Friday, September 16, 2011
Resepi Red Velvet
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek
1) 250g tepung kek
2) 1/2 sk garam
3) 15g @ 2 sudu besar serbuk koko
bahan 1-3 dicampur & diayak
4) 113g @ 1/2 cawan butter
5) 200g gula kastor
6) 3 biji telur (size biasa/sederhana)
7) 1sk esen vanila
8) 1 cawan buttermilk
penyediaan buttermilk - 1 cawan susu segar di campur dengan satu sudu besar cuka. biarkan selama 10-15minit/sampai susu jadi sedikit pekat
9) 2sm pewarna merah
10) 1 sk cuka
11) 1 sk soda bikarbonat
Bahan untuk Cream Cheese Frosting
12) 250g cream cheese
13) 1 cawan gula kastor
14) 200ml whipping cream
15) esen vanila
Cara-cara
1) Panaskan oven suhu 180darjah celcius.
2) Pukul gula & butter sehingga kembang.
3) Masukkan telur satu persatu sambil putar adunan sehingga kembang & gebu.
4) Campurkan pewarna merah dalam buttermilk & kacau sehingga sebati
5) pada kelajuan sederhana (mixer), masukkan tepung & buttermilk berselang seli. dan putar sehingga adunan sebati.
6) dalam mangkuk kecil, satukan cuka & soda bikarbonat sehingga berbuih & tuangkan ke dalam adunan, dan kacau adunan sehingga sebati. dan masukkan esen vanila.
7) sapukan loyang dengan butter & tuangkan adunan di dalam loyang.& bakar dalam oven yg da di panaskan tadi.
8) sejukkan kek yang dah masak.
9) sementara menunggu kek sejuk, bolehlah sediakan cream frosting. satukan bahan 12-14 dan putar sehingga kembang. masukkan esen vanila dan putar sehingga sebati.
10) sapukan cream frosting pada kek ikut kreativiti sendiri. dan sejukkan kek di dalam freezer...lepas tu boleh lah makan...nyum nyum...
ok selamat mencuba. dan jgn lupa kasi aku rasa juga :)
Nota kaki: aku amik resepi dari hanamemories + joysofbaking website + blog resepi.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Good Bye 2018
**pic from google
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Ni TAG dari Dokter Asma' yg mane aku gelar dia dokter muda yg penuh emosi..hehehe...jgn mare yeaaa...nnt lagi cepat tua..xdek org nak la...
-
Tibe-tibe rasa tak cukup nafas, bila dapat surat dari HR mengatakan esok adalah hari terakhir saya berkerja...owh tidak, hari tu kata khamis...