Monday, September 30, 2013

Page 273

Jerawat dah bermaharajalela... Sebab stress ke sebab xckp rehat ke sebab mmg dah hukum dia nk keluar.

Aduhai..

Lg bertambah2 stress aku tgk jerawat xdiundang..penah ke dia diundang ek?haha

Ni tgk tonton sambil melayan stress..tiba2 azan kol 7.42pm...negeri mana lak br masuk maghrib..lambat nau..walhal b4 7.15pm dah azan td..muskil muskil

And sapa2 nk order tudung shawl dual tone dipersilakan ke http://thebajukurungonline.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Page 266

As usual, credit to yam sebab pelawa aku sekali lagi teman dia ke annual dinner bank negara. Hehe bab makan aku ON aje.

This year sgt best sbb dpt dengar ramli sarip secara live..meremang weh

Thank you again. Next year jgn lupa ajak aku lg...boleh aku jd tukang snap gambar korang..huhuhu

Tuesday, September 10, 2013

Page 252

Ios is bz uols.

And iols is nervous...wish me all the best coz esok nak start trial conversion...ni utk semak proses conversion & migration data and training schedule as per doc yg aku reka2 ala2 buat lukisan sawah padi berlatar belakangkan gunung ganang..poyo amat..

Xlepas ni maka akan drag lah timeline..dan teruk lah saya.

Rama2 is everywhere. Hope everything went well.. Mak. .akak rasa nak nangis ni.

Sangat letih sbb baru smpai umah...letih sgt yg xboleh nk lelap..aduhai...nak nangis..tp ayor mato ni tokseh tubit plak..

Semoga cuaca esok baik...utk mood yang baik.

Monday, September 2, 2013

Page 244_1

Dapat kunci ni rabu lepas setelah kepala aku hampir2 hangus dok deal ngan org spnb.menguji kesabaran betul.tp alhamdulillah setel and tgh nk buat report utk derang tkr apa yg ptt dan aku blh uruskn pemasangan elektrik and grill.lepas tu.yahoooo boleh pindah.hehe

Ok itu je

Page 244

Isu terhangat bulan lepas & kini adalah perihal yang berlaku kat syria. ya memang terkesan sangat-sangat, tapi tiadalah kudarat untuk membantu dari segi fizikal, yang termampu hanyalah menguhulurkan doa yang ikhlas semoga penderitaan di sana dihentikan segera. di Malaysia plak hot pasal PTPTN yg kunun-kunun nak disenaraikan ke dalam CCRIS. baru nak disenaraikan, patutnya memang dah ada dalam list tu sejak ditubuhkan lagi. aku mintak disenaraikan bukan sebab aku ni dengki dengan orang yang pinjam ptptn ni sebab aku sendiri pon terjebak meminjam ptptn ni. ini cuma method untuk aku sendiri yang aku rasa berguna sebab-sebabnya akan aku ceritakan nanti.

ok sebab pertama

mudah je, kalau dari awal masuk CCRIS kompem aku takkan lengah-lengahkan nak membayar hutang ni.

yang kedua

ianya memudahkan aku, sbb dah kompem-kompem lah akan kene tolak gaji..xpayah susah-susah nak pikir transfer sana sini. leceh dan mudah utk tidak ingat..hehehe

yang ketiga

kuranglah peluang untuk aku tambah hutang mudah..hahahaha pikir logik..hutang PTPTN yg bertimbun tu xbayar lagi..bank lain nak bagi ke apply personal loan or loan kereta ke or loan rumah..ni confirm effect kat total loan yg ko boleh amik kan.

yang keempat

memang confirm akan bayar ikut jadual..hahaha dan sepatutnya dah nak abiskan..dah kata 8tahun tamat belajar....

yang kelima

sebab boleh ingatkan aku sendiri tentang betapa pentingnya dahulukan hutang dari benda lain-lain..insaf uols...dulu asik berpoya-poya je kan

yang keenam...

lebih kurang lah..malas dah nak listkan.

sejak 2-3 tahun kebelakangan ni baru aku sedar akan pentingnya dahulukan hutang dari benda lain, macam-macam cara aku gunakan untuk aku kasi Nampak baki kini hutang PTPTN ni sikit, tapi dah kata bayar tak berapa banyakkan, maka takdelah banyak mana kurangnya.

dan bila ujrah keluar, aku apply, makan bertaun prosesnya dan juga method potong gaji tapi aku ni tukar-tukar kampeni (dululah kan) agak payah..maka bayar sendiri...and ada lah jugak ter SKIP..hehehe ni sendiri yang skip hokeh..ahaks..sebab tak disiplin and still anggap xpenting and xde efek pon kalau xbayar...boleh?

dan bila dah 30tahun aku macam xnampak apa-apa kejayaan pon pada target2 perjalanan hidup aku..maka terpaksalah aku pasang strategi untuk aku pejamkan mata bayar aja guna saving mana yang ada...dan bila 31thn ni lah baru aku nekad nak buat dan laksana terus

