Friday, September 30, 2011

Aktiviti

Sign off from Office
Sign In to Plus
Check Out from KL
Check In @ Alai
Login to Tahajjud Cinta
Click at KBS World
Register at Melaka Wonderland
Like Swimming Pool
Join Sweet Dream Fan Club

Nota Kaki: Kena carik geng bujang baru *tsk *tsk T_T

Tuesday, September 27, 2011

Kerana

3 cawan kopi yg aku telan masa discussion petang ni. marilah rasa berdebar-debar sampai ke malam yek, ni bagi mengelakkan rasa nk muntah. tapi kopi O kat HLA ni memang sesap lorrrr... cehh walhal...stress & serabut ngan Finance FDS yg ada jek perubahan, maka kopi jeklah penenang jiwa raga. menseh...belom kisah perihal costing..bila lah nk sign-off ni...

Kak liza, kopi 10 cawan yek!

Nota kaki: esok sambung muntah hijau plak.

Monday, September 26, 2011

Masihkah kau ingat?

Special dedicate to Yam. Ko ingat lagi tak ketika ini? Pengalaman bermalam kat puncak ledang yang tak dapat di lupakan. dan nabilah yg comel. hehehe asiklah masalah nk qada' hajat jek kan. yg penting rindu nabila yg kecik ni sbb dah besau ni tak boleh nk ditimang2 lambung2 cam bihah kan.
selak-selak folder gambar terjumpa gambar ni. hehehee apsal lah tym ni xgemuk lagi yeh. uhuhuhu


Sunday, September 25, 2011

Steamboat Di Perlis [Renaz Steamboat]

Aktiviti semalam. Pulun mendobi sambil melipat baju yang dah berbakul-bakul. hehehee ni cuma hasil dr satu bakul. ada lg 2bakul lagi. ahaks.

dan harini, tibe-tibe teringat kat steamboat kat Perlis. kitaorang pg mentekedarah kat sini..beberapa hari sebelum puasa yg lepas. lupa nk upload cerita. Harga dia ikut kepala. Rm9.90 sekepala. murahkan.. makan lah byk mana pon.
tapi air lain harga yek dan kedai ni memang sentiasa ramai orang. ni hasil rembatan kitaorg. owh pergi ber-3 jek time ni. aku, cikgu & miss engineer. miss gomen gigih bekerja time ni. ahaks



makan lah puas-puas




selain merebus, boleh jugak di bakor...

dan cara msk dia tradisional yek..pakai arang lagi tu...



dan memang sedap. lagi sedap cicah dia..perghhh..

padan lah orang datang beramai2.

dan yg sempoinya..

kedai dia tepi jalan..payah jugak nk perasan..tp dek kereta berderet-deret senang lah nk cam kan kedai ni.

dan sapa-sapa ke perlis...cuba lah yek..

lagu & lirik mengkompiuskan

Penghujung Cintaku - Adelia ft Pasha Ungu

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

dan satu lagi..

Terasa Di syurga by Sofazr

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

---------------------------------------------------------------------
masa dengar kat radio....takde lah aku nak teliti lirik diakan. ingatkan lagu sedih..sekali bila aku layan kat youtube ni..cehhh lagu gembira sebenarnya kan. tapi apsal lah lagunya ala2 lagu orang frust. ahaks...pd aku..lagu slow2 ni utk mood org tgh down jek. utk org hepi kena lah catchy sket music dia kan. hehehehee

oklah cube korang layan kat youtube. ni dia aku letak link nya

terasa di syurgra


penghujung cintaku

Saturday, September 24, 2011

Kisah Raya Ke-4

seminggu sebelom raya kot dok plan nk kumpulkan semua geng-geng time sekolah Sharodz dulu. alah tak ramai mana geng aku pon. cuma 7orang jek. as usual..ahlinya aku, lyza, khatul, ethong, izu, yam & ajar. dan yam yg cadangkan buat kat umah aku. aku pon ok jek. tak kisah pon.janji dapat kumpul reramai kan. mula-mula peneng lah jugak apalah aku nk hidangkan kan. dah lah aku ni mood malas + mood raya non ado kan. last-last peneng pikir..buatlah ketupat + rendang & order satay ajelah sebelah umah jek. hehehhe sonang kan. dan aku tambah le sikit kek & etc


makanya, inilah hasilnya....



