menjadi beras, digredkan lalu dibungkus.
Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu tidak datang dari tangkai padi yang sama? Mungkin juga mereka berasal dari ladang-ladang yang berlainan*
Setelah itu bungkusan-bungkusan padi dihantar ke pelabuhan untuk dieksport*berpindah dari pelabuhan ke pelabuhan, diangkut ke masuk ke kapal kargo yang besar di dalam kontena. Setakat ini, sudah berapa banyak makhluk Allah yang campur tangan untuk membawa rezeki sebutir nasi tadi kepada kita sihamba Allah ini? Ini termasuklah mungkin lori 18 tayar yang membawa ratusan bungkusan beras ke gudang, pasaraya dan peniaga-peniaga kecil.
Apa sikap manusia semasa mengadap nasi sepiring itu? Tidak terlintas rasa bersyukur kepada Allah Maha Pemberi rezeki. Setiap suapan ke mulutnya tidak disertai rasa tawaduk seorang hamba atas hakikat dia telah dihidangkan makanan oleh Allah Yang Maha Penyayang. Tidak berterimakasih kepada makhluk si air dan si api malah si rice-cooker yang menolong melembutkan nasi yang asalnya beras itu*apa lagi kepada si tukang masaknya.
Ucapan Bismillah sebelum makan itu jikalau dia mengucapkan itupun sekadar satu kebiasaan, tiada yang istimewa. Sebutir nasi yang terjatuh ke atas meja, atau ditinggalkan di dalam piring akibat tidak habis dimakan akhirnya akan menangis. Sebutir nasi yang tadinya gembira dapat berkhidmat kepada manusia, makhluk yang dimuliakan oleh Sang Pencipta pun menangis. Sebutir nasi yang awalnya ceria kerana
dapat berkhidmat dan menolong sama menguatkan badan manusia itu untuk beribadah kepada TuhanNya pun berduka lara. Ia akan dihumban kedalam tong sampah atau jatuh ke lantai lantas dilupakan. Apakah kerana ia mudah didapati, harganya pun murah, maka ia dipersiakan? Diperkecilkan? Hakikatnya si manusia bukan memperkecilkan sebutir nasi itu, tetapi Allahlah yang diperkecilkannya.
Selama kita hidup di dunia ini sudah berapa kilogram nasi yang kita makan, berapa banyak ratus jenis makanan yang kita rasai dan nikmati? Pernahkah kita terfikir, hidangan seekor ikan itu dari laut mana datang nya, segelas susu itu telah diamanahkan oleh Allah kepada berapa banyak makhluk, yang akhirnya dapat dihidangkan kepada kita si hamba Allah ini?
Pernahkah kita terfikir jika di suatu hari setelah malaikat mencari-cari di timur dan barat, tetapi tidak dijumpai oleh mereka secebis makanan, seteguk air atau sehirup oksigen untuk kita, itu tandanya bahawa sudah sampai masanya roh kita menghadap Penciptanya, meninggalkan jasad yang sudah tidak berguna apa-apa*
DiAdApTaSi dArI MiNdA AyAhKu
'''''''''''''''''''''''''''''' '''''''''''''''
Antara perkara yang memberi cahaya pada hati adalah bergaul dengan orang-orang soleh. Di waktu sedang makan pun banyak ilmu yang boleh didapati dari mereka* sebaiknya, piring makanan itu dialas kain saprah atau jika tiada, gunakan serviette paper pun boleh*supaya nasi yang jatuh dapat dikutip semula. Makanlah dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk. Kita ini hamba yang tidak punya apa-apa, walau semahal mana makanan yang kita beli menggunakan duit sendiri, hakikatnya duit dan hidangan itupun Allah yang memberinya. Ingat, apa yang masuk ke perut itu nanti akan dihisab [calculated] di akhirat, adakah kita berlebih-lebihan, adakah kita termakan hak fakir miskin; hidangan yang tidak akan dihisab adalah yang dimakan secara berjemaah. Oleh itu seeloknya, makanlah bersama sahabat-sahabatmu.
Nota kaki: tetibe lapar balik..hehehehe :)
Friday, February 6, 2009
Tuesday, February 3, 2009
Suatu.....
dapat bahan utk entry ni dr email...thanx pd yg bg...sbb dpt dikongsi bersama
------------------------
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "(Surah Al-Baqarah ayat 286)
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "(surah Al Baqarah ayat 250)
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Surah Al-Baqarah ayat 45)
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?(Surah At-Taubah ayat 111)
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " (Surah At-Taubah ayat 129)
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Wednesday, January 7, 2009
Hari Asyura
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Nota Kaki: jangan tny hadith ke ape pasal bende betul ke idak [bg fadhilat setiap perkara yg dilakukan seprti di atas]..aku rase mmg xdek sbb aku yg cetek ilmu ni xjumpe lagi :) [if kawan-kawan ade ilmu tu tolong lah share kat sini ok..xbaek kedekut ilmu tau] & bende ni leh jadik kan panduan as pendorong nak berbuat baek [di sini, jgn lah pertikaikan keikhlasan org tu buat disebabkan ganjaran ke ape..sbb tu urusan dia ngan tuhan kan..& kite selalu jugak kate.."kalo buat sbb nk dpt kn hikmah dan fadhilat yg tertera tu baek xpayah buat..sbb xikhlas"..tp pd aku...sekurang2 nya dia cube buat kan even niat dia nk dpt kn ganjaran [ganjaran ni dijadikan sebagai pendorong] tu..tp kalo dia bersungguh buat..mane tau ape yg dia lakukan tu diberkati kan..dr kite yg mengata org ni lak..xpenah nk cube buat..ha lagi rugikan kan..kan..kan..kite xdapat pape-pape..yg dpt hanya Dosa PHD
----------------------------------------------------*
Pastu aku try lak carik yg laen..jumpe artikel yang ini...try carik hadith yg berkenaan..xjumpe lagi lak...cume hadith mengatakan puasa sunat 10 muharram tu ade lah..so, bace artikel ni sampai abis..kompem jumpe nnt..:)
Bubur Asyura juadah sinonim bulan Muharam
MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.
Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.
Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, tidak salah dan tidak ada apa-apa dosa untuk menyediakan bubur Asyura.
Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.
Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.
“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura.
“Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad
Nidzam.
Namun katanya lagi, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).
Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.
“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.
Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.
Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).
“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.
“Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura,” kata Mohammad Nidzam mengakhiri perbualan.
APA KATA MEREKA
Mohd. Izwan Md. Yusof, 26, (Kakitangan awam)
“Apa yang saya fahami penyediaan bubur Asyura ialah satu kebiasaan dan menjadi ikutan umat Islam di negara kita ini. Saya tidak pernah merasa ia sesuatu yang bersalahan di dalam Islam kerana apa yang dilakukan adalah baik.
“Hakikatnya, kita perlu melihatnya dari sudut positif kerana menerusi amalan kebiasaan ini terjalinnya gotong-royong dan mengukuhkan semangat kejiranan sesebuah tempat itu. Malah amalan sebegini pastinya tidak bertentangan dengan syarak.
“Pun begitu, dalam kita menyambut tahun baru dalam kalendar Islam, apa yang perlu difokuskan ialah bagaimana kita sebagai seorang Muslim menghayati roh atau semangat tahun baru dengan lebih betul dan baik.
Noyah Ahmad, 53, (Pembantu Perawatan Kesihatan)
“Bubur Asyura menjadi tradisi acap kali kita menyambut 10 Muharam dan sebut tentang cara penyediaannya, apa yang saya ketahui, setiap negeri mempunyai kaedah dan cita rasa tersendiri.
“Malah ada juga segelintir tempat, menyediakan bubur Asyura sepanjang bulan Muharam. Namun saya lebih suka sekiranya ia disertai dengan ibadat puasa sunat 9, 10 dan 11 Muharam kerana diketahui fadilat yang diperoleh kepada orang yang berpuasa pada bulan Muharam.
“Sungguhpun, ia satu bentuk adat namun tidak salah sekiranya ia dilakukan kerana ia sebagai satu bentuk bersedekah terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan.”
Norazilawati Muhammad, 40, (Usahawan)
“Apa yang paling ketara apabila kita melihat dalam amalan Asyura ialah silaturahim yang terjalin antara umat Islam. Ia merupakan sesuatu yang baik sungguhpun amalan ini sekadar satu adat kebiasaan khasnya kepada umat Islam di benua sebelah sini.
“Namun janganlah sesuatu yang sekadar kebiasaan bertukar menjadi kemestian kerana dibimbangi ia mendatangkan kesusahan terutamanya kepada mereka yang tidak berkemampuan.”
Mohd. Hafiz Habil, 23, (Peguam syarie)
“Bubur Asyura ialah tentang bahtera nabi Nuh yang terselamat daripada banjir besar, di mana mereka menyediakan sejenis juadah yang terdiri daripada pelbagai bijirin sehingga menghasilkan sejenis bubur yang enak.
“Selain kita sibuk dengan menyediakan juadah bubur Asyura, satu ibadat yang jangan kita terlepas pandang ialah puasa sunat Muharam.
“Saya suka lebih melihat amalan penyediaan bubur ini dari sudut yang positif. Ini kerana pemuafakatan yang terhasil daripadanya adalah bertepatan dengan anjuran Islam iaitu saling bantu membantu dalam kebaikan.”
Rafidah Sulaiman, 26, (Pendidik)
“Amalan menyediakan bubur Asyura kebiasaannya dilakukan secara gotong-royong sama ada di kawasan perumahan, pejabat mahupun masjid atau surau. Ia amat sinonim dengan bulan Muharam kerana ia berkaitan dengan kisah yang berlaku pada zaman Nabi Nuh.
“Sungguhpun begitu, saya lihat sekarang bubur Asyura bukan sahaja menjadi menu wajib pada bulan Muharam tetapi kebelakangan ini bulan Ramadan juga terdapat juadah sebegini cuma ia lebih dikenali dengan nama bubur lambuk.
“Saya bersetuju sekiranya amalan penyediaan bubur Asyura diteruskan kerana semangat gotong-royong daripadanya. Selain itu, juadah ini digemari majoriti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.”
Artikel Dr Arkib Utusan
Monday, November 17, 2008
Perkara ajaib tersembunyi di dalam minda
Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Tuesday, November 4, 2008
Kalo Takmo Sakit..Janganlah Tinggalkan Solat
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Solat sebagai “Perawat” penyakit kritikal
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berikut adalah pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains
-- Affandy M Shaari
__._,_.___
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"
Dipetik daripada Berita Harian oleh Ziauddin Sharuddin / zia@bharian.com.my
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Angan-angan tahun 2017 ini nak lebih relax dari segi kehidupan kerja dan harian. Nak banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab 2015...
-
Perkara kecil tapi impak nye besar. Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil...



