Friday, June 26, 2015

Rindu bertandang

Copy & paste dari BONDA NOR (FB) **tq so much dear**

CERITA ATAS BUKIT
Hari ini mereka berbicara tentang ini.
Tentang sekolah di atas bukit ini.
Padanya ada sejuta memori
Ada yang sudah ku lupa
Ada yang masih jelas terbayang di depan mata.
Ada yang buat ku ketawa
Ada yang buat jiwaku sebak seketika
Ada rindu pada sesuatu yang telah hilang
Ada sesal pada peluang yang tak mungkin akan berulang.
Sungguh!
Kenangan itu menggamit rindu
Tentang gerobok baju yang sering menyembunyikan aku
Tentang kubur depan asrama dan cerita hantunya yang lucu
Tentang melangit tinggi anak tangganya yang tidak pernah cuba ku kira
Tentang lepak di bawah pohon mangga sambil mengira biji saga
Tentang jeritan warden dan pengawas menyuruh diam
Tentang dewan makan, potong q dan berebut sayap ayam
Tentang kain senteng, skaf tebal dan biru baju yang terlebih nila
Tentang semuanya!!
Aduhai
Di mana lagi boleh ku temu kenangan semanis itu?
Di situ
Di atas bukit itu
Manisnya bukan sekadar pada ilmu
Namun di situ ku selusuri alam remajaku!


-----------------------------------------------------
serius buat aku rindu sangat2 dekat sahabat2 & guru2 semasa di sana. memang bukan sekadar tempat menuntut ilmu tetapi lebih dari itu..yang lebih rindu....ramadhan & tidur surau (memang sinonim)...benda yang di program adalah lebih baik dari merencana sendiri..baru ku faham kenapa kami diwajibkn (paksa rela) utk bangun qiam..ini adalah untuk membiasakan kepada amalan sebenarnya..allahuakbar (dulu asik lah merungutkan..sebab ganggu program qada' tidur time weekend)..sekarang dah rindu...itu lah manusia..ya aku manusia yang biasa....yang suka merungut lepas tu menyesal (sangat2 biasa)....semoga perangai yang 1 ni dapat dinyahkan...
dan walaupun selalu masalah air..tapi kau tetap dirindui

Wednesday, June 17, 2015

ramadhan kareem


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,

saya khairunnisa binti aman, dengan rendah diri memohon keampuanan di atas segala kesalahan, kesilapan, kekhilafan dan kekurangan yang tak disengajakan mahupun yang disengajakan. Semoga kita dapat melibat gandakan amalan dan menjadikan ianya permulaan kepada amalan yang berterusan. dan segala kemafaan kepada rakan-rakan insyallah telah saya berikan.

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...