caramel choc + red velvet



satay

ketupat & rendang & sambal tumis


tapi yg hadir cuma



izu sekeluarga



ni izu & anak dia Qayyum


asik nak tidor jek..


siang-siang mane leh tidor kan...kene ikut ibu jln raya kutip duit raya..hehehe




dan pasangan sehati berdansa yang xpernah miss mana2 event. muahahaha


laki dia rajin melayan & sporting..iya kan tok batin?


jgn lupa duit raya utk aku..penat puji ni...oppss raya ada 4hari lg kan


izu sekeluarga



dan pasangan suami isteri yg sengal lagi serasi.


seb baek laki ok ethong...


tp cewahhh bergaya ngan honda yek taun ni..


jeles i ok!


oppss lupa nk cerita ithong makan paling byk..alasan makan utk 2org...


poyo..memang biasa pon ko lah yg makan paling byk pon..lagi xmo mengaku kan



dan semua yg hadir..


lyza lom sampai ketika ni sbb dia ingatkan xjadi..


tym posing ni dia otw





dan potrait raya kami utk tahun ni.


tahun depan nk buat kat rumah aku lagi..


aku ON jek..tarak hal..


sbb senang aku xyah nk bergerak..huahuahua


dan lagi satu.




Yam dan ajar..sila jeles...kami ada gambar raya bersama..huahuahuahua


saje kasik bakar lebih..






Dan aku nak tambah cerita hal perihal dulu kala...di mana operasi Jom beraya ni start masa 1997 (form 3) masa ni geng kitaorg baru ada 5org. (aku, ethong, lyza, ajar & khatul jek) lagi 2 org join masa form 4. gigih ok tym tu..beraya naik bas...bayang kan nk ke Merlimau - Alai - Masjid tanah & jasin...kira ronda 1 melaka..dalam masa 1 hari..sempat jek kan...tp sometime kami gunakan perkhidmatan transportation pak Jansar & pak aman..hehehe dan bila form 4, ada beberapa org dah ada lesen motor..maka, aku pn jadilah pembonceng motor berkhemah kan...sbb aku mane ada amik lesen motor..sampai lah kitaorg masuk Universiti...naik motor...xlama pastu..lyza & khatul dah ada kete...maka depa lah jadi drebar..aktiviti Jom beraya ni sampailah ke taun 2004. dan ada jugak kisah terpaksa beraya di balai polis..sbb kete lyza kene langgar motor...hehehe lame giller nk steelkan hal buat report..tensi jek tym tu kan. start 2005 masing-masing dah bersepah2 maka dah takdek aktiviti Jom Beraya ni. sangat rindukan zaman-zaman tu kan..yolah...kepala xsemak...dan yg pelik..dalam sehari..boleh jejak semua rumah..skrg ni...ada transport sndr pon..payah nk jejak ke sebuah rumah..bukan xnak..tp masing-masing dah ada keluarga sndr & dah ada hal sndr kan hehehhee tapi apa-apa pon..doa aku..semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila.



Nota kaki: Kalau bila-bila nk buat gath lagi..aku ON jek..ngeh33

Monday, September 19, 2011

Makin pandai bergaya

aku said...1..2..3


dia plak wat aksi "Bihah tahu" ala2 si memei dalam upin & ipin


takyah ko suruh nk buat gaya apa, dia pandai nk bergaya sndr


bergambar pon xmo yg skema...




ko tgk ni....aku suh berdiri...ko tgk gaya si cik kak ni.


gaya dah boleh menang anugerah, tapi apsal nampak brutal cam aku jek..


muahahhaa



abang naufal pon dah pandai posing





see, tok sah nak di katakan itu ini...

