Thursday, October 9, 2008

Buat Renungan Sendiri

Aku dpt ni dr email..pagi-pagi dtg opis cek email..ade lah email yg leh dijadikan bacaan tok mengisi kekosongan otak di pagi-pagi ini...saje utk renungan sendirik..kalo korang nk bace dipersilakan..xnak bace pon xpe..tiada paksaan....Selamat Hari Khamis semua....

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerjaadalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorangitu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awalwaktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor diSemenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang iniTETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat olehorang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangankita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yangkaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Disatu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokongdan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlahorang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila adapelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyatMalaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?tepok dada tny lah iman sendirik!

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bilaramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidakmendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah,sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidakdidera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaanbentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatanbuang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hinabuang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau diahidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnyayang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapayang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitungbanyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkankeaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sediatahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nakberpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh darisunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )...pikirkan lah sendirik yeaaa

8. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adildalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baikdari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adilpada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

9. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu danberkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga dipentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperanganmemotong tali persaudaraan.

10. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, diamenyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat,aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitusedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Good Bye 2018

**pic from google