Friday, September 17, 2010

Raya Sakan 2010

Cuti 1 Malaysia semalam, aku dengan bebudak ATAT telah menyerang beberapa buah rumah [ehh 2 buah rumah jek]budak ATAT sekitar lembah klang, well xkan nak serang rumah yang kat besut/perlis/Jb kot kan..hehehee

Rumah yang di serang adalah rumah Si Bon di selayang dan Yuzzuke di Selayang juga...hehehee...beraya ke dua buah rumah tapi macam pergi beraya ke 6 buah rumah..lepak kat sebuah rumah tu dah macam lepak kat umah sendiri jek rupenyer kan..masing2 xsedor diri yang tuan umah nak halau dah tu.,..kekkeeke
turut beraya dengan Sugar Glider si Apeng. Daripada ko bela binatang ni, baek ko amik anak anak kat umah anak yatim tu & bela kan..hehehhee

binatang ni menyeramkan ok, kuku dia amat mengerikan aku..hahaha padahal binatang ni kecik jek..tu pon nak takut..miahahaa..bukan aku jek takut..ramai lg yang takut juugak...

oleh sebab anak si Apeng ni xrei bercakap lagi..makanya, tiada duit raya utk anak2 dia..muahahahahaaa
bercerita dan terus bergossip...xhenti..henti ok! makan lagi lah xberenti.....last2 baru lah makaroni cheese pujaan hati aku siap di masak & Thanx to bon sbb siap tapau kan utk aku...tamat lah hutang ko kat aku sejak 2tahun lepas...muahahhahaa...nnt hutang lagi k!
kan aku kate masing2 pakat makan tanpa henti....mentang2 lah tuan umah xkesah kan....makan makan dan terus makan sbb masing2 dah kebuluran akibat kene pusing 2kali di bulatan yg same sebelum sampai kerumah bon..muahahahaa...GPS tu sengal!
oklah..aku tgh tgu gambar dr bebudak lain...well aku bawak jek camera gedabak tp si amir kecik xdek nak tolong snapkan maka aku malas nak snap sendiri..kekekeke


Nota kaki: esok sambung lg sesi serang rumah terbuka bebudak ATAT..esok ke klan pule..hehhee rezeki orang bujang

I-city

Rabu malam Khamis. Tetibe ade orang call time maghrib ajak serangI-City, aku xpenah pegi lagi kan, maka nya, Yes kan aje lah..ahaks... akceli kawan aku tu nak bawak mak dia jalan-jalan. Sebab kesian terperap kat umah dari senin kan..yolah dah kawan tu keje... tp keje giller ni mmg dengan dia jek lah...sengal!
Untuk hari biasa, nak masuk ke sini akan di kenakan RM5 utk sebuah kereta dan pada hari cuti sekolah/umum dikenakan RM10...mahal kan?...layan kan ajo..tp serius memang ramai orang....
dah macam2 style bergambar dah..dah lah nak bergambar pon kene beratur macam lah nak beli setem kat pej pos di kala nak raya...adoiyai





tempat ni memang lawa, tapi mula2 memang aku peneng lah nk biasakan mata aku dengan keadaan lampu warna warni tu kan..

owh ni jek yg menunjukkan ciri2 orang melayu..kekkee


muka gembira tokleh blah
oklah..dah mengantok boleh balik dahhh..opopps sebelom pekena milo ais ngan roti telor kat Hakim dulu...lapar ok, kesian kat orang bujang yang makpak nye jauh di kampung halaman...xmakan dr siang nye kan..ngeh33...


Are You Moist Enough?

Untuk pertama kali, aku terpanggil untuk menyertai contest yang di anjurkan oleh Nuffnang. Sebetulnya, tiba-tiba teringat akan contest ini, apabila aku duduk depan Lappy untuk bermain games di facebook sambil nak menyapu losyen Vaseline ini ke tangan dan kaki. Lantas terus teringat akan contest "Are You Moist Enough?". Makanya, terhasil lah entri ini.


Adakah Kulit aku cukup lembap?

Sejujurnya, duduk di dalam aircond selama lebih 8 jam sehari dan terdedah pada matahari selama beberapa jam boleh membuatkan kulit kita kering walaupun kita mengambil air yang secukupnya dan memakan makanan yang nutriennya cukup untuk tubuh badan kita. Maka dengan itu, memang kita memerlukan alternatif lain untuk memastikan kulit kita kekal cantik dan kekal lembap.

Bagi saya, Vaseline Aloe cool & fresh menjadi pilihan semenjak setahun lebih yang lalu. Sebelum itu, bermacam-macam jenis losyen telah dicuba sebelum bertemu dengan Losyen Vaseline.

Sejarah jodoh aku dengan Vaseline ini sebenarnya dah lama, semenjak tahun 2000. Di mana seorang kawan aku memperkenalkan aku dengan"Vaseline Intensive care [petroleum jelly]". Aku guna kerana mengalami masalah bibir kering yang melampau dan selain itu, sebelum wujudnya losyen aku turut menggunakan petroleum jelly itu untuk di sapukan ke permukaan kulit yang kering seperti di siku, lutut, tumit kaki dan lain-lain. Sekarang saya guna yang Lip Essence Advanced kerana lebih mudah untuk di bawa ke mana-mana kerana sizenya lebih kecil.

Semenjak itu, aku memang suka pada produk Vaseline. Sehinggalah produk losyen keluar di pasaran, aku tidak ketinggalan untuk mencuba. Apabila menggunakannya, aku dapati memang inilah losyen yang aku cari selama ini, di mana ia tidak melekit ketika digunakan. Aku memang ada masalah sikit kalau losyen ini rase melekit, memang aku akan terus basuh balik kulit aku sebab rasa tidak selesa. Dan paling best, losyen vaseline ini membuatkan aku kekal lembap sepanjang hari dan baunya yang tidak keterlaluan membuatkan aku bertambah terpikat.

Dan kini, aku kekal lembap dengan Vaseline Aloe Cool & Fresh kerana rasa ketika menggunakannya sangat best & baunya yang sungguh memukau...cewahhh...

Oklah pada sesiapa yang nak join contest ni, sila lah jenguk ke Nuffnang utk mengetahui syarat-syaratnya. Semua orang boleh join kalau memenuhi syarat-syaratnya.

Good Bye 2018

**pic from google