Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.
Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.
Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.
Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.
Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.
Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja...nikmat berada dirumah memang ahkaklorat sangat2 hargai kerana dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja berada di dalam kawasan dan hanya beberapa jam sahaja berada di rumah. dan semoga selepas ini kuranglah masa berada diluar kawasan..sesungguhnya ianya sangat meletihkan. tetapi pengalaman ini tidak akan dapat kalau kita tak merasai sendiri.
dah....kena ingat..terawikh jangan diabaikan..kejarlah utk melaksanakannya kerana entahkan jumpa atau tidak ramadhan akan datang. ini utk peringatan diri sendiri. dan berazam utk khatam pada bulan ramadhan, semoga saya mampu memupuk azam utk berjaya dilaksanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Good Bye 2018
**pic from google
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Ni TAG dari Dokter Asma' yg mane aku gelar dia dokter muda yg penuh emosi..hehehe...jgn mare yeaaa...nnt lagi cepat tua..xdek org nak la...
-
Tibe-tibe rasa tak cukup nafas, bila dapat surat dari HR mengatakan esok adalah hari terakhir saya berkerja...owh tidak, hari tu kata khamis...