Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Mood Happy

Perut masih kekenyangan gara-gara melantak di steamboat kat Perlis. Nama kedai nanti aku citer yek. makan sampai nk muntah terbelahak ni. Yolah, tak abis kena bayar balik kan..uhuhuu

ok lupakan part makan. cont mood happy aku. cer citer cer citer

ceritanya begini, esok boleh balik key hell ...yeay...

dan esok berazam nak gerak seawal pagi utk membolehkan aku lunch di HLA. ni hanyaperancanganlah kan...apa2 pon saksikan lah esok ye. kol 1 lbh masih xtido ni.huhuhu

oklah..memang gumbira ni..tak terkata weh..even takde sape kat KL tu yg nak aku terjah..tp katil & bantal aku tu sangat rindukan aku..cewah....tempat tumpah darah dikenang. inikan pula tempat melanding utk bermimpikan..huhuhuhu

yey yey esok balik..dah mcm budak asrama balik cuti sekolah jek..

ni mood gembira sbb dapat berpuasa di KL & melaka...yey lagi sebelum tidor...huhuhu

Sebut betul-betul

ni bukan bunga

ini lada hitam sarawak




dan inilah gambar-gambar bunga yang sempat saya snap ketika di sarawak






of coz sebab kaler








berdua lebih baik



bunga ni siapa ingat, dah lama aku xjumpa


kesian kan...







Nota kaki: nak update cerita pasal sarawak, sekali tak sempat daaaa sebab peneng memikirkan hal perihal module finance. peneng aku structure Ber*as ni.. gut nite.

Buat-buat TERkejut

Bila tengak account bank. walhal dah tau yang finance dah tersilap bank in gaji..bayangkan kalau gaji banyak tu sebulan..muahahahaa

macam mane lah bleh tersilap kan.nasib baik lah telah diberitahu awal.kalau tak..memang aku koma tengok amount nya... agak-agaknya depa tersilap cek grade aku kot.hehehee

tak pasal-pasal nak kena pulangkan balik...

**gambar terpaksa di delete yek..seperti yg dijanjikan**
amacam zam? puas hati. maybe gaji ko dah byk ni kot..aku memang lah sangat2 jauh dari ni kan..muahahahaaa
dulu amount banyak2 masuk dlm acc tym bonus kat bernas jek kan...

Feeding time

Balik KL sekejap last week. tak panas pon bontot bertapa kat kedah, dah kene cargas balik KL kan. mau tak nya, sampai ahad, rabu balik KL. ponat badan den. dan lenguh pinggang ok! OK, balik KL sebab ada workshop kat KL. depa ni kan. marah betul I, buat setempat jek boleh tak? ish ish. ok, balik KL dengan 2org rakan yang lain & salah sorang tu bagi aku sebungkus pelestik itam rambutan. aiyooooo mana aku nak campakkan kan. end up dapat idea bernas, hehehee campak aja di kampung pasir..muahahaa tu lah jadinya, kisah aku ke kg. pasir. nak singgah kejap jek. tp sempat lah aku ajak depa ni teman aku makan kan. almaklumlah..kelaparan....

dan makan lah kami di Papa chop melawati.


kebetulan ada games Chealsea vs Harimau Malaya
melekat lah kami di kedai sampai abis 90 min games tu.,
huhuhu


dan makanan aku.

makanan adik


makanan di gonjes


dan dessert..wallaa
dan lagi syiok...
kedai tu xramai orang macam kat mamak, dan TV LCD ada dua..
dan memang port best utk lepak sebenarnya..

cayalah pada farizal…

Semoga jodoh kita kuat

Tajuk tak boleh belah dan takmo kalah kan. owez nak carik kontroversi. well, boring lah sebab jarang sekali dapat update cerita kan. cerita kali sebenarnya, nak wish happy belated birthday kepada laling aku. and thanks sebab setiap kali besdae kau, aku kompem pokai. tak sangka dah Empat Tahun laling berkhidmat dengan aku, since 20 Julai 2007. semoga jodoh kita kuat. jangan nak buat perangai udah le. memang carik nahas namanya kan.

aku selamat sampai kembali ke Jitra hari sabtu jam 3.00am. maka check-in hotel lah kan. dan bila check-out nk balik ke rumah sewa, aku skodeng2 lah car wash. yolah dah rupe apa tah laling ku itew kan. aku sendiri xsanggup nak tengok ok. luar dalam .... memang menyemakkan bijik mata ku ini. dan car wash pertama yg terbentang di depan mata adalah..auto car wash...perghhhh... belasah ajelah...

dan bila dah cuci, nampak plak pakej utk polish...hehehe 4taun pakai xpernah polish ok..ngeh33 dan dan tawar menawar dan....tadaaaaaaaa




besdae present utk laling tahun ni.

