
Hari Ibu datang lagi . Even entry terlambat tapi, masih sempat lagi kot. Apa aku bagi kat mak aku ek? takdek ape kecuali kasih sayang. miahahahaa poyo kan. oklah memang takde majlis sambutan yang suprised maupon yang dirancang kerana aku memang balik kampung, tapi untuk peluk cium mak aku jeklah selebihnya, aku hanya
jumaat malam aku sampai melaka lambat dalam kol 1am, sebab aku mengantok sangat, maka perjalanan yg biasanya sejam setengah menjadi hampir 3jam, gara-gara aku menagntok yang amat-amat sehinggakan aku hampir berhenti di restoran jejantas ayer keroh kerana rasa tak sanggup nak tahan bijik mata ni utk terbuka. tapi aku kan gagah perkasa, aku paksa juga diri utk dirve. makanya memang paling laju 90km/j jek aku bwk..muahahaa...selebihnya 60-70km/j. dan sebelum balik, dari kelas aku nak blk kerinchi, aku terpaksa melanggar divider dek nak ngelak sebijik kancik yang tibe mencelah nk masuk ke tepi, terkujat aku lalu aku terlanggar divider. dlm hati abislah kemek. tp malas nk tgk. dan sampai kerinchi pon aku tgk..owh kene rim tayar jek..xpe lah. dan teruskan perjalanan ke Melaka. alhadulillah sampai dengan selamat wAlaupon aku rasa sangat mencabar drive malam tu. ahaks. sampai jek terus tidur. serius tak sempat pikir nak gosok gigi ke apa kan.
dan esoknya, bgn pagi nk solat subuh gajah. mau tak gajah lagi 10min nak kol 7am baru aku sedarkan. benda pertama dalam kepala otak aku.. nk cek body kete. solat tu dikejarkan. dasar duniawi kan. sekali telek..mak eiihhh tayar aku...dah lah nnt pikir.

tgk kondisi tayar aku mcm ok jek kalo nak pakai utk 6-8bulan lagi, walhal dah 4taun dah tayar tu..cehhhhhh tapi malas pikir panjang aku tukar jek ke empat-empat tayar. makanya Galaxy Tab, kena simpan kat kedai dulu lah yek. laling aku memerlukan bajet tu dulu.
dan tokey tu cakap sebaik aku bawak slow, kalo aku pecut memang boleh meletup tayar tu. mungkin tuhan sengaja kasik mengantok kalo tak memang berdesup kan. lagi-lagi malam kereta kurang kat highway tu. dan nasib baik xmeletup masa aku terlanggar divider tu, kalau tak mau aku termenung tepi jalan tu nak mintak tolong sape kan..hehehee


dan terubat bila tengok benda comel dalam kereta. amacam comel tak? nilah ole2 utk diri sendiri yang aku sempat tangkap kat JITRA. ahaks.


Memang aku tak beli hadiah apa-apa sebab mak aku macam mak korang jugak, bagi hadiah kompem dia sayang nak pakai, maka paling mudah bagi peluk cium aja udah. oppps kasik duit poket jek lebih. suke ati dialah nak buat apakan. pahtu mak aku sempat rembat sepasang kain cotton aku yang aku tapau kat bandung tu. dah berkurangankan. nanti kena beli lain sebagai pengganti.
dan mak thanks sebab buat kuih Lompang kegemaran saya. hari ibu, mak yang masak utk anak....baik punya service & bertuahnya anak dan kepada mak "Selamat hari Ibu."