Skip to main content

Kuih Raya

Raya makin hampir...maka sana sini semua orang bercerita pasal kuih raya..so, aku xdeklah ketinggallan kan...sebab aku jengah umah mak ngah aku kat sebelah..amboi sakan dia membuat kuih ngalah kan orang nak menjual jek rupenyer...huhuhu..almaklomlah..memperagakan oven baru yang malatop tu..huhuhu bersungguh betul my mak ngah...lebih2 lagi semangat dia..cucu dok keliling tym buat kuih tu...ngeh33..aku tukang sibok jek...

ok..sebab rase tercabar..mak aku pon buat jugak..kui kui...owh ni siapkan tempahan orang yg xseberapa..tahun ni dah malas dah aku nk amik tempahan...jenuh plak nk mengagihkan nanti kan...makanya..ade lah 7-8 telap jek kot utk tempahan org..hehehe

ok lah harini pulun buat kuih sebab esok pagi aku dah nak balik KL kan...serius xpuas cuti berpuasa kat kampung kan

kuih pertama adalah kuih...sekut kelapa ok...nama sebenar serius tah tahu..tp dia gunakan kelapa...senang panggil lah sekut kelapa ek...tahun lepas kan buat jualan kuih ni..tp tahun ni...dealer nye yang malas..huahuahua
owh sekut ni aku xbuat .. mak aku uli..aku cuma terap & bakar jek...keje senang jek kan..tapi paling lame..baik lah dok uli..kejap jek..kekekeke
owh ni almond london...baru jek tadi aku celop cekelatnya...naik kebas lah kaki aku jugak kan...tapi dpt 350 bijik jek..tu pon utk org bukan utk aku..aku xpaham apsal name dia ade london padahal buat kat alai jek..kekekeke


dah tutup mulut..kang air liu meleleh kantoi plak....

yang bawah ni plak kuih tart...biasa lah kuih wajib kan...erm tu ade dlm oven lg tengah bakar..tp aku mcm dah kuyu jek ni..subuh esok nak gerak balik kan..owh kuih tart ni bukan utk raya tp utk adik aku yang nk mencekik lepas berbuka...demand tu xmo makan sekut beli kat kedai...
ok lah tu jek kot...lain2 tu mak aku lah yg kene buat kan...baserlah orfg ngelat cam aku byk alasan...skrg dah malas kot nk buat kuih..nak tolong pon malas dah...semenjak dua menjak ade orang lain yang boleh di buli kat umah ni..kekekekekee

Nota kaki: ok didi, sebahagian tu milik ko..huhuhu jumaat nnt aku bawak tym berbuka atat ye

Comments

cik reen said…
weh betul la melelh ayaq liuq tgk almond london ko ni. dengan coklat yang berkilat lagi bersinar tuh aduhhhh gugur iman aku...aku tak dan nak buat pape kuih pun tahun ni. malas tahap gaban. thn lepas de gak la 4-5 balang. tahun ni kalo korg datang masing2 tapau bawak kuih ye..hehehehhe
Yun said…
miahaha tgk dah meleleh..kalo makan nak lagi & lagi..

xpe nnt raya umah ko..aku leh jek bawak kan kuih raya beberapa ketul..kekeke

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…