Tuesday, January 31, 2012
Last day
Thursday, October 27, 2011
Sambil-sambil siapkan kerja harini, yang hanya tuhan sahaja yang tahu melambaknya. dengan sakit leher yang tak baik-baik..dugaan. takpe penghpus dosa-dosa kecilkan. dan sanga-sangat stress aku rasa ni, hazab weh nak tunggu gaji bulan ni..huwaaaaa maka terhasillah ikan kecil lagi comel dalam masa less than 7minutes..ngeh33 terus tersenyum kan...lukis ikan lagi bagus dari note kat bawah....
sebab memang..aku kalo menyanyi...nauzubillah lah..kompem ada yang menanag telinge...muahahaha..oklah, semalam dah sakan bercuti kan. aku biasalah ada jek aktiviti. lagi-lagi si dak lia dok dengan aku skrg ni. adalah aku geng nak meronggeng kan..heheheheSaturday, August 20, 2011
17 Ogos 2011
murtabak dekat PARAM jek. huhuhu. boleh lah..dan aku hanya makan separuh..separuh lagi aku bedal masa sahur......syukur alhamdulillah. simple & sederhana kan. jimat duit. hehehee
oklah seperti biasa, terima kasih daun keladi pada semua yg wish. tahun depan jgn lupa plak yek. hehehee alhamdulillah doa taun lepas dimakbulkan dan tahun ni semoga tahap kesihatan aku maintain seperti sediakala.
dan pada yang doa kan macam2 jenis doa...thanks alot..& .amin amin...amin ya rabbal'alamin.
nak membebel banyak pon xdek mood. sbb macam kena balik kedah jek esok..huwaaaaa xmo...xmo..kan malam 10 terakhir ni...tapi apakan daya...ada mereka kesah kan...
dan impian terakhir aku..semoga aku jek yang tahu..muahahaha..oklah..uols...10 malam terakhir ramadhan ni, semoga kita mendapat lebih keberkatan & melipat gandakan amal ibadat bersama2.
Sunday, April 10, 2011
Random
Owh laling ku dah berkilat. hasil kerja tangan aku. well, semalam sabtu dan aku di kampung halaman tercinta, dan apa yang di plan xjadi. makanya, semalam aktiviti hanya melepak si rumah. di kala nak keluar minum petang bersama ayahanda & bonda tercinta, busu aku datang rumah hantar anak2 dia utk kitaorg tengok2an, terus tak jadi keluar. yolah xsanggup kot nak bawak anak2 dia tu keluar. 3org yek. kang aku lah yg dapat sawan olahraga. nak berlari sana sini kejar mereka. tak sanggup ya. ahaks. makanya. lepak rumah lagi. tengah2 lepak minum petang sambil makan goreng pisang, teringat nak basuh kereta. dah bersiap2 nk hantar kereta ke car wash, tetibe terlintas idea bernas untuk basuh sndr jek kan. koman2 keluar lah peluh2 jantan kan. hehehe dan lama rasanya xbasuh laling ni menggunakan keringat sendiri.ahaks. dan mula lah operasi membasuh, sampai ayah aku tegur, tp bila dia dengar alasan aku, blh plak dia suh basuh kereta dia sekali..owhh pelisssss lah..xsanggup ok. dulu aku rajin lah basuh sndr sbb BAJET yek...aku kan kedekut, skrg ni bukan sebab duit dah terlebih, tapi sbb mmg jarang giller basuh..miahahahahaa, well KL asik hujan jek kan. ok lah, semoga laling bersinar2 utk 3minggu lagi.ahaks. ok dan pagi tadi sesudah subuh terpaksa bergegas balik KL. alah kol 6.40am jugak aku gerak dr rumah kan. hehehe sbb nya kol 9am aku ada workshop kat PJ. kejam kan buat workshop hari ahad. dan selamat sampai kol 8am kat kg.kerinchi. so far workshop tu ok lah, makanan disediakan, xdeklah nak rasa sawan kan.. dan setelah sekian lama, aku dengar kembali pasal BRS, FRS dan SRS..hahaha serius, ni lah trauma aku selama setaun setengah masa buat degree dulu. owh maksudnya, aku akan kembali trauma dengan dokumen2 ni sbb kampeni aku dah mula nak implement process ni dan aku rasa ni utk membuatkan aku trauma kembali nnt. byk ok. tapi ok lah kot, dr system koboi skrg ni. but certain part memang kotaorg dah gune pakai masa project di bernas lg kan. xdek lah terkejut sgt kan. hope dapat lah capai status cmmi tu nnt. rindu plak pd lecturer aku pUan amalina, dialah yg suka sebut pasal cmmi ni kan. dan lepas workshop tu, aku melepak dengan teman bujang aku. hehehehe this time ke Empire sbb xpenah lepak situ, walhal dah byk kali plan, tapi asik xmenjadi. dan kita org lepas kedai apetah...lepak minum teh...amik set "Hi tea for 2" dengan harga hanya rm18.80 sahaja.
