Tuesday, December 20, 2011

Pasar Malam

Semalam aku beli 2 ekor ikan selar, sekeping ikan tenggiri, 5 ekor sotong dan xsampai 20ekor udang yg sedang-sedang jek size dia....semua ni berharga RM19.80..syabas!!!!!!! dan aku beli 4 ketul ubi kentang, 7-8 ulas bawang besar & lebih 30biji bawang merah dan cili giling sebungkus, semuanya RM7.80, syabas kali ke-2. dan aku pon ke kedai sayur, pilih beberapa batang kacang buncis (utk sekali makan utk 2org jek)+ 1 batang carrot + sepotong kecil kubis bunga, sebungkus cendawa & sebungkus tempe & 6 biji cili hidup yang semuanya berjumlah RM9.00. total semua adalah RM36.60

Aku rase, lebih baik aku tapau jek meehon sop (isnin)-RM3.50, nasi ayam kukus (Selasa) - RM 5, Nasi goreng + telur Dadar (rabu) RM4.5, char kuew teaw (khamis) - rm4 dan Nasi kerabu (jumaat)-RM5.50, yang baru berjumlah RM22.50. Jimat masakan tak payah nak berlengas-lengas kat dapur. huh~ emo aku jadinya. takpakkalah aku nye tekak ni problemo kalau time puasakan, tengok makanan kat pasar malam mmg xlalu, singgah kedai pon lagi lah...nak tak nak kena masak kan...aiyooooooooo....

so kalau tapau jek aku jimat RM14.10 dan 7.5jam untuk 5hari. (Sejam ni, RM180 tau) hehehehee

dan bukan kisah pasar malam, aku just pegi beli sedikit barang dapur, alah takat minyak masak 500ml, maggie 3bungkus dr 3jenis, air mineral 10 botol 1L, ridsect, clorox, ubat lipas+semut, mayonis botol paling kecik dan brand saji jek pon, susu pekat manis brand jusco, dan kena charge RM63.++. Naik jibul jugak lah aku dok belek resit tu..hehehehehe

Nota kaki: aku nak kata barang adalah sangat mahal sekarang. SEKIAN

Cyst

Mula-mula aku bace kat wikipedia jek.





Sajelah nak mencari info pasal Cyst since dah beberapa geng aku yang dapat penyakit ni. Even penyakit tak kronik but still lah hazab nak tahan sakit bila ianya menyerangkan. terjumpalah info yg senang nak paham akan jenis-jenis cyst ni. memang aku tau cyst ada beberapa jenis but tak sangkalah sebanyak tu kan..ahak..ok nak tau boleh baca kat sini..simple & mudah nak paham. tapi list lagi panjang dalam wiki tu.,


and simptom-simptom nak kenali penyakit ni pon boleh baca dari link tersebut.

and ade kes tak perlu operate vagai sebab cyst ni boleh baik sendiri. tapi depends lah. aku rasa kena pantang makan jugak kot. mungkin.aku cakap mungkin. dapat info nnt aku share lagi

Pilih Kasih

Alangkan mak yang mengandung dan melahirkan anak pon tak dapat nak berlaku adil dalam pembahagian kasih sayang pada anak-anak yang berderetkan...inikan pula nak bahagikan kasih pada kawan-kawan terchenta.





Sebabnya....





kehidupan yang normal, manusia takkan memiliki seorang sahaja kawan/sahabat dalam 1 masa. dan sekiranya, ko hanya memiliki seorang sahaja kawan/sahabat. serius, ko adalah dalam golongan kurang normal. huhuhuhu dan persoalan aku : Tak muak ke? huk huk..eh silap...xjemu ke?





