Tuesday, April 12, 2011

Kacau Bilau

Ye mood aku memang kacau bilau beberapa harini. tak tahu kenapa & mengapa & di mana & siapa & apakah. rentetan ni, ke kreatifan aku nak menyelesaikan masalah kerja menjadi sedikit slow. menatap screen notebook 2jam pon xdapat nk setel. malam ni pon aku cube, tapi xmampu nak selesaikan juga. buntu dah aku nk setelkan case new group tu..hope adalah idea esok. owh esok lagi macam2 nak kene pikir. huwaaaaaaaaa dek kerana jiwa kacau, aku berjaya siapakan entry bandung tapi entry krabi tetibe hilang idea dah. tsk tsk (*,)v tetibe otak kiri aku terpikir jiwa kacau ni disebabkan dah lama xlayan jiwang kat wayang. tapi otak kanan aku pulak mengingatkan aku utk membaca al-quran. terus insap kejap! kejap jek. oppss.,, mungkin lah kot kena mengaji lah..asik pikir nk tgk wayang jek.....dush dush....T__* (lebam sebelah bijik mata) dah boleh tidur, esok kan meeting..kalo meeting tu pepaham lah...get ready utk tadah telinge..ahaks. Gut Nite uols. Nota kaki: HTC baru dah keluar. kena cantas abg long dengan kadar segara. kasik dia sentap mcm yg dewi buat. huhuhu:P sebenarnya nak tulis pasal ni..tp mengarut jek lebih

Kisah Kami di Bandung

Hutang lama yang perlu dilangsaikan. terpaksa buat cincai aje. xlarat lah nk pilih gambar yg terlampau banyak. lagi xlarat nak edit. belasah ajelah, gelap ke cerah sgt ke kan. janji mood percutian tu korang leh bayangkan. Percutian ke Bandung ni bukan lah dalam perancangan kerana masa mereka membeli tiket dulu, aku dah beli tiket ke krabi, dan memang xmampu kot masa tu nak kumpul duit utk 2trip sekaligus. Makanya, terpaksalah Say NO pada ketika itu. tapi tuhan nak bagi rezeki jugak kan. tetibe sorang dari mereka xdapat join. thanx Kak Da, dan kerana tiket dia bukan tiket promo makanya, adalah peluang utk tukar nama. makanya aku hanya bare cost tukar nama tu jek. tapi charge tukar nama ni mahal ok. RM150. derang beli tiket tym promo, aku rasa RM80 jek kot. hehehe tapi layan kan, nak beli on da spot kompem makan RM400-500 kan. kebetulan sekarang ni konsep aku, bedal jek duit gaji, lepas tu pikir lah nk ikat perut ke, nak korek tabung ke kan. tapi alhamdulillah takat ni lom ada kes korek tabung. tp non ado saving kan, xdek lah tabung yg nak dikorek..muahahahaha nak terbang selasa pagi, rabu minggu sebelumnya tu akukompem kan nak join. yolah kena lah buat kira2 dulu kan. dan adalah balance duit gaji 300lbh bln February, di tambah sikit duit gaji Mac, lepas lah kan. makanya, aku ke Bandung blh di kategorikan dalam kategori gamble jek, dan aku bawak duit poket 3juta rupiah bersamaan Rm1040 pada ketika itu.

duit tulah aku guna utk bayar semua benda & shopping. yolah memang tujuan nak shopping kan, aku aimed baju raya aku , mak aku, ayah aku & adik aku. lepas ni takyah pikir pasal baju raya kan.


dekat sana kami tinggal di hotel kenanga Kenangan. hotel ni sangat dekat dengan Pasar Baru, makanya memang rocomended lah kan. dan hotel ni menyediakan brekpes secara percuma, kira dah masuk dlm pakej. yolah nk amik hotel yg mahal yg mmg ada disediakan brekpes xmampulah kan. tp hotel ni mmg ok.


sampai jek Bandung, dari airport kami naik teksi ke hotel, check-in hotel & makan di hotel saja sbb masing2 dah kebuluran. selepas makan....


kami serang Pasar Baru. memang tercari-cari jalan mula2 tapi kalo tak bertanya kompem sesatkan. hehehee memang dekat, jalan kaki dalam 7-10min jek dari hotel kami. dan bermula sesi membeli belah kami yang pertama. dalam sesi ni jek aku dah abis nk dekat sejuta. miahahahaa sbb takut xsempat nk datang lagi.terpaksa lah belikan. aku beli kain utk buat baju kurung. tengok telekung dia serius memang tak tahan godaan, tak pakal lah bajet ciput jek kan. makanya pandang ajelah, tapi aku beli sepasang jubah sebab murah & cantik. huahua bila nak pakai, entah le. dari sekolah dulu teringin nak ada jubah, asik pinjam bebudak punye jek kan. biasalah budak asrama kan. tapi memang xdek orang nak belikan, well my apak time tu hanya beli baju kurung aku pd waktu raya, takkan aku nk mintak tukar baju kurung jadi jubah plak kan. tsk tsk sedihkan, ko boleh bilang lah berapa lai jek baju aku dulu. sekarang tak terkira dah sebab beli sendiri. pahtu kat hostel memang aku lenjan baju kurung yang sama bertahun2 lamanyam lebih2 lagi baju tu adalah dari jenis kain yang xperlu nak di gosok. i like! 10x


