Wednesday, February 9, 2011

Manusia

Manusia ni memang pelik [termasuk diri sendiri lah kan].
Rajin tak bertempat.
Malas lagi lah tak kena tempat dan waktunya.

aku suka jek orang yang rajin kan. sebab memudahkan kerja. tapi jadi menyampah bila rajin tak bertempat. contohnya mudah jek, cawan kau baru guna dan masih nak guna tu lah yg dia angkat dan basuh. lagi satu, time modem tengah ON tu lah dia rajin nak tutup suis semua kan, pdhal dia nampak ni kau tengah surfing ni. time orang nak pergi kerja pagi tu lah kau nak basuh toilet, petang balik kerja tak boleh buat kot. time kawan ko tengah syiok tengok drama yang dari awal, tetibe kau interupt sebab nak tengok info&nak jenguk score golf tu berapa, tak apsal2 terlepas part yg wajib tgk. padahal abis drama tu pon blh cek kot. takpon cek jek online sebab notebook depan mata tgh chatting tu. baju yang lembap tu lah ko nak angkat kan. dan byk lagi.

bila malas tak bertempat ni pula memang tak masuk dek akal, bila cawan kat sinki tu dah 4hari kot xberbasuh, xdek sape pulak yang rajin nk basuhkan padahal depa lupa yg cawan tu depa yg pakai. peratikan jek perangai. time semua orang dah tidor yg terang2 tiada siapa lagi yg sedar, tak pulak dia rajin nk tutup suis semua kan. maka membazir lah letrik sampai pagi. time cuti, time malam takde pulak orang nk cuci tandas, tandas tu pon boring sebab takde orang nak masuk tym tu. time tv tu tak di ON, takde plak orang nak cek score kat info tu kan. muskil lah. baju yang dah 4hari kering panas, basah dekkena tempias hujan, takde siapa pulak yang murah hati nak tolong angkat.

lama-lama berbulu plak bijik mata aku ni melihatkan kerenah2 macam ni kan. nak tegor dah besau-besau belaka kot. tapi takpe, peratikan dan terus melihat apa lagi kepelikan yg akan berlaku..muahahahaa

memang jarang aku nak meroyan pasal ni, tapi hari ni aku bengkek....Mana remote control ASTRO ni pahh oiii.

Nota kaki: aku tengah musykil, remote control ASTRO takde ni. sape lah yg sembunyikan ni????

Makan Nasi Minyak

Setelah berangin kan satu badan ngan pulut mangga yg sedap di Hatyai. Makanya, kembali ke malaysia kita pekena nasi minyak bersama ayam masak sambal, rendang daging, kuah dalca, papadom, air sirap & buah oren.

Kompem ramai tertanya, kenapa balik hari sabtu kan, salah satu sebab utama adalah kerana sepasang couple dr golongan atatians akan menamatkan zaman bujang mereka. memang jodoh mereka ni kuat. bercinta pon 7-8 tahun xsilap aku kan. akhirnya kata sepakat utk hidup bersama telah dipersetujui. Dan di sebabkan itu, beras berguni, ratusan ekor ayam serta beberapa ekor lembu terpaksa ditumbangkan utk menjamu para tetamu. tema pahlawan melayu adalah sesuatu yg sangat luar biasa. dengan itu,
Selamat Pengantin Baru
Helmi & ERda

Semoga berkekalan selamanya.

dan di dalam gambar ni xsemua atatians ada, sbb ramai yg dah pulang awal, yg tgl ni majority yg pantang nmpk lensa camera..,muahahaha pdhal most of them keletihan baru balik dr trip hatyai mlm sebelom nya kan..semangat persahabatan tu yang penting..cewahhhh..


mau runtuh balai kat galeri shah alam ni...ade ke patut nk melompat kat atas..sengal tak sengal sorang2 ni...bawak2 lah perangai matang kat majlis org kan..hehehehe

Good Bye 2018

**pic from google