1) untuk kegunaan harian
2) untuk kesenangan seisi keluarga
3) untuk keselesaan semua
4) untuk kepuasan diri
5) untuk memudahkan pekerjaan/perjalanan/dan segalanya yg terbabit
tetapi kenapa ada orang membeli/memiliki sesuatu untuk
1) disimpan/tayangan semata-mata
2) diperam sampai buruk
3) menyusahkan orang lain
4) byk lg
aku pelik, sebagai contoh cerita pertama, ko memang up-to-date ngan teknologi. setiap kali model phone baru yg canggih manggih keluar ko akan memilikinya dahulu. tapi untuk menghabiskan credit RM0.07 hingga RM 0.15 pon nak pakai dr kawan kau yang terang-terang henpon nye masih cap ayam.
dan cerita kedua pula, bila kau sanggup menghabiskan semua saving kau untuk memiliki kereta yang tak mahu kalah di abad ni, tetapi untuk kemana-mana kau menumpang kereta kawan kau, kesudahannya kereta cantik kau hanya lah tersadai di rumah berselubung ngan selimut pelestik. dan bila part kena angkut barang, kawan kau jugak dipedajal untuk jadi balaci mengangkut barang dalam keretanya. yolah kereta kawan kau memang hak cikai, boleh buat lenjan. tapi bai, minyak dah naik lg semalam kan. menumpang dah lah free, mengangkut barang pon free jugak ka? macam ni kesian pemandu lori sewa, sbb tiada pelanggan..hehehe
dan kisah ketiga pula, pergi kerja pakai baju tak nak kalah brand & harga nya kan..bergaya sakan. tapi bila nak makan tgh asik lah kawan kena bayar dulu. end up jadi macam derma jek. kau makin bergaya, kawan kau plak jadi balaci kena tanggung lagi sorang. kalau income tax blh claim xpe lah kan.
ada lagi satu kisah, untuk beli barang yg boleh menunjukkan kau bergaya mampu, tapi nk beli pensel 2B sebatang kau xmampu, apa jadahnya lah kan kau ni hidup. menyusahkan orang sokmo.
sebenarnya kisah ni takda kena mengena dengan aku sangat, tapi kena mengena ngan orang sekeliling aku. kesian jugak dengar cerita mereka yang asik kena tindas ni kan. insaf lah wahai manusia, sesungguhnya rezeki tuhan bagi tu utk diri sendiri dan keluarga, tolong lah jgn menyusahkan orang lain kalau diri sendiri tu susah dan diri sendiri tu xpernah nak tolong orang kan.
kalau sendiri nak berjimat tu xsalah, tapi tolong jangan babitkan orang lain boleh tak. contohnya, ko tengah jimat, tolong jgn paksa kawan ko belanja boleh tak. kau jek nak jimat, kawan ko tu toksah berjimat ke? dan kau nak berjimat kos, kau naik kereta kecil bawak kaum keluarga, nak sumbat barang dah xmuat, boleh tak jgn babitkan orang lain utk jadi balaci menyesakkan kereta dia ngan barang2 kau tu. dan kalau kau sendiri takde credit nak call out or SMS, dok dendiam sudah. kalau korang jenis pemurah kompem kawan-kawan korang takkan berkira kan. dan kalau kau sayang sangat kat kenderaan kau tu, dok rumah jek xperlu lah ke mana2 utk bersosial kan.
aku yang dengar cerita ni berasap jek dan perasaan meluat tu meluap2 dah ni. aku pon jenis xsuka nak berkira, sbb kalau aku mmg tgh xsesak, takat nk belanja kawan2 jalan2 or minum2 mmg xdek hal, tapi bila kena ngan orang berkira ni, aku bagi depan-depan jek..xkuasek nak selindung2 perasaan menyampah tu kan..hehehehe dan xkuasek jugak aku nak melayan. meluat jadi nya.
dan pesanan aku, nak jimat pon berpada-pada lah, kang rezeki sempit baru padan muka. dan kalau nak buat sesuatu tu tolong jangan kasik efek sangat kat orang keliling yang lain boleh?
Nota kaki: ye aku tau, aku pon selalu jugak mnyusahkan orang.,.aku sedar tang tu