ni mmg gaya dia yg tersendiri.






dan iklan baby johnson.


ahaks...


ni posing sementara menunggu ibu pakai tudung. hehehe







Dilema 9 Hari berselera besar

Lambat nau lah menunggu proses restore DB ni nak siap. stress makcik! dah lah dah melepasi waktu utk pulang kan. mulalah terbayang macam2 utk di ngap tym berbuka nanti. ye sesi berpuasa belom tamat, asik tergendala jek. harini pon orang dok goda,,,tapi mungkin tidak kan.......







mengalami dilema 9hari menunggu gaji. tapi selera nak makan best-best plak..aiyooo mengalahkan mak buyong mengidam jek. menghitung cukup ke tak nk bayar duit tol & parking sampai 9 hari ni.. sob sob **






sedapkan...walaupon macam kosong jek rupanya.



tak lapar..tapi teringin nak makan...huwaaaaaaaaa



lagi 20% Nak siap.mcm nak kene tgu 20hari jek lagi.

Friday, September 16, 2011

Resepi Red Velvet


Bahan-bahan

Bahan Untuk Kek

1) 250g tepung kek
2) 1/2 sk garam
3) 15g @ 2 sudu besar serbuk koko
bahan 1-3 dicampur & diayak

4) 113g @ 1/2 cawan butter
5) 200g gula kastor
6) 3 biji telur (size biasa/sederhana)
7) 1sk esen vanila
8) 1 cawan buttermilk
penyediaan buttermilk - 1 cawan susu segar di campur dengan satu sudu besar cuka. biarkan selama 10-15minit/sampai susu jadi sedikit pekat

9) 2sm pewarna merah
10) 1 sk cuka
11) 1 sk soda bikarbonat

Bahan untuk Cream Cheese Frosting

12) 250g cream cheese
13) 1 cawan gula kastor
14) 200ml whipping cream
15) esen vanila


Cara-cara


1) Panaskan oven suhu 180darjah celcius.

2) Pukul gula & butter sehingga kembang.

3) Masukkan telur satu persatu sambil putar adunan sehingga kembang & gebu.

4) Campurkan pewarna merah dalam buttermilk & kacau sehingga sebati

5) pada kelajuan sederhana (mixer), masukkan tepung & buttermilk berselang seli. dan putar sehingga adunan sebati.

6) dalam mangkuk kecil, satukan cuka & soda bikarbonat sehingga berbuih & tuangkan ke dalam adunan, dan kacau adunan sehingga sebati. dan masukkan esen vanila.

7) sapukan loyang dengan butter & tuangkan adunan di dalam loyang.& bakar dalam oven yg da di panaskan tadi.

8) sejukkan kek yang dah masak.

9) sementara menunggu kek sejuk, bolehlah sediakan cream frosting. satukan bahan 12-14 dan putar sehingga kembang. masukkan esen vanila dan putar sehingga sebati.

10) sapukan cream frosting pada kek ikut kreativiti sendiri. dan sejukkan kek di dalam freezer...lepas tu boleh lah makan...nyum nyum...


ok selamat mencuba. dan jgn lupa kasi aku rasa juga :)

Nota kaki: aku amik resepi dari hanamemories + joysofbaking website + blog resepi.com

Thursday, September 15, 2011

Happy Holiday

and Happy Malaysia Day.

Nota Kaki: Apa pasal lah minggu ni aku sangat kelam kabut. T_T

Monday, September 5, 2011

Chocolate Caramel.

Kalau sebelum ini. aku buat dadu caramel. boleh cek kat entry sini. Dan bila ronda-ronda tempat lain terjumpa resepi yg lebih kurang kan .