Alhamdulillah 20% disc diperkenalkan, tapi sayang, ianya pada baki akhir tu sahaja, kesian pada yg dah bayar banyak tapi tak dapat apa-apa kan...aku gunakan peluang ni, tapi sekarang aku ala-ala pokai gitew...terpaksa menabung semula..tapi yang penting..hati aku tenang..atleast adalah kejayaan dalam hidup....

and aku nak share tak payah lah prung prang pasal apa yg kerajaan cuba lakukan (aku bukan pro kerajaan), sebab aku rasa method yang cuba diperkenalkan tu untuk menyedarkan peminjam-peminjam tu xculas nak bayar balik.

ok lagi 1, aku memang nak berterima kasih kat ptptn sebab kewujudan dia, aku dapat sambung sampai degree. nak harap kan makayah memang tak mampu almaklumlah aku anak yg sulong,, berderet lagi yang sekolah kat bawah aku tu kan....nak bergolok gadai, femili aku memang xberharta, maka terima kasih pada ptptn. tak perlu nak ckp banyak sendiri tak belajar pandai, jangan mimpi nak dapat benda free kan.. if aku ni cemerlang, memang aku hanginlah if tak dapat biasiswa kan. di sebabkan aku masuk UiTM je, toksah mimpi lah nak apply loan MARA, redha je lah..mujur ada...if xde tak dapat nak membayangkan macam mana lah nk beli computer nak beli baju nak pegi kuliah...aku memang tak sampai hati nak mintak kat makayah...serius..Nampak je mcm mewah tapi time belajar dulu macam-macam benda aku jual utk dapat kan tambahan pendapatan. tak mudah ye nak Nampak tak sesak time belajar... dulu-dulu masa mula kerja aku pon amik mudah and tak pandang pon hutang PTPTN ni..bagilah surat amaran warna macam-macam , ada aku kesah? hehehe tapi bila umor start 29 tahun aku punya mission adalah nak bebas hutang...macam yang MLM selalu prung prang kan....xde maknanya MLM nak tolong..sendiri tolong pikir adalah lebih afdal. MLM tu menjahanamkan misi lagi adalah...


dan jangan berangankan benda free kalau diri sendiri tak mampu nak sponsor apa-apa pd mana-mana pihak...biasiswa dan pinjaman adalah sangat2 beza. dan bayangkan if kita hanya mampu takat sijil SPM sahaja.... dan jangan berlagak nak melaram kereta mewah tapi hutang diabaikan..sebab memang takkan tenang dan berkat...if nak komplen pasal interest lah apalah, cuba cari alternative lain kalau ada.....masa aku dulu tiada siapa yang boleh terangkan pasal PTPTN ni..maka pejam mata sign ajalah... jangan hanya menunding jari sana sini ye..dan lagi 1, boleh je nak jadikan pinjaman tu kepada biasiswa, tapi apakan daya belajar pon suam-suam kuku..pasrah je lah bayar....siapa-siapa yang belajar tak pandai, jangan banyak songel hokeh! kalau nak FREE sila study hard sampai Lebam!

dan sekarang aku berbangga sebab telah bebas dari igauan negeri PTPTN..huhuhu sebenarnya boleh je...dan aku jadi lagi malu dengan sorang kawan lama...dia hanya diploma dan kerja sebagai kerani..dia seorang yang tabah sebab rela kerja gaji rendah, tapi dia disiplin bayar ptptn..dan dia dah abis bayar dulu..malu tau...kita dok canang melancong sana sini..makan best-best...dia just inform..PTPTN setel..sentap mak..tercabar hokeh...apa-apa pon hutang kena dahulukan sebab if umor tak panjang..kesian pada orang yg kita tinggalkan nak menanggung beban hutang kita...piker-pikirkan lah....

dan if xnak ada apa-apa kaitan susur galur salah silah dengan ptptn, sila jgn apply masa nak sambung belajar, hidup seadanya dan cari duit sndr baru sambung belajar...hokeh

cara-cara mudah nak setelkan PTPTN:

1) gunakan saving masing-masing, nanti menabunglah balik
2) KWSP tu ada, boleh keluarkan utk setelkan.
3) dapat bonus, bayar lebih..hehehee

dan utk pembayaran penuh & nak dapatkan 20% disc sampai 30 sept ni, mudah je...

1) pegi kat kaunter ptptn (mana2 pon boleh, nak mudah pegi serang mana2 UTC, cari ptptn, sabtu ahad pon bukak)
2) maklumkan nak buat bayaran penuh
3) nnt dia keluarkan surat yg akan valid sampai tarikh sekian....
4) boleh lah sediakan bank deraf or cash and bayar kat kaunter...
5) setel bayar , mereka akan bg surat pelepasan..

mudah kan.

apa lagi..ayuh kawan-kawan...tak guna simpanan banyak..tapi masih berhutang...hidup tak tenang....dan lebih berkat bila dah setel hutang

Good Bye 2018

**pic from google