Monday, April 17, 2017

Start all over again

Bukan kerja baru ya..

Aku rasa aku masih SETIA...

" aku masih setia, Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia.." best pulak layan lagu ni.

last week boss kabo, kena start projek baru. alahai.. kelaut dalam lah azam 2017 akak kan yang nak relax-relax... :( baru kabo khamis last week. eh tadi pagi dah meeting nak start..ADUHAI..ADUH DUH...DUH...

tak hilang lagi penat 4tahun mengadap. 

tapi takpe... "disudut hatiku masih percaya" tahun ni boleh relax.. muahahaha

Sunday, March 12, 2017

1st quarter 2017

Angan-angan tahun 2017 ini nak lebih relax dari segi kehidupan kerja dan harian. Nak banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab 2015 dan 2016 rasanya lebih 150% dari kudrat diberi kepada kerja sahaja. Yang penting untuk kesihatan diri.. Tak cukup tidur dan rehat ni sangat membebankan badan sahaja.

1st quarter menunjukkan belum berjaya lagi..

Boleh mencuba utk 2nd quater 2017...insyallah dipermudahkan.

Tahun 2016 ada 2 entry je :(. Hope ini bukanlah the only entry utk 2017 :D

dan TO DO LIST dari 2015 nak ronda semenanjung dengan keretapi hope dapat dilaksanakan pada tahun ini. Insyallah

---------------------------------------------



Topik hangat beberapa minggu kebelakangan ini.



KALAH VS MENGALAH.

setiap orang ada pendapat sendiri kan...utk diri sendiri..aku prefer mengalah sebab ia lebih menenangkan. hehehe Janji boleh menggembirakan semua orang termasuk diri sendiri. Dan disamping itu, dapat menundukkan sikit EGO dalam diri sendiri. yes part of to do list 2017, untuk tune EGO dalam diri untuk keselesaan orang sekeliling.

Kalah tu agak menyakitkan.

so sebelum sakit, better bertenang-tenang sahaja.


dan mungkin perlu dipertimbangkan...haha sebab rasa macam PELIK boleh bertahan lima ..ya 5 tahun..tapi ini macam angan-angan jelah sebab skop sekarang dah kecil sikit..kena cari lokasi yang berhampiran..akak kan tak larat nak redah traffic dekat KL ni.





Friday, June 10, 2016

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja...nikmat berada dirumah memang ahkaklorat sangat2 hargai kerana dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja berada di dalam kawasan dan hanya beberapa jam sahaja berada di rumah. dan semoga selepas ini kuranglah masa berada diluar kawasan..sesungguhnya ianya sangat meletihkan. tetapi pengalaman ini tidak akan dapat kalau kita tak merasai sendiri.

dah....kena ingat..terawikh jangan diabaikan..kejarlah utk melaksanakannya kerana entahkan jumpa atau tidak ramadhan akan datang. ini utk peringatan diri sendiri. dan berazam utk khatam pada bulan ramadhan, semoga saya mampu memupuk azam utk berjaya dilaksanakan.

Friday, March 4, 2016

Mac 2016

Sekelipan dah bulan 3, berkurun jugak aku tak update apa-apa kan, Azam aku bulan ni, nak balik kerja on time. tak kira. dan nak setelkan cuti ganti. eh list to do bertimbun, ada hati nak cuti nak balik on time, tak siap, malas pikir dah, i is penat. so tengah pikir, apa nak buat masa cuti..keh keh keh

ya, memang takde mood nak update apa-apa disebabkan aku dok bertapa kat rumah pon berapa hari je sebulan. so memang mood kelaut paling dalam, rasa bila duduk kat rumah, nak tido je, even tido tu perkara yang tak bagus, tapi nak jugak cover balik tidur2 yang dah terlepas tu.

nak tengok berjaya ke tak azam aku bulan ni. CAIYOK!

Wednesday, October 14, 2015

Agent Chentaqaseh



Saya seorang agent chentaqaseh since 2012. kalau berminat nak order, boleh order melalui saya ya dengan email ke blur.4.2nd@gmail,com atau SMS/whatsapp sahaja kepada 013.618.2122.

Cara order mudah sahaja, boleh semak stok dan code yang hendak di beli di website chentaqaseh (http://chentaqaseh.com/) dan emailkan/sms/whatsapp kepada saya terperinci seperti berikut:

Nama:
Kod:
Alamat:
No phone:


Pelbagai jenis tudung, skirt, blouse dan jubah boleh dipilih. So, jangan lupa klik http://chentaqaseh.com/












Wednesday, September 16, 2015

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Sunday, September 13, 2015

Bulan Zulhijjah

Apa yang diperoleh dalam kelas sabtu lepas dan ada kawan yang baik hati dah siap taip and post kat FB maka kita copy & paste aje...

untuk dikongsikan bersama.
------------------------------------------------

Amalan di bulan Zulhijjah dr 1-9
✏kelebihan bulan Zulhijjah Allah sebut dlm surah Al fajr ayat 2..
✅Allah Ta'ala berfirman:
“Demi fajar; dan(demi) malam yang sepuluh; dan(demi) yang genap dan yang ganjil”(Al-Fajr:1-2)
📌Majoriti Al-Mufassirin termasuk Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya.
📌 Begitu juga 'yang genap dan yang ganjil' ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan selainnya sebagai 10 awal Zulhijjah yang mengandungi hari ganjil dan hari genap.
✅Dan cukuplah dengan ayat ini untuk menunjukkan betapa besar dan agungnya kelebihan hari-hari ini kerana Allah sendiri bersumpah dengannya..
✏Allah mencintai pd10 awal bulan Zulhijjah..ibadah yg boleh di lakukan adalah :
📍amalan puasa1-9 @
📍puasa selang sehari @
📍puasa hari Arafah 9 Zulhijjah.
Dihapuskan dosa selama 2 thn, tahun ini dn tahun depan ..dosa besar kena bertaubat..
✏Di samping zikir pagi dan petang .perbanyakkan
📌Tahlil
📌Tahmid
📌Takbir
✏Bersedekah
✏Banyakkan membaca al-Quran dan beserta tadabbur
📌Al Quran itu peringatan. ...kalau tk rasa apa apa atau perasaan ketika kita membaca. .itu tanda kita tak rasa kebesaran Allah
📌Keyakinan pada Allah tidak kuat. ..
📌sesiapa yg bersih hatinya,jauh dari syirik, jauh dr mazmumah, dia akn dapat hidayah ini..
✏pertingkatkan amal ibadah siang dn malam demi utk mendekatkan diri pada Allah.
✏kelebihan malam terletak pd lailatul qadar
✏kelebihan siang terletak pada 10 hari bulan Zulhijjah
✏maghrib hari isnin sepatutnya 1 Zulhijjah. ..
✏Jika tk mampu buat semua ...jangan tinggalkan semua yer.
Jom kita beramal
Wallahua'lam 🌸 
Tmn Hillview
12/9/2015

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...