Tuesday, August 25, 2015

33 Tahun

Yehaaa...eh alhamdulillah.

rasa macam baru je tahun lepas makan kek, dah kena makan lagi sekali..alhamdulillah boleh makan lagi.

rasanya 33 tahun ni adalah paling best dan yang tidak akan dilupakan sebab 18-20 ogos aku kena attend bengkel mukmin professional. thank you so much pada pihak pengurusan company aku yang memilih aku antara ramai-ramai untuk ke bengkel berkenaan.

Apa yang boleh disimpulkan, berbaloi sangat-sangat even aku rasa terlewat untuk mendapat kesedaran tetapi sangat2 berbaloi untuk memulakan pada usia yang sedemikian.

semua yang ditunjuk ajar adalah benda yang sama tapi dengan pendekatan yang berbeza yang sangat2 menusuk kalbu..

ya, benda simple yang memang kita dah pernah tahu...

1) solat di awal waktu
2) ibadah berterusan (yg wajib, sunat dan umum dilaksanakan dengan niat ibadah)..part yg umum ni kita jadikan ibadah untuk melengkapkan konsep ibadah berterusan.
3) perbanyakkan tempat sujud..ni lagi mudah untuk praktik tetapi kebiasaan kita adalah tempat solat dirumah adalah tetap..walhal....dekat mana2 pon boleh solat.
4) sentiasa menulis apa yang didengar.
5) belajar untuk suka dengan apa yang kita ada. (ya, ada hikmah bila pada usia begini aku masih berstatus bujang, dan jangan ada yang mempertikaikan, kerana ianya semua adalah ketentuan dariNya..dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatNya)
6) dan banyak lagi..

dan 1 benda yang nak aku tuliskan untuk peringatan sendiri dan untuk dikongsi.... sekiranya ada kawan-kawan yang mengulang cerita yang sama...belajarlah mendengar tanpa  memberi komen kerana sebab ianya akan menjadi kebiasaan untuk kita memberi alasan pada ilmu yang kita dah dengar berulang kali tetapi diperdengarkan lagi..sebab manusia memang perlu diingati sentiasa...makanya, bila dengar ilmu,cerita2, kisah atau tauladan yang sama, dengar dengan ikhlas sehingga selesai dan sesungguhnya kita tak tahu bila ianya akan memberi kesan pada hati kita. lebih baik dengar berulangkali untuk kita lebih memahami dan lebih mengingati.

Semoga ada ilmu yang tertinggal kekal dalam hati dan istiqamah dalam perubahan. insyallah.

Terima kasih tidak terhingga pada kawan-kawan yang wish, memang xsempat reply kerana phone hamba sangat-sangatlah nazak sekarang..dan yang terkini dia berjaya mendelete kesemua contact no di dalam phone berkenaan..sadis...

Semoga tuhan memberkati dan melimpahi rahmat dan rezeki pada rakan-rakan sekalian.


Good Bye 2018

**pic from google