ni lah dia set nya. teh ni, unlimited refill. oklah kan utk org yg nak lepak berjam2 lamanya. tapi xdek lah lama mana, sbb teman bujang aku nk bawak adik dia gunting rambut.
dan set ni dipilih, gara-gara ada menda alah ni. ni lah yg nak di cuba, setelah di cuba, kompem kalo mengandung, aku takkan mengidam makanan ni..hahahaa kompiden jek kan. well mmg sangat kompiden, sbb rasanya biasa, ater dibuat pakai putih telur & gula jek kan. takdelah se special sampai nk termimpi2kan. tapi kalo yg paling atas tu...belah kanan yg kaler coklat. kek coklat tu memang sedap dowh. itu mungkin menjadi salah satu idaman..muahahahahaa lagi satu strawberi celup coklat pon ada. dah rasa tengah berdating plak..muahhahaaaThursday, March 31, 2011
Dah kata
Monday, March 28, 2011
Anggerik pilihanku
yang ada dalam drawer comel aku, maknanya yang aku dah beli lah kan. ahaks. cucube bilang, ada berapa. dan adalah 2lai lagi kot kat ampaian tym aku snap gambar ni. hehehhee yang awning tu aku suka, tapi masalah nak menjaga awning tu dari tidak tercacat dek terkepit or terkemek adalah sangat payah kan. dan lagi satu, tudung anggerik ni sangat senang di bawa ketika ketika bercuti, xkan mengalami masalah tudung komot jek...kan...hehehehehe
Monday, February 28, 2011
Campur Aduk
Wednesday, February 9, 2011
Manusia
aku suka jek orang yang rajin kan. sebab memudahkan kerja. tapi jadi menyampah bila rajin tak bertempat. contohnya mudah jek, cawan kau baru guna dan masih nak guna tu lah yg dia angkat dan basuh. lagi satu, time modem tengah ON tu lah dia rajin nak tutup suis semua kan, pdhal dia nampak ni kau tengah surfing ni. time orang nak pergi kerja pagi tu lah kau nak basuh toilet, petang balik kerja tak boleh buat kot. time kawan ko tengah syiok tengok drama yang dari awal, tetibe kau interupt sebab nak tengok info&nak jenguk score golf tu berapa, tak apsal2 terlepas part yg wajib tgk. padahal abis drama tu pon blh cek kot. takpon cek jek online sebab notebook depan mata tgh chatting tu. baju yang lembap tu lah ko nak angkat kan. dan byk lagi.
bila malas tak bertempat ni pula memang tak masuk dek akal, bila cawan kat sinki tu dah 4hari kot xberbasuh, xdek sape pulak yang rajin nk basuhkan padahal depa lupa yg cawan tu depa yg pakai. peratikan jek perangai. time semua orang dah tidor yg terang2 tiada siapa lagi yg sedar, tak pulak dia rajin nk tutup suis semua kan. maka membazir lah letrik sampai pagi. time cuti, time malam takde pulak orang nk cuci tandas, tandas tu pon boring sebab takde orang nak masuk tym tu. time tv tu tak di ON, takde plak orang nak cek score kat info tu kan. muskil lah. baju yang dah 4hari kering panas, basah dekkena tempias hujan, takde siapa pulak yang murah hati nak tolong angkat.
lama-lama berbulu plak bijik mata aku ni melihatkan kerenah2 macam ni kan. nak tegor dah besau-besau belaka kot. tapi takpe, peratikan dan terus melihat apa lagi kepelikan yg akan berlaku..muahahahaa
memang jarang aku nak meroyan pasal ni, tapi hari ni aku bengkek....Mana remote control ASTRO ni pahh oiii.
Nota kaki: aku tengah musykil, remote control ASTRO takde ni. sape lah yg sembunyikan ni????
Monday, January 24, 2011
Kasut Baru
kuruskan saya skrg?Jangan terpedaya ngan kaki saya.
sesungguhnya lah, tengok kaki nampak ok,
tengok atas...
azab......
macam sedara mara gajah dah rupanya..ahaks
ngutuk diri sndr..
nasib lah kena baca banyak entry kalau larat. aku ni tengah melayan mata. abis semua gambar dalam phone ni aku nk upload..hahahahahahaa
kasut lain xsempat snap plak...ni kasut yg aku rembat ujung taun lepas. oklah itu aja...gut nite lah...malas plak nk menaip lagi.
Thursday, January 13, 2011
Payah
dan sorang staff pula average mempunya 10group access. perghhh tak ke jibul mate I melihat & menyusun nya kembali. sungguhlah, dah lama kan tak buat kerja-kerja begini. memang meletihkan. ingatkan melihat data-data dari claim yang bermasalah dari mac-mei 2010 adalah yang terakhir..rupa-rupanya, ada lagi...dan akan ada lagi. bayangkan 3tahun punya system pernah buat kemaskini data user. bayangkan lah dalam 3tahun belih tu berapa oranglah yang dah pencen, berenti, MIA dan sebagainya.. bayangkan lah.... dan bayangkan lagi bilamana seorang ALI BIN SAMAD boleh mewakili 3orang..sebabnya nama mereka sama, tak ke payah nak kena cek login id mereka apa pula kan..bukan ramai ya yang nama, ejaan, dan bin & binti yang sama...huh..rasa2 macam mana lah kalau kerja kat bank, jabatan pendaftaran ke...memang lah akan ada kesilapan kan...
dan tetiba teringat kisah cek & dimasukkan pd account yang salah tapi nama yang sama..hehehe
hope tiada kesilapan lah, aku dah nak submit to HOD yang kenaan utk mereka pula yang kompem current job staffnya.
