ada assignment. cet. walhal, bkn penting pon, cuma boleh lah relase rasa bengang ngan keja ni seketika. rasa nak lompat bintang sbb budak yg tarik report tu salah tarik query kot sebab dalam list report tu non-ado nama aku yg case masih pending..muahaha selamat dr menjawab harini. esok nye hal.esok lah pikir kan ye. muhaahahaa makanya, mari lah kita menceceh dulu dengan soalan2 cepumas dari nyiok kebana rebana. oppsssss mau kena ketuk nnt.owh aku mengarang ni kol 10.30am td. baru leh post ha
1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Turun ke ting.29, jumpa user utk setelkan masalah. very the kacang nya masalah rupanya.
2. 2 jam yang lalu?
masih dlm kereta sambil berkaraoke riang bagi menenangkan hati yang bengang dengan masalah jem yg tiada kesudahan
3. Minggu lepas?
Saya berada di bandung dalam sesi percubaan berjimat cermat :P
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
aku xpasti sebab aku jarang dengar lagu kecual yg di putarkan dlm radio hotFM. aku asik dengar lagu si 6th sense tu..ape tajuknya ek..ha lagu MENYESAL. sehari tah bape kali main tah. lepas tu lagu ringtone henpon aku "because my head is bad". kompem akan berbunyik lebih dari 10kali sehari kalau hari bekerja. hehehee dan last sekali, lagu running dari phone maxis aku, ni sehari adalah 3kali jek kot berbunyik. ahaks.
5. 3 binatang yang anda tak suka?
ULAR SEBAB MENGGELIkan
NYAMUK SEBAB GATAL
TIKUS SEBAB TAK HENSEM
6. 5 fakta tentang anda?
SATU - SANGAT MALAS NAK AMIK TAHU PERASAAN ORANG
DUA - kalau makan, tak reti nak kata tak sedap. kira aku ni jenis menikmati makanan lah kan. hak hak hak
TIGA - engine nak mesra dengan orang baru kenal tu sangat lambat panasnya.
EMPAT - tak suka duduk rumah sorang2 kalau takde keje nak buat. saiko ok. xdek orang nak menyembang kan.
LIMA - belum pernah walau sekali pam tayar kereta sendiri. ngeh33
7. Tahun depan mungkin anda?
dah pandai nak pam tayar kereta sendiri dan reti nak hantar service kereta sendiri. cewahhh mcm xpenah berdikari jek. well sebelom ni memang ayah aku yg hantar ke pusat service ya.jgn jeles.
8. Saya tak reti sangat…
bawak kereta manual. huahuahuahua.
9. Saya pandai …
Main Game Angry bird. aku dah mula nak angry jugak sebab kena start balik. mencik tau ngan lappy ni..eh silap mencik ngan spam dr website tu. tak pasal2 kena format lappy aku ni.
10. Kawan saya…
ramai. hahahaha salah sorang tengah risau pasal baju chiffon dia kat mengecut, sorang lagi tengah pikirkan perjalanan dating di pertama TGH nanti, lagi sorang tu dah senyap kan diri beberapa hari ke dah sampai chenai, sorang lagi tengah skodeng FB nak membeli apetah aku xdpt tgk gambar tu lagi dan yg lain mungkin bz di pejabat or bz memanjakan diri di spa atau ada yang bz memikirkan nak makan apa lunch nanti. panjang plak membebel ha.
11. Saya ada…
anggota badan yang lengkap utk melakukan kehidupan seharian. alhamdulillah atas nikmat yang diberi.
12. Saya seorang…
yang garang. ni kata orang lah, tapi hakikatnya saya seorang yang malas nak ambil pedulik apa orang nak kata.
13. Adik saya…
ada yang dah kawen dan ada yang masih dalam pementauan PBB saya kerana tak cukup matang lagi. kesimpulannya saya ada adik yang berderet yang bisa menserabutkan kepala hotak ngan 4 macam perangai[maka 4org jek adik aku]. hahahahaa pengakuan ikhlas ni.
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
SATU - balik kampung
DUA - rutin harian iaitu tidur di waktu malam. :P
TIGA - baca&reply email dr GGO hari-hari.
15. Bilakah pertama kali bercinta?
wujud ke cinta pertama ni? entah lah ye. dah lupa bila kali pertama merasa cinta ni.mungkin form 1, mungkin masa 18 taun. lupa sudah yang mana satu boleh di katakan cinta.
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?
mereka selalu tak percaya Nama saya ialah Khairunnisa. sekian.
17. Saya rindu…
nak melalui kembali zaman belajar yang hanya pening memikirkan test, kuiz, final & project sahaja. xpenah peneng pasal menda lain.
18. Saya tak sabar…
nak ada driver. bila lah nak kaya.
19. 5 laman yang anda slalu layari?
SATU - m2u. ni wajib tgk. walhal dah tau baki tgl berapa kan. muahhhaahaa
DUA - ohbulan, cek gossip. ahaks
TIGA - FB, kadang2 terlupa jugak.youtube bila nak cari lagu baru.
EMPAT - mstar. paling senang kot nk tau update berita
LIMA - belog rakan2.
20. Anda mahu tag?
well, kalau rasa teringin nak buat tag, sila lah ye kepada semua pembaca belog ini. sekali sekala buat tag ni, ala-ala prektis menaip jugak dan prekstis menjawab survey. muahahahaaa. sekian, terima kasih :)
Thursday, March 17, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Good Bye 2018
**pic from google
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Ni TAG dari Dokter Asma' yg mane aku gelar dia dokter muda yg penuh emosi..hehehe...jgn mare yeaaa...nnt lagi cepat tua..xdek org nak la...
-
Tibe-tibe rasa tak cukup nafas, bila dapat surat dari HR mengatakan esok adalah hari terakhir saya berkerja...owh tidak, hari tu kata khamis...