Skip to main content

Posts

Showing posts from September 2, 2013

Page 244_1

Dapat kunci ni rabu lepas setelah kepala aku hampir2 hangus dok deal ngan org spnb.menguji kesabaran betul.tp alhamdulillah setel and tgh nk buat report utk derang tkr apa yg ptt dan aku blh uruskn pemasangan elektrik and grill.lepas tu.yahoooo boleh pindah.heheOk itu je

Page 244

Isu terhangat bulan lepas & kini adalah perihal yang berlaku kat syria. ya memang terkesan sangat-sangat, tapi tiadalah kudarat untuk membantu dari segi fizikal, yang termampu hanyalah menguhulurkan doa yang ikhlas semoga penderitaan di sana dihentikan segera. di Malaysia plak hot pasal PTPTN yg kunun-kunun nak disenaraikan ke dalam CCRIS. baru nak disenaraikan, patutnya memang dah ada dalam list tu sejak ditubuhkan lagi. aku mintak disenaraikan bukan sebab aku ni dengki dengan orang yang pinjam ptptn ni sebab aku sendiri pon terjebak meminjam ptptn ni. ini cuma method untuk aku sendiri yang aku rasa berguna sebab-sebabnya akan aku ceritakan nanti.

ok sebab pertama

mudah je, kalau dari awal masuk CCRIS kompem aku takkan lengah-lengahkan nak membayar hutang ni.

yang kedua

ianya memudahkan aku, sbb dah kompem-kompem lah akan kene tolak gaji..xpayah susah-susah nak pikir transfer sana sini. leceh dan mudah utk tidak ingat..hehehe

yang ketiga

kuranglah peluang untuk aku tambah hutang…