dan abis jek shopping kami balik hotel & keluar semula utk makan malam. hari pertama ni memang jalan kaki jek. agak jauh jugak lah berjalan walhal sebab perut dah berkeroncongkan kan lagu zapin...makanya perasaan emo tu dah ada, last2 patah balik dan

serang Warong Ampera untuk makan Malam. fouuhhh leganya. alhamdulillah kenyang....aku lupe name nasik yg dibungkus dalam daun pisang tu. dah kenyang, balik bilik...zzzzzzz esoknya selepas brekpes gratis di hotel, pak supir yang ditempah pon datang menjemput kami utk di bawa ronda2. tempat wajib pegi adalah
tangkuban perahu, owh ni jek lah tempat lawatan yang bukan cantek jugak berphosoot kat sini kan.
mula-mula masalah bau, tapi lelama ok jek. dan saksikan lah gambau-gambau kami di sini. serius banyak lagi sebenarnya.
owh walaupon ni bukan tempat membeli belah tapi cenderahati kat sini comel2. sesungguhnya lah aku tidak tahan godaan dan menapau lah beberapa barang comel.
dan setel sesi melawat kawah gunung berapi ni. pak supir kata dia nak bawak ronda-ronda jengah factory Outlet. owh terus bersinar2 bijik mata ni kan. hahhaa tapi perut ni asiklah kebuluran makanya, pak supir singgah di restoran sederhana. mak eihh nama sederhana, tapi makanannya memang buat kan kita xboleh nk bersederhana ketika makan.
selera padang, macam biasa lauk pauk yg dihantar byk, tapi pandai2 lah yek. kang tgk bill nya..fengsan***


FO pertama, Rumah Mode. adelah berhelai2 blouse yang menggoda bijik mata. tapi kena beli selai jek. ni mmg wajib beli sebabnya aku tak bawak baju yg byk opppsss.. bukan memang dah xdek baju utk esoknya. muahahahaha oklah baju branded dlm rm25-35 gitew. kan
dan lepas tu pak su bawak kami ke Cihampelas, tp kat sini harganya takdelah murah mana. dan aku xtau nk carik ape dah kat sini. padahal....tgh berkira2 bajet kan. hahahahaa
dan keadaan kat situ memang macam-macam ragam. seronok tgk orang2 yang menjaja & budak2 sana. dan yg penting dapatlah tgk van yg Dimas naik. Angkutan kota namanya.
singgah sana sini..dah malam..sebelum balik hotel kena lah singgah mencekik kan. makanya, malam tu kami pekena ayam penyet.mak eihh sedapnya....
soda gembira tu. memang mood gembira terbawa2 sampai dalam mimpi..muahahhaa poyo ok! serius lah rasa nak jek minum 4gelas sampai kena sawan terlebih gula kan. dan esoknya....
lepas brekpes pak supir bawak kami ke pasar baru sebab FO kat sana buka kol 9am waktu sana, waktu malaysia kol 10am. awal pagi lagikan. yg dah buka hny lah Pasar baru. ni dah jadi tetiap hari ke pasar baru kan. hehehehe
dan shopping lagi di sini..oppsss tolong lah jgn lah singgah selalu..kompem tergugat iman ok. kali ni tapau telekung jek utk diri sendiri & mak tercinta.


dan seterusnya, kami ke Toko 3, inilah kedai yang di nanti2kan oleh para pencinta Jeans. murah lah sket dr Malaysia kan. nak murah lagi..beli lah yg lelong...hahahahaha memang murah..sbb sara beli, baru doploh hengget. murah kan. aku beli jugak selai. seluar jean yg longgok. brand lupe. sbb levis murah, xdek size orang yg overweight mcm aku kan. memang murah sbb harga dalam rm50 jek utk yg ori kan. tp size hanya 25 & 26, kalo enam tahun lepas, insyallah memang itulah size aku. sekarang toksah mimpi yek.
dan dari situ..singgah lagi di byk lagi FO. tp yg aku ingat Summit & blosson sebab aku melabur kat situ lagi..hahahaha
dan esoknya, pagi2 lagi aku ke Pasar Baru lagi. sesi terakhir utk beli kain cotton....end up aku terpaksa cari "Along" yang takkan serang simbah2 darah depan pintu rumah sebab duit xckp dek kerana aku dah terjumpa cotton yang aku idam2kan. fouuhhh terus tak terkenang2 dah..hahahahaa


dan tepat kol 12, pak supir sampai utk bawa kami ke lapangan terbang BAndara HusseinSastranegara Bandung.


dan cuak juga masa tengah tgu flight, tgk berita TV, ada amaran tsunami. xsangka time tu lah jepun dilanda tsunami. alhamdulillah semuanya selamat.

dan itu sahajalah kisah bandung saya. malas nk cerita beria sebab tempat ni dah orang dah selalu pegi. dan orang ke sini pon sebab nak shopping. tak perlu tips pon cuma sediakan duit yang banyak jek. barulah berbaloi dan tak kan terkenang2 bila balik ke kampung halaman.


dan sampai jek malaysia, aku terpaksa melihat kalender dan menghitung hari utk gaji. muahahahaa.


insyallah kalau ada rezeki lagi nak ke sana lagi.

Good Bye 2018

**pic from google