Thursday, January 13, 2011

Payah

Fouuhhh lega.Rasa dah berair-air mata aku ni nak menyiapkan kerja-kerja menyusun ikut department/unit semua kakitangan Kampeni B****s seluruh malaysia. Dahlah masalah, nama dalam sistem HR lain, dalam Sistem Ax lain plak. tak pasak-pasal kena cek by user id dalam domain plak. tak ke kerja yg remeh. nak susun ikut department & sort by name&group lagi plak tu, lenguh dah jari-jari aku nak menaip, menekan CTRL C, CTRL V segala. bukan sorang dua ye staff nya. hampir 2000 dan campur anak syarikat lagi..lebih lah plak 2000 kan..hehehehee

dan sorang staff pula average mempunya 10group access. perghhh tak ke jibul mate I melihat & menyusun nya kembali. sungguhlah, dah lama kan tak buat kerja-kerja begini. memang meletihkan. ingatkan melihat data-data dari claim yang bermasalah dari mac-mei 2010 adalah yang terakhir..rupa-rupanya, ada lagi...dan akan ada lagi. bayangkan 3tahun punya system pernah buat kemaskini data user. bayangkan lah dalam 3tahun belih tu berapa oranglah yang dah pencen, berenti, MIA dan sebagainya.. bayangkan lah.... dan bayangkan lagi bilamana seorang ALI BIN SAMAD boleh mewakili 3orang..sebabnya nama mereka sama, tak ke payah nak kena cek login id mereka apa pula kan..bukan ramai ya yang nama, ejaan, dan bin & binti yang sama...huh..rasa2 macam mana lah kalau kerja kat bank, jabatan pendaftaran ke...memang lah akan ada kesilapan kan...

dan tetiba teringat kisah cek & dimasukkan pd account yang salah tapi nama yang sama..hehehe

hope tiada kesilapan lah, aku dah nak submit to HOD yang kenaan utk mereka pula yang kompem current job staffnya.

Nak balik, sambung esok aja...

Nota kaki: tetibe rasa kerja buat programming pon tak selenguh ni kot. :P

Good Bye 2018

**pic from google