Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Bergema Takbir

Di pagi Raya,
Menyambut Syawal
Bulan Mulia.



Selamat Hari Raya




kepada semua rakan-rakan yang dekat mahupun yang jauh, yang dikenali rapat mahupun yg sipi-sipi. sempena hari yang mulia ni, hamba susun 10jari tangan memohon maaf sekiranya ada kesilapan yg tersengaja atau pun tak disengajakan, halalkan segala makan dan minum yang terambil & terminta. Dan jemput lah datang ke rumah di Kampung Alai yang super cool ini. :) cewahhh...






Maaf Zahir & Batin




oklah, lepas isya' geng takbir dah serang rumah, tapi kelam kalibut sket sbb apa yang aku ramalkan terjadi lagi. kalau sebelum ini bila turn rumah aku, tenaga letrik masih beroperasi dengan jayanya. tapi malam ni, kecundang bila turn rumah aku.. mencabar kan takbir ketika blackout. ahaks... ishh TNB ni tetiap taun kot, malam raya kompem blekout. tensi makcik. dah lah ketika tu aku dok depan kawah kacau rendang kan. takpelah. walaupon bulan ramadhan dah berlalu, di bulan mulia ni tetap kena bersabar ye kan.





oklah, dalam kejap-kejap b…

Lompat Bintang

Rasa nak bersenam plak pagi2 ni bila cek acc bank..duit gaji dah masuk..tp macam terlebihkan..hahaha sekali cek alhamdulillah bonus ada & increament pon masuk [kampeni lain semua awal taun kan]..fouhhhhh sekurang2nya lega lah sket urat yg bersimpul2 dalam otak aku ni...ok blh simpan buku ASB..xjadi korek dah..hehehehee thanks pd boss aku yg pulun push org HR & finance utk increament tu. walaupon tak banyak [sama mcm kat kamepni lame jek] tapi oklah dari takdek langsung kan.

ok blh pikir nak beli henpon raya kasut raya...

eh terlupa plak, laling aku dah amik berepa % dr portion gaji bulan ni kot sebab nya. mcm2 berlaku since june & bulan ramadhan ni kan. masa june aku dengan selambanya melanggar tiang kat parking Souq tu. tersengaja kot..sbb masa nk parking tu phone plak berbunyik banyak kali..menggelabah korek handbag sekali terseret tiang tu..hehehe terus aku trn dantermenung tepi kereta tu..hehehehee walaupon xkronik..still kena betul jugak kan. lepas tu masa puasa ke-2,…

17 Ogos 2011

Tahun ni hari bertuah aku ni jatuh pada 17 Ramadhan, maka, public holiday utk negeri selangor. yeahhahahahaa...tapi ...tapi aku tak dapat cuti sebab ada Integration Workshop kat KL. sob sob. xpelah kan nak buat camno. dan bayangkanlah, keluar dari KL nak balik ke Kerinchi..hazabnya.....tuhan ajelah yang tau kan.takpe, alhamdulillah sampai rumah sebelum berbuka. dan niat nak tapau kek kat SC depan rumah tu kan. tapi tahap ketaklaratannakmenapak tu sangat lah xleh nak dikata apa..maka...aku hanya tapau




murtabak dekat PARAM jek. huhuhu. boleh lah..dan aku hanya makan separuh..separuh lagi aku bedal masa sahur......syukur alhamdulillah. simple & sederhana kan. jimat duit. hehehee

oklah seperti biasa, terima kasih daun keladi pada semua yg wish. tahun depan jgn lupa plak yek. hehehee alhamdulillah doa taun lepas dimakbulkan dan tahun ni semoga tahap kesihatan aku maintain seperti sediakala.

dan pada yang doa kan macam2 jenis doa...thanks alot..& .amin amin...amin ya rabbal'alami…

