Skip to main content

The Kind Widow

Weekend ni, Insyallah..ape yang dirancang dua-tiga bulan lepas [ye ke? sebulan lepas kot! hehehe] dapat dilaksanakan dengan jaya nya...semoga niat baik kami ni dirahmati oleh yang Maha ESA.

hehehee

padahal name tempat ni dikenali sebagai "JANDA BAIK".

ok back to the story, Asalnya..plan nak berBBQ jek...ajakan dari Mr. Azizul...yang kepingin nak makan BBQ...motip... mengidam ka? pehtu dia jugak teringin nak mandi ayak terjiun.. aishh.aishh macam2 lah orang tua tu kan...

oleh sebab dia ni ade penyakit Insomnia + meroyan... kami pon melayan kan lah kehendak dia yang ade jugak perasaan kesian disebab kan NON ado yang sudi nak meneman dia ke mana2 utk menghilang kan rase tensi di dalam hati. GGO's kan prihatin ngan masalah ahlinya.... [Kami selaku exco GGO's mmg prihatin ngan masalah warga emas kumpulan kami...ya kami tahu kerana kekurangan kasih sayang Mr. Azizul mendapat penyakit sedemikian..huhuhu mmg patut tahan teksi nimss...]

setelah dia bawak ke board meeting...maka, kami pon nak save budget...combine kan aktiviti BBQ+BERCUTI+FAMILY DAY+RELAX di combine kan dalam satu aktiviti..maka dah jimat waktu + tenaga + ongkos nya kan.... & dalam meeting tu jugak telah diputuskan... sbb budget sikit..maka, paling jauh leh pegi hanya lah JANDA BAIk..itu lah al-kisahnya bagaimana JANDA BAIK terpilih kali ni...

xpe, dengan kesuksessan program kami yg lalu iatu berbuka puasa+jamuan raya + Bowling... maka, board directors telah meluluskan tanpa ragu projek kali ini pule...... even percutian ini singkat..hope percutian + aktiviti yg dilaksanakan nnt akan meninggalkan kesan yg mendalam dalam ahli GGO's nnt...& semoga aktiviti seperti ini dpt diteruskan [janji budget rendah ok!].

Even xsemua ahli GGO's dpt join aktiviti ini..tp ianya akan tetap diteruskan... ok serba sedikit perjalanan aktiviti seperti berikut :-

Sabtu

10.00 am - berkumpul di Shell Gombak
11.00am - dijangka tiba di tpt yg di tuju
12.00pm - aktiviti bermula

ahad

10.00am - bertolak ke Bukit Tinggi
11.00am - start meronggeng di Bukit Tinggi
ptg dah smpai KL semula...heheh

[pendekkan aktiviti nya..sbb aku malas nk type detail2..lenguh jari jemari I ok!]

Selain Janda Baik, kami plan nak serang Bukit Tinggi juga..nnt kan Family potret kami di sana..hehehehee [sbb nye kami ade ibu yg kecil..& papa yg giant...hahaha cabotttzzzz]

hope ape yg dirancang dapat dilaksanakan dengan baik+sempurna+jayanya...

kepada AJK yg terlibat...thanx a lot ngan kerjasama yg diberikan... nantikan cerita kami dr sane nnt!

Comments

cyana said…
kantan.. bunlan nie mothers dy tau... tk baik ko kutuk 'ibu yg kecik'.. ckp la 'ibu yg comel' ka.. ahaks..!!!

BTW... pastikan sume GGO bwk baju lebih yer... sbb aktiviti yg dijlnkan AMAT mencabar. Bakal menguji kekuatan fizikal! mampo kah ko kenange?
Mia Amor Kenanga said…
SELAGI AKAQ DITEMANI OLEH SUAMI TERCHENTA..AKAQ PASTI DIDUKUNG KE HULU KEHILIR...PASTI MISS2 LAIN JELES!
chajuya said…
baju bwk brp helai? nk balik amik baju ni...mandi2 air terjun wajib ker? sesi fotografi kene tukar2 baju ker? bbq pakai baju kelawar je xleh ker?
chajuya said…
baju bwk brp helai? nk balik amik baju ni...mandi2 air terjun wajib ker? sesi fotografi kene tukar2 baju ker? bbq pakai baju kelawar je xleh ker?
blur42nd said…
ade kami kesah ke?

bkn kami yg kena angkat ko kan..kan... hehehee

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…