bagi aku,





untuk tidak rasa bosan dalam kehidupan, yolah bosan tu wajib, kalau tak lagi tak normal, sebab kategori takde perasaan kan...kan ..kan? tapi kita boleh mengurangkan rasa bosan tu dengan adanya kawan yang ramai. contoh kalau ko ada sorang kawan, tapi kawan kau tu kuar dating ngan balak dia. maka ko pon jadilah tiang seri terpisat-pisat kat rumah or jadi ranting-ranting yang termangu-mangu kat tpt public sorang2. huh, even aku ni ni jenis tak kesah utk kuar meronggeng sensorang, but takde kawan nk bersembang dalam sehari..at least kena ada chatting/sms pd seseorang sehari...kalau tak sawan weh..... bayangkan kawan ko tu lah sorang jek..dia lah sebelah ko kat opis, dialah geng makan ko dan dialah geng meronggeng ko di kala weekend dan dialah geng balik kg, bayangkan tetibe sumthing happen and dia terpaksa adahal utk waktu yang xperlu lah lama, cuma 5hari, tanpa connection to dunia tanpa sepadan. then, apa akan jadi pada kau yang memang kera sumbang utk bergaul dengan orang lain. then what happen if dia kawen, and laki dia jenis xsuke bini dia kuar berkawan..hak hak...even orang dah kawen pon perlukan kawan yang ramai. sebab takleh nk lambakkan semua cerita pada seorang.





macam aku,





kawan kena ramai ehh silap, kena banyak jenis...ehhhh lebih tepat kena ramai dan kena pelbagai. pelbagai ni general, sebab ko erang-terang ada byk minat dan cabangnya. sebab sorang kawan xboleh nk merangkumi semua aspek..giller boring..citer pasal sukan dengan dia..citer pasal balak taste dengan dia..citer pasal masakan dengan dia...cehhhhh aku pon muntah sebab...seolah-olah..citer masakan ke sukan ke hobi ke..same jek rentaknya...hahhaa takde kepelbagaian.





kawan aku kena ramai,





sebab bila sorang xavailable, aku ada yang lain yg kompem akan available.. impossible semua orang akan bz pd waktu yg sama, kecuali time raya pertama..sebab tentu-tentu lah fokus kat femili..ehh femili pon dikategori kawan tau..ngan mak aku pon aku kawan okeh..geng sembang aku..if aku lameeeeeeeeeeeeeeeee tak balik kompem mak aku sasau sebab takde geng sembang...hikhik.... dan mak-mak sedare aku pon kawan aku....best plak bila dah di alam dewasa ni sebab kita boleh bersembang dengan mereka tanpa sempadan..har har..which is, mak aku takkan kuarkan ayat "jangan nak menyampuk orang tua cakap" or takde lah lagi kena sepit ketam berbisa kan..hak hak hak..... those yang kata dia ada sorang jek kawan/sahabat...dia adalah penipu..lagi penipu if dia dah kawen...sebab laki dia tu pon kawan..dan if dah anak..anak tu pon kawan....hehehehe bagi suami tu kena multipurpose, same mcm fungsi seorang isteri kan. mane boleh jadi isteri jek 24/7 pd suami kan...kenalah jadi kawan, membe, abang, adik, kakak, pakcik, makcik, kekasih, kesayangan dan segalanyalah. barulah senang berkomunikasi. tapi kenalah pandai sesuaikan situasi..jgn all the time ko nk anggap laki ko kawan..mau laki ko tu rasa dia bukan ketua keluarga dah kan dan terang-terang dia rasa dah tak disayangi..hehehehehe





ehhhh apa sebab aku melalut ek? bukan ke topik pilih kasih. yehaaaaa





sebabnya, ada sorang tu kata dia ada sorang jek kawan yang mana sahlah bukan aku kan..walhal dia dah kawen dan dia dah ade anak nak masuk 2 orang.muskil aku.... xpenah ke dia bersembang ngan anak dia mcm sembang dengan kawan? ish ish.... kesian laki dia sbb dia anggap sebagai suami jek..muahahahahahaa aku cume nak persoalkan..antara anak & suami pon korang tak akan adil 100% kan dalam pembahagian kasih ni. betul tak. dah jgn layan kan aku merepek yang dah jauh menyimpang dari tajuk. lain nk coretkan. lain plak yg aku curah.com kan di sini. hampesss








oklah..dah malas nak type sebab dah waktu keje balikkan. hahahahahaha

Good Bye 2018

**pic from google