Tsk Tsk

For the 1st time bulan ramadhan tahun ni kena berbuka dalam kereta semalam gara-gara xsempat sampai rumah. mana nak sempatnya, kalo keluar dari opis damansara nu kol 7pm, then sampai kat parking dah kol 7.10pm kan. terpaksa tapau roti seketul. dan terpaksalah berbuka di jalan universiti. hehehee poyo jek kan cerita, harapnya, harini taknak lah kejadian semalam berulang. tapi saya masih di opis KL. KL ye..KL....aku tengah menghitung nasib ni..adakah sama macam semalam. sob sob..kerja sila lah sila lah...selesai segera. Bukan tunjuk rajin tapi ni semua kerja tertunggak sebab esok-jumaat integration workshop, jgn harap dapat buat kerja lain kan.

ok. otak aku ala2 lari sket dari kedudukan asal gara-gara discussion pasal costing mgt. sumpah...makin hari aku makin mengeringkan air dalam otak aku ni..serius..makin tak paham.....sebab air otak aku makin kering..kerana...asik dok pulun perah jek nak paham kan apelah mereka ni merepekkan dan apejadahnya lah mereka ni conteng2kan.....heheheheee …

Iftar with GGO

acara tahunan. gambar aku cilok dari belog cyana. Ni adalah tahun keempat kami beraktiviti berbuka puasa di bulan ramadhan bersama. semoga aktiviti ni kekal sampai bila-bila. insyallah. owh aktiviti ni terjadi sabtu lepas. sempena 13 Ramadhan.

nak tau citer detail. skodeng ajelah belog si cyana yek. aku ni dalam mood sweng. sebab esok kena kerja. huwaaaaaaaaaaa baru nak merancang utk window shopping cuci mata..yolah nk beli lom ada kemapuan..cuci mata dulu lah kan..

ok lah selamat berpuasa. tengah tgu dak budak atat upload gambar berbuka ahad lepas.

Baju Raya terpaksa dilupakan
tsk....tsk...
bajet tak cukup.
apsal semua barang naik melampau-melampau ni...baju cotton kosong kurang menarik pong dah rm180. ape kess...dan mane menarik nk beli yg kosong tanpa manik kan...serupa beli kain tempah sendiri jek...sekali bermanik vagai semua 380 and above..mak eihhh..lupakan aja..terus niat wasatiah raya ni.

ok lah selamat shopping raya uols...kat radio pon dah berkumandang lagu raya...dari takde mood nak beraya...terus ada suku percent semangat nak raya.

Semangat Skuad Harimau

kau ade?

Macam Makan 5orang

Alhamdulillah, kenyang dan puas hati dengan menu berbuka harini. almaklumlah setelah sekian lama aku xmasak kan. maka, tebiat apatah yang datang dalam diri aku ni. maka nak dekat kol 4pm kat opis aku dah gelisah, terbayang gulai lomak ketam lah, ayam masak pedas lah. tu lah beremail lah vagai kan citer pasal berbuka..ni lah padahnya..makanya aku terus explore barang2 kat rumah secara halusinasi...maka aku teringat ade ikan kering...hehehe santan pon ada sekotak yang aku beli dulu kunun nak buat bubur jagung..tapi haram...peram jek santak kotak dalam freezer kan.

end up....balik dr opis 5pm, arini kat amtek jek..maka kol 5.30pm aku dah sampai rumah..terus singgah kedai beli serai, tomato & kacang buncis...dan sampai terus lah aktiviti aku...



hasilnya....



tadaaaaaaaaaaaaaa



masak lomak ikan masin + tomato sebab nenas tak jumpa kan..hehehe



sayur kacang buncis


dan drumet sambal meletop..

serius jari aku mcm rasa terbakar lagi..gara2 menumbuk cili tu tadi...sejak bila aku alergik cili sampai…

Ramadhan muncul lagi.

Syukur alhamdulillah, masih bernafas & dipanjangkan usia untuk bertemu kembali dengan ramadhan kali ini. Semoga ramadhan kali ini lebih sempurna.

Dan kepada semua rakan-rakan, sempena bulan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah & silap dan selamat menjalani ibadah puasa.