Nak balik, sambung esok aja...
Nota kaki: tetibe rasa kerja buat programming pon tak selenguh ni kot. :P
Friday, January 7, 2011
Shopping Sana Sini
Tuesday, August 17, 2010
17 Ogos muncul lagi
Thursday, August 5, 2010
5 Ogos 2010
Friday, July 30, 2010
Penat
Mata aku dah macam kelat, meleket..nak bukak ni pon..menggunakan kuasa dr extra bateri. Huh~ entah lah..lately mmg penat, keje plak, maybe nampak mcm biasa cuma kena byk berpikir sbb masalah tah ape2 jek :P Masalah luar kawalan..luar alam..luar petala, luar imaginasi, luar segala jenis luar!
Rase mcm nak hantar notis 24jam jek rasenya!
tp aku sedar...sape nak tanggungkan?
hehehe
ok dengan tidor mlm xcukup mengalahkan org baru lepas beranak & mak-mak yang dah 2-3org anak jek gayanya. Tapi tulah, di kala malam, aku ade kerja lain yg perlu di siapkan. Almaklumlah, ater wat keje part time, mmg lah kene korbankan masa sikit. Nak bangun pagi tu toksah cakap lah kan, dah lah weekend pon semendang jek kene korban kan masa rehat. Huh...memang hari ini aku sangat kelelahan di tambah seawal pagi dah letih ngan masalah train. I hate u train!. Dah tahap nak masuk fasa tersungkur depan PC dah ni. Pakai EYEMO pon mcm dah tak berkesan.. Sampai kan nak setelkan isu pon aku dah jadik blur, xleh nk berpikir ngan waras ni..aduyai...masalah aku ni.
Nota kaki: tu lah sebabnya saya ada sedikit sifat malas mengupdate belog. kerana kepayahan berpikir dengan teratur utk menyusun ayat..sumtime dah type, tapi lain yg di pikir..lain plak ayatnye yang tercipta..kesudahannya, delete ajelah entry tu :) Sebenarnya, byk sangat benda yg nk di ceritakan..byk sangat nak dikongsikan..tapi....lupa kan ajelah!
Saturday, May 1, 2010
Kerana Ini
Tak Paham

Friday, January 29, 2010
Ingatan Tulis Ikhlas
tapi selalunye mulut aku yg sukar dikawal
tapi aku jugak paling selalu ada
kau seorang yg cool
tapi kadang-kadang aku rase ko cam xamik kesah
sebenarnya kau pon ade hati perasaan
dia ni selambe jek
dia plak selalu buat kite terasa hati
tetapi kite tetap setia dengan dia
cume dia tu selalu ingat2 lupe kat kite
owh bukan..selalu ingat bile kesusahan
terlupe bile sedang menikmati kesenangan
kamu pula yang sukar utk ditafsir
kamu ni aku panggil simbolik
tapi kamu rajin bertanya kabar kami semua
cume kamu TAK reti mcm mane nk tunjuk yg kamu ambil tahu
tapi xmengapa..kami paham
Engaku mmg sempoi
Engkau pulak dekat ngan aku,tapi jauh dr si dia...
dekat jugak dengan kamu....
engkau seperti aku,
tapi berlainan identiti...
cume satu persamaan dikongsi kini
You seorang yang sukar difahami
tetapi mudah didekati
dalam sukar & mudah itu, you tetap seorang perahsia yang tegar
mmg amat sulit utk kami memahami ape yg terselit di sanubari you
dikau mmg sukar utk ditemui
aku kategorikan dikau as Misteri
dikau sentiasa mengelak
tanpa diketahui sebab
mungkin kami semua mmg tiada lagi dalam kamus hidup dikau
walaupon kita berbeza
kita masih boleh berkawan
hakikatnya, perbezaan itulah yang membuatkan kite KEKAL
sebelom menamatkan entry..moh le layan lagu ni
[jap lagi aku post kan lagu ni...terlupe,..youtube xleh bukak...xkn nk paste printscreen jek kot...wakakaa]
Nota Kaki: Kau, Dia, Kamu, Engkau, You, Dikau...i miss uols........so much! Tetibe masuk mood sentimental..teringat zaman dahulu kala....:P
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Perkara kecil tapi impak nye besar. Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil...
-
Angan-angan tahun 2017 ini nak lebih relax dari segi kehidupan kerja dan harian. Nak banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab 2015...