ta…

Restoran Atap-atap

Ni cerita berminggu-minggu yang lepas, aku baru jek transfer gambar dr phone, sebelum ni asik alh lupa kan. sementara menunggu waktu nk check-out dari hotel ni, update lah apa yang patutkan. even mata masih mengantok. mau tak nya, check-in kol 4am ok....kompem lah masih mamai waktu ni kan. ahaks.

berbalik pada cerita makan-makan kalini, restoran ni kat Amcorp mall, and masa ni not out first time mencekik kedarah di sini. ni time aku balik ke KL utk meeting, maka ajak lah Murni tym lunch hour utk makan kat sini. serius sedap. nak ke kedai ni senang jek. kat LG, depan giant kat AMcorp mall tu jek.


the menu book



dan sila pilih yang mana satu


tadaaa
nasi ayam sambal 1 set = RM 7.90
serius sedap ayam sambal dia...
dan ayamnya pon manyak ooooo

Nasi butter sotong..
so, yummy

gambar semua di snap selepas beberapa kali kena ngap..lupa dah...
tujuan asal nak tayang apda didi, sebab dia xtau nak berbuka apa waktu tu..
tapi nak menjengah ke belog sendiri pon lupa kan waktu tu..hehehe
ok masa utk check-out..…

Imam yang dicari

.
.
.
.
.
.
.
.
,
.
,
.
.
.
.
.
-tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa-
.
.
.



rindulah kat budak tecit ni. Even kecik tapi dah kena panggil abang. abang naufal. phewwwwww....
amacam, boleh menang contest imam cilik x? tapi abang naufal ni, senyum lepas flash camera keluar.....salah yang oi... kena senyum sampai proses snap setel..dr sebelum & selepas yek. takpe nnt kita g taman ok.
well, jeles kat budak kecik ni sebab sedang berseronok di Pulau perhentian. well, mama yun sangat jeles. bukan rindu kat dia jek, kat kakak dia pon yek jugak. rindu nak dengar dia menceceh & rindu nak dengar baby Bihah merapu. muahahhaaa baby ok!... well, gambar kakak yg latest non-ado.

Selamat Kembali

yeah, bersiaran kembali dari pekan Jitra. uhuk. selamat sampai kol 12.03am ahahahaa dan malam ni tdo lena( tapi mata xleh lelap lagi nih.) kat hotel ni. uhuhuhu serius letih tahap gaban, tapi xleh lelap. ni gara2 aktiviti yg meletihkan since jumaat. dari cyber ke shah alam & balik melaka lepas tu sabtu ke segamat, balik dari segamat singgah melepak di muar dan tgh tadi gerak balik ke KL, transit sekejap kat KL sampai tertidur 2jam. hehehe end up.kol 7lbh baru gerak balik kedah. huwaaaaaa aku malas + lemau dah nak balik kedah ni, tapi apakan daya, dah xleh excuse minggu ni. muahaha sebelum balik cek jugak email, mane lah tau ada email yg boleh buat aku mengelat kan. ngeh33.

apa2 pon, dah selamat sampai dan esok kerja. tu lagi xsyiok apsal lah cuti sekejap jek kan. dalam tak nak mai kedah ni, aku rindu jugak nak makan cjar kuew teaw ghanni tu kan. hehehehe. dan lagi best sampai hotel dah mandi manda, boleh plak berus Gigi non ado dlm beg, lupe plak aku gune utk trip sarwak aritu, lup…

Sarawak 2011

Trip kali ni, jauh sket perjalanannya, dan aku yang sememangnya xcukup rehat, memang rasa letih je lah sepanjang percutian kalini kan. tapi cukup seronok lah..sebab kalini pegi dengan geng photographer jek kan. semua orang sibuk amik gambar aku plak makin malas nk menembak. menikmati keindahan alam jek udahlah. simpan dalam memori kekal abadikan.huhuhu so cerita penuh menyusul kemudian yek

Rainforest World Music Festival

Juz coming back from Rainforest World Music Festival(RWMF). Aku sempat pegi hari yang last (Ahad,10 July 2011) sebab hari yang tawaf lah tempat2 lain di sekitar kuching ni kan.


Gambar di atas ni credit to Mus'ab. nak tgk yg lain-lain jengah FB dia di sini

Kalau orang tanya best ke tak, Serius Best. next time aku nak pegi lagi, tapi nak carik geng yg blh layan lagu etnik negara. biar tak paham, janji boleh layan music dia...serius lagi best dr konsert JB ok! tapi malam tu konsert sunset, konsert terakhir b4 berakhirnya festival tu aku duduk jauh nun di belakang, sebab malas nak bersesak2 kat depan. nak amik gambau pon malas. sebab trip ni macam tersangat lah penatnya. hehehehee ok lah. nanti aku share cerita lain pulak.