Bahan-Bahan:-

1) Base

1 cawan tepung gandum/kek
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa kering [aku pakai cornflakes]
125g butter y di cairkan

2) Filling

400g susu pekat
2 sb golden syrup
60g butter

3) Topping [yang dulu aku cuma tabur milo jek kan]

1 keping choc makan dipotong kecil-kecil
1/2 keping choc masakan dipotong kecil-kecil

Cara-caranya:-

0) Panaskan oven pd suhu 180darjah celcius dan sediakan loyang yang sesuai dan sapukan dengan sedikit butter/mentega

1) campurkan kesemua bahan 'Base' dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sehingga rata. masukkan acuan tersebut ke dalam oven dan bakar sehingga 10-15minit/sehingga masak lah.

2) masukkan bahan-bahan utk filling kedalam periuk dan panaskan atas dapur, masak bahan2 tersebut sehingga pekat & berubah warna menjadi keperangan.

3) tuangkan bahan filling dah dah siap dimasak ke dalam acuan yg dah di bakar. ratakan. dan bakar di dalam oven dalam 12minit. dan keluarkan setelah masak. dan sejukkan dalam peti sejuk [3-4jam]

4) sediakan topping dengan cara double boil.panaskan sehingga cair dan tuangkan di dalam acuan yg dah disejukkan. dan sejukkan dahulu sebelum di potong kecil2.




Resepi asal dari sini

Nota kaki: Resepi red velvet. nanti ye..aku tgh cek gambar-gambar kek yg lain utk di tepekkan.

Perkara-perkara rawak di hari raya 2011

1) Alhamdulillah, semua yang bermasam muka dah kembali bermaaf-maafan. Rasa nak videokan jek kejadian yg mengambil masa 9 tahun.uhuk..

2) Soalan-soalan biasa yg menusuk jiwa dah tak berapa nak rasa tertusuk. wa dah 29taun ok. dah lali.

3) Tapi bila ada orang ingat wa baru 24taun. Mula lah rasa terbang ke langit ke-7. hehhehee

4) dan akhirnya, tahun ini aku berjaya utk tidak mendapat duit raya. sebab aku berkeras xmo..malu wehhh dah tua2 ni orang nk bg duit raya. jatuh saham wa kan.. wa dah siapkan byk sampul utk bg org duit raya ok! Barulah terasa dewasa. ahaks

5) Raya taun ni berjaya aku xke GSC. hahhahaa sbb tiada mood.

6) Raya tahun ni, asik lah kena jawab call. huh., ater standby kan. nasib baik semua masalah password expired.. hhehehee bukan kroje den kan.

7) Tibe-tibe tym raya dapat ilham macam nak cari keje lain. huhuhuhu statement kan.

8) Dan inilah ajelah gambar raya tahun ni. tak ckp korum sbb Adik aku yg 2nd beraya di umah mertua tahun ni. uhuk dan tema seperti biasa...Colurful. yuhuuuu



9) Tahun ni sempoi, sebab baju aku, mak aku, adik aku, aku beli masa kat bandung. dan aku tgk semua orang sakan ngan baju lip lap..ambooi..ambooi..aku rasa ekonomi dah ok kot.


10) semua org nampak comel & ensem2 di pagi raya. sbb semua pakai baju baru, kalau tak baru, kompem sarung baju cantik kan. lepas tu semua lelaki rambut kemas jek..xdeklah serabai2 kan..yg perempuan sopan2 jek berbaju kurung....kurang dosa orang lain yg melihat..muahahaha


11) tapi raya 2011 jadi tak best sebab cerita kat TV semua hampeh-hampeh belaka. serius xpuas hati ni.


12) dan tahun ni jadi super meriah sbb semua mak2 sedara dan pak2 sedara aku blk kg.


13) dah lah tu kan. lepas ni kita start serang umah kengkawan plak.


14) semoga bertemu kembali ramadhan akan datang.

Saturday, September 3, 2011

You Don't Know Women

harini xdek plak. minggu depan dah tak blh tgk sbb umah KL non ado astro byond...demmmm. apsal lah boeh terjebak kan...haih*


Friday, September 2, 2011

Red Velvet in da house...

Jemput makan...uhuk


ok, selamat hari jumaat semua..& enjoy your raya..

jgn nakal2....

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...