Kamera Idaman

Aku dah mengalami malas nak angkut camera berat2 ni. makanya, nak beli camera compact tp hasilnya kena gempak macam DSLR. hahahaa setelah di cuba-cuba ni yang terbaik wok. serius mmg hasil dia cantek. dan sangat memukau jiwa aku. tapi harganya menjadi masalah. dan terpaksa lah simpan di kedai selama-lamanya. kecuali ada orang sudi nk present time besdae aku bulan ogos nanti.muahahhaa
dan lagi gojes kalo dapat yang kaler putih..ya-aw-aw lah kan....serius comel lagi gojes. sob sob..kenapa lah ko mahal sangat.








ni review pasal camera ni

Nota kaki: Cik reen, kalo ko nak beli, ko beli lah camera ni.kompem berbaloi nk rakam gambar si Mia tu. nanti aku dah free aku jenguk Mia yek.ahaks

Cinta hati

baru ku. nak share lah ni..meh tgk sesame..meh ..jangan segan-segan... benda baikk, barang baik kena lah share kan.

tadaaaaaaaaaaaaaaa...new nikong in da house. comel tak? comel tak? inilah madu terbaru Mr. Nik. aku bagi nama Mek Kon jek. sebab dia ni didalam golongan TER.......


cer teka ni model apa dalam keluarga nikon?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
owh model baru terhangat di pasaran, bersize 4GB sajok.

boleh lah di masukkan dalam kategori keluarga Mr. Nik


Family Day

Sekelipan mata dah setahun aku berkerja dengan ScSB. (1 Julai lalu genap setaun), Erm kira dah setahun lah berlalu kisah huru hara jiwa aku tu kan. Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya. dan sesungguhnya lah ianya mematangkan pikiran.

dan 25 & 26 Jun yang lepas Kampeni aku, mudah nak paham, kampeni aku bawah puncak semangat group, makanya ada beberapa kampeni lain lah yang di bawah naungan PST tu yg terpaksa join..huhuhu tahun ni ke Gambang waterpark. seawal sabtu pagi, 10am, bas bertolak dr Opis jln tandang ke Gambang.

dan baju yg di sediakan khas utk family day kalini adalah purple..yeay, tanpa ragu2 utk dipakai..yeay sekali lagi. sampai dalam 2pm. register & check-in bilik. aku sangat lucky 1 apartment 2 bilik, hanya berdua ngan Budak CDC kelantan. huhuhu damai betul. hehehhee dan petangnya ada aktiviti telematch. biasa lah ada kategori kanak-kanak dan dewasa.



aktiviti untuk kanak-kanak



rebut jangan tak rebut
sapa banyak dia menang yek


muka gembira bawak balik hadiah


dan a…

Mood Sweng

Pagi-pagi dah spoil kan mood aku sebab keta aku kena block ngan Saga FL baru yg no dia 4908. amik ko. geram tau. dah tau block keta orang sila lah tgl kan no phone kan. nak jek aku langgar kasik kemek. wa dah lah lambat. xpasal2 aku terpaksa pikirkan idea bijak utk redah jek korridor kedai-kedai tu. seb baek kakak kedai tu pon kesian kan. ni yang pikir nak beli rumah teres. senang xpayah bengang mcm pagi ni.

dan aku blh bet, orang punya keta tu memang tgh layan makan brekpes kat kedai bawah tu. blh je selambe ayam bila aku tny xnak ngaku kan. memang aku jumpa lg, boleh pancit tayar dia nnt.

CHar Kuey Teaw Ghani

Kalau ke Jitra/Bandar Darulaman, korang wajib pekena Char kuew teaw Ghani ni. memang sedap oooo.huhuhu sampai aku dah mcm ketagih. yolah nk explore makan tempat lain, xdek maknanya nak ada kesempatan kan. balik rumah pon ngam2 waktu utk membongkang kan. well, lokasinya senang jek, dekat dengan Yawata, berhadapan 7-e and secret recipes. memang senang jek. tapi aku xpuas hati, orang kedah ni meniaga ikut suka depa jek bila nak tutup tau. time betul2 kebulur, memang dah set nak makan hak ni tapi sekali tutup..frust i tau...well, kadang2 aku dah lapar, sebelum sampai rumah aku singgah jek, melantak sorang2. huhuhu yg penting tidur dalam hati yang tenang & xkebuluran

Dapat test drive

kete kat atas ni..perghhh xperlu lah verangan nak memiliki..dapat test drive sekali pon dah Alhamdulillah kan..xkempunan. muahahahaa

ekceli gambar ni aku snap dalam kereta kat parking depan KFC jitra. masa ni tengah bengang sebab ada orang double park belakang kereta aku. makanya, aku makan hangin hangat selama 30min jugak lah kan. dan nasib lah ternampak kereta ni..terus hangit hangat jadi cool..wallaaaaaa...lalalala